Tak sangka sungguh bakal bersahur dan berbuka di kampung untuk first day puasa. InsyaAllah...
Planningnya 30 hb baru balik. Tiket flight semua dah booking.
Tapi siapa sangka, kita merancang, Allah juga maha merancang dengan aturanNya sendiri.
Dan kita tak mampu mengawal ketentuanNya.
Kita follow sahaja dengan redha. Doakan yang baik-baik sahaja.
Puasa tahun ini pastilah terasa kelainan yang ketara.
Bila kehilangan salah satu ahli keluarga, suasana sunyi dan pilu masih menebal.
Namun jauh di sudut hati, juga mengharapkan Ramadhan ini memberi sinar baru. Nafas baru.
Kembali ceria dengan kehadiran cahaya Ramadhan. InsyaAllah.
Tiada lain yang aku doa dan harapkan.
Semoga umi dan abah tabah dan kuat menghadapi dugaan yang telah ditentukan olehNya.
Samada yang telah berlaku mahupun yang mendatang.
SELAMAT BERPUASA DAN MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK DARI KAMI, MR AND MRS. ZHENG.
Semoga tahun ini membawa kemajuan ibadah berbanding tahun sudah untuk kita semua. InsyaAllah😌
SHERIFFA
#PUASA2017
#ALHAMDULILLAH
0 comments:
Post a Comment