We bring you the best puerh tea from Yunnan. Contact us: 018 358 1121.

Tuesday, 22 October 2019

WARNA BANCUHAN TEH PUERH


Seringkali saya ditanya, kenapa puerh tea yang saya bancuh tampak berlainan warnanya dari yang anda beli dan bancuh? Kenapa perlu beza? Semacam ada sedikit ketidakpuasan hatian di situ? 😀

Ada beberapa faktor…

First kemungkinan faktor kuantiti puerh tea yang digunakan. Seringkali saya tekankan, kuantiti puerh tea bergantung pada individu. Sedikit atau banyak atas citarasa masing-masing. Tiada betul atau salah. Dan semestinya kuantiti puerh tea yang dibancuh memberi kesan ke atas warna bancuhan puerh tea.

Yang kedua adalah faktor pencahayaan. Saya adalah seorang pembekal teh. Bukan sekadar hanya peminum teh puerh 😁. Maka setiap kali saya snap gambar saya akan cuba ambil gambar sehabis baik walaupun saya bukan professional photographer dan juga hanya gunakan smartfon sahaja (mana-mana seller online pun pasti inginkan gambar yang cantik). Saya cuba hasilkan yang terbaik dengan bergantung dengan apa yang saya ada dan ilmu yang masih sangat terbatas. Setiap gambar boleh jadi berpuluh kali snap. Faktor pencahayaan dan jenis smartfon juga memberi kesan. Semestinya memberi hasil gambar yang berlainan. Saya bukan menipu. Saya hanya berikan yang terbaik. Berlainan pula dengan anda apabila setiap kali sent gambar puerh tea untuk di nilai oleh saya kerana merasakan warna teh berlainan, ada gambar yang kelabu asap, bergegar, daun teh tidak sempat kembang dan sebagainya. Again, focus kita berlainan, semestinya memberi hasil yang berlainan walaupun kita minum teh yang sama. Di sini saya bukan niat nak menghina gambar pelanggan TeaZheng. Oh tidak sekali-kali! Saya hanya memberi penjelasan kenapa gambar atau puerh tea saya nampak lebih menarik.

Dan faktor yang terakhir adalah saya ada banyakkkkkk gred puerh tea. Yer, memang benar boleh jadi sebab puerh tea yang anda bancuh nampak berlainan dari yang saya bancuh kerana teh kita sememangnya berlainan. Anda mungkin hanya ada satu jenis/gred tea sahaja yang dibeli dari saya, sedangkan saya ada berpuluh jenis 😉. Hari ini saya minum yang ni, esok saya minum yang tu. Dan saya memang sentiasa bertukar-tukar teh kegemaran. Jika teh yang dibancuh berlainan, hasil (warna) juga boleh jadi berlainan dengan mengambil kira dua faktor di atas juga. Walau bagaimanapun, puerh tea kegemaran yang sering saya bancuh dan rotate adalah puerh tea in can, XiGui compressed tea cake dan juga Old Tea Tree.

Saya pembekal teh cina, semestinya saya ada banyak jenis dan gred teh. Heheh…Cukup dengan tiga faktor ini dahulu. Di harap dengan penjelasan ini tiada lagi kerunsingan warna bancuhan teh puerh yang anda dapatkan dari kami. Semuanya jelas dan clear hendaknya. Mohon maaf andai ada perkataan yang mengguris hati.

 Ingin info lanjut mengenai TeaZheng

TeaZheng
Pembekal Teh Puerh Asli Dari Yunnan
018 358 1121

#kedaitehcinamuslim
#TeaZheng
Share:

0 comments:

Post a Comment

Ingin lebih jelas whatsapp ajer terus..

Contact Us!

Contact Us!

HALAL FROM YUNNAN

HALAL FROM YUNNAN

Featured Post

SIMTOM LEPAS RAYA - LEGAKAN DENGAN PUERH TEA TEAZHENG

Mesti ada yang mengalami seperti gambar di atas kan? Semuanya gara-gara pemakanan. Pemakanan yang tidak terjaga dan tidak teratur sepanjang ...

About Me

My photo
I am puerh tea addict! You may ask me about puerh tea via 018 3581121.
Powered by Blogger.

PROMOTION

Total Pageviews

Definition List

Definition List

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

Ordered List

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support