We bring you the best puerh tea from Yunnan. Contact us: 018 358 1121.

Monday 22 February 2021

PUERH TEA WITH CINNAMON

Inginkan kelainan dari kebiasaan? Puerh tea yang dicampur lemon, madu, halia atau kurma sudah biasa buat kan? Apakata kali ini kita campur cinnamon atau  kulit kayu manis pulak ke dalam puerh tea. 

Boleh ke?

Semestinya boleh. Malah berganda-ganda khasiat bila digabungkan sekali puerh tea dengan kulit kayu manis ini. Khasiat puerh tea tak perlulah kami terangkan lagi (boleh check khasiat puerh tea di sini). Kali ini jom kita semak apa khasiat kulit kayu manis ke atas tubuh badan. Oh sebelum tu, bagi sesiapa yang ingin mencampurkan kulit kayu manis ke dalam puerh tea selepas ini, cari kulit kayu manis jenis Ceylon, bukan jenis Cassia kerana khasiat kayu manis Ceylon lebih tinggi serta jauh lebih berkualiti dari kayu manis Cassia. Malah rasanya juga lebih sedap. Nak bezakan kayu manis Ceylon dengan Cassia boleh google sendiri yer. 

Di bawah ini khasiat kulit kayu manis Ceylon:

  • Seperti puerh tea, kulit kayu manis mempunyai polyphenols, phenolic acid and flavanoids yang merupakan antioksida. Seperti yang sedia maklum, antioksida penting untuk badan melawan radikal bebas yang boleh mendatangkan penyakit merbahaya seperti kanser. 
  • Kulit kayu manis juga bertindak sebagai anti radang. Kulit kayu manis boleh membantu badan melawan jangkitan dan melawan tisu rosak. Ianya bagus dalam membantu mengurangkan bengkak, mengurangkan sakit otot, kejang ketika haid dan alergi.
  • Membantu melawan penyakit neurodegenerative. Penyakit neurodegenerative ialah pengurangan fungsi dan struktur sel otak seperti alzheimer dan parkinson. Banyak kajian yang telah dilakukan terhadap haiwan menunjukkan pemulihan yang positif untuk dua penyakit ini.
  • Kulit kayu manis dapat meningkatkan HDL yang akan mengurangkan kandungan kolesterol jahat iaitu LDL.
  • Sepertimana puerh tea, kulit kayu manis juga bagus dalam melawan diabetis. Ianya membantu meningkatkan sensitiviti insulin, hormon penting dalam membantu memastikan aras gula seimbang dalam darah.
  • Ceylon Cinnamon mempunyai kandungan essential cinnamon oil (cinnamaldehyde) yang jauh lebih tinggi iaitu melebihi 70%. Menurut kajian, cinnamaldehyde membantu mengawal tahap gula dalam darah, mempunyai ciri-ciri anti radang dan anti bakteria serta bagus dalam mengawal berat badan.

Dengan pelbagai manfaat kulit kayu manis yang telah diberikan di atas, cuba anda bayangkan kelebihan yang bakal kita perolehi apabila dinikmati bersama bancuhan teh puerh. Semestinya khasiat lebih berganda! Bukan itu sahaja, rasa dan aroma teh puerh juga lebih wangi memikat dengan kehadiran aroma kulit kayu manis yang kita sedia maklum sangat mendamaikan serta merupakan satu terapi untuk minda dan kesihatan tubuh badan.

Bagaimana cara bancuh puerh tea dengan kulit kayu manis?

Kita boleh pilih untuk menikmati kulit kayu manis dalam bentuk serbuk atau kepingan. Cara bancuh bersama teh puerh sama sahaja seperti kebiasaaan (boleh rujuk di sini), hanya perlu tambah kulit kayu manis ketika bancuhan. Jika menggunakan serbuk, setengah sudu teh sudah mencukupi, manakala jika menggunakan kepingan, satu keping kulit kayu manis dalam ukuran  lebih kurang 1 ke 2 inci sudah memadai. Rendam bersama air teh puerh yang telah dituang air panas (air bertapis seeloknya), minum panas-panas suam. InsyaAllah, pasti anda akan rasa kelainan dan kepuasan dalam menikmati secawan puerh tea. 

Untuk mendapatkan puerh tea boleh terus membuat pesanan di www.teazheng.com

Atau jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan puerh tea boleh whatsapp kami menggunakan link di bawah: 


#kedaitehcinamuslim
#TeaZheng
#Puerhtea
Share:

Monday 8 February 2021

KELEBIHAN TEH PUERH MERAH

Seringkali kami ditanya, apa perbezaan teh puerh merah berbanding teh puerh hijau? Khasiat sama atau bagaimana? Siapa yang lebih sesuai minum teh puerh merah dan pelbagai lagi soalan lain.

Secara umumnya khasiat teh puerh merah dan teh puerh hijau adalah sama. Teh puerh merah juga berfungsi dalam membantu kawal gula, kolesterol, tekanan darah, migrain dan pelbagai lagi fungsi sebagaimana teh puerh hijau. Walau bagaimana pun, teh puerh hijau lebih efektif dalam mengawal berat badan dan meningkatkan metabolisme badan. Teh puerh merah sedikit rendah sifatnya dalam meningkatkan metabolisme dan pengawalan berat badan.

Selain itu, teh puerh merah lebih bersifat lembut dan "slow release" menjadikannya lebih sesuai diamalkan untuk wanita mengandung dan juga orang tua yang uzur terutamanya dalam membantu mengawal gula dalam darah serta tekanan darah.

Satu kelebihan utama teh puerh merah adalah, ianya lebih tertumpu pada bahagian perut. Amalan minum teh puerh merah menjadikan perut lebih selesa. Tiada lagi masalah angin, gastrik, bloating, penghadaman, sembelit, pedih ulu hati dan pelbagai lagi masalah perut yang lain. InsyaAllah dengan izinNya.

Jika perut sentiasa mengalami angin tersekat dan sukar dilepaskan dan menjadikan perut kembung, teh puerh merah adalah pilihan terbaik. InsyaAllah angin keluar dengan lancar, makanan mudah dihadam dan pembuangan kembali normal.

PUERH MERAH YANG MANA PALING SEDAP DAN PUAS HATI?

Dalam koleksi kami di TeaZheng, kami ada 3 jenis teh puerh merah iaitu Mahei, BingShang dan Ziya. Mahei dalam bentuk daun padat (compressed leaf), manakala BingShang dan Ziya dan bentuk daun lerai. Rasa ketiga-tiganya sangat berbeza dan kualiti pun semestinya berlainan. Menjawab soalan di atas, terus kami katakan teh puerh merah Ziya adalah pilihan terbaik. Rasa puerh merah Ziya lebih lembut dan segar saat dinikmati. Maklum balas mengenai khasiat puerh merah Ziya ke atas kesihatan juga cukup memuaskan hati pelanggan kami.  Pendek kata Ziya sangat berbaloi dimiliki. Berikut merupakan beberapa maklum balas yang kami dapat dari Ziya red tea.






Jika anda berminat ingin mendapatkan teh merah Ziya, boleh membuat pesanan di: https://bit.ly/377jcWb

Atau boleh juga whatsapp kami jika ingin bertanya atau ada sebarang kemusykilan mengenai teh puerh merah. Tekan whatsapp link di bawah: 

#kedaitehcinamuslim
#TeaZheng
Share:

Ingin lebih jelas whatsapp ajer terus..

Contact Us!

Contact Us!

HALAL FROM YUNNAN

HALAL FROM YUNNAN

Featured Post

SIMTOM LEPAS RAYA - LEGAKAN DENGAN PUERH TEA TEAZHENG

Mesti ada yang mengalami seperti gambar di atas kan? Semuanya gara-gara pemakanan. Pemakanan yang tidak terjaga dan tidak teratur sepanjang ...

About Me

My photo
I am puerh tea addict! You may ask me about puerh tea via 018 3581121.
Powered by Blogger.

PROMOTION

Total Pageviews

Definition List

Definition List

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

Ordered List

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support