We bring you the best puerh tea from Yunnan. Contact us: 018 358 1121.

Wednesday 23 August 2017

RESEPI DONUT GEBU GOYANG KAKI


Kenapa goyang kaki?
Melampau betul dengornya. Hehe
Perumpamaan sahaja. Goyang kaki sebab aku guna breadmaker.
So proses menguli semua breadmaker yang ambik alih selama 1 jam setengah.
Aku pi buat kerja lain. Kalau aku yang uli tak tahu lah jadi apa. Takde rupa donut agaknya.
Entah2 kerah kejung tak leh telan.
Aku tak nak ambik risiko guna air tangan aku ni. Sebab aku kenal sapa diri aku.
Buat apa2 payah nak jadi.
Maka, lepas breadmaker uli, aku just jalankan proses menekap sahaja. Dan goreng.
Itu pun tak secomel dan selicin orang lain buat (pada mata aku).
Kawan aku cakap.."Baru first time buat terus nak comel2..tak sabor!!" Hahahaha
Whateverpun, rasa donut boleh puji (chewahh..masuk dalam bakul bergolek sendiri😆😆)

Ada yang mintak resepi. So ini yer. Resepi pun aku google juga.


Resepi Donut Gebu Goyang Kaki


  • 400g tepung gandum
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil yis/mauripan
  • 1 setengah sudu kecil garam
  • 2 sudu besar susu tepung (atau jika tiada boleh gantikan dengan 2 sudu besar susu pekat
  • 60g butter (cairkan)
  • Sebiji telur saiz M
  • 190 ml air suam (suhu sekitar 35 deg C) - aku agak2 jer.

Cara-caranya:

  • Mudah yakmat. Humban sahaja semua bahan dalam BM pan (liquid bawah, solid atas, atau bergantung pada BM masing-masing).
  • Tekan setting dough. (Aku punya no. 8 untuk dough setting).
  • Biarkan BM menjalankan kerjanya selama 1 jam setengah. 
  • Bila BM dah berbunyi tanda dah siap, keluar dough.
  • Tepuk2 sikit untuk keluarkan angin. Leperkan dough untuk proses menekap.
  • Tekap guna acuan beli atau boleh manual tekap sendiri.
  • Satu dough ni boleh buat dalam 15-20 biji donut standard saiz.
  • Settle menekap, tunggu kejap dalam setengah jam untuk bagi donut naik (tapi jangan over naik)
  • Then boleh goreng atau bakar oven untuk lebih sihat.
  • Keluarkan and tabur gula or coklat or cheese or whatever. Siap!
  • Sonang kan?


*Kalau nak frozenkan pun boleh. Goreng/ovenkan sekejap sahaja untuk stopkan fermentation. Then boleh masuk freezer. Nak makan goreng balik.

Sekian perkongsian tak seberapa dari aku yang baru first time cuba buat donut. Lepas makan donut, jangan lupa minum puerh tea. Kang tak pasal2 gula meninggi. Jangan amalkan selalu.😊

#MrsZhengCook
#DonutGebu

Share:

Ingin lebih jelas whatsapp ajer terus..

Contact Us!

Contact Us!

HALAL FROM YUNNAN

HALAL FROM YUNNAN

Featured Post

SIMTOM LEPAS RAYA - LEGAKAN DENGAN PUERH TEA TEAZHENG

Mesti ada yang mengalami seperti gambar di atas kan? Semuanya gara-gara pemakanan. Pemakanan yang tidak terjaga dan tidak teratur sepanjang ...

About Me

My photo
I am puerh tea addict! You may ask me about puerh tea via 018 3581121.
Powered by Blogger.

PROMOTION

Total Pageviews

Definition List

Definition List

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

Ordered List

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support