Jujurnya, sejak dari awal puerh green tea yang no. 4 tu kurang mendapat sambutan.
Entah di mana silap.
Mungkin approach pada customer tak kena..
Atau mungkin juga kurang promosi.
Tapi rasanya pelbagai usaha dah buat (rasanya lah😁)
Sample dah banyak diagih. Fb ads dah cuba.
Tapi feedback masih sama. Tiada graf meningkat pendek kata.
.
Tak seperti puerh tea yang lain.
Senang jer jalann.
Walaupun ada tea yang harga lebih mahal, tapi tetap mendapat perhatian.
Padahal bagi aku, yang no. 4 ni rasa dan aroma tea sangat best.
.
Lama2 sebab payah sangat aku pun kurang tumpu. (Lebih kurang fade up😁)
Baiklah aku tumpu teh yang lebih laku.
Tak pening kepala.
.
Tapi sejak balik kampung and stay lebih lama dengan mak bapak aku ni, eh tetiba ramai pulak yang request tea no. 4 ni.
Sangat tiba-tiba. Tak promot, tak iklan, tak diskaun.
Dan request yang sangat2 senang. Tanya je terus bank in.
Ramai pulak tu.
Aku duk kampung ni active fb pun tak, apatah lagi nak iklan bagai.
So, agak wondering.
Pikir dalam2... Allah nak bukakan pintu rezeki the fourth tea ni dengan cara ni.
Bukan dengan cara agih sample, bukan juga dengan fb ads.
Tapi dengan cara stay dengan parents, menggembirakan hati umi abah dikala mereka sedang dilanda kedukaan.
Allahurabbi😔
.
P/s: Harga tea pada gambar masih kekal sehingga diumumkan perubahan dalam waktu terdekat. InsyaAllah.
.
#TeaZheng
#Puerhtea
#Alhamdulillahh
0 comments:
Post a Comment