We bring you the best puerh tea from Yunnan. Contact us: 018 358 1121.

Sunday, 15 September 2019

KELEBIHAN PUERH TEA YANG TIADA PADA TEH YANG LAIN


Jika ditanya mengenai kelebihan puerh tea, kami tak gemar highlight pada sekadar boleh menurunkan berat badan, kawal gula dan darah tinggi serta menurunkan kolesterol sahaja. Semua ini khasiat yang common untuk secawan teh. Bukan puerh tea sahaja yang mempunyai khasiat sebegini. Most Chinese tea like Oolong or Japannese tea juga mempunyai khasiat yang sama.

Namun jika ditanya mengenai kelebihan kami lebih suka tekankan pada:

+ Puerh tea asli berdaun. Mengekal tektur daun bermakna mengekalkan kualiti teh. Lebih optimum khasiat diserap saat teh dihirup.

+ Puerh tea tidak mempunyai jangka hayat sebagaimana teh lain. Lebih lama teh puerh disimpan, lebih tinggi kualiti teh puerh.

+ Puerh tea mempunyai rasa dan aroma yang sangat mendamaikan (refreshing) berbanding teh lain. 

+ Kebanyakkan puerh tea dituai dari pokok yang telah berusia beratus tahun. Pokok teh puerh besar-besar (perlu dipanjat) untuk mendapatkan pucuk daun teh, berlainan dari teh yang lain di pasaran. Selain itu pokok teh puerh juga tumbuh meliar (wild).

+ Dari segi khasiat, selain dari khasiat yang telah dinyatakan di atas, puerh tea mempunyai khasiat yang lebih meluas berbanding teh lain seperti bagus dalam mengimbangi hormon wanita yang mempunyai masalah period tidak teratur atau sudah lama tidak datang bulan. Wanita yang senggugut juga bagus amalkan puerh tea.

+ Tidak seperti teh lain yang tidak sesuai jika anda mempunyai gastrik, puerh tea masih sesuai untuk anda. Puerh tea tidak mengganggu perut. Puerh tea juga bagus untuk anda yang sering sakit kepala dan migraine.

+ Puerh tea sesuai diminum untuk ibu-ibu yang dalam pantang dan juga sedang menyusukan bayi. 

+ Hanya bentuk muka bumi dan cuaca di Yunnan sahaja sesuai untuk penanaman dan penghasilan puerh tea. Maka, puerh tea hanya berasal dari Yunnan.

Dengan semua kelebihan ini menjadikan puerh tea lain dari teh yang lain, dan sebab itulah harga puerh tea jauh lebih tinggi berbanding kepelbagaian teh di pasaran.

Jika anda ada sebarang kemusykilan dan pertanyaan mengenai teh puerh, mohon tekan whatsapp link di bawah:

TeaZheng
Pembekal Teh Puerh Asli dari Yunnan
Bangi Avenue, Kajang.

#kedaitehcinamuslim
#TeaZheng
Share:

Tuesday, 10 September 2019

KACANG WALNUT ASLI DAN ORGANIK


Walnut di Yunnan sudah mula merekah, petanda waktu menuai telah tiba. Seperti yang diketahui, fresh Yunnan walnut antara signature produk kami di TeaZheng. Kami bawakan walnut yang asli, wild (kebanyakkannya tumbuh meliar), organik serta segar kerana baru di tuai. Bentuk muka bumi serta cuaca di Yunnan memang bersesuaian dengan penanaman walnut. Rasa walnut yang segar sangat sedap serta berlainan dengan walnut yang sudah lama tersimpan. Bila dikunyah boleh terasa seakan walnut yang dicampur susu. Kami sarankan untuk makan walnut sambil dicicah madu yunnan asli. Definitely sangat sedap!


APAKAH KEBAIKAN KACANG WALNUT?

Pakar dari University of Scranton Chemistry, Pennsylvania, telah menganalisa kadar antioksidan dari sembilan jenis kacang. Mereka mendapati bahawa segenggam walnut memiliki dua kali ganda antioksidan berbanding kacang -kacang yang lain. Antara manfaat kacang walnut adalah: 

1. Menjaga jantung
Selain kaya dengan antioksidan, walnut juga mengandungi asid lemak omega-3 yang dapat meningkatkan jumlah kolesterol baik dalam tubuh dan menyingkirkan kolesterol jahat. Mengambil segenggam walnut boleh membuat anda terhindar daripada penyakit jantung, stroke, atau penyakit jantung koronari.

2. Mengurangi keradangan
Walnut juga diketahui mampu mengatasi penyakit keradangan seperti asma, psioriasis, eczema, atau arthtritis.

3. Meningkatkan kekebalan tubuh
Antioksidan yang ada dalam walnut membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan melindungi tubuh dari proses penuaan, kanser, dan penyakit saraf.

4. Bagus untuk kulit
Kandungan omega-3 pada walnut juga menguatkan membran sel kulit, mengekalkan kelembaban, dan nutrisi di dalamnya yang pada akhirnya membantu kulit bercahaya (glowing), dan mengeluarkan sel-sel kulit mati. Walnut juga boleh melindungi kulit dari kekeringan. Biasanya walnut dalam bentuk minyak walnut juga digunakan untuk terapi urut, aroma terapi, dan produk kosmetik.

5. Kehamilan
Wanita hamil sangat disarankan mengambil walnut. Kandungan vitamin B kompleks yang tinggi serta vitamin lain seperti folat, riboflavin, thiamin, dan lainnya sangat diperlukan oleh ibu hamil.

6. Kaya mineral
Walnut mengandung banyak mineral seperti mangan, potassium, kalsium, besi, magnesium, dan copper. Mineral ini memiliki banyak kegunaan untuk perkembangan sperma lelaki.

7. Melawan sembelit
Walnut juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah sembelit. Mengambil walnut secara teratur dan makanan kaya lemak lain akan menjauhkan anda dari sembelit.

8. Mencantikkan rambut.
Ingin rambut yang cantik? Walnut jawapannya. Walnut disebut sebagai 'makanan rambut' yang kaya akan Biotin. Biotin adalah nutrisi penting yang diperlukan untuk menguatkan rambut, meningkatkan pertumbuhan rambut dan mencegah keguguran. Kurangnya biotin selalu dikaitkan dengan rambut gugur atau patah.

BAGAIMANA MENDAPATKAN FRESH WALNUT DARI TEAZHENG?

Berita baik,InsyaAllah, stok walnut fresh akan mendarat tidak lama lagi. Bila exactly tarikh mendarat kami tidak dapat tentukan lagi. Jika ingin follow kami rapat-rapat mengenai fresh Yunnan Walnut, boleh ke channel Telegram kami dengan menekan link di bawah:

Telegram link: https://bit.ly/2lZRo0X

Di channel telegram ini, kami akan sentiasa update perkembangan terkini mengenai stok walnut segar dan juga produk TeaZheng yang lain. Dengan mengikuti channel kami, info terbaru cepat sampai ke pengetahuan anda dan tidak gusar mengenai kehabisan stok produk kami.

Jom lekas follow kami 😊



Share:

Sunday, 8 September 2019

Di MANA NAK CARI TEH BUNGA ROSE ASLI (ROSEBUD TEA)?


Baru sahaja selesai menyantuni Puan Azma dan famili dari Bandar Baru Bangi. Tujuan utama Puan Azma berkunjung ke premis kami adalah untuk mendapatkan teh bunga rose atau pun rosebudtea. Namun, kami sudah kehabisan stok bunga rose memandangkan permintaan yang tinggi. Maka Puan Azma beralih arah kepada roseteacake (puerh tea yang dicampur dengan kuntuman bunga rose seperti gambar di bawah). Selain roseteacake, Puan Azma juga berminat dengan Yunnan Chili Oil, Yunnan Spices dan juga Yunnan Tuocha.

Rosetea cake (puerh tea mixed with rosebud)

Mengenai rosebud tea, Kedai Teh Cina Muslim, TeaZheng sememangnya membekalkan teh bunga rose berkualiti tinggi serta premium gred dari Yunnan. Bunga rose kami asli dan organik serta tiada campuran pewarna tambahan. Bunga rose kami sentiasa menjadi rebutan sebab itu stok cepat habis. InsyaAllah kami dalam proses mendapatkan stok terbaru dan dijangka tiba dalam masa terdekat. Tarikh spesifik tidak dapat kami tentukan. Bukan setakat rosebud sahaja, Yunnan Walnut yang fresh serta Red dates juga akan kembali.

Rosebud tea

Jika anda tak nak ketinggalan untuk mendapatkan hot item ini, sila sertai Telegram channel kami menggunakan link di bawah. Kami akan update sebarang info terkini di Channel kami terlebih dahulu sebelum media sosial yang lain.

Telegram Channel: 
https://t.me/joinchat/AAAAAFMggnZGUnPzS2zOjg

#PelangganTeaZheng
#Kedaitehcinamuslim

Share:

Thursday, 5 September 2019

CEGAH KEMURUNGAN DENGAN TEH PUERH



Teh puerh bukan ubat, bukan juga steroid, tapi puerh tea sedikit sebanyak membantu anda yang sentiasa stress (yang akhirnya boleh mengakibatkan kemurungan) untuk lebih tenang, lapang dan damai.

Jangan biarkan stress anda berpanjangan.

Di dalam teh puerh ada theanine, sebatian yang membantu anda lebih tenang dalam menjalani kehidupan harian. 

Bila hati tenang, masalah besar pun terasa kecil. Begitulah sebaliknya. Kita yang mengawal hati. Dibantu dengan amalan minum minuman yang sihat iaitu puerh tea. 

Sepeket teh puerh hanya RM185. Anda boleh nikmati selama 7 bulan lamanya. Info lanjut puerh tea sila klik link di bawah :-


#kedaitehcinamuslim  
#TeaZheng
Share:

Sunday, 25 August 2019

WANITA LEBIH CERIA DENGAN TEH PUERH


Seronok bila wanita boleh duduk semeja dan bersembang-sembang (bukan bergossip yer). Kekadang berkongsi-kongsi maklumat, ilmu, info terkini. Ada juga perbincangan dari hati ke hati. Meja ini bukan setakat meja bancuh teh, tapi we serve happiness. Ternyata wanita lebih ceria dengan amalan minum teh puerh.

  • Teh puerh minuman baiki mood
  • Teh puerh minuman untuk ketenangan
  • Teh puerh minuman redakan ketegangan

Gambar di atas menunjukkan two beautiful ladies with their own favourite puerh tea. Pilihan masing-masing. Tetamu tersenyum begini, kami pun sangat happy melihatnya.


TeaZheng
Pembekal teh puerh asli dari Yunnan
Bangi Avenue, Kajang

#kedaitehcinamuslim
#TeaZheng

Share:

Monday, 19 August 2019

TERCARI-CARI TEH HIJAU YANG SEDAP DAN TAK PAYAU?



Dah cuba puerh green tea by TeaZheng?? Yer, satu-satunya green tea yang sangat sedap dan menyamankan. Kerana ianya adalah ASLI CHINESE TEA. Berdaun asli. Tiada campuran pewarna atau perasa tambahan. Bukan itu sahaja, puerh green tea adalah keluaran Chinese Muslim dan organik! Semestinya HALAL!
Puerh green tea sangat bagus untuk dalam membantu:

✔️ Turunkan berat badan
✔️ Turunkan level gula (kencing manis)
✔️ Turunkan tekanan darah (darah tinggi)
✔️ Turunkan kolesterol
✔️ Redakan migraine
✔️ Legakan period pain
✔️ Legakan sembelit

Dan banyak lagiii... Hubungi kami sekarang untuk dapatkan puerh green tea dengan whatsapp kami +60183581121 atau terus walk in ke kedai kami di Bangi Avenue, Kajang.


#kedaitehcinamuslim
#TeaZheng
#tehpuerh

Share:

Tuesday, 16 July 2019

DEPRESSION (KEMURUNGAN) PERLU DICEGAH DARI AWAL



Jika lapar, kita makan.
Jika mengantuk, kita tidur.
Jika letih, kita berehat.
Jika haus, kita minum.

Jika stress?
Jika stress, minumlah chrysanthemum tea.

"Stress sikit pun kecoh", kata si polan.

Jangan pandang sebelah mata dengan stress.
Bagaikan api, sikit-sikit boleh lagi kita tersenyum.
Bila dah parah, jadi lawan.
Suatu waktu, dah tak reti bagaimana nak senyum. Hidup terasa kelam dan gelap.
Waktu tu jangan cari chrysanthemum tea.
Pergi lah cari ubat. Cari yang pakar aka doktor.

Sebelum parah, amalkan minum teh chrysanthemum sebagai alternative stress reliever.
InsyaAllah, stress akan lebih terkawal.
Namun harus diingat, bukan semua teh chrysanthemum sesuai dijadikan minuman ketenangan.
Chrysanthemum yang telah dicampurkan dengan gula dan perasa serta pewarna tiruan amatlah tidak bagus untuk kesihatan. Malah boleh menyebabkan penyakit lain datang bertandang.

Cari bunga chrysanthemum yang asli, halal serta organik. Kami di TeaZheng membekalkan bunga chrysanthemum yang memenuhi ciri-ciri di atas.

Sheriffa
Pembekal puerh tea dan yunnan's products
www.wasap.my/60183581121/chrysanthemumtea

Share:

TIPS BANCUHAN TEH BUNGA ROSE UNTUK KHASIAT YANG OPTIMUM


Bagaimana hendak mendapatkan khasiat serta aroma yang optimum dari bancuhan bunga rose?

==> Bunga dahulu diikuti air panas <==

Iyer, jika nak dapatkan khasiat dan penyerapan yang optimum dari teh bunga rose, pastikan anda masukkan kuntuman bunga rose terlebih dahulu ke dalam gelas/cawan, baru dituang air panas. BUKAN dituang air panas dahulu, kemudian di campakkan kuntuman bunga rose ke dalam gelas. BUKAN!

Jika anda menuang air panas dahulu diikuti bunga rose, adalah sukar bunga rose terendam ke dalam air panas. Kuntuman bunga rose akan terapung-apung di permukaan air kerana sifatnya yang ringan. Tiada atau sedikit penyerapan berlaku di sini. Jika tiada penyerapan, bagaimana hendak mendapatkan khasiat yang optimum?

Berbanding jika dimasukkan bunga rose dahulu kemudian baru dituang air panas, kelopak bunga rose akan lebih mudah menyerap air setelah dituang air panas. Bunga rose lebih mudah terendam. Lama-kelamaan boleh dilihat kelopak bunga rose akan pudar warnanya (seperti gambar di atas). Anda mendapat khasiat dan penyerapan yang lebih optimum dengan kaedah ini. Aroma bunga rose juga lebih mewangi.

Minum teh bunga rose mampu memberi impak ketenangan dan kedamaian. Cari waktu yang sesuai untuk menikmati teh bunga rose. Cari your "me time". Apabila teh bunga rose dinikmati dengan kaedah yang betul disertai dengan persekitaran yang damai (jika mampu, alunan muzik yang menenangkan jiwa) teh bunga rose mampu meredakan tekanan yang anda hadapi. InsyaAllah jika betul-betul diamalkan hypertention dan tekanan darah tinggi lebih terkawal.

Nikmati teh bunga rose dengan cara yang betul untuk mendapat khasiat yang optimum.

P/s: 
1. Gambar ehsan pelanggan rosebud tea by TeaZheng. Terima kasih
2. Info lanjut mengenai teh bunga rose atau rosebud tea ini, klik di sini.
3. Kaedah bancuhan ini juga sesuai diamalkan untuk bunga chrysanthemum.


TeaZheng
Pembekal teh puerh dan barangan asli dari Yunnan

Share:

Thursday, 13 June 2019

OLD TEA TREE (MIXED WITH TEA FLOWER)


Old Tea Tree mixed with Tea Flower

Kami panggil puerh tea yang ini sebagai "Old Tea Tree" disebabkan daun teh puerh ini dipetik dari pokok teh puerh yang berusia hampir 200 tahun. Pokok besar dan tinggi serta mempunyai bunga pokok teh tersendiri. Bunga teh tersebut juga diadun sekali dalam puerh tea ini. Boleh dikategorikan sebagai "Special edition" dari TeaZheng.

Sebelum ini Old Tea Tree ini kami bawakan sekadar percubaan. Namun tidak dijangka mendapat sambutan hebat, maka kami restock kembali puerh tea ini untuk ada. Dari segi rasa sememangnya Old Tea Tree ini sangat sedap. Lembut dan halus rasanya berbanding teh puerh yang lain. Dari segi manfaat kesihatan tidak kurang juga berbanding teh yang lain. Antaranya:

  • Membantu menurunkan berat badan
  • Membantu menurunkan level gula (bagus untuk mereka yang ada kencing manis)
  • Membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
  • Menurunkan kolesterol.
  • Memberi tenaga dan lebih fokus dalam tugasan seharian.
  • Membantu melegakan perut (terlebihan makan atau angin)
  • Membuang angin dari badan.
  • Melegakan lenguh-lenguh badan.
  • Bagus untuk wanita yang mengalami period tidak teratur.
  • Melegakan stress dan memberi ketenangan.
  • Membantu penghadaman dan melegakan sembelit.
  • Membantu mencantikkan kulit.


Gambar di atas menunjukkan rupa Old Tea yang telah sedikit dileraikan. Berat teh adalah 357g untuk penggunaan lebih kurang 6 ke 7 bulan. Sesuai diminum untuk seisi keluarga termasuk kanak-kanak, ibu dan ayah juga ibu yang menyusu badan. Jangan bimbang, teh puerh tidak mengganggu pengeluaran susu badan dan bayi.

Bagaimana untuk membuat pesanan?

Harga sekeping Old Tea Tree hanya RM185 untuk penggunaan 6 ke 7 bulan. Mungkin lebih lagi bergantung pada individu. Berbaloi dan tahan lama. Jika anda menggunakan link di bawah untuk membuat pesanan, kami akan berikan free gift untuk anda. Free Gift yang sangat berbaloi.

Klik di sini untuk pesanan: 

Anda juga boleh walk in ke kedai kami. Namun jika anda nak kami bancuh puerh tea untuk anda, sila buat temujanji supaya kami boleh adakan sesi bancuhan dan penerangan teh khas untuk anda. Tekan link ini untuk temujanji: http://bit.ly/2VJbp95

#kedaitehcinamuslim
#TeaZheng
Share:

Tuesday, 11 June 2019

KEDAI TEH CINA MUSLIM BERWAJAH BARU


Alhamdulillah... masuk kedai hari ini berwajah baru. Barang yang baru sampai dari Yunnan semalam dan selamat disusun atur. Semua Mr. Zheng yang uruskan. Semalaman tidak tidur unwrap perabot dan pelbagai barangan lain. Itu pun, masih belum selesai 100%.

                                                  
Elemen klasik tetap menjadi keutamaan kami. Bersesuaian dengan konsep kedai teh traditional yang kami bawakan. Gambar di atas menunjukkan pelbagai jenis serta grade koleksi puerh tea yang kami ada. Selain puerh tea, terdapat juga madu yunnan, herba cina, yunnan chili oil dan pelbagai lagi produk asli yang lain.


Meja bancuh teh juga khas diimport dari Yunnan untuk keselesaan pelanggan menikmati teh puerh dari kami. 

Pelengkap! Tanglong wajib ada

InsyaAllah, kami menyediakan suasana yang lebih nyaman dan tenang buat para tetamu kedai teh cina muslim, TeaZheng menikmati hidangan teh puerh berbanding sebelum ini. Jemput datang ke kedai kami yang bertempat di Taman Bangi Avenue, Kajang. Untuk lokasi lebih details, klik di sini.

Hubungi kami melalui whatsapp untuk membuat temujanji supaya kami boleh adakan sesi bancuhan dan penerangan puerh tea khas untuk anda. Tekan link ini untuk temujanji: http://bit.ly/2VJbp95

#kedaitehcinamuslim
#TeaZheng
#originalfromyunnan

Share:

Thursday, 23 May 2019

SAMBAL AYAM PENYET SEDAP DAN MUDAH


Disebabkan saya sangat berpuas hati dengan penghasilan sambal ayam penyet tempoh hari (gambar atas), maka saya ingin kongsikan resepinya di sini. Resepi asal pun saya google sahaja dengan sedikit ubahsuaian. Here the recipe: 

Bahan-bahan:

Perlu digoreng terlebih dahulu:

30 biji cili padi merah * (kurangkan jika tak nak pedas).
12 biji cili merah (dipotong) *
4 biji tomato (dipotong) *
5 biji bawang merah *
5 ulas bawang putih *
1 inci belacan (dibakar)

Bahan lain:

Sedikit air asam jawa
Gula (saya guna nissan Terengganu)
Garam

Cara-caranya:

1. Goreng bahan yang bertanda * dengan sedikit minyak (gambar bawah).
1. Tumbuk atau kisarkan semua bahan di atas (saya gunakan food processor sebab nak texture sambal seolah-olah ditumbuk, tapi malas 😁).
2. Masuk semula semua bahan ke dalam kuali dan goreng sehingga naik minyak.
3. Campurkan belacan dan sedikit air asam jawa bersama gula (saya guna nissan) dan garam secukup rasa.
4. Siap sambal ayam penyet. Mudah kan. Boleh simpan peti untuk buat stok. Yang disimpan lagi sedap rasa sambal.

 Goreng semua bahan di atas


Siap sambal ayam penyet sedap dan mudah.


INGIN MENGETAHUI PROMOSI TERKINI BY TEAZHENG, TEKAN DI SINI


Share:

Ingin lebih jelas whatsapp ajer terus..

Contact Us!

Contact Us!

HALAL FROM YUNNAN

HALAL FROM YUNNAN

Featured Post

SIMTOM LEPAS RAYA - LEGAKAN DENGAN PUERH TEA TEAZHENG

Mesti ada yang mengalami seperti gambar di atas kan? Semuanya gara-gara pemakanan. Pemakanan yang tidak terjaga dan tidak teratur sepanjang ...

About Me

My photo
I am puerh tea addict! You may ask me about puerh tea via 018 3581121.
Powered by Blogger.

PROMOTION

Total Pageviews

Definition List

Definition List

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

Ordered List

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support