We bring you the best puerh tea from Yunnan. Contact us: 018 358 1121.

Sunday 15 September 2019

KELEBIHAN PUERH TEA YANG TIADA PADA TEH YANG LAIN


Jika ditanya mengenai kelebihan puerh tea, kami tak gemar highlight pada sekadar boleh menurunkan berat badan, kawal gula dan darah tinggi serta menurunkan kolesterol sahaja. Semua ini khasiat yang common untuk secawan teh. Bukan puerh tea sahaja yang mempunyai khasiat sebegini. Most Chinese tea like Oolong or Japannese tea juga mempunyai khasiat yang sama.

Namun jika ditanya mengenai kelebihan kami lebih suka tekankan pada:

+ Puerh tea asli berdaun. Mengekal tektur daun bermakna mengekalkan kualiti teh. Lebih optimum khasiat diserap saat teh dihirup.

+ Puerh tea tidak mempunyai jangka hayat sebagaimana teh lain. Lebih lama teh puerh disimpan, lebih tinggi kualiti teh puerh.

+ Puerh tea mempunyai rasa dan aroma yang sangat mendamaikan (refreshing) berbanding teh lain. 

+ Kebanyakkan puerh tea dituai dari pokok yang telah berusia beratus tahun. Pokok teh puerh besar-besar (perlu dipanjat) untuk mendapatkan pucuk daun teh, berlainan dari teh yang lain di pasaran. Selain itu pokok teh puerh juga tumbuh meliar (wild).

+ Dari segi khasiat, selain dari khasiat yang telah dinyatakan di atas, puerh tea mempunyai khasiat yang lebih meluas berbanding teh lain seperti bagus dalam mengimbangi hormon wanita yang mempunyai masalah period tidak teratur atau sudah lama tidak datang bulan. Wanita yang senggugut juga bagus amalkan puerh tea.

+ Tidak seperti teh lain yang tidak sesuai jika anda mempunyai gastrik, puerh tea masih sesuai untuk anda. Puerh tea tidak mengganggu perut. Puerh tea juga bagus untuk anda yang sering sakit kepala dan migraine.

+ Puerh tea sesuai diminum untuk ibu-ibu yang dalam pantang dan juga sedang menyusukan bayi. 

+ Hanya bentuk muka bumi dan cuaca di Yunnan sahaja sesuai untuk penanaman dan penghasilan puerh tea. Maka, puerh tea hanya berasal dari Yunnan.

Dengan semua kelebihan ini menjadikan puerh tea lain dari teh yang lain, dan sebab itulah harga puerh tea jauh lebih tinggi berbanding kepelbagaian teh di pasaran.

Jika anda ada sebarang kemusykilan dan pertanyaan mengenai teh puerh, mohon tekan whatsapp link di bawah:

TeaZheng
Pembekal Teh Puerh Asli dari Yunnan
Bangi Avenue, Kajang.

#kedaitehcinamuslim
#TeaZheng
Share:

Tuesday 10 September 2019

KACANG WALNUT ASLI DAN ORGANIK


Walnut di Yunnan sudah mula merekah, petanda waktu menuai telah tiba. Seperti yang diketahui, fresh Yunnan walnut antara signature produk kami di TeaZheng. Kami bawakan walnut yang asli, wild (kebanyakkannya tumbuh meliar), organik serta segar kerana baru di tuai. Bentuk muka bumi serta cuaca di Yunnan memang bersesuaian dengan penanaman walnut. Rasa walnut yang segar sangat sedap serta berlainan dengan walnut yang sudah lama tersimpan. Bila dikunyah boleh terasa seakan walnut yang dicampur susu. Kami sarankan untuk makan walnut sambil dicicah madu yunnan asli. Definitely sangat sedap!


APAKAH KEBAIKAN KACANG WALNUT?

Pakar dari University of Scranton Chemistry, Pennsylvania, telah menganalisa kadar antioksidan dari sembilan jenis kacang. Mereka mendapati bahawa segenggam walnut memiliki dua kali ganda antioksidan berbanding kacang -kacang yang lain. Antara manfaat kacang walnut adalah: 

1. Menjaga jantung
Selain kaya dengan antioksidan, walnut juga mengandungi asid lemak omega-3 yang dapat meningkatkan jumlah kolesterol baik dalam tubuh dan menyingkirkan kolesterol jahat. Mengambil segenggam walnut boleh membuat anda terhindar daripada penyakit jantung, stroke, atau penyakit jantung koronari.

2. Mengurangi keradangan
Walnut juga diketahui mampu mengatasi penyakit keradangan seperti asma, psioriasis, eczema, atau arthtritis.

3. Meningkatkan kekebalan tubuh
Antioksidan yang ada dalam walnut membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan melindungi tubuh dari proses penuaan, kanser, dan penyakit saraf.

4. Bagus untuk kulit
Kandungan omega-3 pada walnut juga menguatkan membran sel kulit, mengekalkan kelembaban, dan nutrisi di dalamnya yang pada akhirnya membantu kulit bercahaya (glowing), dan mengeluarkan sel-sel kulit mati. Walnut juga boleh melindungi kulit dari kekeringan. Biasanya walnut dalam bentuk minyak walnut juga digunakan untuk terapi urut, aroma terapi, dan produk kosmetik.

5. Kehamilan
Wanita hamil sangat disarankan mengambil walnut. Kandungan vitamin B kompleks yang tinggi serta vitamin lain seperti folat, riboflavin, thiamin, dan lainnya sangat diperlukan oleh ibu hamil.

6. Kaya mineral
Walnut mengandung banyak mineral seperti mangan, potassium, kalsium, besi, magnesium, dan copper. Mineral ini memiliki banyak kegunaan untuk perkembangan sperma lelaki.

7. Melawan sembelit
Walnut juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah sembelit. Mengambil walnut secara teratur dan makanan kaya lemak lain akan menjauhkan anda dari sembelit.

8. Mencantikkan rambut.
Ingin rambut yang cantik? Walnut jawapannya. Walnut disebut sebagai 'makanan rambut' yang kaya akan Biotin. Biotin adalah nutrisi penting yang diperlukan untuk menguatkan rambut, meningkatkan pertumbuhan rambut dan mencegah keguguran. Kurangnya biotin selalu dikaitkan dengan rambut gugur atau patah.

BAGAIMANA MENDAPATKAN FRESH WALNUT DARI TEAZHENG?

Berita baik,InsyaAllah, stok walnut fresh akan mendarat tidak lama lagi. Bila exactly tarikh mendarat kami tidak dapat tentukan lagi. Jika ingin follow kami rapat-rapat mengenai fresh Yunnan Walnut, boleh ke channel Telegram kami dengan menekan link di bawah:

Telegram link: https://bit.ly/2lZRo0X

Di channel telegram ini, kami akan sentiasa update perkembangan terkini mengenai stok walnut segar dan juga produk TeaZheng yang lain. Dengan mengikuti channel kami, info terbaru cepat sampai ke pengetahuan anda dan tidak gusar mengenai kehabisan stok produk kami.

Jom lekas follow kami 😊



Share:

Sunday 8 September 2019

Di MANA NAK CARI TEH BUNGA ROSE ASLI (ROSEBUD TEA)?


Baru sahaja selesai menyantuni Puan Azma dan famili dari Bandar Baru Bangi. Tujuan utama Puan Azma berkunjung ke premis kami adalah untuk mendapatkan teh bunga rose atau pun rosebudtea. Namun, kami sudah kehabisan stok bunga rose memandangkan permintaan yang tinggi. Maka Puan Azma beralih arah kepada roseteacake (puerh tea yang dicampur dengan kuntuman bunga rose seperti gambar di bawah). Selain roseteacake, Puan Azma juga berminat dengan Yunnan Chili Oil, Yunnan Spices dan juga Yunnan Tuocha.

Rosetea cake (puerh tea mixed with rosebud)

Mengenai rosebud tea, Kedai Teh Cina Muslim, TeaZheng sememangnya membekalkan teh bunga rose berkualiti tinggi serta premium gred dari Yunnan. Bunga rose kami asli dan organik serta tiada campuran pewarna tambahan. Bunga rose kami sentiasa menjadi rebutan sebab itu stok cepat habis. InsyaAllah kami dalam proses mendapatkan stok terbaru dan dijangka tiba dalam masa terdekat. Tarikh spesifik tidak dapat kami tentukan. Bukan setakat rosebud sahaja, Yunnan Walnut yang fresh serta Red dates juga akan kembali.

Rosebud tea

Jika anda tak nak ketinggalan untuk mendapatkan hot item ini, sila sertai Telegram channel kami menggunakan link di bawah. Kami akan update sebarang info terkini di Channel kami terlebih dahulu sebelum media sosial yang lain.

Telegram Channel: 
https://t.me/joinchat/AAAAAFMggnZGUnPzS2zOjg

#PelangganTeaZheng
#Kedaitehcinamuslim

Share:

Thursday 5 September 2019

CEGAH KEMURUNGAN DENGAN TEH PUERH



Teh puerh bukan ubat, bukan juga steroid, tapi puerh tea sedikit sebanyak membantu anda yang sentiasa stress (yang akhirnya boleh mengakibatkan kemurungan) untuk lebih tenang, lapang dan damai.

Jangan biarkan stress anda berpanjangan.

Di dalam teh puerh ada theanine, sebatian yang membantu anda lebih tenang dalam menjalani kehidupan harian. 

Bila hati tenang, masalah besar pun terasa kecil. Begitulah sebaliknya. Kita yang mengawal hati. Dibantu dengan amalan minum minuman yang sihat iaitu puerh tea. 

Sepeket teh puerh hanya RM185. Anda boleh nikmati selama 7 bulan lamanya. Info lanjut puerh tea sila klik link di bawah :-


#kedaitehcinamuslim  
#TeaZheng
Share:

Ingin lebih jelas whatsapp ajer terus..

Contact Us!

Contact Us!

HALAL FROM YUNNAN

HALAL FROM YUNNAN

Featured Post

SIMTOM LEPAS RAYA - LEGAKAN DENGAN PUERH TEA TEAZHENG

Mesti ada yang mengalami seperti gambar di atas kan? Semuanya gara-gara pemakanan. Pemakanan yang tidak terjaga dan tidak teratur sepanjang ...

About Me

My photo
I am puerh tea addict! You may ask me about puerh tea via 018 3581121.
Powered by Blogger.

PROMOTION

Total Pageviews

Definition List

Definition List

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

Ordered List

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support