We bring you the best puerh tea from Yunnan. Contact us: 018 358 1121.

Monday 23 December 2019

PENDAPATAN TAMBAHAN DENGAN TEH HIJAU PUERH


Boleh ke nak dapatkan puerh tea dari TeaZheng, tapi nak jual balik dengan menggunakan jenama sendiri?

Kenapa tidak? Dah ramai dah pun yang buat. Dah ramai dah pun yang berjaya menjana pendapatan dengan menggunakan jenama sendiri hasil dari jualan puerh tea dari TeaZheng.

Kami tak wajibkan pun guna jenama TeaZheng.

Lebih mudah kerana anda tidak terikat dengan sebarang syarat! Jenama anda, sudah tentu peraturan anda yang tentukan sendiri. Contohnya seperti berat, harga jualan, margin, semua anda boleh tentukan sendiri. Namun jika anda perlukan khidmat nasihat dari kami, kami berbesar hati membantu apa yang perlu tanpa sebarang cas tambahan.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah mendapatkan harga jualan borong dari kami. Dengan harga borong, sudah tentulah anda akan untung berganda-ganda. Bagaimana nak dapatkan harga borong?

Yerr, whatsapp kami supaya kami dapat bagi penerangan yang lebih jelas. Jika anda tinggal berdekatan dengan kami, boleh terus ke premis kami untuk perbincangan dari hati ke hati. Lagi best, boleh terus rasa dan menikmati puerh tea yang anda inginkan. Di bawah merupakan 3 contoh teh puerh yang menggunakan jenama sendiri tapi mendapatkan stok teh puerh dari kami.


Usah risau dan bimbang, kami akan berikan bimbingan bagaiman cara untuk mendapatkan jualan dan mampu menjana pendapatan yang lumayan dengan puerh tea. Hubungi kami dengan menekan whatsapp icon di bawah.




TeaZheng
Kedai Teh Cina Muslim
Bangi Avenue, Kajang.


Share:

Sunday 22 December 2019

DARAH TINGGI TURUN DENGAN MINUM TEH HIJAU PUERH

Sejak seminggu dua ini, pelanggan yang menghubungi kami dan memaklumkan mengenai tekanan darah tinggi menurun setelah minum puerh tea makin kerap. Dua di antaranya adalah seperti di bawah. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi berkongsi feedback puerh tea yang telah anda dapatkan dari kami di Kedai Teh Cina Muslim, TeaZheng. Sesungguhnya, dengan feedback dari anda, membuatkan kami semakin bersemangat untuk menyebarkan kebaikan dan manfaat teh puerh by TeaZheng ini. 

Namun di sini juga kami ingin tekankan bahawa puerh tea BUKAN ubat untuk merawat darah tinggi. Tidak sesekali kami "overclaim" dengan menyatakan puerh tea mampu merawat darah tinggi. Tidak! Puerh tea hanya salah satu dari beribu alternative atau ikhtiar dalam membantu mengawal atau menstabilkan tekanan darah tinggi. Kajian dan publish journal mengenai puerh tea dan darah tinggi telah banyak. Dengan amalan yang konsisten, insyaAllah dengan izin-Nya.

Testimoni 1:


Pelanggan kami yang bernama Puan Mimi di atas begitu teruja berkongsi bacaan tekanan darah terbaru beliau setelah hanya kurang sebulan mengamalkan puerh tea. Sebelum mendapatkan puerh tea dari kami, beliau telah maklumlah pada kami bahawa pelbagai ikhtiar telah beliau cuba sebelum ini untuk menurunkan tekanan darah, namun semuanya tidak membuahkan hasil. Walaubagaiman pun, alhamdulillahh, berkat tidak berputus asa, beliau menemui jawapan dengan amalan puerh tea yang di bawa dari TeaZheng. Tekanan darah Puan Mimi akhirnya menurun. Kami di TeaZheng mendoakan semoga tekanan darah Puan Mimi sentiasa stabil dan diberi kesihatan yang lebih baik. InsyaAllah.

Testimoni 2:


Testimoni di atas pula dikongsi oleh pelanggan regular kami yang kami panggil Kak Yati. Walaupun dah lama beliau dapatkan puerh tea dari kami, jujur beliau kongsikan kerana kesibukan dengan tugasan harian, kadang-kadang beliau terlupa untuk istiqomah amalkan puerh tea. Satu keadaan yang kami tidak mampu kawal untuk mana-mana pelanggan kami. Namun alhamdulillah, apabila beliau sedar tekanan darah makin meninggi, secawan puerh tea panas suam terus jadi penyelamat untuk segera turunkan tekanan darah. Hanya beberapa jam selepas itu, tekanan darah terus menurun. Syukur alhamdulillah. Namun kami harapakan semoga semua pelanggan kami boleh jadikan puerh tea ini sebagai betul-betul amalan harian untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. InsyaAllah dengan izin-Nya.


Puerh tea ada banyak gred. Salah satunya adalah seperti gambar di atas yang diberi nama Ma-Hei puerh tea. Ma-Hei puerh tea ini hanya berharga RM90 sahaja untuk penggunaan 3 ke 4 bulan. Jika anda ingin merasa dahulu puerh tea kami, anda boleh berkunjung ke premis kami di Bangi Avenue, Kajang untuk menikmati sendiri puerh tea secara percuma. Boleh booking slot temujanji untuk sesi bancuhan tea di sini. Namun jika anda ingin mendapatkan penjelasan lanjut atau ingin terus membuat tempahan, jangan segan silu untuk terus whatsapp kami dengan menekan icon whatsapp di bawah.


TeaZheng
Kedai Teh Cina Muslim



Share:

Thursday 19 December 2019

DRY CRIMSON GLORY ROSE


Tambah bahan pengawet bukan satu-satunya cara untuk mengelakkan produk makanan atau minuman dari mengalami kerosakan. Ada banyak lagi kaedah lain seperti pengetinan, pengeringan, penggaraman, freezing dan banyak lagi lah.
Kami di TeaZheng memilih atau mengamalkan konsep pengeringan ke atas produk-produk jualan supaya tahan lama, tidak rosak dan juga kekal asli dan organik tanpa kehadiran pengawet tambahan.
Ini adalah pegangan dan konsep kami. Tiada perisa, pengawet atau pewarna tambahan. Bunga rose berkelopak besar ini juga melalui proses pengeringan. Nama lain bagi bunga rose ini adalah Crimson Glory Rose. Crimson Glory rose boleh didapati di TeaZheng dan sedikit berlainan dari bunga rose yang biasa kami bekalkan sebelum ini. Bau bunga rose Crimson Glory ini juga lebih harum semerbak berbanding rose biasa. Rasanya ada sedikit mirip air sirap yang sangat enak diminum walaupun tanpa gula. Bertambak enak apabila diminum bersama teh puerh.

Kebaikan Crimson Glory Rose:
  • Bagus untuk kulit - cegah penuaan dan awet muda
  • Sangat bagus untuk mencegah masalah bau badan serta mulut.
  • Menyejukkan badan - bagus ketika demam dan selsema
  • Membantu proses penghadaman - mengelak sembelit.
  • Memberi ketenangan - cegah stress dari berlarutan dan elak hypertensi.
  • Tinggi antioksida untuk menguatkan ketahanan badan terhadap penyakit.

Crimson Glory Rose yang telah dibancuh beberapa kali

Untuk satu gelas, cukup dengan hanya satu kelopak sahaja kerana saiznya yang besar dan akan mengembang. Jika nak rasa jemput datang ke premis kami di Bangi Avenue, Kajang. Anda boleh menghubungi kami dengan menekan link whatsapp di bawah untuk slot temujanji sesi bancuhan tea atau untuk terus membuat tempahan pembelian. Crimson Glory Rose hanya berharga RM20 sahaja untuk sebotol (50g). Stok adalah terhad.


TeaZheng
Kedai Teh Cina Muslim
Bangi Avenue, Kajang.


Share:

Tuesday 10 December 2019

KELEBIHAN TEH BUNGA ROSE



Harum mewangi sepanjang "berurusan" dengan rosebud ini. Tiada stress malah menarik ketenangan jiwa. Cukup segar walaupun sekadar haruman. Itu belum lagi diminum. Jika dijadikan teh bunga rose, nikmat ketenangan itu berganda. Menarik perasaan gembira. Memberi kedamaian segera.  Patutlah bunga rose dijadikan minuman untuk mengawal hypertension. Bermain dengan bunga rose pun sudah rasa damai, apatah lagi dijadikan amalan kan?

Teh bunga rose sememangnya amalan sejak berzaman untuk kecantikan dan kesihatan terutamanya di kalangan masyarakat cina. Bunga rose di dalam gambar ini juga diimport khas dari Yunnan, China yang juga terkenal sebagai "City of Flowers".

Teh bunga rose sangat bagus untuk kesihatan kulit. Lihat sahaja pelbagai produk kecantikan di pasaran, banyak sahaja yang berasaskan bunga rose kan? Ada rose face mist, ada serum bunga rose, ada mandian bunga rose dan pelbagai lagi. Terbukti bunga rose ini terkandung pelbagai khasiat untuk kecantikan dan kesihatan.

Jika anda seorang wanita yang ingin tampil cantik, sihat, berseri dan bertenaga dengan kaedah semulajadi tanpa produk berasaskan bahan kimia, rosebudtea dari Yunnan ini adalah salah satu alternative yang boleh diamalkan. Dengan hanya 2 ke 3 kuntum rosebud untuk secawan air sudah cukup untuk menceriakan hari anda. Di bawah merupakan antara khasiat amalan minum teh bunga rose:

  1. Bagus untuk kecantikan kulit.
  2. Memberi ketenangan emosi (mengawal hypertension atau tekanan darah tinggi).
  3. Membantu proses penghadaman.
  4. Hasil kajian menunjukkan haruman rose bagus untuk menguatkan daya ingatan.
  5. Meredakan sakit tekak.
  6. Menyejukkan badan (bagus ketika demam dan selsema).
  7. Bagus untuk awet muda.
  8. Mengelakkan sembelit
  9. Membantu menghilangkan sakit kepala dan pening.
  10. Memberi tenaga (menghilangkan keletihan)
  11. Membantu menangani cirit-birit.
  12. Membantu melegakan period pain (senggugut) dan melancarkan kitar haid.
  13. Mengandungi vitamin A, B3, C, D dan E.
  14. Meredakan kebimbangan dan kemurungan (anti-depression)
  15. Mencegah bau badan dan mulut.
  16. Mengandungi flavanoid yang bagus dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular (tekanan darah tinggi, kencing manis dan obesiti). 
Jika inginkan kelainan, kelopak bunga rose boleh juga diminum bersama dengan puerh tea seperti dalam gambar di bawah. Rasanya lebih memikat. Namun walaupun tanpa puerh tea, bunga rose sahaja pun sudah cukup memberi kenikmatan. Untuk mengetahui cara bancuhan dan penyediaan teh bunga rose, boleh klik di sini.

Bunga rose yang dibancuh dengan puerh tea

Sebelum anda membeli sebarang bunga rose, pastikan bunga rose yang anda cari adalah ASLI, ORGANIK serta BEBAS dari sebarang pewarna dan perasa tambahan. Bunga rose adalah minuman alami. Amalan yang konsisten memberikan hasil yang positif, bukan sebaliknya. Lakukan sedikit "research" sebelum membeli sebarang produk. Bunga rose yang dibekalkan oleh TeaZheng semestinya memenuhi ciri-ciri yang telah dinyatakan tadi.

Bunga rose yang dibekalkan TeaZheng bergred premium

Pelanggan TeaZheng dengan bunga rose dan juga bunga Telang

Jika anda telah bersedia untuk menikmati secawan bunga rose, dapatkan rosebud yang segar dari kami di TeaZheng. Berapakah harganya?

Sebotol rosebud (50g - 60g) hanya RM26 termasuk postage.

Untuk terus membuat pesanan, boleh terus klick icon di bawah, atau jika ada sebarang pertanyaan sila whatsapp kami dengan menekan whatsapp link yang diberikan. Kami akan menjawab segala kemusykilan anda.


              
 

Whatsapp: 018 3581121
Whatsapp: 018 3581121
Whatsapp: 018 3581121

Sementara stok masih ada yer 😃😃

TeaZheng,
Kedai Teh Cina Muslim.
Pembekal barangan asli dari Yunnan.

#Rosebudtea
#Flowertea
Share:

Monday 9 December 2019

KESAN AIR BERTAPIS (FILTERED WATER) KE ATAS PUERH TEA



Minggu lepas seseorang (customer TeaZheng) ada bertanya, kenapa bila beliau bancuh puerh tea dekat rumah, color dan rasa teh yang dibancuh ada sedikit berbeza berbanding dengan bancuhan puerh tea ketika di pejabat?

Belum sempat kami ajukan pertanyaan lanjut beliau terus sambung “Yang kat rumah akak guna air panas Coway, kat office air panas biasa jerang dalam cerek jer”.

Bagaikan memahami memang soalan itu yang bakal kami ajukan.

Sumber air panas yang kita gunakan sememangnya memberi kesan ke atas rasa dan warna bancuhan puerh tea. Air panas yang difiltered (tak kisah lah Coway or Cuckoo ke) lebih bersifat lembut dan memberi rasa yang lebih sedap ke atas teh yang dibancuh berbanding air paip biasa yang dijerang atau cerek elektrik. Warna bancuhan teh juga lebih bersinar dan menawan dengan bancuhan filtered water.

Kebetulan kami masih simpan gambar dari satu dokumentari TV BBC Earth yang juga mengkaji perbezaan hasilan teh yang dibancuh dengan filtered water berbanding air paip yang dipanaskan. Anda boleh bezakan sendiri berdasarkan gambar yang diberikan.

Rumusan yang boleh dibuat, jika puerh tea yang anda bancuh mempunyai rasa berbeza. Kemungkinan sekejap rasa sedap, sekejap tak berapa sedap, tengok balik jenis air panas yang anda gunakan. Kalau nak hurai lebih panjang, bukan setakat air panas, warna gelas pun boleh memberi effect ke atas minda si peminum teh. Ingat orang cina minum dalam cawan cenonet dan berukir cantik tu saja-saja? Ada fungsinya 😊


Berminat untuk mengetahu lebih lanjut mengenai Puerh Tea by TeaZheng?
Klik whatsapp icon di bawah:



TeaZheng
Pembekal Teh Puerh Asli Dari Yunnan
Bangi Avenue.

#kedaitehcinamuslim
#TeaZheng
#puerhtea
Share:

Saturday 7 December 2019

SAKIT KEPALA MENGGANGGU TUGASAN HARIAN.



Jika anda sering diganggu migrain atau sakit kepala dalam menjalani tugasan seharian, cubalah rehat sebentar, bertenang, tarik nafas dalam-dalam sambil menghirup puerh tea panas-panas suam. Lebih damai jika boleh mengadap pemandangan ciptaan Allah yang menenangkan. Jika mampu, tidurlah walau seketika. InsyaAllah, pening kepala atau migrain akan hilang. Paling kurang melegakan.

Perkongsian dari amalan diri sendiri dan juga puerh tea lover selama ini. Sampai bila asyik nak bergantung dengan painkiller kan? Berikut merupakan dua testimoni terbaru yang kami dapat dari pelanggan TeaZheng.




Puerh tea amat berbaloi dimiliki. Dengan hanya RM170 tin untuk penggunaan 3-4 bulan, penyelesaian migrain anda bakal terjawab.

Bagaimana hendak mendapatkan puerh tea by TeaZheng? Terus hubungi kami dengan menekan whatsapp link di bawah:



Jika tak dapat hubungi kami menggunakan link diberikan, hubungi kami dengan talian: 018 358 1121

50 pembelian terawal layak mendapat special gift dari kami.



PROMOSI FLOWER TEA CAKE:
TEKAN DI SINI.

#TeaZheng #Puerhtea #Peningkepala
#migraine #tehcinaasli
Share:

Ingin lebih jelas whatsapp ajer terus..

Contact Us!

Contact Us!

HALAL FROM YUNNAN

HALAL FROM YUNNAN

Featured Post

SIMTOM LEPAS RAYA - LEGAKAN DENGAN PUERH TEA TEAZHENG

Mesti ada yang mengalami seperti gambar di atas kan? Semuanya gara-gara pemakanan. Pemakanan yang tidak terjaga dan tidak teratur sepanjang ...

About Me

My photo
I am puerh tea addict! You may ask me about puerh tea via 018 3581121.
Powered by Blogger.

PROMOTION

Total Pageviews

Definition List

Definition List

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

Ordered List

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support