We bring you the best puerh tea from Yunnan. Contact us: 018 358 1121.

Saturday 13 May 2017

TART NANGKA TERENGGANU

Sejak aku post pasal misi mencari tart nangka kat fb semalam, ramai aih duk tanya beli kat mana, kedai mana, and no fon semua.
Rupa-rupanya ramai jugak yang minat. Ingatkan tak ramai minat tart nangka ni.
Maklumlah, sekarang ni nak masuk bulan puasa dah.
Mostly misi mencari tart nenas gebu gebas.
Aku jer yang tetiba cari tart nangka.
Well, dah namanya pior Terengganu, kuih asli Terengganu jugak yang di cari bila balik kampung ni.
Tart nenas tu kat mana2 pun boleh dapat.

Orang luar Terengganu masih ramai lagi yang tak tahu pasal tart nangka ni.
Tapi normallah, sebut pun orang luar. Yang depa kenal kepok lekor jer. Hehe
Bila aku open order kat group taman, ramai pulak yang tumpang skali.
Sudahnya stok tak cukup.😀

Ada jugak yang tanya aku, "sedap ke tart nangka ni?"
Kalau tak sedap, takdenyer aku cari. Haha
Sedaplah pada tekak aku. Memang feveret aku sejak dulu.
Dan tengoklah jugak pada pembuatnya.
Ada je yang tak sedap. Semalam sebelum aku decide beli dengan pembekal tart yang aku beli ni, aku singgah dulu kat pasar kampung sebelah. Ada jer tart ni.
Tak tahu lah sedap ke tak. Tapi tengok pun dah tak selera. Kecut kering jer.
Taknak lah aku spend duit kat pasar tu. Haha

Sesuai digabungkan dengan puerh tea. Semestinya 😃

Then aku ke Simpang Tokku.
Aku dah deal awal2 via fon.
Tart nangka yang aku beli ni aku puas hati. Sangat puas hati.
Gebu gebas dan cukup rasa.
Yang penting masih menggunakan kaedah traditional "baking" dengan sabut kelapa.
Di sinilah nilai aslinya tart nangka Terengganu.

Dah korang yang duk tanya aku semalam mana nak cari tart ni boleh contact no di bawah.
Actually kat Simpang Tokku ni, ada dua pembekal. Satu tu kedai tepi jalan.
Satu lagi home base.
Yang aku beli ni yang home base

Nombor depa:

Syed : 019 590 6298
Syarifah: 019 967 8139

P/s: Simpang Tokku merujuk kepada tempat/persimpangan yang ada kena mengena dengan anak beranak atau keturunan ulama terkenal Terengganu iaitu Tokku Paloh (Betulkan aku jika silap).

PROMOSI FLOWER TEA CAKE

#TARTNANGKA
#TERENGGANU

Share:

1 comment:

Ingin lebih jelas whatsapp ajer terus..

Contact Us!

Contact Us!

HALAL FROM YUNNAN

HALAL FROM YUNNAN

Featured Post

SIMTOM LEPAS RAYA - LEGAKAN DENGAN PUERH TEA TEAZHENG

Mesti ada yang mengalami seperti gambar di atas kan? Semuanya gara-gara pemakanan. Pemakanan yang tidak terjaga dan tidak teratur sepanjang ...

About Me

My photo
I am puerh tea addict! You may ask me about puerh tea via 018 3581121.
Powered by Blogger.

PROMOTION

Total Pageviews

Definition List

Definition List

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

Ordered List

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support