Hari ini pelajar UPM seramai 4 orang dari course Degree in Agribusiness Accounting berkunjung ke kedai teh kami. Datang dengan niat untuk mengetahui selok belok teh memandangkan ada tugasan atau projek berkaitan teh yang perlu disiapkan.
Rancak juga kami bersembang. Kami tidak keberatan berkongsi maklumat dan ilmu pengetahuan mengenai teh atau spesifik lagi mengenai teh puerh berdasarkan apa yang kami tahu. Ini termasuk penanaman, tuaian, processing, packing dan sebagainya.
![]() |
Selesai berbincang mengenai teh |
Kami sampaikan apa yang kami mampu. Memang itu niat kami dalam bisnes puerh tea ini. Kami bukan bersaing dengan pelbagai jenama teh di pasaran. Tapi kami ingin melihat orang kita (Melayu khususnya) lebih faham dengan lebih mendalam mengenai chinese tea yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian dan terbukti secara saintifik bagus untuk kesihatan.
Kami ingin memberi penekanan bahawa teh lebih nyaman dan sedap diminum tanpa gula mahupun susu, asalkan anda memilih teh yang tepat.
![]() |
Dengan puerh tea masing-masing |
Terima kasih buat Ezzati and friends kerana sudi jadikan TeaZheng sebagai salah satu tempat rujukan dalam penghasilan projek teh berkumpulan yang akan datang.
Buat anda yang di luar sana ingin dapatkan info mengenai teh puerh, dijemput berkunjung ke kedai teh cina muslim, TeaZheng di Bangi Avenue, Kajang. Whatsapp kami untuk temujanji. Kita boleh berbincang sambil minum teh.
Whatsapp untuk temujanji di www.wasap.my/60183581121/temujanji
#TeaZheng
#puerhtea
0 comments:
Post a Comment