We bring you the best puerh tea from Yunnan. Contact us: 018 358 1121.

PUERH RED TEA


APA ITU PUERH RED TEA?


Gambar di atas adalah gambar puerh red tea. Puerh red tea juga dikenali sebagai "ripe puerh" atau dalam bahasa Melayunya teh puerh merah merupakan teh puerh yang telah melalui proses piling. Proses piling adalah proses di mana suhu sekitar, kelembapan serta mikrooganisma ke atas daun-daun teh dikawal rapi. Pada peringkat ini juga daun teh akan melalui proses fermentasi (penapaian) peringkat ke dua yang juga dipanggil "wet piling".

Proses piling menjadikan teh puerh merah mempunyai rasa yang lebih ringan dan lembut serta bau yang lebih halus. Proses penapaian juga menjadikan daun teh puerh merah berwarna coklat kemerah-merahan.


APAKAH KELEBIHAN PUERH RED TEA?

Teh puerh merah sesuai untuk semua peringkat usia dan golongan. Tidak semestinya anda mempunyai penyakit, baru boleh minum teh puerh merah. Tidak! Mencegah lebih baik dari merawat. Teh puerh merah boleh dijadikan minuman harian.

Teh puerh merah bersifat lebih lembut berbanding teh puerh hijau menjadikan teh ini sesuai diminum untuk warga emas yang uzur, (samada uzur dimamah usia, uzur yang disebabkan penyakit atau selepas menjalani pembedahan).

Teh puerh merah juga sesuai buat wanita hamil yang mengalami gula dalam darah yang tinggi (diabetis).

Selain dari dua golongan di atas, anda yang kurus tapi mempunyai kolesterol badan yang tinggi juga digalakkan minum teh puerh merah.


KHASIAT TEH PUERH MERAH

Secara ringkasnya, berikut merupakan khasiat teh puerh merah terhadap tubuh badan.

  • Teh puerh merah membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah
  • Teh puerh merah membantu menurunkan tekanan darah dan stress
  • Teh puerh merah membantu meningkatkan aliran darah dan membantu meningkatkan peredaran darah.
  • Teh puerh merah membantu menurunkan paras gula dalam darah (diabetis)
  • Teh puerh merah juga mempunyai kesan ke atas penurunan berat badan (namun teh puerh hijau lebih berkesan dalam proses menurunkan berat badan berbanding teh puerh merah).
  • Teh puerh merah juga mengandungi antioxidant; bertindak melawan proses penuaan (awet muda)
  • Teh puerh merah bersifat anti-cancer.
  • Membantu proses penghadaman makanan sekaligus mengatasi masalah sembelit.
  • Membantu mengurangkan risiko penyakit gout.
  • Mengurangkan risiko serangan stroke
  • Membantu menyingkirkan toksin dari badan.
  • Teh puerh merah membantu melegakan sakit-sakit badan seperti sakit kepala dan lenguh-lenguh badan akibat keletihan (membantu memberi kesegaran dan tenaga kepada badan).
  • Teh puerh merah membantu dalam meningkatkan fungsi otak seperti kecerdasan mental dan pemikiran yang tajam.

CARA BANCUH TEH PUERH MERAH.

Cara bancuh teh puerh merah sama sahaja dengan teh puerh hijau. Sangat mudah. Berikut merupakan langkah-langkah yang diperlukan.

Puerh red tea + bunga chrysanthemum
  1. Lerai sedikit puerh red tea. Pakai tangan pun tak apa. Kuantiti mengikut citarasa masing-masing. Tiada specifik kuantiti. Boleh try and adjust kuantiti teh yang anda gemari. Anggaran 1 cubit teh, dalam 2-3 gram.
  2. Letak teh dalam gelas/cawan/termos yang anda gemari.
  3. Tuang sedikit air panas dalam 10 saat.
  4. Buang air panas tadi atau air bancuhan pertama (sebagai bilasan).
  5. Masukkan air panas sekali lagi. Rendam dalam 3 minit atau sehingga daun teh kembang.
  6. Sedia dinikmati atau boleh ditapis dahulu. Terpulang pada individu.
  7. Juga boleh disimpan dalam bekas kedap/tupperware untuk dibawa ke ofis/minuman harian.

Nota tambahan:
  1. Tidak perlu ditambah gula dalam puerh red tea. Gula memudaratkan kesihatan.
  2. Boleh ditambah halia, lemon atau kurma cina ke dalam puerh red tea sebagai pembangkit rasa.
  3. Teh yang sama boleh sentiasa tambah air panas sehingga hilang rasa dan aroma teh (dalam tempoh 24 jam)
  4. Jangan guna teh yang telah dibancuh hari ini untuk kegunaan esok hari. Bancuh teh yang baru.
  5. Teh puerh merah yang belum digunakan boleh disimpan dalam sebarang bekas tertutup asalkan kering (bebas air) dan tidak berbau.

Testimoni pengguna: 

Telah banyak testimoni pengguna teh puerh merah kami perolehi. Antaranya seperti di bawah.


"Mula- mula beli untuk saya time pregnant.. Last2 bawa balik Sarawak bagi mak minum sebab ada blood pressure dan kencing manis. Alhamdulillah bulan 2 start mak amalkan minum, bulan 3 doktor suruh check up and test, gula dalam darah semua stabil. Alhamdulillah"



"Hari tu ada beli red tea dari sis...Masa bersalin kena kencing manis. Alhamdulillah sekarang bebas. Dan mak saya pun saya suruh amalkan tea tu. Alhamdulillah BP dan kencing manisnya semua elok"


"Pak mertua saya duk sakit lutut. Dan mak mertua kencing manis. Tapi lepas minum teh ni, ada tenaga sikit. Pak mertua boleh kayuh basikal keliling kampung dan pergi kebun kembali. Mak mertua pun nampak sihat banyak lepas amalkan teh merah."



BERAPA HARGANYA?

Kesemua puerh red tea kami berbentuk daun teh yang dipadatkan (compressed tea leaves). Harga puerh red tea berbeza mengikut size seperti di bawah:


Puerh tea size paling besar (357g). Harga RM110 tidak termasuk postage. Penggunaan dalam 8 bulan.
Untuk pembelian sila klik di sini.


Puerh red tea ini bersaiz sederhana. Berharga RM90 tidak termasuk postage. Berat teh 200g penggunaan dalam 4 ke 5 bulan. Untuk membuat pembelian sila klik di sini.


Juga dikenali supermini red tea cake. Berharga RM60 tidak termasuk postage. Berat teh adalah 100g untuk penggunaan dalam 2 bulan. Untuk pembelian, sila klik di sini.



Pastikan puerh red tea by TeaZheng kerana:

  • Kami bawakan yang HALAL (kilang pemprosesan chinese muslim di Yunnan dan memperolehi sijil halal (rujuk di sini)
  • Kami bawakan yang ORGANIK
  • Teh puerh kami ASLI dari Yunnan (daerah yang diiktiraf oleh kerajaan China menghasilkan puerh tea yang asli.

Dibawakan oleh TeaZheng, pembekal teh puerh asli dari Yunnan, China. Puerh Red tea juga boleh didapati secara terus dari outlet kami di Bangi Avenue, Kajang. Untuk mengetahu lokasi kami, tekan di sini



0 comments:

Post a Comment

Ingin lebih jelas whatsapp ajer terus..

Contact Us!

Contact Us!

HALAL FROM YUNNAN

HALAL FROM YUNNAN

Featured Post

SIMTOM LEPAS RAYA - LEGAKAN DENGAN PUERH TEA TEAZHENG

Mesti ada yang mengalami seperti gambar di atas kan? Semuanya gara-gara pemakanan. Pemakanan yang tidak terjaga dan tidak teratur sepanjang ...

About Me

My photo
I am puerh tea addict! You may ask me about puerh tea via 018 3581121.
Powered by Blogger.

PROMOTION

Total Pageviews

Definition List

Definition List

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

Ordered List

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support