Teh puerh TeaZheng merupakan
satu-satunya pengedar tunggal teh puerh muslim di Malaysia. Gabungan anak jati
Melayu Terengganu dengan jejaka Cina berketurunan Hui (muslim) dari Yunnan,
maka lahirlah perniagaan teh puerh TeaZheng yang masih mengekalkan keaslian
serta kebaikan teh puerh yang diakui kehebatannya sejak sekian lama.
TeaZheng merupakan satu-satunya pengedar
teh puerh di bawah kendalian campuran Melayu-Cina Muslim di Malaysia. Teh Puerh
TeaZheng diimport khas dari daerah Yunnan, China yang merupakan wilayah asal
teh puerh dihasilkan. Yunnan juga merupakan wilayah asal pengasas TeaZheng
iaitu Mr. Zheng di lahirkan serta dibesarkan. Di Malaysia, pengurusan TeaZheng
di kendalikan sepenuhnya oleh Mr. Zheng (pengasas) serta dibantu oleh Mrs.
Zheng (pengarah) syarikat MRZHENG ENTERPRISE.
Etika perniagaan kami ialah kejujuran
dan saling mempercayai. Kami memastikan pelanggan-pelanggan mendapat kepuasan
setiap kali berurusan dengan kami. TeaZheng seringkali mengadakan lawatan ke
Yunnan untuk memastikan tea yang terbaik dapat dibekalkan kepada
pencinta-pencinta teh di Malaysia. Bagi menjamin kesegaran, khasiat dan kualiti
teh yang kami bekalkan, TeaZheng hanya membeli teh puerh secara terus dari
pengeluar-pengeluar yang mempunyai prestasi rekod yang terbaik serta terbukti
dalam penghasilan teh puerh yang berkualiti tinggi serta menggunakan kaedah
traditional organik.
TeaZheng menjamin kepuasan pelanggan melalui:
• Asal usul teh. Kesemua teh keluaran TeaZheng adalah ditanam dan dihasilkan di daerah asal teh puerh iaitu Yunnan, China.
• Penghasilan teh yang masih mengekalkan kaedah pembuatan tradisional Cina.
• Kami melawat dan berurusan dengan pengeluar-pengeluar secara terus untuk memastikan teh puerh yang kami bekalkan mempunyai kualiti yang paling tinggi serta harga yang terbaik.
• Kami berkerja dengan pakar-pakar teh yang diiktiraf serta terpilih untuk menentukan hanya teh terbaik yang dihasilkan di Yunnan, China
Mr. Zheng
TeaZheng Founder
0 comments:
Post a Comment