Bagaimana hendak mendapatkan khasiat serta aroma yang optimum dari bancuhan bunga rose?
==> Bunga dahulu diikuti air panas <==
Iyer, jika nak dapatkan khasiat dan penyerapan yang optimum dari teh bunga rose, pastikan anda masukkan kuntuman bunga rose terlebih dahulu ke dalam gelas/cawan, baru dituang air panas. BUKAN dituang air panas dahulu, kemudian di campakkan kuntuman bunga rose ke dalam gelas. BUKAN!
Jika anda menuang air panas dahulu diikuti bunga rose, adalah sukar bunga rose terendam ke dalam air panas. Kuntuman bunga rose akan terapung-apung di permukaan air kerana sifatnya yang ringan. Tiada atau sedikit penyerapan berlaku di sini. Jika tiada penyerapan, bagaimana hendak mendapatkan khasiat yang optimum?
Berbanding jika dimasukkan bunga rose dahulu kemudian baru dituang air panas, kelopak bunga rose akan lebih mudah menyerap air setelah dituang air panas. Bunga rose lebih mudah terendam. Lama-kelamaan boleh dilihat kelopak bunga rose akan pudar warnanya (seperti gambar di atas). Anda mendapat khasiat dan penyerapan yang lebih optimum dengan kaedah ini. Aroma bunga rose juga lebih mewangi.
Minum teh bunga rose mampu memberi impak ketenangan dan kedamaian. Cari waktu yang sesuai untuk menikmati teh bunga rose. Cari your "me time". Apabila teh bunga rose dinikmati dengan kaedah yang betul disertai dengan persekitaran yang damai (jika mampu, alunan muzik yang menenangkan jiwa) teh bunga rose mampu meredakan tekanan yang anda hadapi. InsyaAllah jika betul-betul diamalkan hypertention dan tekanan darah tinggi lebih terkawal.
Nikmati teh bunga rose dengan cara yang betul untuk mendapat khasiat yang optimum.
P/s:
1. Gambar ehsan pelanggan rosebud tea by TeaZheng. Terima kasih
2. Info lanjut mengenai teh bunga rose atau rosebud tea ini, klik di sini.
TeaZheng
Pembekal teh puerh dan barangan asli dari Yunnan
0 comments:
Post a Comment