Google pic |
Sekarang musim durian. Sana sini orang duk post pasal durian. Aku pun tak terkecuali pi redah durian Mantin yang viral tu. Maklumlah, 20 minit jer drive dari rumah. Mau tak cuba. Hehe..Yer memang murah dan puas hati. Isi durian mekar, berlemak dan sungguh sedap. Makan kat situ terus. Tapi nak pergi siap sedia mental awal-awal. Beratur panjangggg ko..haha
Nah ini dia. Viral punya pasal. Waze sahaja "Durian Mantin Murah"
Bercakap pasal durian ni, terbaca penulisan seorang Dr (doktor klinik) di facebook yang menyatakan durian tinggi kolesterol. Antara baris-baris penulisan beliau berbunyi,
"Durian Menyebabkan kolesterol tinggi. Maka mkn 3 atau 4 ulas cukup dah..."
FAKTA:
====> DURIAN TIDAK MENGANDUNGI KOLESTEROL!
Tapi bukanlah bermakna tiada kolesterol kita boleh melantak durian 3,4 biji sekaligus. LEMAK tetap tinggi. CARBOHYDRATE tetap tinggi. Maka KALORI tetap tinggi. Bersederhana itu lebih baik.
Namun menyatakan durian tinggi kolesterol adalah menyimpang dari fakta pemakanan sama sekali. All plant foods are CHOLESTEROL-FREE. Ini juga termasuk santan kelapa yang selalu dimomokkan dengan tinggi kolesterol.
Sheriffa Fahima
"Doctor terbengkalai"
#Durian
#Cholesterol
0 comments:
Post a Comment