We bring you the best puerh tea from Yunnan. Contact us: 018 358 1121.

Saturday, 27 April 2019

MEE SEJUK YUNNNAN (CHINESE MUSLIM FOOD)


Selain dari puerh tea dan pelbagai produk semulajadi Yunnan yang lain, kami di TeaZheng juga ada menyediakan menu atau masakan Yunnan yang dipanggil Mee Sejuk Yunnan. Mee sejuk Yunnan adalah sejenis makanan cina muslim yang berasal dari daerah Yunnan, China. Semestinya halal! Di sini (Bangi Avenue, Kajang), mee sejuk yunnan dihasilkan secara homemade dan dijual melalui pre order. Sebagaimana namanya, mee sejuk Yunnan sememangnya dimakan sejuk-sejuk (suhu chiller, bukan freezer). Tidak perlu dipanaskan. Di bawah ini adalah gambar mee sejuk Yunnan. 

Mee Sejuk Yunnan Ayam dan Daging
Mee Sejuk Yunnan terbahagi kepada dua iaitu mee sejuk ayam dan mee sejuk daging. Mee sejuk ayam berharga RM11/pax, manakala mee sejuk daging berharga RM16/pax. Kedua-duanya dimakan bersama dengan dua jenis sos iaitu sos kicap masin dan sos masam manis yang dihasilkan dari resepi tersendiri. Selain dua jenis sos ini, mee sejuk Yunnan juga dimakan sekali dengan Yunnan Chili Oil.

Untuk menghasilkan mee sejuk yunnan, terdapat ramuan khas yang menggunakan herba-herba dari Yunnan. Herba-herba ini lah yang menjadikan menu ini mempunyai rasa yang unik (yang mungkin belum pernah anda rasai pada masakan lain) selain dari mee itu sendiri dimakan sejuk.

Mee Sejuk yang dimakan bersama dua jenis sos dan Yunnan Chili Oil.

SAMBUTAN MEE SEJUK YUNNAN

 

Mee Sejuk Yunnan telah lama kami hasilkan dan alhamdulillah mendapat sambutan yang amat menggalakkan terutamanya peminat chinese food. Ramai yang jatuh cinta dengan keenakan serta keunikan rasa mee sejuk Yunnan walaupun baru pertama kali mencuba. Rata-rata yang telah mencuba mee sejuk Yunnan pasti akan repeat order. Malah berkali-kali repeat order. Bukan setakat di Bangi Avenue, Kajang, mee sejuk Yunnan juga mendapat sambutan dari negeri lain seperti Terengganu, Kelantan dan Pahang. 


Untuk penghantaran jarak jauh, cooler box diperlukan untuk mengekalkan suhu mee sejuk dalam keadaan tetap sejuk. InsyaAllah, perjalanan selama 8 jam masih berjaya mengekalkan rasa asli mee sejuk Yunnan. 

Runner datang pickup mee sejuk Yunnan untuk penghantaran ke Kelantan.

APA KATA MEREKA?

Lain orang lain citarasa. Mee sejuk Yunnan sangat berbeza dengan mee tarik, mee sup, soto atau sebarang mee yang pernah anda rasa. Anda perlu menilai dengan merasai sendiri keenakan mee sejuk Yunnan. Video di bawah adalah feedback dari peminat mee sejuk bagi yang pernah merasainya. Anda bolehlah menilai sendiri.






BAGAIMANA HENDAK MENDAPATKAN MEE SEJUK YUNNAN?


Whatsapp kami dengan menekan icon di bawah:


Tempahan anda akan kami siapkan mengikut masa dan hari yang anda boleh self pickup di kedai kami iaitu Kedai Teh Cina Muslim, TeaZheng yang berlokasi di Bangi Avenue, Kajang (sederet Hong Leong Bank). Tiada mininum order dari kami. 😊


Kedai Teh Cina Muslim, TeaZheng
Whatsapp: 018 358 1121
Whatsapp: 018 358 1121
Whatsapp: 018 358 1121

Untuk tempahan!


#meesejukyunnan
#chinesemuslimfood
#cookingwithmrzheng

Share:

0 comments:

Post a Comment

Ingin lebih jelas whatsapp ajer terus..

Contact Us!

Contact Us!

HALAL FROM YUNNAN

HALAL FROM YUNNAN

Featured Post

SIMTOM LEPAS RAYA - LEGAKAN DENGAN PUERH TEA TEAZHENG

Mesti ada yang mengalami seperti gambar di atas kan? Semuanya gara-gara pemakanan. Pemakanan yang tidak terjaga dan tidak teratur sepanjang ...

About Me

My photo
I am puerh tea addict! You may ask me about puerh tea via 018 3581121.
Powered by Blogger.

PROMOTION

Total Pageviews

Definition List

Definition List

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

Ordered List

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support