We bring you the best puerh tea from Yunnan. Contact us: 018 358 1121.

Tuesday 15 January 2019

KEDAI TEH CINA MUSLIM


Konsep kedai teh cina traditional yang kami bawakan ini mungkin asing atau sedikit “weird” bagi pelanggan Melayu. Wajah-wajah weird itu tak boleh disembunyikan. Kami boleh nampak. Apatah lagi apabila soalan diajukan. Hahahhaa…
.
.

Takper, tak marah pun. Normal lah tu sebab kita tak biasa. Ini dinamakan perbezaan budaya. Macam saya, sebelum kawen lagi pun dah pernah cuba-cuba masuk kedai Chinese tea yang ada sekitar KL ni (traditional yer..bukan yang moden). Dah nampak dari dulu dah konsep kedai teh cina traditional ni. So, tak rasa pelik lah bila dah biasa. Mungkin ini yang dipanggil “Law of Attraction”. Suka sangat masuk kedai teh cina dulu sambil menggelamun, alih-alih Allah bagi rezeki bukak kedai sendiri sebiji. Alhamdulillahhh.
.
.
Rata-rata ramai ingat kami bukak cafe. Ada yang ingat kami bukak kedai makan. Ramai juga yang pelik dan bertanya kenapa kami sediakan teh free. Ada jugak yang cadangkan kami charge harga untuk minum-minum di sini. Ada yang siap nak bayar.
.
.
Actually, TeaZheng bukan kedai teh cina pertama yang sediakan teh free. Seperti yang dikatakan tadi, konsep kedai teh cina traditional memang begini. Korang jer yang tak pernah masuk sebelum ni. So, tak payah pelik sangat lah. Terima sahaja berbezaan konsep dan budaya. Kalau ada satu budaya sahaja atas muka bumi ini, tak ke boring.
.
.
Dah tu macam mana nak jana income kalau bagi free??? (Tanya si polan)
.
.
Adalah tu kami cedok kut lain. Tak payah lah susah-susah pikir. Ater banyok benor masa korang duk pikir hal bisnes kami. Aku tak berhutang dengan korang pun mujur dah tu.
.
.
Korang niiii.. Bagi free pun salah. Karang aku cas 50 hengget secawan baru padan muker…😝
Share:

Ingin lebih jelas whatsapp ajer terus..

Contact Us!

Contact Us!

HALAL FROM YUNNAN

HALAL FROM YUNNAN

Featured Post

SIMTOM LEPAS RAYA - LEGAKAN DENGAN PUERH TEA TEAZHENG

Mesti ada yang mengalami seperti gambar di atas kan? Semuanya gara-gara pemakanan. Pemakanan yang tidak terjaga dan tidak teratur sepanjang ...

About Me

My photo
I am puerh tea addict! You may ask me about puerh tea via 018 3581121.
Powered by Blogger.

PROMOTION

Total Pageviews

Definition List

Definition List

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

Ordered List

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support