We bring you the best puerh tea from Yunnan. Contact us: 018 358 1121.

Thursday 24 June 2021

ADA KE FAKE PUERH TEA DI PASARAN?

Soalan yang sering juga ditanya pada kami bagi yang baru mengenali chinese puerh tea.

Terus kepada jawapan ==> ADA!

Dan banyak! Dekat Shop** pun berlambak fake puerh tea. Jika individu yang kurang pembacaan mengenai puerh tea atau baru berjinak-jinak dengan puerh tea, perlu lebih berhati-hati ketika membeli puerh tea, anda mungkin menjadi mangsa sindiket puerh tea palsu. Keratan artikel di bawah antara bukti terdapat fake puerh tea di pasaran yang memerlukan anda berhati-hati ketika membuat pesanan apatah lagi jika anda merupakan seorang pengumpul teh puerh (tea collector).


Memang agak sukar mengenal fake puerh tea dengan mata kasar apatah lagi jika tidak biasa minum puerh tea. Tea collector yang mahir mengenai selok belok teh puerh kebiasaannya dapat mengenalpasti fake puerh tea melalui maklumat yang diberikan pada portal jualan teh seperti tempat asal ditanam, di mana simpanan (ageing/storage) dilakukan, nombor siri teh serta nama kilang atau pengeluar bersesuaian atau tidak dengan packaging puerh tea.

Sebagai contoh kita ambil Xigui puerh tea. Jika terdapat penjual yang menyatakan puerh tea Xigui yang dijual di tanam dan di simpan di Kunming, Yunnan, "tea collector" yang mahir akan terus dalam mengenalpasti percanggahan serta keraguan maklumat mengenai Xigui puerh tea kerana sudah sedia maklum Xigui tidak di tanam di daerah Kunming Yunnan, sebaliknya hanya di Lincang, Yunnan. Tempat penanaman puerh tea memainkan peranan penting dalam pengkelasan puerh tea.

Shanghai police sedang menghapuskan dan melupuskan fake puerh tea

Bukan hanya pada tempat puerh tea di tanam boleh dijadikan sumber maklumat, harga puerh tea yang terlalu rendah juga boleh menimbulkan keraguan pada individu yang benar-benar mencari teh puerh asli kerana sudah sedia maklum puerh tea adalah kategori "teh bangsawan" tetapi mampu milik berdasarkan gred dan kategori puerh tea itu sendiri. Sebagai contoh puerh tea BingDao merupakan puerh tea ketegori tinggi gred dan tinggi kualiti. Oleh itu, adalah mustahil harga teh puerh BingDao dapat diperolehi di bawah harga RM200 bagi pasaran Malaysia. Bagi yang kurang arif mengenai puerh tea, anda mungkin terbeli puerh tea palsu "gred tinggi" dengan harga yang rendah atau juga puerh tea gred rendah dengan harga tinggi. Yang pastinya dua-dua adalah palsu.  Di bawah merupakan gambar-gambar proses melupuskan puerh tea palsu oleh Shanghai authority.




Teh puerh adalah teh cina yang tinggi khasiat dan kaya dengan mikrob bermanfaat (khasnya untuk perut) serta tinggi antioxida untuk kesihatan tubuh badan. Terbeli puerh tea palsu adalah satu kerugian kerana manfaat teh puerh yang sebenar tidak dapat diperolehi oleh badan. Nasihat kami, sebelum anda membuat keputusan membeli mana-mana puerh tea, lakukan sedikit kajian dan bacaan terlebih dahulu mengenai puerh tea, pengeluar puerh tea serta pembekal atau penjual itu sendiri. Boleh juga bertanya dahulu dengan tea collector yang mahir dan telah lama berada dalam dunia teh dan puerh tea khususnya. Akhir kata, dapatkan puerh tea dari pembekal yang benar-benar anda yakini.

Hubungi kami dengan menekan link whatsapp di bawah untuk bertanya lebih lanjut dengan chinese puerh tea.


TeaZheng,
Kedai Teh Cina Muslim
Share:

Saturday 19 June 2021

ADA KE PUERH TEA YANG TAK HALAL?

Puerh tea hanya terdiri dari daun teh sahaja. Tiada campuran bahan lain sepanjang pemprosesan. Hanya daun teh semata-mata yang akan melalui proses "pan frying" (dilayukan di atas kuali panas tanpa kehadiran minyak), rolling, pengeringan dan pemeraman (penapaian atau fermentation). Semasa proses fermentasi inilah, akan muncul bakteria-bakteria baik yang memberi kelebihan ke atas kesihatan tubuh badan buat pengamal puerh tea. Maka secara asasnya, semua puerh tea insyAllah halal diminum kerana tiada tambahan langsung bahan lain apatah lagi bahan yang dilarang dalam Islam. 

Walau bagaimanapun, mencari puerh tea keluaran muslim itu lebih afdal. Biar kami berikan penjelasan lebih mendalam. 

Kita ambik satu contoh dalam proses penghasilan puerh tea iaitu proses pengeringan. Sepanjang permerhatian kami, kilang muslim di Yunnan sangat menitik-beratkan soal kebersihan apabila melibatkan proses pengeringan daun teh. Daun teh hanya dikeringkan di tempat khas yang tertutup dan berbumbung (tetapi tetap bercahaya) tanpa kehadiran binatang liar yang boleh keluar masuk ke kawasan pengeringan daun teh seperti anjing, kucing babi dan sebagainya. Kebersihan menjadi keutamaan. Jangan terkejut jika anda ke Yunnan ada pengeluar keringkan daun teh di tepi-tepi jalan sahaja tanpa hiraukan kehadiran binatang liar, anjing terutamanya. Tapi bukanlah bermakna semua pengeluar bukan muslim itu tidak mementingkan kebersihan. Atas pengeluar itu sendiri.


Proses pengeringan puerh tea yang bersih dan teratur

Kami di TeaZheng sebagai pembekal muslim puerh tea di Malaysia sangat menitikberatkan soal kebersihan, maka kami hanya memilih puerh tea keluaran muslim dan mementingkan kebersihan. 

Oleh yang demikian, apa yang boleh kami rumuskan, semua puerh tea itu halal kerana tiada langsung bahan lain ditambah sepanjang puerh tea dihasilkan. Walau bagaimanapun, jika anda pentingkan produk yang halal dan bersih, puerh tea yang mana akan anda pilih? Tepuk dada tanya selera. 


Pemprosesan daun teh puerh

Berminat untuk dapat dapatkan puerh tea dari kami, boleh ke www.teazheng.com atau tekan whatsapp link di bawah:

Share:

Ingin lebih jelas whatsapp ajer terus..

Contact Us!

Contact Us!

HALAL FROM YUNNAN

HALAL FROM YUNNAN

Featured Post

SIMTOM LEPAS RAYA - LEGAKAN DENGAN PUERH TEA TEAZHENG

Mesti ada yang mengalami seperti gambar di atas kan? Semuanya gara-gara pemakanan. Pemakanan yang tidak terjaga dan tidak teratur sepanjang ...

About Me

My photo
I am puerh tea addict! You may ask me about puerh tea via 018 3581121.
Powered by Blogger.

PROMOTION

Total Pageviews

Definition List

Definition List

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

Ordered List

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support