Baru sahaja selesai menyantuni Puan Azma dan famili dari Bandar Baru Bangi. Tujuan utama Puan Azma berkunjung ke premis kami adalah untuk mendapatkan teh bunga rose atau pun rosebudtea. Namun, kami sudah kehabisan stok bunga rose memandangkan permintaan yang tinggi. Maka Puan Azma beralih arah kepada roseteacake (puerh tea yang dicampur dengan kuntuman bunga rose seperti gambar di bawah). Selain roseteacake, Puan Azma juga berminat dengan Yunnan Chili Oil, Yunnan Spices dan juga Yunnan Tuocha.
Rosetea cake (puerh tea mixed with rosebud)
Mengenai rosebud tea, Kedai Teh Cina Muslim, TeaZheng sememangnya membekalkan teh bunga rose berkualiti tinggi serta premium gred dari Yunnan. Bunga rose kami asli dan organik serta tiada campuran pewarna tambahan. Bunga rose kami sentiasa menjadi rebutan sebab itu stok cepat habis. InsyaAllah kami dalam proses mendapatkan stok terbaru dan dijangka tiba dalam masa terdekat. Tarikh spesifik tidak dapat kami tentukan. Bukan setakat rosebud sahaja, Yunnan Walnut yang fresh serta Red dates juga akan kembali.
Rosebud tea
Jika anda tak nak ketinggalan untuk mendapatkan hot item ini, sila sertai Telegram channel kami menggunakan link di bawah. Kami akan update sebarang info terkini di Channel kami terlebih dahulu sebelum media sosial yang lain.
Telegram Channel:
https://t.me/joinchat/AAAAAFMggnZGUnPzS2zOjg
#PelangganTeaZheng
#Kedaitehcinamuslim
0 comments:
Post a Comment