We bring you the best puerh tea from Yunnan. Contact us: 018 358 1121.

Friday, 21 April 2017

APA ITU PUERH TEA?



 ðŸŒ±Puerh tea adalah Chinese tea yg berasal dari daerah Yunnan, China. Puerh merujuk kepada nama tempat asal teh puerh dihasilkan. 

🌱 Puerh Tea terkenal sebagai "Teh maharaja" di China. Suatu ketika dulu puerh tea menjadi minuman istimewa untuk raja-raja China di istana. Antara teh yang termahal di dunia kerana rasa yang sedap & khasiatnya yang sangat baik untuk kesihatan. 


Daun teh puerh segar baru dipetik.


🌱Puerh tea berbeza dari tea yg lain kerana melalui proses fermentasi (penapaian) yang panjang dalam pemprosesan. Proses fermentasi ini menjadikan puerh tea lebih kaya dengan antioxidant berbanding teh yang lain.

🌱 Puerh tea amat sesuai diamalkan untuk pengurusan berat badan. (Untuk kurangkan dan maintain berat badan) selain sangat baik untuk kesihatan tubuh badan.


Aroma puerh tea memberi ketenangan. 


SHERIFFA
TEAZHENG FOUNDER AND PUERH TEA DISTRIBUTOR
018 358 1121


#TEAZHENG
#PUERHTEA
#YUNNANTEA

Share:

KEPELBAGAIAN JENIS PUERH TEA



Puerh green tea (gred biasa) - Out Of Stock

Puerh green tea with Jasmine (Gred biasa) - In stock

Puerh green tea in can (premium grade) - Out of stock


3 tapak tangan maksudnya 3 jenis puerh tea ke? Opss sebenarnya jenis sama sahaja. Gambar kat atas ni kesemuanya puerh green tea. Yer semuanya teh hijau puerh. Yang membezakan hanyalah gred.

Puerh tea banyak gred. Gred-gred inilah yang membezakan kualiti. Dan kualiti itu lebih merujuk kepada rasa dan aroma saat teh puerh dinikmati. Memang bergantung pada individu, sebab rasa atau citarasa itu adalah sesuatu yang subjektif. Walau bagaimananpun, setakat ini boleh dikatakan majoriti akan mengakui teh puerh lebih sedap, kurang pahit dan aroma yang lebih menyenangkan serta mempesonakan apabila gred puerh tea meningkat (premium gred) berbanding gred biasa atau bukan premium gred. Diulangi majority!

TeaZheng memang ada menyediakan gred biasa dan juga premium gred. Dan apa yang lebih menarik lagi, walaupun dikategorikan gred biasa, pengamal puerh tea masih menyatakan, puerh green tea jauh lebih sedap dari teh hijau lain yang berada di pasaran. Tak kira apa jenama yang sudah terkenal sekalipun, teh puerh by TeaZheng lebih sedap dan puas hati. Itu baru gred biasa. Contoh ialah dalam gambar first dan kedua di atas adalah dua contoh teh hijau puerh gred paling rendah dari TeaZheng. 

Bagi yang pengamal gred premium pula (gambar ke tiga yang merujuk kepada puerh green tea in can), tidak perlu dipertikaikan lagi. Hanya penggemar teh puerh sahaja bisa menjawab segala perbezaan teh puerh premium gred berbanding gred biasa atau pun berbanding teh hijau yang lain di pasaran. 

Pengamal teh hijau lain seriously bisa berpaling tadah setelah merasai kenikmatan puerh tea. Haha

SHERIFFA
TEAZHENG FOUNDER AND PUERH TEA DISTRIBUTOR
018 3581121
.
#TEAZHENG
#PUERHTEA


Share:

Thursday, 20 April 2017

GASTRIK AND TEA




Tea sering dikaitkan dengan "berangin"
Katanya tidak sesuai untuk pesakit gastrik.
Berlainan sekali dengan Yunnan Puerh Tea.

Jika anda ada gastrik dan penggemar tea.
Yunnan puerh tea pilihan terbaik buat anda.
Puerh tea tidak menyebabkan badan berangin dan sesuai untuk perut walaupun anda ada gastrik.
Telah ramai yang mencuba dan telah ramai yang mengakuinya.
Pastikan puerh tea brand yang anda pilih adalah by TeaZheng😊

KESIHATAN ADALAH KEKAYAAN.
www.teazheng.com
018 3581121

#TeaZheng
#yunnanpuerhtea


Share:

Wednesday, 19 April 2017

SAMBAL BILIS GORENG SEDAP



Aku ni bab taip resepi paling pemalas. Masak pun malas, taip resepi bertambahlah malas. Nasib baik ada teknologi screenshot ni. Memudahkan niat berkongsi resepi. Nah, korang yang tercari-cari resepi sambal bilis goreng rangup sedap boleh refer gambar perbualan aku dalam whatspp group ni yer. Redho ajer lah yer. Haha...







Hasilnya memuaskan ko. Aku yang tak teror masak ni pun boleh jadi. Takkan korang yang hantu dapur tak menjadi. Cuba jangan tak cuba. Sedap...

#Sheriffa
#SambalBilisSedap

Share:

MODAL SEBENAR BERBISNES


Kita takde modal duit takper, asalkan kita ada modal kesungguhan dan kecekalan yang tinggi.
Ini lebih power dari modal wang ringgit. 
Jauh lebih bernilai.

Ramai usahawan pun bermula dari bawah yang tiada apa2. Berkuli, berhujan panas sanggup buat apa sahaja. 

Masalahnya... modal duit dah lah takde, hati pulak jenis tisu koyak rabak. Kena tegur benda yang betul pun terus sentap tak nak buat dah.

Kata nak ubah hidup. Tak nak meminta-minta lagi. Tak nak hidup susah lagi dah. Kita ni miskin sebab attitude atau sebab takdir?
Bila tanya macam ni bertambahlah sentap. Yang takde kene mengena pun join sentap😀

Mindset tu kena ubah dulu.

#Sheriffa
#TeaZheng
Share:

Monday, 17 April 2017

KETENANGAN





Ketenangan itu hadir dari hati.
Disemai, dibajai dan dituai.
Ketenangan bukan boleh dijual beli.
Kerana yang berhak sahaja wajar diperolehi.

Dan sungguh ia tidak ternilai.


#Nukilan
#MrsZheng
#TeaZheng


Share:

"KELEMAHAN YANG DILAYAN"


Kita perlu sedar diri yang kita ni susah, duit takde.
Perut lapar, dapur kering kontang. Beras dah habis.
Anak2 nak makan. Bil api air dah dapat amaran merah.
Makanya, selain berdoa, kita perlu berusaha.

Bila sebut berusaha, banyak benda kita kena harung.
Banyak benda kena hadap.
Bukan sesenang sebutan – B-E-R-U-S-A-H-A-

Jiwa kena besar, hati kena kuat.
Jangan memilih, buat apa sahaja asalkan halal dan mematuhi syariat.
Dan dalam berusaha pasti ada dugaan datang.
Jika tiada dugaan, kita belum betul2 lagi “tersembam” ke lembah berusaha.
Cekalkan hati, tetapkan matlamat.

Hati tisu buang jauh-jauh.
Mudah sentap juga kikis dan buang ke laut dalam.
Hati tisu dan mudah sentap ni bukanlah dugaan, tapi kelemahan diri sendiri.
Kelemahan yang menghalang kita dari merangkak dan bangun berlari lebih jauh.
Tapi disebabkan dua sifat ini, merangkak pun tidak mampu, apalagi berlari.

Ini baru permulaan, perjalanan masih jauh.
Tanya orang yang sudah lama berlari jauh, tapi tiba2 ribut taufan datang tanpa disangka.
Terpelanting balik ke tempat asal, terpaksa merangkak kembali.
Ini baru lah dugaan. Bukan kelemahan yang dilayan.


Nukilan: Sheriffa

Share:

Sunday, 16 April 2017

RAWAT MASALAH KULIT KAKI DENGAN RENDAMAN AIR TEH PUERH


Pernahkah anda terfikir, puerh tea bukan setakat sesuai untuk minum, tetapi juga sebagai rawatan rendaman kulit kaki yang bermasalah. 

Ceritanya begini, semalam salah seorang pengamal puerh tea telah whatsapp kami bahawa saudara dia mengalami masalah kulit kaki yang agak kronik kerana terpaksa berjumpa dengan pakar. Namun, saudara beliau telah memilih alternatif lain dengan merendam kaki ke dalam air rendaman puerh tea dan diamalkan setiap malam. Dan alhamdulillah, hasil dari amalan tersebut, kaki yang bermasalah telah semakin pulih.


Sebenarnya kaedah merendam kaki bermasalah ke dalam air rendaman puerh tea telah lama dipraktikkan oleh masyarakat cina khususnya untuk masalah kulit dan juga kaki berbau. Kandungan puerh tea yang tinggi antioxidant dan mineral adalah jawapan kenapa kulit kaki beransur pulih. Namun seperti kaedah rawatan secara semulajadi yang lain, semuanya memerlukan ketekunan dan kesabaran. 


Buat anda yang mengalami masalah yang sama seperti diceritakan dan telah banyak kaedah diusahakan tapi masih tidak berjaya,  mungkin ikhtiar dengan rendaman air puerh tea adalah yang perlu anda cari. InsyaAllah dengan izin-Nya.

PROMOSI PUERH TEA:


SHERIFFA @ MOKJENG
TEAZHENG FOUNDER AND PUERH TEA DISTRIBUTOR.
018 3581121
.
#TEAZHENG
#PUERHTEA

Share:

Saturday, 15 April 2017

SIDE INCOME DENGAN TEAZHENG





Banyak whatspp masuk bertanyakan mengenai dropship puerh tea lately.
Macam yang di atas ini.
Tapi kami nak mintak maaf banyak-banyak naa.
Dropship agent yang direct under kami telah ditutup.

Walaubagaimanapun, anda masih berpeluang menjana pendapatan dengan menjadi dropship kepada salah seorang dari 3 agent TeaZheng di bawah.
Boleh pilih yang mana berkenan.
Tapi harus diingatkan, ada syarat2 yang wajib dipatuhi untuk menjadi TeaZheng dropship.

Apa syaratnya?
Sekali lagi hubungi sahaja agent2 dibawah untuk mengetahui keterangan lanjut.
Kami hanya mahukan yang betul2 serious ingin menjana pendapatan.
Bukan main-main. Sebab itu ada syarat yang perlu di patuhi. Sekian 😃

TeaZheng Agent:

Marsyithah Khidzir - 0 12-325 2171

Nor Fahimah Mahayuddin - 0 19-631 0065




SHERIFFA
TEAZHENG FOUNDER AND PUERH TEA DISTRIBUTOR

#TEAZHENG
#PUERHTEA

Share:

TEH DARI YUNNAN ~ NAK BERNIAGA HATI KENA KUAT!




(Gambar stok sampai yang entah ke berapa kali)


Kami spent dalam RM20K tika awal2 berniaga untuk bawa puerh tea ni all the way from Yunnan ke Malaysia.

Kami guna kapal, bukan bimbit pakai supek glenyarr.
Dan kapal itu perlu ke Guangzhou dulu baru ke Malaysia. Jika direct dari Yunnan ke Malaysia, ongkosnya lebih mahal. Aku seorang yang kedekut, pastilah aku kira.

Time tu setan tak berani kacau dengan kata2 "Ada orang nak beli ke ni?"
Aku teruskan ajerr..

Sekarang ni ada yang nak turut serta jual puerh tea, tapi ada yang amat risau samada dengan fee dropship RM20 atau spend minimum purchase everymonth yang harus dipatuhi.
Ditambah lagi dengan setan duk hasut "Boleh jual ker ni? Tak payah ambik risiko. Tido lagi bestt" ~ kata Cik Tan.

Teruskanlah risau. Kami tak campur hasut dan tak kacau.


Share:

Friday, 14 April 2017

KESAN PENGAMBILAN GARAM BERLEBIHAN





Mengikut kajian, seorang dewasa di Malaysia harus mengambil garam tidak lebih 6g sehari (dalam satu sudu teh), manakala kanak-kanak pula haruslah kurang daripada itu. Namun secara purata, seorang dewasa di Malaysia mengambil garam sekitar 9g sehari, lebih banyak dari yang sepatutnya. 

+ Garam berlebihan akan membuatkan anda berasa cepat haus dan akhirnya meningkatkan pengambilan cecair dalam tubuh. Ketika anda dihambat rasa haus yang berpanjangan dan memilih untuk minum minuman manis dan tinggi gula serta soda, keadaan akan menjadi bertambah buruk untuk sistem tubuh berfungsi dengan baik.

+ Akibatnya, pengedaran darah akan terganggu dan anda berisiko mendapat penyakit jantung dan darah tinggi. Pengambilan sodium yang tinggi juga secara tidak langsung menyebabkan kenaikan berat badan atau obesiti. 

+ Sebagai pencegahan dan alternatif kepada minuman bergas atau bergula, amalan minum teh puerh adalah sangat di galakkan. Penyelidik di Fuzhou, China mendapati teh puerh membantu merendahkan kepekatan darah, melancarkan pengedaran darah serta mengelakkan darah beku terbentuk (blood clotting).

Peredaran darah yang lancar dapat mengelakkan risiko serangan jantung dan juga darah tinggi.

+ Elakkan pengambilan garam berlebihan. Minum teh puerh setiap hari sebagai kawalan dan pencegahan tekanan darah tinggi serta penyakit jantung.





SHERIFFA
PUERH TEA CONSULTANT AND DISTRIBUTOR
www.teazheng.com
018 3581121
.
#TeaZheng
#Yunnanpuerhtea
#Tehpuerh

Share:

Ingin lebih jelas whatsapp ajer terus..

Contact Us!

Contact Us!

HALAL FROM YUNNAN

HALAL FROM YUNNAN

Featured Post

SIMTOM LEPAS RAYA - LEGAKAN DENGAN PUERH TEA TEAZHENG

Mesti ada yang mengalami seperti gambar di atas kan? Semuanya gara-gara pemakanan. Pemakanan yang tidak terjaga dan tidak teratur sepanjang ...

About Me

My photo
I am puerh tea addict! You may ask me about puerh tea via 018 3581121.
Powered by Blogger.

PROMOTION

Total Pageviews

Definition List

Definition List

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

Ordered List

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support