We bring you the best puerh tea from Yunnan. Contact us: 018 358 1121.

Tuesday 3 August 2021

KENAPA KITA PERLU BERGERAK? (UNTUK ANXIETY DAN DEPRESSION)

Image Google

Pernah tak terfikir kenapa istilah penyakit anxiety, kemurungan dan sewaktu dengannya) payah nak serang nenek moyang kita? Penyakit yang dikaitkan dengan penyakit mental atau ketidakseimbangan emosi ini seakan merebak di zaman moden dan serba canggih. Menurut ulasan yang diberikan oleh Dr. Nordin Darus melalui youtube beliau, orang dulu-dulu lebih sihat, payah nak kena penyakit mental, anxiety, keresahan melampau kerana banyak bergerak. Bergerak yang natural bukan "dipaksa".

Contohnya nak makan kena memasak sendiri. Nak masak kena ada kayu api, kena ada bahan-bahan masakan, perlu bercucuk tanam untuk mendapatkan bahan mentah. Proses mendapatkan kayu api, bercucuk tanam dan sebagainya adalah pergerakan natural yang memberi impak yang besar ke atas kesihatan mental. Fizikal pun semestinya menyihatkan badan.

Memasak menggunakan kayu api memang sedikit memenatkan tetapi menyihatkan badan

Contoh lain lagi adalah seperti berjalan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Rata-rata sekarang kita mempunyai kenderaan untuk memudahkan pergerakan. Kelebihannya menjimatkan masa dan tenaga. Namun tanpa kita sedar, meminimakan pergerakan seharian memberi kesan yang tidak baik ke atas fizikal dan juga emosi. Kenapa?

Pergerakan atau aktiviti fizikal ini berupaya merembeskan pelbagai hormon dan neurotrasmitter yang berfungsi secara langsung untuk kesihatan otak dan juga mental serta emosi seperti oxytocin, dopamine, serotonine dan sebagainya. Oxytocin yang dirembeskan juga dikenali sebagai "Love hormone". Kehadiran oxytocin boleh dibayangkan seperti kita sedang bercinta. Orang yang dilamun cinta adalah orang yang tengah bahagia. Selain itu aktiviti fizikal juga boleh merembeskan dopamine, sejenis neurotrasmitter yang berfungsi membantu otak berfikir dan membuat keputusan dengan baik. Kehadiran dopamine juga boleh menyebabkan kita merasakan keseronokan, kepuasan dan juga bermotivasi. Begitu juga dengan kehadiran hormon serotonin yang memberi kesan ke atas keseluruhan badan, otak serta mental yang sihat. Kehadiran serotonin memberi kesan yang positif ke atas tidur yang berkualiti, penghadaman dan juga pemakanan. Serotonin adalah hormon utama untuk kestabilan emosi, perasaan gembira dan bahagia. Hormon ini juga dikenal sebagai "happy hormon".

Memang benar, aktiviti fizikal dan pergerakan ini kelihatan penat, namun memberi kesan yang besar ke atas minda dan emosi. Aktiviti fizikal zaman dahulu lebih ke arah "bermain" dengan alam. Sentuhan alam ada tenaga dan ion tersendiri untuk kesihatan tubuh badan. Di zaman moden ini kehidupan harian kita juga penat. Namun penat di zaman moden berbeza berbanding penat di zaman nenek moyang kita. Penat kita tiada sentuhan alam. Kita penat di pejabat. Kita penat duduk terlalu lama mengadap komputer menyiapkan tugasan. Kita  juga penat mengadap kesesakan lalu lintas sehari-hari. Semua ini penat yang tiada sentuhan atau tindak balas dengan alam. Tiada tenaga positif yang diserap sebagai ganti. Tiada hormon gembira dan cinta yang dirembeskan badan. Akibatnya, badan dan emosi kita letih dan tidak stabil. Membawa kepada gejala stress dan depression.

Bertambah parah apabila sekarang hampir kesemuanya di hujung jari. Nak makan kita boleh tekan-tekan dan rider hantar depan pintu. Kerja rumah banyak dibantu peralatan canggih yang mengurangkan pergerakan. Malah, ada sesetengah tugasan, langsung kita boleh guna "robot".

Peruntukan masa untuk keluar menghirup udara segar

Justeru, demi menjaga kesihatan mental kita di zaman maju ini, kita wajar kembali "bergerak". Perbanyakkan pergerakan dalam kehidupan harian. Memang benar, bergerak semulajadi bukanlah bermakna kita terpaksa kembali bercucuk tanam atau memasak guna kayu api sebagaimana nenek moyang kita dulu. Mustahil untuk diamalkan sekarang untuk kawasan yang sudah maju. Namun hendak atau tidak, kita wajib sentiasa bermesra dengan alam. Peruntukan masa untuk keluar berjalan melihat kehijauan. Masuk kampung, pergi ke pantai, panjat bukit atau gunung sambil menghirup udara segar dan lebih nyaman. Perbanyakkan sentuhan dengan alam. Fisiologi tubuh akan berubah serta merta. Fikiran lebih tajam, emosi lebih stabil. Kita akan lebih bahagia dengan bergerak dan menyantuni alam semulajadi. InsyaAllah..

TeaZheng
kedaitehcinamuslim 
Share:

Ingin lebih jelas whatsapp ajer terus..

Contact Us!

Contact Us!

HALAL FROM YUNNAN

HALAL FROM YUNNAN

Featured Post

SIMTOM LEPAS RAYA - LEGAKAN DENGAN PUERH TEA TEAZHENG

Mesti ada yang mengalami seperti gambar di atas kan? Semuanya gara-gara pemakanan. Pemakanan yang tidak terjaga dan tidak teratur sepanjang ...

About Me

My photo
I am puerh tea addict! You may ask me about puerh tea via 018 3581121.
Powered by Blogger.

PROMOTION

Total Pageviews

Definition List

Definition List

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

Ordered List

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support