We bring you the best puerh tea from Yunnan. Contact us: 018 358 1121.

Monday, 4 November 2019

MENGHASILKAN SCRUB DARI BUNGA ROSE ASLI

Sekarang ni ramai dah yang concern mengenai penggunaan produk dari bahan-bahan asli untuk penjagaan tubuh badan. Bermula dari penjagaan wajah (skin care dan kosmetik), mandian dan juga termasuk supplement. Maksudnya produk yang natural, 100% organik. Eco friendly pun boleh juga diistilahkan. Memang ramai dah "buka mata" dan beralih ke produk yang diyakini selamat.

Memang itu pun sepatutnya kan? Jauhkan dari produk yang mengandungi bahan kimia terlarang dan kalau boleh 100% organik semestinya lebih baik. Kerana kita sedia maklum penambahan bahan kimia ke atas produk boleh memberi kesan buruk ke atas tubuh badan samada dalam jangka masa pendek atau panjang. 


Baru-baru ini, TeaZheng didatangi seorang tetamu yang dikenali sebagai Puan Kathy dari Ampang. Beliau sekarang sedang berjinak-jinak untuk menghasilkan produk penjagaan wajah yang berasaskan bahan-bahan natural dan organik. Dan pencarian beliau itu membawa Puan Kathy ke kedai kami, Kedai Teh Cina Muslim, TeaZheng. Kerana apa? Kerana kami sememangnya membekalkan produk-produk yang asli dan organik. Malah lebih dari itu, produk kami masih kekal dalam bentuk asal bukannya diproses.

Misi utama Puan Kathy adalah mencari bunga-bungaan yang boleh dijadikan sebagai ramuan utama dalam scrub wajah yang sedang beliau hasilkan. Semestinya bunga rose menjadi keutamaan kerana bunga rose sinonim sebagai ramuan dalam pelbagai produk penjagaan wajah dan badan.

Menurut Puan Kathy, bunga rose by TeaZheng sangat berlainan sekali dari bunga rose yang pernah beliau cuba sebelum ini. Aroma rosebud dari TeaZheng lebih memikat dan segar, kelopak lebih besar dan menyerlah warnanya berbanding bunga rose lain di pasaran. Selain bunga rose, Puan Kathy juga terpikat dengan bunga-bungaan lain seperti bunga Telang, Chrysanthemum dan Lavender. Menurut Puan Kathy lagi produk-produk kami memang bergred premium.

Alhamdulillah dan terima kasih atas penilaian yang diberikan.

Sebenarnya, Puan Kathy adalah seorang yang berpengalaman dalam penghasilan produk kerana sebelum ini beliau merupakan seorang consultant di sebuah syarikat penjagaan kulit dan sering menjadi tempat rujukan para founder untuk menghasilkan produk penjagaan kulit wajah. Sekarang tiba masanya beliau sendiri pula yang menghasilkan produk sendiri yang berasaskan bahan-bahan asli dan organik.

Teruja dengan pelbagai jenis bunga 

Jika anda di luar sana yang juga mungkin dalam proses menghasilkan produk sendiri yang berasaskan bahan-bahan asli dan organik, juga jemput singgah ke kedai kami untuk melihat dan merasai sendiri keunikan produk asli dan organik by TeaZheng.

Lokasi kedai kami di: https://maps.app.goo.gl/TP8ye47Z9Q2kYrLk7 (Google Maps)

Untuk membuat temujanji untuk sesi bancuhan teh dan penerangan produk, boleh terus klik whatsapp link di bawah:


TeaZheng
Pembekal Teh Puerh dan Produk Asli dari Yunnan
Bangi Avenue, Kajang.

#kedaitehcinamuslim
#TeaZheng
Share:

0 comments:

Post a Comment

Ingin lebih jelas whatsapp ajer terus..

Contact Us!

Contact Us!

HALAL FROM YUNNAN

HALAL FROM YUNNAN

Featured Post

SIMTOM LEPAS RAYA - LEGAKAN DENGAN PUERH TEA TEAZHENG

Mesti ada yang mengalami seperti gambar di atas kan? Semuanya gara-gara pemakanan. Pemakanan yang tidak terjaga dan tidak teratur sepanjang ...

About Me

My photo
I am puerh tea addict! You may ask me about puerh tea via 018 3581121.
Powered by Blogger.

PROMOTION

Total Pageviews

Definition List

Definition List

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

Ordered List

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support