We bring you the best puerh tea from Yunnan. Contact us: 018 358 1121.

Monday 23 December 2019

PENDAPATAN TAMBAHAN DENGAN TEH HIJAU PUERH


Boleh ke nak dapatkan puerh tea dari TeaZheng, tapi nak jual balik dengan menggunakan jenama sendiri?

Kenapa tidak? Dah ramai dah pun yang buat. Dah ramai dah pun yang berjaya menjana pendapatan dengan menggunakan jenama sendiri hasil dari jualan puerh tea dari TeaZheng.

Kami tak wajibkan pun guna jenama TeaZheng.

Lebih mudah kerana anda tidak terikat dengan sebarang syarat! Jenama anda, sudah tentu peraturan anda yang tentukan sendiri. Contohnya seperti berat, harga jualan, margin, semua anda boleh tentukan sendiri. Namun jika anda perlukan khidmat nasihat dari kami, kami berbesar hati membantu apa yang perlu tanpa sebarang cas tambahan.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah mendapatkan harga jualan borong dari kami. Dengan harga borong, sudah tentulah anda akan untung berganda-ganda. Bagaimana nak dapatkan harga borong?

Yerr, whatsapp kami supaya kami dapat bagi penerangan yang lebih jelas. Jika anda tinggal berdekatan dengan kami, boleh terus ke premis kami untuk perbincangan dari hati ke hati. Lagi best, boleh terus rasa dan menikmati puerh tea yang anda inginkan. Di bawah merupakan 3 contoh teh puerh yang menggunakan jenama sendiri tapi mendapatkan stok teh puerh dari kami.


Usah risau dan bimbang, kami akan berikan bimbingan bagaiman cara untuk mendapatkan jualan dan mampu menjana pendapatan yang lumayan dengan puerh tea. Hubungi kami dengan menekan whatsapp icon di bawah.




TeaZheng
Kedai Teh Cina Muslim
Bangi Avenue, Kajang.


Share:

Sunday 22 December 2019

DARAH TINGGI TURUN DENGAN MINUM TEH HIJAU PUERH

Sejak seminggu dua ini, pelanggan yang menghubungi kami dan memaklumkan mengenai tekanan darah tinggi menurun setelah minum puerh tea makin kerap. Dua di antaranya adalah seperti di bawah. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi berkongsi feedback puerh tea yang telah anda dapatkan dari kami di Kedai Teh Cina Muslim, TeaZheng. Sesungguhnya, dengan feedback dari anda, membuatkan kami semakin bersemangat untuk menyebarkan kebaikan dan manfaat teh puerh by TeaZheng ini. 

Namun di sini juga kami ingin tekankan bahawa puerh tea BUKAN ubat untuk merawat darah tinggi. Tidak sesekali kami "overclaim" dengan menyatakan puerh tea mampu merawat darah tinggi. Tidak! Puerh tea hanya salah satu dari beribu alternative atau ikhtiar dalam membantu mengawal atau menstabilkan tekanan darah tinggi. Kajian dan publish journal mengenai puerh tea dan darah tinggi telah banyak. Dengan amalan yang konsisten, insyaAllah dengan izin-Nya.

Testimoni 1:


Pelanggan kami yang bernama Puan Mimi di atas begitu teruja berkongsi bacaan tekanan darah terbaru beliau setelah hanya kurang sebulan mengamalkan puerh tea. Sebelum mendapatkan puerh tea dari kami, beliau telah maklumlah pada kami bahawa pelbagai ikhtiar telah beliau cuba sebelum ini untuk menurunkan tekanan darah, namun semuanya tidak membuahkan hasil. Walaubagaiman pun, alhamdulillahh, berkat tidak berputus asa, beliau menemui jawapan dengan amalan puerh tea yang di bawa dari TeaZheng. Tekanan darah Puan Mimi akhirnya menurun. Kami di TeaZheng mendoakan semoga tekanan darah Puan Mimi sentiasa stabil dan diberi kesihatan yang lebih baik. InsyaAllah.

Testimoni 2:


Testimoni di atas pula dikongsi oleh pelanggan regular kami yang kami panggil Kak Yati. Walaupun dah lama beliau dapatkan puerh tea dari kami, jujur beliau kongsikan kerana kesibukan dengan tugasan harian, kadang-kadang beliau terlupa untuk istiqomah amalkan puerh tea. Satu keadaan yang kami tidak mampu kawal untuk mana-mana pelanggan kami. Namun alhamdulillah, apabila beliau sedar tekanan darah makin meninggi, secawan puerh tea panas suam terus jadi penyelamat untuk segera turunkan tekanan darah. Hanya beberapa jam selepas itu, tekanan darah terus menurun. Syukur alhamdulillah. Namun kami harapakan semoga semua pelanggan kami boleh jadikan puerh tea ini sebagai betul-betul amalan harian untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. InsyaAllah dengan izin-Nya.


Puerh tea ada banyak gred. Salah satunya adalah seperti gambar di atas yang diberi nama Ma-Hei puerh tea. Ma-Hei puerh tea ini hanya berharga RM90 sahaja untuk penggunaan 3 ke 4 bulan. Jika anda ingin merasa dahulu puerh tea kami, anda boleh berkunjung ke premis kami di Bangi Avenue, Kajang untuk menikmati sendiri puerh tea secara percuma. Boleh booking slot temujanji untuk sesi bancuhan tea di sini. Namun jika anda ingin mendapatkan penjelasan lanjut atau ingin terus membuat tempahan, jangan segan silu untuk terus whatsapp kami dengan menekan icon whatsapp di bawah.


TeaZheng
Kedai Teh Cina Muslim



Share:

Thursday 19 December 2019

DRY CRIMSON GLORY ROSE


Tambah bahan pengawet bukan satu-satunya cara untuk mengelakkan produk makanan atau minuman dari mengalami kerosakan. Ada banyak lagi kaedah lain seperti pengetinan, pengeringan, penggaraman, freezing dan banyak lagi lah.
Kami di TeaZheng memilih atau mengamalkan konsep pengeringan ke atas produk-produk jualan supaya tahan lama, tidak rosak dan juga kekal asli dan organik tanpa kehadiran pengawet tambahan.
Ini adalah pegangan dan konsep kami. Tiada perisa, pengawet atau pewarna tambahan. Bunga rose berkelopak besar ini juga melalui proses pengeringan. Nama lain bagi bunga rose ini adalah Crimson Glory Rose. Crimson Glory rose boleh didapati di TeaZheng dan sedikit berlainan dari bunga rose yang biasa kami bekalkan sebelum ini. Bau bunga rose Crimson Glory ini juga lebih harum semerbak berbanding rose biasa. Rasanya ada sedikit mirip air sirap yang sangat enak diminum walaupun tanpa gula. Bertambak enak apabila diminum bersama teh puerh.

Kebaikan Crimson Glory Rose:
  • Bagus untuk kulit - cegah penuaan dan awet muda
  • Sangat bagus untuk mencegah masalah bau badan serta mulut.
  • Menyejukkan badan - bagus ketika demam dan selsema
  • Membantu proses penghadaman - mengelak sembelit.
  • Memberi ketenangan - cegah stress dari berlarutan dan elak hypertensi.
  • Tinggi antioksida untuk menguatkan ketahanan badan terhadap penyakit.

Crimson Glory Rose yang telah dibancuh beberapa kali

Untuk satu gelas, cukup dengan hanya satu kelopak sahaja kerana saiznya yang besar dan akan mengembang. Jika nak rasa jemput datang ke premis kami di Bangi Avenue, Kajang. Anda boleh menghubungi kami dengan menekan link whatsapp di bawah untuk slot temujanji sesi bancuhan tea atau untuk terus membuat tempahan pembelian. Crimson Glory Rose hanya berharga RM20 sahaja untuk sebotol (50g). Stok adalah terhad.


TeaZheng
Kedai Teh Cina Muslim
Bangi Avenue, Kajang.


Share:

Tuesday 10 December 2019

KELEBIHAN TEH BUNGA ROSE



Harum mewangi sepanjang "berurusan" dengan rosebud ini. Tiada stress malah menarik ketenangan jiwa. Cukup segar walaupun sekadar haruman. Itu belum lagi diminum. Jika dijadikan teh bunga rose, nikmat ketenangan itu berganda. Menarik perasaan gembira. Memberi kedamaian segera.  Patutlah bunga rose dijadikan minuman untuk mengawal hypertension. Bermain dengan bunga rose pun sudah rasa damai, apatah lagi dijadikan amalan kan?

Teh bunga rose sememangnya amalan sejak berzaman untuk kecantikan dan kesihatan terutamanya di kalangan masyarakat cina. Bunga rose di dalam gambar ini juga diimport khas dari Yunnan, China yang juga terkenal sebagai "City of Flowers".

Teh bunga rose sangat bagus untuk kesihatan kulit. Lihat sahaja pelbagai produk kecantikan di pasaran, banyak sahaja yang berasaskan bunga rose kan? Ada rose face mist, ada serum bunga rose, ada mandian bunga rose dan pelbagai lagi. Terbukti bunga rose ini terkandung pelbagai khasiat untuk kecantikan dan kesihatan.

Jika anda seorang wanita yang ingin tampil cantik, sihat, berseri dan bertenaga dengan kaedah semulajadi tanpa produk berasaskan bahan kimia, rosebudtea dari Yunnan ini adalah salah satu alternative yang boleh diamalkan. Dengan hanya 2 ke 3 kuntum rosebud untuk secawan air sudah cukup untuk menceriakan hari anda. Di bawah merupakan antara khasiat amalan minum teh bunga rose:

  1. Bagus untuk kecantikan kulit.
  2. Memberi ketenangan emosi (mengawal hypertension atau tekanan darah tinggi).
  3. Membantu proses penghadaman.
  4. Hasil kajian menunjukkan haruman rose bagus untuk menguatkan daya ingatan.
  5. Meredakan sakit tekak.
  6. Menyejukkan badan (bagus ketika demam dan selsema).
  7. Bagus untuk awet muda.
  8. Mengelakkan sembelit
  9. Membantu menghilangkan sakit kepala dan pening.
  10. Memberi tenaga (menghilangkan keletihan)
  11. Membantu menangani cirit-birit.
  12. Membantu melegakan period pain (senggugut) dan melancarkan kitar haid.
  13. Mengandungi vitamin A, B3, C, D dan E.
  14. Meredakan kebimbangan dan kemurungan (anti-depression)
  15. Mencegah bau badan dan mulut.
  16. Mengandungi flavanoid yang bagus dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular (tekanan darah tinggi, kencing manis dan obesiti). 
Jika inginkan kelainan, kelopak bunga rose boleh juga diminum bersama dengan puerh tea seperti dalam gambar di bawah. Rasanya lebih memikat. Namun walaupun tanpa puerh tea, bunga rose sahaja pun sudah cukup memberi kenikmatan. Untuk mengetahui cara bancuhan dan penyediaan teh bunga rose, boleh klik di sini.

Bunga rose yang dibancuh dengan puerh tea

Sebelum anda membeli sebarang bunga rose, pastikan bunga rose yang anda cari adalah ASLI, ORGANIK serta BEBAS dari sebarang pewarna dan perasa tambahan. Bunga rose adalah minuman alami. Amalan yang konsisten memberikan hasil yang positif, bukan sebaliknya. Lakukan sedikit "research" sebelum membeli sebarang produk. Bunga rose yang dibekalkan oleh TeaZheng semestinya memenuhi ciri-ciri yang telah dinyatakan tadi.

Bunga rose yang dibekalkan TeaZheng bergred premium

Pelanggan TeaZheng dengan bunga rose dan juga bunga Telang

Jika anda telah bersedia untuk menikmati secawan bunga rose, dapatkan rosebud yang segar dari kami di TeaZheng. Berapakah harganya?

Sebotol rosebud (50g - 60g) hanya RM26 termasuk postage.

Untuk terus membuat pesanan, boleh terus klick icon di bawah, atau jika ada sebarang pertanyaan sila whatsapp kami dengan menekan whatsapp link yang diberikan. Kami akan menjawab segala kemusykilan anda.


              
 

Whatsapp: 018 3581121
Whatsapp: 018 3581121
Whatsapp: 018 3581121

Sementara stok masih ada yer 😃😃

TeaZheng,
Kedai Teh Cina Muslim.
Pembekal barangan asli dari Yunnan.

#Rosebudtea
#Flowertea
Share:

Monday 9 December 2019

KESAN AIR BERTAPIS (FILTERED WATER) KE ATAS PUERH TEA



Minggu lepas seseorang (customer TeaZheng) ada bertanya, kenapa bila beliau bancuh puerh tea dekat rumah, color dan rasa teh yang dibancuh ada sedikit berbeza berbanding dengan bancuhan puerh tea ketika di pejabat?

Belum sempat kami ajukan pertanyaan lanjut beliau terus sambung “Yang kat rumah akak guna air panas Coway, kat office air panas biasa jerang dalam cerek jer”.

Bagaikan memahami memang soalan itu yang bakal kami ajukan.

Sumber air panas yang kita gunakan sememangnya memberi kesan ke atas rasa dan warna bancuhan puerh tea. Air panas yang difiltered (tak kisah lah Coway or Cuckoo ke) lebih bersifat lembut dan memberi rasa yang lebih sedap ke atas teh yang dibancuh berbanding air paip biasa yang dijerang atau cerek elektrik. Warna bancuhan teh juga lebih bersinar dan menawan dengan bancuhan filtered water.

Kebetulan kami masih simpan gambar dari satu dokumentari TV BBC Earth yang juga mengkaji perbezaan hasilan teh yang dibancuh dengan filtered water berbanding air paip yang dipanaskan. Anda boleh bezakan sendiri berdasarkan gambar yang diberikan.

Rumusan yang boleh dibuat, jika puerh tea yang anda bancuh mempunyai rasa berbeza. Kemungkinan sekejap rasa sedap, sekejap tak berapa sedap, tengok balik jenis air panas yang anda gunakan. Kalau nak hurai lebih panjang, bukan setakat air panas, warna gelas pun boleh memberi effect ke atas minda si peminum teh. Ingat orang cina minum dalam cawan cenonet dan berukir cantik tu saja-saja? Ada fungsinya 😊


Berminat untuk mengetahu lebih lanjut mengenai Puerh Tea by TeaZheng?
Klik whatsapp icon di bawah:



TeaZheng
Pembekal Teh Puerh Asli Dari Yunnan
Bangi Avenue.

#kedaitehcinamuslim
#TeaZheng
#puerhtea
Share:

Saturday 7 December 2019

SAKIT KEPALA MENGGANGGU TUGASAN HARIAN.



Jika anda sering diganggu migrain atau sakit kepala dalam menjalani tugasan seharian, cubalah rehat sebentar, bertenang, tarik nafas dalam-dalam sambil menghirup puerh tea panas-panas suam. Lebih damai jika boleh mengadap pemandangan ciptaan Allah yang menenangkan. Jika mampu, tidurlah walau seketika. InsyaAllah, pening kepala atau migrain akan hilang. Paling kurang melegakan.

Perkongsian dari amalan diri sendiri dan juga puerh tea lover selama ini. Sampai bila asyik nak bergantung dengan painkiller kan? Berikut merupakan dua testimoni terbaru yang kami dapat dari pelanggan TeaZheng.




Puerh tea amat berbaloi dimiliki. Dengan hanya RM170 tin untuk penggunaan 3-4 bulan, penyelesaian migrain anda bakal terjawab.

Bagaimana hendak mendapatkan puerh tea by TeaZheng? Terus hubungi kami dengan menekan whatsapp link di bawah:



Jika tak dapat hubungi kami menggunakan link diberikan, hubungi kami dengan talian: 018 358 1121

50 pembelian terawal layak mendapat special gift dari kami.



PROMOSI FLOWER TEA CAKE:
TEKAN DI SINI.

#TeaZheng #Puerhtea #Peningkepala
#migraine #tehcinaasli
Share:

Monday 18 November 2019

DIET TANPA PUERH TEA, PAYAH TURUN BERAT. BILA AMAL PUERH GREEN TEA, SENANG JER BERAT TURUN.

JIKA ANDA JENGUK KE SINI, BERMAKSUD ANDA TELAH MEMASUKI ZON BAGI PENGGEMAR TEH CINA ASLI YANG DIKENALI SEBAGAI PUERH TEA.

KAMI SATU-SATUNYA PEMBEKAL TEH PUERH ASLI DARI YUNNAN KELUARAN CHINESE MUSLIM.

*******
Assalamualaikum...

Lama tak bersiaran di sini. Kekangan masa maybe. Tak tahu apa yang disibukkan.
Actually banyak jer testimoni terkini dari kami di Puerh Tea by TeaZheng. Cuma tak tepek jer.
Ini salah satu darinya. Testimoni Lose Weight. Berjaya turunkan berat badan setelah amalkan puerh green tea.

Nama beliau Puan Nora. Asal dari Shah Alam.
Kata Puan Nora, sebelum ni memang beliau on diet. Jaga pemakanan sebab memang aim nak turunkan berat badan.
Tapi kata beliau, masa tak amalkan puerh tea, berat payah turun. Lemak payah cair. Mungkin ada penurunan, tapi lambat dan badan pun kurang tenaga.

Setelah beberapa bulan on diet tanpa puerh tea, so beliau decide untuk mencuba puerh tea as sebahagian dari proses diet beliau. 
Kata beliau lagi, amazingly, selepas amal puerh tea, berat lebih senang turun berbanding sebelumnya. Setelah beberapa bulan amalkan makanan seimbang dan puerh green tea, Puan Nora akhirnya dapat kembali berat badan ideal beliau. Gembira tak terkata. 
Boleh nilai sendiri gambar Puan Nora sebelum dan selepas berjaya turunkan berat badan.



Dan ini merupakan screenshot conversation whatsapp kami dengan beliau. Bukti beliau berjaya turun berat selepas amalkan  puerh green tea.


Kenapa ini terjadi?
Kenapa ada sesetengah orang diet tanpa green tea boleh turun berat.
Ada setengah orang lagi, diet bagai nak mati, tp berat tak turun-turun?

Ada dua kemungkin.
Pertama, kemungkinan diet atau pemakanan anda tidak betul atau tidak kena caranya.
Anda diet mengikut kata hati sendiri tanpa bimbingan coach yang bertauliah.
Pendek kata, kurang ilmu.

Kedua, sebab metabolisme kita berbeza.
Ini yang menyebabkan setengah orang cepat turun berat, setengah orang lambat.
Yang lambat itu, ada perlukan pemangkin. Pemangkin ini maksudnya sesuatu yang boleh meningkatkan metabolisme badan.
Kuncinya metabolisme. Metabolisme lah yang berupaya mencairkan lemak yang bersarang dalam badan sejak sekian lama.
Puerh green tea adalah minuman harian yang diakui boleh meningkat metabolisme badan.
Sebab itulah, apabila puerh tea dijadikan sebahagian dari amalan harian dan juga sebahagian dari amalan pemakanan sihat, berat badan lebih cepat turun berbanding sebelumnya.
Itu lah yang terjadi pada Puan Nora.

Bagi anda yang dalam proses menurunkan berat badan, kami cadangkan jadikan puerh green tea sebahagian dari diet harian anda. InsyaAllah, lemak lebih cepat mencair dan lebih bertenaga. 

Hubungi kami untuk mendapatkan khidmat nasihat penggunaan serta amalan minum puerh green tea.

Whatsspp kami dengan menekan link ini di bawah:


Jika tidak dapat hubungi kami menggunakan link di atas, jangan segan untuk terus whatsapp atau contact kami menggunakan nombor di bawah.

Whatsapp: 018 358 1121
Whatsapp: 018 358 1121
Whatsapp: 018 358 1121

#TeaZheng
#Puerhgreentea
#Loseweight

Share:

Tuesday 5 November 2019

KELEBIHAN TEH BUNGA CHRYSANTHEMUM BY TEAZHENG


Apakah sama teh chrysanthemum di Kedai Teh Cina Muslim, TeaZheng dengan teh chrysanthemum yang banyak di jual di pasar-pasar malam? Kalau sama masakan harga berbeza?

Iyer, produk bergred premium dari kami pasti memberikan ciri-ciri premium juga. Tidak sesekali kami ingin merendahkan produk orang lain, tapi bila ada yang tanyakan perbezaan, kami kena jelaskan.

Teh chrysanthemum by TeaZheng diyakini ASLI, HALAL, ORGANIK, TANPA PEWARNA DAN PERISA TAMBAHAN. Ini jaminan dari kami.

Dan apa yang lebih menarik, teh chrysanthemum kami mempunyai aroma yang cukup memikat dan menenangkan serta sangat enak di minum TANPA GULA. Kita sedia maklum, teh chrysanthemum yang di jual di jalanan or pasar malam pasti ditambah gula untuk lebih enak. Tapi tidak chrysanthemum kami. Tanpa gula pun Chrysanthemum by TeaZheng tetap hebat dan memikat.

Jika anda masih ragu-ragu dan tidak yakin, tiada cara lain, jemput datang ke premis kami untuk merasai sendiri keenakan dan keunikan Teh bunga Chrysanthemum by TeaZheng. Kami akan bancuh depan-depan anda dan ianya percuma!

Untuk mengetahui khasiat bunga chrysantheum, klik di sini.

Untuk bertanyakan lokasi premis kami dan membuat temujanji untuk sesi bancuhan teh, terus tekan whatsapp link di bawah: 


#kedaitehcinamuslim
#TeaZheng
#Chrysanthemumtea

Share:

Monday 4 November 2019

MENGHASILKAN SCRUB DARI BUNGA ROSE ASLI

Sekarang ni ramai dah yang concern mengenai penggunaan produk dari bahan-bahan asli untuk penjagaan tubuh badan. Bermula dari penjagaan wajah (skin care dan kosmetik), mandian dan juga termasuk supplement. Maksudnya produk yang natural, 100% organik. Eco friendly pun boleh juga diistilahkan. Memang ramai dah "buka mata" dan beralih ke produk yang diyakini selamat.

Memang itu pun sepatutnya kan? Jauhkan dari produk yang mengandungi bahan kimia terlarang dan kalau boleh 100% organik semestinya lebih baik. Kerana kita sedia maklum penambahan bahan kimia ke atas produk boleh memberi kesan buruk ke atas tubuh badan samada dalam jangka masa pendek atau panjang. 


Baru-baru ini, TeaZheng didatangi seorang tetamu yang dikenali sebagai Puan Kathy dari Ampang. Beliau sekarang sedang berjinak-jinak untuk menghasilkan produk penjagaan wajah yang berasaskan bahan-bahan natural dan organik. Dan pencarian beliau itu membawa Puan Kathy ke kedai kami, Kedai Teh Cina Muslim, TeaZheng. Kerana apa? Kerana kami sememangnya membekalkan produk-produk yang asli dan organik. Malah lebih dari itu, produk kami masih kekal dalam bentuk asal bukannya diproses.

Misi utama Puan Kathy adalah mencari bunga-bungaan yang boleh dijadikan sebagai ramuan utama dalam scrub wajah yang sedang beliau hasilkan. Semestinya bunga rose menjadi keutamaan kerana bunga rose sinonim sebagai ramuan dalam pelbagai produk penjagaan wajah dan badan.

Menurut Puan Kathy, bunga rose by TeaZheng sangat berlainan sekali dari bunga rose yang pernah beliau cuba sebelum ini. Aroma rosebud dari TeaZheng lebih memikat dan segar, kelopak lebih besar dan menyerlah warnanya berbanding bunga rose lain di pasaran. Selain bunga rose, Puan Kathy juga terpikat dengan bunga-bungaan lain seperti bunga Telang, Chrysanthemum dan Lavender. Menurut Puan Kathy lagi produk-produk kami memang bergred premium.

Alhamdulillah dan terima kasih atas penilaian yang diberikan.

Sebenarnya, Puan Kathy adalah seorang yang berpengalaman dalam penghasilan produk kerana sebelum ini beliau merupakan seorang consultant di sebuah syarikat penjagaan kulit dan sering menjadi tempat rujukan para founder untuk menghasilkan produk penjagaan kulit wajah. Sekarang tiba masanya beliau sendiri pula yang menghasilkan produk sendiri yang berasaskan bahan-bahan asli dan organik.

Teruja dengan pelbagai jenis bunga 

Jika anda di luar sana yang juga mungkin dalam proses menghasilkan produk sendiri yang berasaskan bahan-bahan asli dan organik, juga jemput singgah ke kedai kami untuk melihat dan merasai sendiri keunikan produk asli dan organik by TeaZheng.

Lokasi kedai kami di: https://maps.app.goo.gl/TP8ye47Z9Q2kYrLk7 (Google Maps)

Untuk membuat temujanji untuk sesi bancuhan teh dan penerangan produk, boleh terus klik whatsapp link di bawah:


TeaZheng
Pembekal Teh Puerh dan Produk Asli dari Yunnan
Bangi Avenue, Kajang.

#kedaitehcinamuslim
#TeaZheng
Share:

Tuesday 22 October 2019

WARNA BANCUHAN TEH PUERH


Seringkali saya ditanya, kenapa puerh tea yang saya bancuh tampak berlainan warnanya dari yang anda beli dan bancuh? Kenapa perlu beza? Semacam ada sedikit ketidakpuasan hatian di situ? 😀

Ada beberapa faktor…

First kemungkinan faktor kuantiti puerh tea yang digunakan. Seringkali saya tekankan, kuantiti puerh tea bergantung pada individu. Sedikit atau banyak atas citarasa masing-masing. Tiada betul atau salah. Dan semestinya kuantiti puerh tea yang dibancuh memberi kesan ke atas warna bancuhan puerh tea.

Yang kedua adalah faktor pencahayaan. Saya adalah seorang pembekal teh. Bukan sekadar hanya peminum teh puerh 😁. Maka setiap kali saya snap gambar saya akan cuba ambil gambar sehabis baik walaupun saya bukan professional photographer dan juga hanya gunakan smartfon sahaja (mana-mana seller online pun pasti inginkan gambar yang cantik). Saya cuba hasilkan yang terbaik dengan bergantung dengan apa yang saya ada dan ilmu yang masih sangat terbatas. Setiap gambar boleh jadi berpuluh kali snap. Faktor pencahayaan dan jenis smartfon juga memberi kesan. Semestinya memberi hasil gambar yang berlainan. Saya bukan menipu. Saya hanya berikan yang terbaik. Berlainan pula dengan anda apabila setiap kali sent gambar puerh tea untuk di nilai oleh saya kerana merasakan warna teh berlainan, ada gambar yang kelabu asap, bergegar, daun teh tidak sempat kembang dan sebagainya. Again, focus kita berlainan, semestinya memberi hasil yang berlainan walaupun kita minum teh yang sama. Di sini saya bukan niat nak menghina gambar pelanggan TeaZheng. Oh tidak sekali-kali! Saya hanya memberi penjelasan kenapa gambar atau puerh tea saya nampak lebih menarik.

Dan faktor yang terakhir adalah saya ada banyakkkkkk gred puerh tea. Yer, memang benar boleh jadi sebab puerh tea yang anda bancuh nampak berlainan dari yang saya bancuh kerana teh kita sememangnya berlainan. Anda mungkin hanya ada satu jenis/gred tea sahaja yang dibeli dari saya, sedangkan saya ada berpuluh jenis 😉. Hari ini saya minum yang ni, esok saya minum yang tu. Dan saya memang sentiasa bertukar-tukar teh kegemaran. Jika teh yang dibancuh berlainan, hasil (warna) juga boleh jadi berlainan dengan mengambil kira dua faktor di atas juga. Walau bagaimanapun, puerh tea kegemaran yang sering saya bancuh dan rotate adalah puerh tea in can, XiGui compressed tea cake dan juga Old Tea Tree.

Saya pembekal teh cina, semestinya saya ada banyak jenis dan gred teh. Heheh…Cukup dengan tiga faktor ini dahulu. Di harap dengan penjelasan ini tiada lagi kerunsingan warna bancuhan teh puerh yang anda dapatkan dari kami. Semuanya jelas dan clear hendaknya. Mohon maaf andai ada perkataan yang mengguris hati.

 Ingin info lanjut mengenai TeaZheng

TeaZheng
Pembekal Teh Puerh Asli Dari Yunnan
018 358 1121

#kedaitehcinamuslim
#TeaZheng
Share:

Tuesday 8 October 2019

KEBAIKAN KURMA MERAH (CHINESE RED DATES)


Siapa yang dapat rasa chinese red dates (jujube) yang baru sampai ini, memang beruntung sangat. Red dates kali ini:

  • Lebih besar
  • Lebih berat (padat)
  • Lebih moist (lembut)
  • Lebih segar
  • Lebih sedap dan lazat

Red dates kami tak perlu direbus sebagaimana red dates lain. Boleh dimakan begitu sahaja. Sebiji pun boleh kenyang. Sesuai dijadikan snack dalam program diet (eat clean atau sebagainya).
Red dates by TeaZheng adalah berasal dari Yunnan. Kelebihan red dates kami selain boleh dimakan begitu saja dan memberikan rasa kenyang, red dates by TeaZheng juga sangat sedap dengan rasanya yang lembut tapi tidak terlalu manis (baca testimoni dibawah). Namun yang paling utama adalah, kami bawakan red dates yang halal, natural serta organik. Tiada sebarang pewarna dan perasa tambahan dalam Yunnan red dates.


KHASIAT DAN KEBAIKAN RED DATES (KURMA MERAH)
Red dates sememangnya popular di kalangan masyarakat cina kerana khasiatnya yang tinggi ke atas tubuh badan. Jumlah vitamin C dalam red dates adalah 70 hingga 80 kali lebih tinggi dari anggur dan epal serta kaya dengan vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, protein, kalsium, fosforus, besi dan magnesium.  Antara kebaikan dan khasiat red dates ke atas tubuh badan adalah:

  • Menyejukkan badan (sesuai diminum sejuk atau panas)
  • Merangsang pengeluaran sel darah putih, serta meningkatkan imun badan dan mengurangkan paras kolesterol dalam aliran darah.
  • Mencegah dan membantutkan sel kanser
  • Membantu mengelakkan batu karang
  • Fosforus dan besi memainkan peranan penting dalam mencegah osteoporosis dan anemia.

BAGAIMANA HENDAK MENDAPATKAN RED DATES BY TEAZHENG?


Sepeket red dates by TeaZheng hanya berharga RM20 sahaja (200g). Anda boleh mendapatkan red dates dengan berkunjung ke premis kami yang bertempat di Bangi Avenue Kajang. Selain itu, cara lebih mudah adalah dengan whatsapp kami untuk membuat pembelian dan kami akan poskan untuk anda walau di mana anda berada. Tekan whatsapp link di bawah:

Tak dapat hubungi kami menggunakan link di atas? Jangan risau terus whatsapp kami di 018 358 1121.

#Yunnanreddates
#Kedaitehcinamuslim
#TeaZheng
#Natural

Share:

Saturday 5 October 2019

PUERH GREEN TEA PALING DIGEMARI !


Puerh tea in can (Jinzhiyuye) kembali. Puerh tea yang paling laris. Paling hot selling. Paling diminati dalam banyak-banyak stok puerh tea yang kami ada. Sebab itu sentiasa terputus stok sebab permintaan  yang sangat tinggi. Kali ini puerh tea ini kembali lagi setelah beberap bulan terputus stok. Ramai menanti kedatangan puerh tea ini (bagi yang pernah merasa lah).

Kenapa puerh tea ini cepat habis stok?
  • Pertama kerana puerh tea ini satu-satunya puerh tea bergred premium dalam bentuk daun lerai (loose leaf). Gred premium yang lain semua dalam bentuk daun teh dipadatkan (compressed leaf). Loose leaf lebih mudah dan pantas dibancuh. Sesuai untuk anda yang yang sentiasa kejar masa terutamanya wanita berkerjaya. Juga senang di bawa ke pejabat.
  • Rasa puerh tea in can sangat nyaman dan tenteram saat dihirup berbanding teh puerh yang lain. Bau teh juga wangi asli tanpa kehadiran pewangi, perasa atau pewarna tambahan. Semuanya asli dan semulajadi. 
  • Puerh tea in can sangat digemari dan terkenal dikalangan ahli-ahli group diet yang dan juga fitness group yang tumbuh bagai cendawan di media sosial. Faktor utama kerana keberkesanannya dalam membantu membakar lemak serta menurunkan berat badan.

Premium grade loose leaf puerh tea 

Selain dari faktor-faktor di atas, puerh tea in can juga mempunyai banyak kelebihan lain iaitu membantu dalam:
  • Menurunkan level gula (kencing manis)
  • Menurunkan tekanan darah (darah tinggi)
  • Menurunkan kolesterol
  • Melegakan migraine dan sakit kepala
  • Mengecilkan sel-sel lemak (menurunkan berat badan)
  • Melegakan period pain (senggugut)
  • Menghilangkan sembelit

Rasa teh premium yang memberi kesegaran

Faktor-faktor inilah menjadikan puerh tea in can digemari ramai. Dengan hanya RM170 untuk penggunaan 3 ke 4 bulan, puerh tea in can sangat berbaloi untuk dimiliki oleh semua yang mementingkan kesihatan. Jika anda berminat untuk membuat tempahan, mohon terus whatsapp kami dengan menekan link di bawah:


Tak dapat hubungi kami menggunakan link di atas? Jangan risau, terus whatsapp kami menggunakan talian ini: 018 358 1121

TeaZheng
Pembekal Teh Puerh Asli dari Yunnan
018 358 1121

#kedaitehcinamuslim
#TeaZheng

Share:

Tuesday 1 October 2019

HALAL CHINESE TEA IN KAJANG/BANGI


Assalamualaikumm...

Seperti yang telah sedia maklum, Kedai Teh Cina Muslim, TeaZheng dikendalikan sepenuhnya oleh muslim. Gabungan melayu muslim dari Terengganu dan juga cina muslim dari Yunnan, China. Teh puerh yang dibekalkan oleh TeaZheng dijamin halal serta telah mendapat pengiktirafan dari Badan Halal di China yang diiktiraf oleh JAKIM, Malaysia.

Selain chinese puerh tea, TeaZheng juga membekalkan pelbagai produk halal yang lain yang berasal dari Yunnan seperti chinese red dates, walnut, spices, flower tea dan pelbagai produk lain yang boleh dirujuk di sini.

Selain dijamin halal, produk-produk yang kami bekalkan juga adalah asli serta organik. Tiada sebarang pewarna atau perasa tambahan di dalam sebarang produk jualan kami.

Jika berkunjung ke premis kami, anda berpeluang merasai pelbagai jenis dan gred puerh chinese tea secara percuma melalui sesi bancuhan teh kami (tea session). Tiada sebarang cas dikenakan dan tiada had atau limit untuk kuantiti teh yang diminum atau dibancuh.


Untuk terus mengadakan slot temujanji sesi bancuhan teh dengan kami, tekan di sini.

Atau boleh juga menekan whatsapp di bawah untuk terus berwhatsapp dengan kami.


Jika link di atas tidak dapat dihubungi, terus whatsapp kami di talian 018 358 1121.

#kedaitehcinamuslim
#halalchinesetea
#TeaZheng

Share:

Sunday 15 September 2019

KELEBIHAN PUERH TEA YANG TIADA PADA TEH YANG LAIN


Jika ditanya mengenai kelebihan puerh tea, kami tak gemar highlight pada sekadar boleh menurunkan berat badan, kawal gula dan darah tinggi serta menurunkan kolesterol sahaja. Semua ini khasiat yang common untuk secawan teh. Bukan puerh tea sahaja yang mempunyai khasiat sebegini. Most Chinese tea like Oolong or Japannese tea juga mempunyai khasiat yang sama.

Namun jika ditanya mengenai kelebihan kami lebih suka tekankan pada:

+ Puerh tea asli berdaun. Mengekal tektur daun bermakna mengekalkan kualiti teh. Lebih optimum khasiat diserap saat teh dihirup.

+ Puerh tea tidak mempunyai jangka hayat sebagaimana teh lain. Lebih lama teh puerh disimpan, lebih tinggi kualiti teh puerh.

+ Puerh tea mempunyai rasa dan aroma yang sangat mendamaikan (refreshing) berbanding teh lain. 

+ Kebanyakkan puerh tea dituai dari pokok yang telah berusia beratus tahun. Pokok teh puerh besar-besar (perlu dipanjat) untuk mendapatkan pucuk daun teh, berlainan dari teh yang lain di pasaran. Selain itu pokok teh puerh juga tumbuh meliar (wild).

+ Dari segi khasiat, selain dari khasiat yang telah dinyatakan di atas, puerh tea mempunyai khasiat yang lebih meluas berbanding teh lain seperti bagus dalam mengimbangi hormon wanita yang mempunyai masalah period tidak teratur atau sudah lama tidak datang bulan. Wanita yang senggugut juga bagus amalkan puerh tea.

+ Tidak seperti teh lain yang tidak sesuai jika anda mempunyai gastrik, puerh tea masih sesuai untuk anda. Puerh tea tidak mengganggu perut. Puerh tea juga bagus untuk anda yang sering sakit kepala dan migraine.

+ Puerh tea sesuai diminum untuk ibu-ibu yang dalam pantang dan juga sedang menyusukan bayi. 

+ Hanya bentuk muka bumi dan cuaca di Yunnan sahaja sesuai untuk penanaman dan penghasilan puerh tea. Maka, puerh tea hanya berasal dari Yunnan.

Dengan semua kelebihan ini menjadikan puerh tea lain dari teh yang lain, dan sebab itulah harga puerh tea jauh lebih tinggi berbanding kepelbagaian teh di pasaran.

Jika anda ada sebarang kemusykilan dan pertanyaan mengenai teh puerh, mohon tekan whatsapp link di bawah:

TeaZheng
Pembekal Teh Puerh Asli dari Yunnan
Bangi Avenue, Kajang.

#kedaitehcinamuslim
#TeaZheng
Share:

Ingin lebih jelas whatsapp ajer terus..

Contact Us!

Contact Us!

HALAL FROM YUNNAN

HALAL FROM YUNNAN

Featured Post

SIMTOM LEPAS RAYA - LEGAKAN DENGAN PUERH TEA TEAZHENG

Mesti ada yang mengalami seperti gambar di atas kan? Semuanya gara-gara pemakanan. Pemakanan yang tidak terjaga dan tidak teratur sepanjang ...

About Me

My photo
I am puerh tea addict! You may ask me about puerh tea via 018 3581121.
Powered by Blogger.

PROMOTION

Total Pageviews

Definition List

Definition List

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

Ordered List

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support