We bring you the best puerh tea from Yunnan. Contact us: 018 358 1121.

Tuesday 22 October 2019

WARNA BANCUHAN TEH PUERH


Seringkali saya ditanya, kenapa puerh tea yang saya bancuh tampak berlainan warnanya dari yang anda beli dan bancuh? Kenapa perlu beza? Semacam ada sedikit ketidakpuasan hatian di situ? 😀

Ada beberapa faktor…

First kemungkinan faktor kuantiti puerh tea yang digunakan. Seringkali saya tekankan, kuantiti puerh tea bergantung pada individu. Sedikit atau banyak atas citarasa masing-masing. Tiada betul atau salah. Dan semestinya kuantiti puerh tea yang dibancuh memberi kesan ke atas warna bancuhan puerh tea.

Yang kedua adalah faktor pencahayaan. Saya adalah seorang pembekal teh. Bukan sekadar hanya peminum teh puerh 😁. Maka setiap kali saya snap gambar saya akan cuba ambil gambar sehabis baik walaupun saya bukan professional photographer dan juga hanya gunakan smartfon sahaja (mana-mana seller online pun pasti inginkan gambar yang cantik). Saya cuba hasilkan yang terbaik dengan bergantung dengan apa yang saya ada dan ilmu yang masih sangat terbatas. Setiap gambar boleh jadi berpuluh kali snap. Faktor pencahayaan dan jenis smartfon juga memberi kesan. Semestinya memberi hasil gambar yang berlainan. Saya bukan menipu. Saya hanya berikan yang terbaik. Berlainan pula dengan anda apabila setiap kali sent gambar puerh tea untuk di nilai oleh saya kerana merasakan warna teh berlainan, ada gambar yang kelabu asap, bergegar, daun teh tidak sempat kembang dan sebagainya. Again, focus kita berlainan, semestinya memberi hasil yang berlainan walaupun kita minum teh yang sama. Di sini saya bukan niat nak menghina gambar pelanggan TeaZheng. Oh tidak sekali-kali! Saya hanya memberi penjelasan kenapa gambar atau puerh tea saya nampak lebih menarik.

Dan faktor yang terakhir adalah saya ada banyakkkkkk gred puerh tea. Yer, memang benar boleh jadi sebab puerh tea yang anda bancuh nampak berlainan dari yang saya bancuh kerana teh kita sememangnya berlainan. Anda mungkin hanya ada satu jenis/gred tea sahaja yang dibeli dari saya, sedangkan saya ada berpuluh jenis 😉. Hari ini saya minum yang ni, esok saya minum yang tu. Dan saya memang sentiasa bertukar-tukar teh kegemaran. Jika teh yang dibancuh berlainan, hasil (warna) juga boleh jadi berlainan dengan mengambil kira dua faktor di atas juga. Walau bagaimanapun, puerh tea kegemaran yang sering saya bancuh dan rotate adalah puerh tea in can, XiGui compressed tea cake dan juga Old Tea Tree.

Saya pembekal teh cina, semestinya saya ada banyak jenis dan gred teh. Heheh…Cukup dengan tiga faktor ini dahulu. Di harap dengan penjelasan ini tiada lagi kerunsingan warna bancuhan teh puerh yang anda dapatkan dari kami. Semuanya jelas dan clear hendaknya. Mohon maaf andai ada perkataan yang mengguris hati.

 Ingin info lanjut mengenai TeaZheng

TeaZheng
Pembekal Teh Puerh Asli Dari Yunnan
018 358 1121

#kedaitehcinamuslim
#TeaZheng
Share:

Tuesday 8 October 2019

KEBAIKAN KURMA MERAH (CHINESE RED DATES)


Siapa yang dapat rasa chinese red dates (jujube) yang baru sampai ini, memang beruntung sangat. Red dates kali ini:

  • Lebih besar
  • Lebih berat (padat)
  • Lebih moist (lembut)
  • Lebih segar
  • Lebih sedap dan lazat

Red dates kami tak perlu direbus sebagaimana red dates lain. Boleh dimakan begitu sahaja. Sebiji pun boleh kenyang. Sesuai dijadikan snack dalam program diet (eat clean atau sebagainya).
Red dates by TeaZheng adalah berasal dari Yunnan. Kelebihan red dates kami selain boleh dimakan begitu saja dan memberikan rasa kenyang, red dates by TeaZheng juga sangat sedap dengan rasanya yang lembut tapi tidak terlalu manis (baca testimoni dibawah). Namun yang paling utama adalah, kami bawakan red dates yang halal, natural serta organik. Tiada sebarang pewarna dan perasa tambahan dalam Yunnan red dates.


KHASIAT DAN KEBAIKAN RED DATES (KURMA MERAH)
Red dates sememangnya popular di kalangan masyarakat cina kerana khasiatnya yang tinggi ke atas tubuh badan. Jumlah vitamin C dalam red dates adalah 70 hingga 80 kali lebih tinggi dari anggur dan epal serta kaya dengan vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, protein, kalsium, fosforus, besi dan magnesium.  Antara kebaikan dan khasiat red dates ke atas tubuh badan adalah:

  • Menyejukkan badan (sesuai diminum sejuk atau panas)
  • Merangsang pengeluaran sel darah putih, serta meningkatkan imun badan dan mengurangkan paras kolesterol dalam aliran darah.
  • Mencegah dan membantutkan sel kanser
  • Membantu mengelakkan batu karang
  • Fosforus dan besi memainkan peranan penting dalam mencegah osteoporosis dan anemia.

BAGAIMANA HENDAK MENDAPATKAN RED DATES BY TEAZHENG?


Sepeket red dates by TeaZheng hanya berharga RM20 sahaja (200g). Anda boleh mendapatkan red dates dengan berkunjung ke premis kami yang bertempat di Bangi Avenue Kajang. Selain itu, cara lebih mudah adalah dengan whatsapp kami untuk membuat pembelian dan kami akan poskan untuk anda walau di mana anda berada. Tekan whatsapp link di bawah:

Tak dapat hubungi kami menggunakan link di atas? Jangan risau terus whatsapp kami di 018 358 1121.

#Yunnanreddates
#Kedaitehcinamuslim
#TeaZheng
#Natural

Share:

Saturday 5 October 2019

PUERH GREEN TEA PALING DIGEMARI !


Puerh tea in can (Jinzhiyuye) kembali. Puerh tea yang paling laris. Paling hot selling. Paling diminati dalam banyak-banyak stok puerh tea yang kami ada. Sebab itu sentiasa terputus stok sebab permintaan  yang sangat tinggi. Kali ini puerh tea ini kembali lagi setelah beberap bulan terputus stok. Ramai menanti kedatangan puerh tea ini (bagi yang pernah merasa lah).

Kenapa puerh tea ini cepat habis stok?
  • Pertama kerana puerh tea ini satu-satunya puerh tea bergred premium dalam bentuk daun lerai (loose leaf). Gred premium yang lain semua dalam bentuk daun teh dipadatkan (compressed leaf). Loose leaf lebih mudah dan pantas dibancuh. Sesuai untuk anda yang yang sentiasa kejar masa terutamanya wanita berkerjaya. Juga senang di bawa ke pejabat.
  • Rasa puerh tea in can sangat nyaman dan tenteram saat dihirup berbanding teh puerh yang lain. Bau teh juga wangi asli tanpa kehadiran pewangi, perasa atau pewarna tambahan. Semuanya asli dan semulajadi. 
  • Puerh tea in can sangat digemari dan terkenal dikalangan ahli-ahli group diet yang dan juga fitness group yang tumbuh bagai cendawan di media sosial. Faktor utama kerana keberkesanannya dalam membantu membakar lemak serta menurunkan berat badan.

Premium grade loose leaf puerh tea 

Selain dari faktor-faktor di atas, puerh tea in can juga mempunyai banyak kelebihan lain iaitu membantu dalam:
  • Menurunkan level gula (kencing manis)
  • Menurunkan tekanan darah (darah tinggi)
  • Menurunkan kolesterol
  • Melegakan migraine dan sakit kepala
  • Mengecilkan sel-sel lemak (menurunkan berat badan)
  • Melegakan period pain (senggugut)
  • Menghilangkan sembelit

Rasa teh premium yang memberi kesegaran

Faktor-faktor inilah menjadikan puerh tea in can digemari ramai. Dengan hanya RM170 untuk penggunaan 3 ke 4 bulan, puerh tea in can sangat berbaloi untuk dimiliki oleh semua yang mementingkan kesihatan. Jika anda berminat untuk membuat tempahan, mohon terus whatsapp kami dengan menekan link di bawah:


Tak dapat hubungi kami menggunakan link di atas? Jangan risau, terus whatsapp kami menggunakan talian ini: 018 358 1121

TeaZheng
Pembekal Teh Puerh Asli dari Yunnan
018 358 1121

#kedaitehcinamuslim
#TeaZheng

Share:

Tuesday 1 October 2019

HALAL CHINESE TEA IN KAJANG/BANGI


Assalamualaikumm...

Seperti yang telah sedia maklum, Kedai Teh Cina Muslim, TeaZheng dikendalikan sepenuhnya oleh muslim. Gabungan melayu muslim dari Terengganu dan juga cina muslim dari Yunnan, China. Teh puerh yang dibekalkan oleh TeaZheng dijamin halal serta telah mendapat pengiktirafan dari Badan Halal di China yang diiktiraf oleh JAKIM, Malaysia.

Selain chinese puerh tea, TeaZheng juga membekalkan pelbagai produk halal yang lain yang berasal dari Yunnan seperti chinese red dates, walnut, spices, flower tea dan pelbagai produk lain yang boleh dirujuk di sini.

Selain dijamin halal, produk-produk yang kami bekalkan juga adalah asli serta organik. Tiada sebarang pewarna atau perasa tambahan di dalam sebarang produk jualan kami.

Jika berkunjung ke premis kami, anda berpeluang merasai pelbagai jenis dan gred puerh chinese tea secara percuma melalui sesi bancuhan teh kami (tea session). Tiada sebarang cas dikenakan dan tiada had atau limit untuk kuantiti teh yang diminum atau dibancuh.


Untuk terus mengadakan slot temujanji sesi bancuhan teh dengan kami, tekan di sini.

Atau boleh juga menekan whatsapp di bawah untuk terus berwhatsapp dengan kami.


Jika link di atas tidak dapat dihubungi, terus whatsapp kami di talian 018 358 1121.

#kedaitehcinamuslim
#halalchinesetea
#TeaZheng

Share:

Ingin lebih jelas whatsapp ajer terus..

Contact Us!

Contact Us!

HALAL FROM YUNNAN

HALAL FROM YUNNAN

Featured Post

SIMTOM LEPAS RAYA - LEGAKAN DENGAN PUERH TEA TEAZHENG

Mesti ada yang mengalami seperti gambar di atas kan? Semuanya gara-gara pemakanan. Pemakanan yang tidak terjaga dan tidak teratur sepanjang ...

About Me

My photo
I am puerh tea addict! You may ask me about puerh tea via 018 3581121.
Powered by Blogger.

PROMOTION

Total Pageviews

Definition List

Definition List

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

Ordered List

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support