We bring you the best puerh tea from Yunnan. Contact us: 018 358 1121.

KHASIAT / KEBAIKAN

Teh puerh akan melalui beberapa siri proses penapaian (fermentation) yang biasanya mengambil masa 30 hingga 40 hari, malah kadangkala sehingga berpuluh tahun. Proses  penapaian ini akan memberikan rasa yang unik kepada ke atas teh puerh. Bukan setakat rasa sahaja yang unik, proses ini juga berpotensi memberikan banyak manfaat serta kebaikan ke atas teh puerh yang tidak dimiliki oleh mana-mana teh yang lain. Teh puerh yang berasal dari daerah Yunnan, China telah iktiraf sebagai teh yang paling banyak member khasiat ke atas tubuh badan selama lebih 2000 tahun.


Menurunkan berat badan

Teh puerh terbahagi kepada dua jenis iaitu teh puerh hijau dan teh puerh merah. Teh puerh hijau telah diuji secara klinikal dan terbukti berkesan menurunkan berat badan, menurut Prof. Dr. Craig Coleman di Universiti Connecticut. Antioksida yang terdapat dalam teh puerh hijau menolong memetabolismekan lemak (mengecilkan saiz-saiz lemak). Di dalam kajian tersebut, peserta yang mengamalkan minum teh puerh hijau dapat menurunkan berat badan secara konsisten berbanding dengan peserta yang tidak mengamalkan minum teh puerh hijau (menurut Coleman pada tahun 2010 di dalam artikel bertajuk "Slim Chance Green Tea Can Burn Fat Off"). 

Merendahkan paras kolesterol dalam badan

Di Asia dan Eropah, amalan meminum teh telah dikaitkan dengan salah satu alternative perubatan terhadap kesihatan tubuh badan terutamanya di kalangan masyarakat Cina lebih dari seribu tahun yang lalu. Kajian yang telah dijalankan di France dan Yunnan Kunming Research Center, China menunjukkan teh Yunnan atau teh puerh berupaya menurunkan paras kolesterol dalam darah yang terbentuk di arteri. Kajian yang di jalankan menunjukkan 55 pesakit yang telah diberikan satu cawan teh puerh untuk tiga kali sehari telah menunjukkan penurunan paras kolesterol di dalam darah sebanyak 64.29%.  


Kaya dengan aktioksida

Mengikut penyelidikan in vitro yang diterbitkan oleh “International Journal of molecular Science”, pada 2001, tindakan antioksida yang terkandung di dalam teh puerh sangat bermanfaat untuk merawat ketumbuhan (tumors). Penyelidik mendapati bahawa teh puerh menghalang pertumbuhan tumor melalui pelbagai mekanisme (ujian ke atas haiwan) dan ini menunjukkan bahawa ia mungkin mempunyai keupayaan yang sama pada manusia. Terdapat pelbagai penyelidikan yang telah dijalankan berkaitan  kesan-kesan antioksida teh hijau. Namun, penyelidikan ke atas kesan-kesan antioksida teh puerh masih berkurangan berbanding teh hijau yang lain. Walau bagaimanapun, kajian yang diterbitkan oleh “Journal of Agricultural and Food Chemistry” pada 2004, menunjukkan bahawa teh puerh mempunyai jumlah serta ciri-ciri aktiviti antioksida yang sama sebagaimana teh hijau dan juga teh Oolong.


Penyakit Kardiovaskular dan ganguan metabolik 

Salah satu manfaat yang diperolehi dari mengamalkan meminum teh puerh adalah keupayaannya menurunkan paras kolesterol dalam darah. Satu kajian yang diterbitkan oleh  jurnal "Experimental Gerontology" pada tahun 2009 mendapati haiwan ujikaji (tikus) yang diberi minum  teh puerh menunjukkan penurunan paras koleterol jahat atau LDL yang ketara dan dalam masa yang sama ujikaji menunjukkan terdapat peningkatan terhadap paras kolesterol baik atau “cardioprotective HDL”. Teh puerh juga telah terbukti sangat bermanfaat kepada pesakit-pesakit yang menderita akibat dari gangguan metabolic - penyakit yang membawa factor  berisiko  untuk kumpulan penyakit kardiovaskular seperti tekanan darah tinggi, kolesterol HDL rendah atau LDL tinggi, gula dalam darah yang tinggi (kencing manis), kandungan lemak dalam badan yang tinggi serta kegemukan (obesity). Penyelidik di Universiti Beijing mendapati bahawa  teh puerh berupaya merawat penyakit yang berpunca dari gangguan metabolic dengan menurunkan kandungan lemak atau obesity, menyesuaikan kandungan lipid dalam darah, merendahkan kandungan gula dalam darah dan mencegah pengoksidaan plak kolesterol.

Kesan ke atas kesihatan kulit

Proses pembuatan teh puerh yang unik dan melibatkan proses penapaian yang panjang telah dikenalpasti mempunyai banyak kebaikan ke atas tekstur kulit pengamal teh puerh. Oleh kerana teh puerh membantu dalam proses penghadaman serta dapat menyingkirkan toxin dari badan, teh ini berupaya menyelesaikan masalah jerawat yang disebabkan oleh sembelit. Selain itu, teh puerh membaiki peredaran darah supaya lebih lancar. Apabila perdaran darah lebih lancar, kulit kusam dapat dibaikpulih termasuk pelbagai parut yang tidak dingini. Teh puerh juga tinggi kandungan catechins melebihi pelbagai teh yang lain. Ini bermakna, teh puerh tinggi kandungan polyphenols, sebatian yang membantu melawan penuaan kulit.

Kesihatan mulut, pencegahan kerosakan gigi dan nafas berbau

Flavonoids (terutamanya catechins) yang terdapat dalam teh puerh berupaya untuk menghalang pertumbuhan bacteria kariogenik dengan menghalang pertumbuhan plak bakteria pada permukaan gigi. Polyphenols yang terdapat dalam teh hijau dan teh merah boleh menyekat bakteria dari menghasilkan sebatian-sebatian yang menghasilkan bau yang tidak menyenangkan seperti hydrogen sulfida di dalam mulut. Kajian menunjukkan tannin dan florida yang terdapat dalam teh puerh menghalang kerosakan gigi (Otake S, Makikura M, Kuroki T. 1991).

Berikut merupakan ringkasan khasiat teh puerh kepada kesihatan tubun badan:

  • Teh puerh membantu memecahkan sel-sel lemak dalam badan, meningkatkan metabolisma badan sekaligus membantu dalam menurunkan berat badan serta mencapai berat badan ideal.
  • Teh puerh membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah.
  • Membantu menurunkan tekanan darah serta stress.
  • Teh puerh membantu meningkatkan aliran darah dan membantu meningkatkan peredaran darah.
  • Tinggi kandungan antioksidan; bertindak membantu melawan proses penuaan. Teh puerh juga memberi perlindungan daripada sinaran ultraungu yang merosakkan kulit.
  • Teh puerh membantu menghalang pembentukan dan pertumbuhan sel-sel kanser.
  • Teh puerh membantu melancarkan proses penghadaman makanan sekaligus mengatasi masalah sembelit.
  • Teh puerh juga membantu mengurangkan risiko penyakit gout.
  • Mengurangkan risiko serangan stroke.
  • Teh puerh bertindak sebagai “detox tea”. Membantu menyingkirkan toksin dari badan.
  • Teh puerh membantu melegakan sakit-sakit badan seperti sakit kepala dan lenguh-lenguh badan akibat keletihan (membantu memberi  kesegaran dan tenaga kepada badan).
  • Teh puerh membantu dalam meningkatkan fungsi otak seperti kecerdasan mental dan pemikiran yang tajam.
#TeaZheng
#Puerhtea

0 comments:

Post a Comment

Ingin lebih jelas whatsapp ajer terus..

Contact Us!

Contact Us!

HALAL FROM YUNNAN

HALAL FROM YUNNAN

Featured Post

SIMTOM LEPAS RAYA - LEGAKAN DENGAN PUERH TEA TEAZHENG

Mesti ada yang mengalami seperti gambar di atas kan? Semuanya gara-gara pemakanan. Pemakanan yang tidak terjaga dan tidak teratur sepanjang ...

About Me

My photo
I am puerh tea addict! You may ask me about puerh tea via 018 3581121.
Powered by Blogger.

PROMOTION

Total Pageviews

Definition List

Definition List

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

Ordered List

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support