We bring you the best puerh tea from Yunnan. Contact us: 018 358 1121.

Wednesday, 18 November 2020

"CUT SUGAR" DENGAN PUERH TEA

Ada teh yang boleh meningkatkan keinginan terhadap gula (increase sugar craving), dan juga ada teh yang mampu mengurangkan keinginan terhadap gula (cut sugar intake). Asalnya dari pokok yang sama, namun melalui pemprosesan yang berbeza dan akhirnya penyediaan bancuhan juga sangat berbeza. Kesan ke atas tubuh badan juga pasti berbeza. 

Daun Teh Camellia Sinensis

Teh cina atau teh puerh berupaya menyekat keinginan minum minuman manis. In certain case, langsung tak nak dah minum manis-manis dan juga makanan tinggi gula. Bila keadaan ini terjadi, pengambilan gula akan berkurangan dan antara faktor bacaan gula boleh menurun bagi pengidap diabetis. Dalam masa yang sama juga, apabila gula menurun, proses menurunkan berat badan menjadi lebih mudah. Oleh itu, tidak pelik dan tidak mustahil bagi pengamal puerh tea berjaya mendapatkan bacaan gula yang lebih stabil serta berjaya mendapatkan berat badan lebih ideal. Kuncinya berjaya cut sugar.


Keinginan terhadap minuman manis menurun setelah seminggu amalkan puerh tea

Mungkin ada yang persoalkan, “jika begitu, tak perlu minum puerh tea, boleh sahaja cut sugar tanpa puerh tea.”

Jika anda mampu, silakan. Nak minum puerh tea boleh. Tanpa puerh tea pun boleh. Namun harus diingat, fungsi puerh tea bukan hanya pada “cut sugar” semata-mata. Puerh tea juga berupaya menghalang penghasilan acid lemak yang sering dikaitkan dengan obesiti. Puerh tea juga mengandungi tannin, suatu komponen yang mempunyai kesan teraputik ke atas badan dan membantu proses pencernaan. Proses pencernaan yang lancar sangat penting dalam menurunkan berat badan. Selain itu, puerh tea juga tinggi kandungan antioksida polifenol yang membantu mengurangkan keradangan pada usus dan dalam masa yang sama meningkatkan bakteria baik dalam usus. Selain itu juga, puerh tea tinggi vitamin, mineral dan pelbagai lagi antioksida yang mana sekaligus membantu badan meningkatkan sistem imun dan ketahanan badan dalam melawan radikal bebas. Terpulang pada diri masing-masing. Badan kita, kita yang bertanggungjawab ke atasnya.


Bonus selain keinginan terhadap minuman dan makanan manis berkurang, berat badan menurun di samping proses penghadaman menjadi lebih baik dan bacaan gula lebih stabil.

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai puerh tea, boleh whatsapp kami di sini.

Atau ingin terus membuat pesanan, boleh ke laman web kami di www.teazheng.com

#kedaitehcinamuslim
#TeaZheng
#puerhtea
Share:

1 comment:

  1. ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
    dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
    segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q :-* (f) (f) (f)

    ReplyDelete

Ingin lebih jelas whatsapp ajer terus..

Contact Us!

Contact Us!

HALAL FROM YUNNAN

HALAL FROM YUNNAN

Featured Post

SIMTOM LEPAS RAYA - LEGAKAN DENGAN PUERH TEA TEAZHENG

Mesti ada yang mengalami seperti gambar di atas kan? Semuanya gara-gara pemakanan. Pemakanan yang tidak terjaga dan tidak teratur sepanjang ...

About Me

My photo
I am puerh tea addict! You may ask me about puerh tea via 018 3581121.
Powered by Blogger.

PROMOTION

Total Pageviews

Definition List

Definition List

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

Ordered List

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support