Jangan tertukar antara kedai sensei dengan kedai teh cina kerana banyak beza antara kedua-duanya. Kedai sensei jual ubat-ubatan dan supplement berasaskan herba serta berkonsep traditional cina. Di kedai sensei kadang-kadang ada jual teh, kadang-kadang takde langsung. Dan kalau ada pun tak banyak. Mungkin sejenis dua teh sahaja. Tak banyak pilihan teh. Pokoknya kedai sensei fokus ubatan herba cina, bukan teh.
Kedai teh pula semestinya fokus teh, juga berkonsepkan traditional. Ada banyak jenis dan gred teh. Herba-herba cina lain kadang-kadang ada jual, kadang-kadang takde langsung. Kalau ada pun sejenis dua sahaja. Terbalik dengan kedai sensei tadi. Pokoknya kedai teh fokus teh, bukan fokus herba cina.
Kalau masuk kedai sensei, ubatan herba cina yang nampak dulu. Berderettt.. Kalau masuk kedai teh pula, teh nampak dulu. Penuh rak kiri kanan. Again, pelbagai jenis dan gred.
Satu perbezaan lagi, kedai sensei kebanyakkannya tiada meja untuk tea session atau sesi bancuh teh, manakala kedai teh pula pasti ada tempat atau meja khas untuk tea session atau sesi bancuh teh.
Meja teh untuk tea session |
Kesimpulannya, jika nak herba cina, masuklah kedai sensei. Jika nak cari teh cina asli, carilah kedai teh cina. 😊
Hubungi kami untuk mengetahui info lanjut mengenai Yunnan Puerh Tea menggunakan link di bawah:
Kedai Teh Cina Muslim
0 comments:
Post a Comment