We bring you the best puerh tea from Yunnan. Contact us: 018 358 1121.

Monday, 8 February 2021

KELEBIHAN TEH PUERH MERAH

Seringkali kami ditanya, apa perbezaan teh puerh merah berbanding teh puerh hijau? Khasiat sama atau bagaimana? Siapa yang lebih sesuai minum teh puerh merah dan pelbagai lagi soalan lain.

Secara umumnya khasiat teh puerh merah dan teh puerh hijau adalah sama. Teh puerh merah juga berfungsi dalam membantu kawal gula, kolesterol, tekanan darah, migrain dan pelbagai lagi fungsi sebagaimana teh puerh hijau. Walau bagaimana pun, teh puerh hijau lebih efektif dalam mengawal berat badan dan meningkatkan metabolisme badan. Teh puerh merah sedikit rendah sifatnya dalam meningkatkan metabolisme dan pengawalan berat badan.

Selain itu, teh puerh merah lebih bersifat lembut dan "slow release" menjadikannya lebih sesuai diamalkan untuk wanita mengandung dan juga orang tua yang uzur terutamanya dalam membantu mengawal gula dalam darah serta tekanan darah.

Satu kelebihan utama teh puerh merah adalah, ianya lebih tertumpu pada bahagian perut. Amalan minum teh puerh merah menjadikan perut lebih selesa. Tiada lagi masalah angin, gastrik, bloating, penghadaman, sembelit, pedih ulu hati dan pelbagai lagi masalah perut yang lain. InsyaAllah dengan izinNya.

Jika perut sentiasa mengalami angin tersekat dan sukar dilepaskan dan menjadikan perut kembung, teh puerh merah adalah pilihan terbaik. InsyaAllah angin keluar dengan lancar, makanan mudah dihadam dan pembuangan kembali normal.

PUERH MERAH YANG MANA PALING SEDAP DAN PUAS HATI?

Dalam koleksi kami di TeaZheng, kami ada 3 jenis teh puerh merah iaitu Mahei, BingShang dan Ziya. Mahei dalam bentuk daun padat (compressed leaf), manakala BingShang dan Ziya dan bentuk daun lerai. Rasa ketiga-tiganya sangat berbeza dan kualiti pun semestinya berlainan. Menjawab soalan di atas, terus kami katakan teh puerh merah Ziya adalah pilihan terbaik. Rasa puerh merah Ziya lebih lembut dan segar saat dinikmati. Maklum balas mengenai khasiat puerh merah Ziya ke atas kesihatan juga cukup memuaskan hati pelanggan kami.  Pendek kata Ziya sangat berbaloi dimiliki. Berikut merupakan beberapa maklum balas yang kami dapat dari Ziya red tea.






Jika anda berminat ingin mendapatkan teh merah Ziya, boleh membuat pesanan di: https://bit.ly/377jcWb

Atau boleh juga whatsapp kami jika ingin bertanya atau ada sebarang kemusykilan mengenai teh puerh merah. Tekan whatsapp link di bawah: 

#kedaitehcinamuslim
#TeaZheng
Share:

Friday, 4 December 2020

TEH PUERH MASIH MENGEKALKAN PEMPROSESAN SECARA TRADISIONAL



Buat anda yang masih tertanya-tanya apa yang ada dalam daun buluh yang kami sentiasa up gambar sebelum ini, jawapannya semestinya teh cina. Ini gambar close up bungkusan daun buluh yang telah dibuka separuh.

"Teh apa bentuk macam ni? Tak pernah tengok pun.." Mungkin ini kata anda.

Haaa, sekarang dah tengok kan. So hari ini dapat ilmu dan pengetahuan baru. Ini lah teh puerh. Teh cina asli asal dari Yunnan. Bukan produk baru pun (kita sahaja yang tak pernah terpandang). Dah berpuluh tahun teh puerh berada di pasaran. Malah kewujudan teh puerh dikenalpasti sejak zaman Dinasti Qing lagi. Walaupun telah lama wujud, sehingga sekarang, processing dan packaging puerh tea masih mengekalkan kaedah traditional. Masih lagi dikekalkan di dalam daun buluh sebegini. Tidak berubah sedari dulu. Ini antara salah satu keunikan chinese puerh tea.

Bergantung pada kategori, dalam satu bungkusan ada yang mengandungi 10 unit puerh tea, ada juga 7 unit puerh tea. Dan berat satu unit teh antara 100g hingga kurang lebih kurang lebih 400g. Bagi peminat tegar teh puerh, pasti akan terus memilih puerh tea bersaiz besar, 400g, manakala bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan puerh tea, kebanyakkannya akan memilih saiz supermini seperti pada gambar di atas, iaitu 100g. Selain berat teh 100g, teh puerh yang mempunyai berat 200g juga menjadi pilihan penggemar dan peminat teh.

MaHei puerh red tea, 200g

Tengok juga pada citarasa dan bajet masing-masing. Peminat tegar teh memang tidak pernah lokek untuk berbelanja lebih untuk seketul teh puerh. Hanya jauhari mengenal manikam. 😊

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai puerh tea, boleh tekan link whatsapp di bawah untuk sebarang pertanyaan: 


#kedaitehcinamuslim
#TeaZheng
#puerhtea
Share:

Wednesday, 18 November 2020

"CUT SUGAR" DENGAN PUERH TEA

Ada teh yang boleh meningkatkan keinginan terhadap gula (increase sugar craving), dan juga ada teh yang mampu mengurangkan keinginan terhadap gula (cut sugar intake). Asalnya dari pokok yang sama, namun melalui pemprosesan yang berbeza dan akhirnya penyediaan bancuhan juga sangat berbeza. Kesan ke atas tubuh badan juga pasti berbeza. 

Daun Teh Camellia Sinensis

Teh cina atau teh puerh berupaya menyekat keinginan minum minuman manis. In certain case, langsung tak nak dah minum manis-manis dan juga makanan tinggi gula. Bila keadaan ini terjadi, pengambilan gula akan berkurangan dan antara faktor bacaan gula boleh menurun bagi pengidap diabetis. Dalam masa yang sama juga, apabila gula menurun, proses menurunkan berat badan menjadi lebih mudah. Oleh itu, tidak pelik dan tidak mustahil bagi pengamal puerh tea berjaya mendapatkan bacaan gula yang lebih stabil serta berjaya mendapatkan berat badan lebih ideal. Kuncinya berjaya cut sugar.


Keinginan terhadap minuman manis menurun setelah seminggu amalkan puerh tea

Mungkin ada yang persoalkan, “jika begitu, tak perlu minum puerh tea, boleh sahaja cut sugar tanpa puerh tea.”

Jika anda mampu, silakan. Nak minum puerh tea boleh. Tanpa puerh tea pun boleh. Namun harus diingat, fungsi puerh tea bukan hanya pada “cut sugar” semata-mata. Puerh tea juga berupaya menghalang penghasilan acid lemak yang sering dikaitkan dengan obesiti. Puerh tea juga mengandungi tannin, suatu komponen yang mempunyai kesan teraputik ke atas badan dan membantu proses pencernaan. Proses pencernaan yang lancar sangat penting dalam menurunkan berat badan. Selain itu, puerh tea juga tinggi kandungan antioksida polifenol yang membantu mengurangkan keradangan pada usus dan dalam masa yang sama meningkatkan bakteria baik dalam usus. Selain itu juga, puerh tea tinggi vitamin, mineral dan pelbagai lagi antioksida yang mana sekaligus membantu badan meningkatkan sistem imun dan ketahanan badan dalam melawan radikal bebas. Terpulang pada diri masing-masing. Badan kita, kita yang bertanggungjawab ke atasnya.


Bonus selain keinginan terhadap minuman dan makanan manis berkurang, berat badan menurun di samping proses penghadaman menjadi lebih baik dan bacaan gula lebih stabil.

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai puerh tea, boleh whatsapp kami di sini.

Atau ingin terus membuat pesanan, boleh ke laman web kami di www.teazheng.com

#kedaitehcinamuslim
#TeaZheng
#puerhtea
Share:

Thursday, 12 November 2020

PUERH TEA JUGA BERTINDAK SEBAGAI DETOX TEA

Puerh tea juga bertindak sebagai detox tea yang bermaksud berupaya membuang toksin yang tidak diperlukan oleh badan. Toksin dibuang samada melalui perpeluhan dan juga penyahtijaan (buang air kecil dan besar) 

Apabila toxin telah dinyahkan dari badan, banyak efek positif yang badan boleh rasai. Antaranya ialah, badan terasa lebih ringan, lenguh bahu dan badan hilang, migrain dan sakit kepala berkurangan, sakit gout semakin reda, tiada lagi masalah sembelit, metabolisme meningkat, proses menurunkan berat badan menjadi lebih mudah dan banyak lagi perkara yang mengembirakan pengamal puerh tea.



Antara maklum balas positif selepas minum puerh tea dalam masa yang singkat.

Proses menyingkirkan toksin dan radikal bebas sangat penting untuk kesihatan tubuh badan. Pastikan kita mengamalkan pemakanan dan minuman yang berasaskan bahan semulajadi tanpa ada kesan sampingan pada buah pinggang, hati dan sebagainya. Dalam masa yang sama, pengambilan air putih juga penting dalam proses menyingkirkan toksin (detox).

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai puerh tea atau ingin terus membuat pesanan, boleh layari website kami di www.teazheng.com.

Atau jika ada sebarang kemusykilan dan pertanyaan boleh whatsapp kami dengan menekan link ini: https://bit.ly/3lqI3Jj

#kedaitehcinamuslim 
#TeaZheng 
#puerhtea
Share:

Thursday, 29 October 2020

PENDAPATAN TAMBAHAN DENGAN PUERH TEA

Umum mengetahui kita sekarang berada di zaman krisis ekonomi. Ramai yang hilang punca pendapatan, dipotong gaji malah ramai juga terus dibuang kerja. Tiada punca pendapatan boleh mengundang banyak masalah berbangkit yang lain. Masakan tidak, ada hutang yang perlu dilunaskan, pelbagai bil yang perlu dibayar serta perut yang perlu diisi. 

Walau bagaimanapun, hidup mesti diteruskan. Yakin padaNya, setiap dugaan pasti ada hikmahnya di kemudian hari. Segera bangkit dan bertindak sebelum keadaan menjadi lebih parah. Usah bersedih terlalu lama kerana tiada siapa yang mampu menolong kita selamanya, melainkan diri sendiri. Kami di TeaZheng mendoakan semoga kita semua tabah menghadapi situasi ini dan berdoa semoga Allah berikan jalan keluar dari kemelut yang sedang melanda. TeaZheng juga sentiasa mengalu-alukan anda untuk bersama-sama kami menjana pendapatan samada pendapatan tambahan atau tetap. Semuanya bergantung pada usaha masing-masing. Jika anda minat minum teh terutamanya teh puerh, ini merupakan bonus untuk anda mempromosikan, menjual sekaligus menjana pendapatan melalui teh puerh.

Kami di TeaZheng sememangnya mempunyai pelbagai jenis dan gred puerh tea. Walau bagaimanapun, terdapat 3 jenis puerh tea yang kami cadangkan boleh anda jual sebagai permulaan (beginner). Teh tersebut  berserta modal permulaan adalah seperti berikut:

1. Puerh green tea packet Biluochun:


Modal permulaan: RM480
Kuantiti: 15 peket tea
Cadangan: Boleh repacking menggunakan jenama sendiri atau terus dijual atas jenama TeaZheng. Jika direpack, harga jualan anda boleh tentukan sendiri. Pembelian borong juga boleh dicampur dengan puerh tea jasmine asalkan kuantiti pembelian 15 peket.

2. Puerh green/red tea cake MaHei), 200g:


Modal permulaan: RM420
Kuantiti: 7 unit
Cadangan: Boleh dicampur pembelian pukal antara puerh green tea atau puerh red tea asalkan jumlahnya 7 unit tea. Boleh dijual terus menggunakan packaging asal atau boleh di repack menggunakan brand sendiri. Ramai yang repack dan cipta jenama sendiri menggunakan kuantiti yang lebih kecil. Jumlah keuntungan lebih tinggi jika di repack.


3. Puerh green/red tea cake (MaHei), 357g:


Modal permulaan: RM630
Kuantiti: 7 unit
Cadangan: Boleh dicampur pembelian pukal antara puerh green tea atau puerh red tea asalkan jumlahnya 7 unit tea. Boleh dijual terus menggunakan packaging asal atau boleh di repack menggunakan brand sendiri. Ramai yang repack dan cipta jenama sendiri menggunakan kuantiti yang lebih kecil. Jumlah keuntungan lebih tinggi jika direpack.


4. Puerh Green/red tea cake (MaHei supermini), 100g


Modal permulaan: RM480
Kuantiti: 15 unit
Cadangan: Boleh dicampur pembelian pukal antara puerh green tea atau puerh red tea asalkan jumlahnya 15 unit tea supermini MaHei. Boleh dijual terus memandangkan saiz teh sedia kecil dan harga mampu milik untuk semua golongan penggemar teh puerh.


KELEBIHAN BERSAMA KAMI:

  • Ayat jualan (copywriting) berserta testimoni disediakan.
  • Gambar menarik berserta pamplet disediakan.
  • Kami akan guide anda cara-cara untuk menjual secara online.
  • Kami akan "run ads" untuk anda.

Untuk sebarang pertanyaan atau bagi anda yang serious berminat ingin menjana pendapatan tambahan/tetap dengan produk kami, boleh terus whatsapp kami dengan menekan icon whatsapp di bawah:


Sesungguhnya kita tidak mampu mengubah keadaan jika hanya berdiam diri dan tanpa bertindak pantas. Tindakan yang kita ambil, akan menentukan perubahan yang berlaku terhadap masa depan kita. Lakukan sesuatu sebelum keadaan menjadi lebih genting. Sekali lagi kami doakan semoga anda yang ditimpa musibah diberhentikan kerja atau hilang punca pendapatan, semoga diberikan jalan keluar oleh yang maha kuasa. Sesungguhnya kita semua hambaNya yang kerdil.

#kedaitehcinamuslim
#TeaZheng

Share:

Wednesday, 28 October 2020

PUERH TEA BERBALOI DIMILIKI


Apakah anda rasa puerh tea di atas mahal? Fikirkan kembali.
Dengan hanya RM185 untuk penggunaan 7 bulan, anda hanya berbelanja kurang lebih 80 sen sahaja sehari untuk amalkan puerh tea. Yer, tak sampai seringgit pun sehari.
Mahal ke 80 sen tu untuk segelas tea yang berkhasiat?
Ada tak boba tea yang harga seringgit?? Paling kurang 5 ringgit. Kalau yang ada brand cecah 7,8 ringgit segelas. Okey, tak payah boba tea lah, teh ais yang duk order hari-hari tu ada yang harga seringgit sekarang? Takde punya.
80 sen puerh tea sehari tu bukan untuk segelas tau. Untuk banyak gelas. Katakan anda minum 3 kali sehari, makanya segelas hanya 0.27 sen sahaja.
Siapa yang kata puerh tea ni mahal, baik pikir balik dalam-dalam. Ambik calculator, buat kira-kira sendiri. Sebenarnya orang yang boleh minum boba tea 3,4 kali seminggu ni adalah orang berduit. Orang kaya. Hanya stop bila dah terkena kencing manis. Time tu baru cari puerh tea.

Daun teh puerh asli tanpa sebarang aditif


Anda nak rasa atau nak tahu lebih lanjut mengenai puerh tea by TeaZheng? Tekan whatsapp link di bawah:


Atau jika ingin terus membuat pembelian secara atas talian, klik DI SINI.

TeaZheng
Kedai Teh Cina Muslim
Bangi Avenue.


Share:

Thursday, 15 October 2020

BUNGA DARI POKOK TEH PUERH (CAMILLIA SINENSIS)

Mungkin ada yang belum tahu bahawa pokok teh (Camillia Sinensis) ada bunga tersendiri terutamanya pokok yang sudah besar dan berusia ratusan tahun. Bunganya berwarna kuning dan ada kelopak berwarna putih seperti gambar di bawah.


Biji bunga sebelum berkembang
                                                     
Walau bagaimanapun, bunga pokok teh puerh tidak berbau wangi seperti bunga jasmine atau rose. Efek baunya tidak terlalu ketara dan hampir tiada bau. Malah, bau daun teh itu sendiri lebih mendominasi berbanding bau bunga pokok teh.

Dalam stok kami di TeaZheng, puerh tea Yitangchunqiu adalah satu-satunya puerh tea yang dicampur dengan bunga pokok teh Camillia Sinensis ini. Yitangchunqiu memang ramai peminat kerana calming effect nya setara dengan Xigui puerh tea menurut pendapat ramai peminat puerh tea.


Puerh tea Yitangchunqui berbaloi dimiliki kerana selain rasanya yang sedap, mudah lerai dan tahan lama, Yitangchunqui juga bermanfaat untuk kesihatan dalam mencegah penyakit kardiovaskular seperti darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi.

Jika anda ingin membuat pesanan Puerh tea Yitangchunqiu, boleh terus klik di sini.

Namun jika anda ada sebarang kemusykilan dan pertanyaan, jangan segan-segan whatsapp kami dahulu dengan menekan link whatsapp ini: https://bit.ly/3kbgFib

Share:

Monday, 20 July 2020

KENAPA PUERH TEA?




Ada pelbagai jenis chinese tea di pasaran.
Ada Oolong tea, Teaguanying tea, Darjeeling tea dan semestinya Puerh tea.
Dari segi khasiat, rata-rata kesemua chinese tea mempunyai fungsi yang sama iaitu membantu menurunkan berat badan, mengawal gula dalam darah (diabetes), membantu menurunkan tekanan darah (blood pressure), mengurangkan migrain, menurunkan kolesterol serta baik untuk kesihatan kulit.

Namun dalam banyak-banyak chinese tea ini, puerh tea mendahului "carta" dalam membantu menurunkan berat badan. Anda boleh google atau selidik sendiri kelebihan puerh tea, pasti fungsi utama lebih tertumpu dalam pengawalan berat badan, selain daripada fungsi lain yang telah saya nyatakan di atas.

Inilah antara faktor kenapa saya memilih puerh tea.
Walau bagaimanapun, ini bukanlah satu-satunya faktor yang menyebabkan saya memilih puerh tea. Selain kesannya ke atas penurunan berat badan, saya tidak boleh nafikan dan memang saya akui rasa dan aroma puerh tea sangat sedap berbanding chinese tea yang lain.
Ini juga merupakan faktor utama saya memilih puerh tea sebagai minuman harian.

Bagi saya, selain kita inginkan khasiat tea, semestinya tea yang kita jadikan minuman harian boleh memberi kedamaian serta ketenangan saat tea di hirup.
Barulah seronok untuk dinikmati hari-hari
Dan saya memperolehinya hanya dengan TeaZheng Puerh Tea.
Alhamdulillah 😊

TeaZheng
Kedai Teh Cina Muslim
Bangi Avenue, Kajang.

Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai puerh tea, boleh terus whatsapp kami dengan menekan link di bawah:


#TeaZheng
#Puerhtea
Share:

Saturday, 20 June 2020

MINUM PUERH TEA DAN RASAI KETENANGAN


Kenapa minum tea especially puerh tea sering dikaitkan dengan ketenangan? Terasa lapang dan relax selepas menikmati secawan puerh tea?

Jawapannya ialah puerh tea tinggi kandungan Theanine, substance yang bertanggungjawab terhadap relaxation mood.Theanine akan meningkatkan rangsangan otak terhadap gamma amino butyric acid, suatu neurotransmitter yang memberikan ketenangan.

Bukan itu sahaja, Theanine juga memberi kesan ke atas serotonin, neurotransmitter penting untuk meningkatkan mood.

Inilah sebabnya minum puerh tea memberi ketenangan. Oleh itu, jika anda dalam keadaan serabut dan jiwa kacau, cuba tarik nafas dalam-dalam sambil menikmati secawan puerh tea. InsyaAllah, akan lebih tenang.

Apa yang anda perlukan adalah memilih tea terbaik yang tinggi kandungan Theanine.


Ingin mendapatkan info lanjut mengenai teh puerh by TeaZheng, tekan whatsapp link di bawah:



TeaZheng
Pembekal Teh Puerh Asli dari Yunnan
018 358 1121



Share:

Thursday, 14 May 2020

PROMOSI RAYA PUERH GREEN TEA CAKE

Ramai yang tanya TeaZheng ada promosi tak sempena Aidilfitri ini? Semestinya ada, namun lebih kepada harga pengenalan sebab puerh tea ini merupakan stok terbaru dalam koleksi kami. Walaupun stok baru, dah ramai yang beli dan cuba terutamanya pelanggan setia TeaZheng. Cuma kami tidak war-warkan secara terbuka. Sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, kami ambil kesempatan ini untuk "launch"our new tea collection berserta dengan harga pengenalan yang jauh lebih jimat.


Gambar di atas merupakan puerh tea tersebut. Puerh tea ini di beri nama Bu Lan Chi Mi. Antara ciri-ciri Bu Lan Chi Mi adalah:

  • Kategori puerh green tea cake (berat: 357g)
  • Penggunaan dalam 6 - 7 bulan.
  • Mudah dileraikan.
  • Rasa teh quite strong dengan smokey taste tapi relaxing.
  • Khasiat teh sama dengan puerh yang lain. Boleh baca di sini.
  • Sesuai dijadikan minuman harian.

Harga asal: RM140
Harga pengenalan/promosi: RM100 sahaja.


Promosi berakhir pada 1 Syawal ini.

Video di bawah boleh dijadikan panduan cara bancuh puerh tea dan juga close up puerh tea Bu Lan Chi Mi.


Jika anda berminat mendapatkan harga pengenalan puerh tea cake ini, terus klik whatsapp link di bawah:


#kedaitehcinamuslim
#TeaZheng

Share:

Friday, 6 March 2020

KELEBIHAN LAVENDER TEA


Kebanyakan pelanggan TeaZheng menggemari bunga lavender kerana ingin mengatasi masalah sukar tidur dan stress. Ini antara dua sebab utama. Namun bunga lavender mempunyai banyak lagi kelebihan lain. Berikut merupakan ringkasan manfaat atau khasiat lavender tea ke atas tubuh badan:
  • Meningkatkan kekebalan Tubuh.
  • Dapat menjaga kesihatan jantung.
  • Bermanfaat untuk kesihatan pencernaan
  • Meredakan kekejangan otot.
  • Mengubati insonmia yang membuatkan kita lebih relaks
  • Juga berfungsi sebagai detox tubuh.
  • Sebagai anti keradangan
  • Meningkat kesihatan saluran pernafasan.
  • Meredakan sakit kepala.
  • Memperbaiki sel-sel kulit yang rosak/mati.
Bunga lavender yang TeaZheng bekalkan adalah organik dan bebas pengawet serta pewarna tambahan. Sesuai di jadikan minuman harian. Boleh diminum bersama puerh tea atau tanpa puerh tea. 

Sebotol hanya RM20 sahaja (55g)

Untuk membuat pesanan atau mendapatkan info lanjut mengenai bunga lavender, boleh klik link whatsapp di bawah:



#kedaitehcinamuslim
#lavender
#TeaZheng

Share:

Ingin lebih jelas whatsapp ajer terus..

Contact Us!

Contact Us!

HALAL FROM YUNNAN

HALAL FROM YUNNAN

Featured Post

SIMTOM LEPAS RAYA - LEGAKAN DENGAN PUERH TEA TEAZHENG

Mesti ada yang mengalami seperti gambar di atas kan? Semuanya gara-gara pemakanan. Pemakanan yang tidak terjaga dan tidak teratur sepanjang ...

About Me

My photo
I am puerh tea addict! You may ask me about puerh tea via 018 3581121.
Powered by Blogger.

PROMOTION

Total Pageviews

Definition List

Definition List

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

Ordered List

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support