😔
Gambar asli tanpa filter. Bila filter jadi tak cantik😃
Masih lagi di kampung halaman tercinta.
Menemani umi dan abah yang semestinya masih dalam kedukaan.
Kampung aku dilahirkan dan dibesarkan. Sehinggalah habis SPM aku merantau.
Habis sahaja sekolah memang hidup aku most of the time di luar Terengganu.
Bermula dari matrik yang tak complete, kemudian diploma, degree, balik kerja di Terengganu kejap, then sambung master, kemudian Phd yang juga tak complete.
Ditakdirkan jodoh datang ketika pertengahan pengajian Phd, kawen, dan terus menetap di pantai barat bersama suami.
Jujurnya memang dah lama aku tak menetap untuk satu jangka waktu yang lama di kampung halaman melainkan hari raya (biasanya stay 2 minggu).
Balik sekejap2 tu adalah untuk 3,4 hari.
Nama pun dah bergelar isteri orang. Pastinya tempat seorang isteri di sisi suami.
Nasiblah suami setuju tinggal di KL. Maunya dia nak menetap di Yunnan? Tak ke lagi haru. Hehe
Kena pandailah bertoleransi bila dah berumahtangga ni.
Namun balik kali ni memang terasa "lain".
Mungkin stay lebih lama kali ni. Ditambah lagi dengan suasana pilu selepas pemergian abang :(
Jujur aku kata, aku dah tak rasa rumah kampung aku ni macam rumah aku yang dulu.
Dulu yang ceria tambah2 waktu remaja dan masih single.
Aku rindu suasana dulu.
Sekarang ni hanya tinggal aku, adik, umi, abah dan nenek. Bertambah-tambah lah sunyi.
Sepupu sepapat pun now dah kawen and ada life masing2.
Nasib lah adik aku belum kawen and boleh teman umi abah.
Aku akan cuba untuk selalu balik dan buat parents tak rasa sunyi atau tersisih.
InsyaAllah.
Sekarang, disebabkan rasa lain macam dan feeling tak best ni, maka macam biasa aku akan sibukkan diri dengan bisnes. Dan alhamdulillah walaupun berada di kampung, bisnes teh aku tetap berjalan macam biasa.
Suprisingly, tak sangka teh yang kurang mendapat sambutan sebelum ni (pic above), tiba2 ramai pulak yang request. Tiapa2 hari ada jer yang nak. Serious buyer. Tanya 2,3 patah terus bank in.
Aku tak expect!
Allah, sungguh tak sangka aturan rezekinya begini.
Mungkin berkat berada di kampung teman mak ayah.
Maka pintu rezeki untuk puerh tea ni terbuka.
Allah itu maha pemurah. Tak terhitung rezekiMu YaAllah.
Alhamdulillahh.
SHERIFFA
9/5/2017
3.21 am
0 comments:
Post a Comment