We bring you the best puerh tea from Yunnan. Contact us: 018 358 1121.

Thursday 27 May 2021

PERBEZAAN KEDAI SENSEI DAN KEDAI TEH


Jangan tertukar antara kedai sensei dengan kedai teh cina kerana banyak beza antara kedua-duanya. Kedai sensei jual ubat-ubatan dan supplement berasaskan herba serta berkonsep traditional cina. Di kedai sensei kadang-kadang ada jual teh, kadang-kadang takde langsung. Dan kalau ada pun tak banyak. Mungkin sejenis dua teh sahaja. Tak banyak pilihan teh. Pokoknya kedai sensei fokus ubatan herba cina, bukan teh. 

Kedai teh pula semestinya fokus teh, juga berkonsepkan traditional. Ada banyak jenis dan gred teh. Herba-herba cina lain kadang-kadang ada jual, kadang-kadang takde langsung. Kalau ada pun sejenis dua sahaja. Terbalik dengan kedai sensei tadi. Pokoknya kedai teh fokus teh, bukan fokus herba cina.

Kalau masuk kedai sensei, ubatan herba cina yang nampak dulu. Berderettt.. Kalau masuk kedai teh pula, teh nampak dulu. Penuh rak kiri kanan. Again, pelbagai jenis dan gred.

Satu perbezaan lagi, kedai sensei kebanyakkannya tiada meja untuk tea session atau sesi bancuh teh, manakala kedai teh pula pasti ada tempat atau meja khas untuk tea session atau sesi bancuh teh.

Meja teh untuk tea session
 
TeaZheng adalah sebuah kedai teh cina muslim. Fokus kami memang pada teh dan spesifik lagi puerh tea. Herba-herba cina lain khas untuk ubatan (TCM) memang kami tak jual. Ada sebab kami tak jual antaranya perlukan lesen dan juga kepakaran. Bukan boleh simply jual.

Kesimpulannya, jika nak herba cina, masuklah kedai sensei. Jika nak cari teh cina asli, carilah kedai teh cina. 😊

Hubungi kami untuk mengetahui info lanjut mengenai Yunnan Puerh Tea menggunakan link di bawah: 


TeaZheng
Kedai Teh Cina Muslim
Share:

Wednesday 26 May 2021

CIRI-CIRI TEH YANG BERKUALITI

 


MINUM TEH YANG BERKUALITI YANG MAMPU MELINDUNGI BADAN.

Asal teh memang bagus untuk kesihatan. Daun teh tinggi kandungan antioksida (thearubigins, epicatechins, catechins) yang mampu tingkatkan imuniti badan sekaligus bertindak sebagai perisai dalam melindungi badan dari serangan virus, bakteria dan radikal bebas.

Namun tidak semua teh mampu bertindak sedemikian. Apa yang anda perlu lakukan adalah cari teh yang betul-betul berkualiti tinggi.

Antara ciri-ciri teh yang berkualiti tinggi adalah:
  • Teh tersebut dalam bentuk berdaun asli. Bukan uncang atau serbuk atau sachet.
  • Teh yang melalui proses fermentasi atau ageing yang panjang (anda perlu rujuk trusted seller untuk bertanyakan hal ini).
  • Teh yang tidak perlu dicampur sebarang pemanis sokongan (walaupun stevia) untuk menjadikannya sedap. Teh yang berkualiti tinggi mampu “berdiri” sendiri, tetap sedap tanpa gula atau stevia.
  • Teh yang tidak dicampur sebarang pengawet, perwarna dan pewangi tiruan. 
  • Teh yang tidak mempunyai jangka hayat. Makin lama disimpan, makin tinggi kualiti.

Puerh tea by TeaZheng mempunyai ciri-ciri di atas, maka ianya adalah pilihan yang tepat buat para pencinta teh untuk dijadikan amalan harian. 

Jika konsisten minum, tidak mustahil untuk pengamalnya memperolehi banyak kebaikan seperti mengurangkan berat badan, bacaan gula, tekanan darah dan kolesterol lebih terkawal serta emosi yang lebih stabil kerana puerh tea mengandungi L - Theanine yang membantu memberi ketenangan buat pengamal puerh tea.

Pastikan anda mendapatkan puerh tea keluaran TeaZheng, kerana kami satu-satunya muslim puerh tea serta asli dari Yunnan. 

Layari www.teazheng.com untuk terus membuat pesanan.

Atau jika ada sebarang pertanyaan, boleh whatsapp dengan menekan link di bawah



#TeaZheng
#kedaitehcinamuslim
Share:

Ingin lebih jelas whatsapp ajer terus..

Contact Us!

Contact Us!

HALAL FROM YUNNAN

HALAL FROM YUNNAN

Featured Post

SIMTOM LEPAS RAYA - LEGAKAN DENGAN PUERH TEA TEAZHENG

Mesti ada yang mengalami seperti gambar di atas kan? Semuanya gara-gara pemakanan. Pemakanan yang tidak terjaga dan tidak teratur sepanjang ...

About Me

My photo
I am puerh tea addict! You may ask me about puerh tea via 018 3581121.
Powered by Blogger.

PROMOTION

Total Pageviews

Definition List

Definition List

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

Ordered List

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support