Picture taken from google
Beza antara puerh green tea (raw puerh) dengan normal green tea.
Hanya satu proses yang membezakan antara green tea dengan puerh green tea iaitu proses pengeringan (drying process). Proses pengeringan green tea melibatkan secara hot air (indoor) manakala puerh tea secara direct tenaga suria (matahari).
Kedengaran simple dan seakan tiada beza, tapi hakikatnya besar impak pancaran asli matahari ke atas penghasilan puerh tea. Di sini lah proses semi fermentation terjadi dan akan memberi kesan ke atas rasa dan aroma puerh tea. Di sini juga “unique taste” dan “sweet aftertaste” of puerh tea terhasil.
Proses pengeringan puerh tea adalah proses yang kritikal. Bukan setakat bentangkan daun teh mengadap matahari, tetapi pemantauan secara berterusan terutamanya dari segi relative humidity (RH), amat dititik beratkan.
RH yang optimum untuk pengeringan daun teh puerh adalah sekitar 30 - 40%. Sedikit peningkatan ke atas RH (yang biasanya akibat hujan dan perubahan musim), boleh mengakibatkan RH meningkat ke 60%. Walaupun hanya sedikit peningkatan RH, tetapi tetap memberi kesan ke atas rasa dan kualiti puerh tea. Sebab itulah, pengusaha puerh tea yang yang sudah terkenal di Yunnan, sangat menitik beratkan proses penghasilan puerh tea terutamanya proses pengeringan.
Disokong dengan bentuk muka bumi, altitute dan RH menjadikan Yunnan tempat paling sesuai untuk penghasilan puerh tea. Karangan panjang ini diharap dapat menjawab persoalan sebelum ini yang bertanyakan kepada saya, “Jika puerh tea sangat bagus, kenapa Malaysia tak hasilkan puerh tea?”

RH Malaysia andai tak hujan pun sudah mencecah 80 - 95%. Kita ni memang panas, tapi jangan lupa, kita lembab. Lebih tepat lagi kita ni khatulistiwa.
**Pengeringan hanya sebahagian. Selepas pengeringan masih ada beberapa lagi step yang melibatkan aging proses untuk menghasilkan “vintage puerh tea”. Satu karangan tak cukup.**
TeaZheng
Kedai Teh Cina Muslim
Bangi Avenue, Kajang.
Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai teh puerh by TeaZheng, klik whatsapp di bawah:
Bangi Avenue, Kajang.
Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai teh puerh by TeaZheng, klik whatsapp di bawah:
0 comments:
Post a Comment