Tuesday, 8 March 2022
TEH CINA ASLI - TEH YANG BERKUALITI
Saturday, 5 March 2022
CRYSTALLIZE HONEY - MADU ASLI YUNNAN
Pernah nampak madu berupa begini? Bila
dihayati sememangnya seakan ada 2 lapisan. Sesetengah orang yang kurang
pengetahuan mengenai kepelbagaian madu di dunia ini, akan cepat menghukum. Ada
yang beranggapan, madu sebegini ditambah gula. Kalau datang yang kurang
cerdik terus tuduh kata letak gula. Tak beragak-agak. Kalau tanya takper lagi,
ini tak.. memang tanya jugak, tapi tanya yang menuduh… “campur gula ke?” “Ehhh
gula tak hancurr”.
Nak tanya boleh, tapi biarlah ada common sense and nampak terpelajar sikit. Penjual kalau nak letak gula sangat pun takdelah bodoh sangat nak bagi nampak jelas sampai gula pun tak hancur. Paling tidak boil kasi hancur jadi liquid lah. Takdenya bengap sangat nak bagi nampak jelas gula dicampur.
Buat pengetahuan semua, inilah crystallize honey. Takde campur-campur gula bagai. Tetap asli dan original juga. Terjadinya layer begini disebabkan 3 faktor utama. Pertama, jenis bunga yang lebah pergi sedut madu. Kedua disebabkan suhu musim menuai madu yang dilakukan pada musim sejuk (winter) dan ditambah lagi madu dituai pada ketinggian 1800m dari paras laut. Bentuk muka bumi Yunnan sememangnya bergunung ganang. Dan yang ketiga adalah disebabkan kandungan air (moisture content) yang sedikit berbanding madu lain yang biasa kita lihat.
Disebabkan 3 faktor inilah menyebabkan glucose dalam madu akan crystallized dan mendap ke bawah. Glucose asli, bukan glucose dari gula putih yang ditambah-tambah. Dan efeknya adalah rasa madu akan jadi lebih sedap (lemak manis). Selain itu madu crystallize juga tidak mudah rosak disebabkan kandungan airnya yang lebih rendah.
Take note ya.. madu bila ada layer begini bukan semestinya bermaksud tambah gula putih. Tak pernah nampak, hari ni dah nampak. Tak tahu, hari ni dah tahu. Bagi anda yang berminat nak mendapatkan Crytallize Yunnan Honey, boleh tekan link whatsapp di bawah. Sebotol besar (750g) berharga RM150, manakala botol kecil (145g) berharga RM35 sahaja. Atau boleh juga terus walk in ke kedai kami untuk rasai dulu keunikan dan kelainan rasa Yunnan Crystallized Honey.
Thursday, 3 March 2022
TEH CINA ASLI - TEH YANG BERKUALITI
Tuesday, 3 August 2021
KENAPA KITA PERLU BERGERAK? (UNTUK ANXIETY DAN DEPRESSION)
Contohnya nak makan kena memasak sendiri. Nak masak kena ada kayu api, kena ada bahan-bahan masakan, perlu bercucuk tanam untuk mendapatkan bahan mentah. Proses mendapatkan kayu api, bercucuk tanam dan sebagainya adalah pergerakan natural yang memberi impak yang besar ke atas kesihatan mental. Fizikal pun semestinya menyihatkan badan.
Contoh lain lagi adalah seperti berjalan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Rata-rata sekarang kita mempunyai kenderaan untuk memudahkan pergerakan. Kelebihannya menjimatkan masa dan tenaga. Namun tanpa kita sedar, meminimakan pergerakan seharian memberi kesan yang tidak baik ke atas fizikal dan juga emosi. Kenapa?
Pergerakan atau aktiviti fizikal ini berupaya merembeskan pelbagai hormon dan neurotrasmitter yang berfungsi secara langsung untuk kesihatan otak dan juga mental serta emosi seperti oxytocin, dopamine, serotonine dan sebagainya. Oxytocin yang dirembeskan juga dikenali sebagai "Love hormone". Kehadiran oxytocin boleh dibayangkan seperti kita sedang bercinta. Orang yang dilamun cinta adalah orang yang tengah bahagia. Selain itu aktiviti fizikal juga boleh merembeskan dopamine, sejenis neurotrasmitter yang berfungsi membantu otak berfikir dan membuat keputusan dengan baik. Kehadiran dopamine juga boleh menyebabkan kita merasakan keseronokan, kepuasan dan juga bermotivasi. Begitu juga dengan kehadiran hormon serotonin yang memberi kesan ke atas keseluruhan badan, otak serta mental yang sihat. Kehadiran serotonin memberi kesan yang positif ke atas tidur yang berkualiti, penghadaman dan juga pemakanan. Serotonin adalah hormon utama untuk kestabilan emosi, perasaan gembira dan bahagia. Hormon ini juga dikenal sebagai "happy hormon".
Memang benar, aktiviti fizikal dan pergerakan ini kelihatan penat, namun memberi kesan yang besar ke atas minda dan emosi. Aktiviti fizikal zaman dahulu lebih ke arah "bermain" dengan alam. Sentuhan alam ada tenaga dan ion tersendiri untuk kesihatan tubuh badan. Di zaman moden ini kehidupan harian kita juga penat. Namun penat di zaman moden berbeza berbanding penat di zaman nenek moyang kita. Penat kita tiada sentuhan alam. Kita penat di pejabat. Kita penat duduk terlalu lama mengadap komputer menyiapkan tugasan. Kita juga penat mengadap kesesakan lalu lintas sehari-hari. Semua ini penat yang tiada sentuhan atau tindak balas dengan alam. Tiada tenaga positif yang diserap sebagai ganti. Tiada hormon gembira dan cinta yang dirembeskan badan. Akibatnya, badan dan emosi kita letih dan tidak stabil. Membawa kepada gejala stress dan depression.
Bertambah parah apabila sekarang hampir kesemuanya di hujung jari. Nak makan kita boleh tekan-tekan dan rider hantar depan pintu. Kerja rumah banyak dibantu peralatan canggih yang mengurangkan pergerakan. Malah, ada sesetengah tugasan, langsung kita boleh guna "robot".
Justeru, demi menjaga kesihatan mental kita di zaman maju ini, kita wajar kembali "bergerak". Perbanyakkan pergerakan dalam kehidupan harian. Memang benar, bergerak semulajadi bukanlah bermakna kita terpaksa kembali bercucuk tanam atau memasak guna kayu api sebagaimana nenek moyang kita dulu. Mustahil untuk diamalkan sekarang untuk kawasan yang sudah maju. Namun hendak atau tidak, kita wajib sentiasa bermesra dengan alam. Peruntukan masa untuk keluar berjalan melihat kehijauan. Masuk kampung, pergi ke pantai, panjat bukit atau gunung sambil menghirup udara segar dan lebih nyaman. Perbanyakkan sentuhan dengan alam. Fisiologi tubuh akan berubah serta merta. Fikiran lebih tajam, emosi lebih stabil. Kita akan lebih bahagia dengan bergerak dan menyantuni alam semulajadi. InsyaAllah..
kedaitehcinamuslim
Saturday, 31 July 2021
BAGAIMANA MENGAWAL TEKANAN?
Sekarang musim orang tertekan. Tertekan akibat virus, PKP, kewangan dan sebagainya yang kadang-kadang boleh membawa kepada kemurungan. Walau bagaimanapun, ada keadaan yang kita boleh kawal, dan ada juga sebaliknya. Kenal pasti apakah perkara yang kita boleh kawal untuk mengelak dari terus menerus hidup dalam tekanan.
| Sumber image: Google |
Minuman harian juga kita boleh kawal. Pilih minuman yang mempunyai khasiat meredakan tekanan serta membantu tidur yang lebih lena seperti teh cina puerh. Teh puerh mengandungi L - Theanine yang berfungsi untuk meredakan tekanan dan memberi ketenangan buat pengamalnya. Ketenangan itu sangat penting untuk menjadikan kita berfikir secara waras. Hanya dengan bertenang baru kita mampu nampak jalan bagi setiap kesulitan.
Kita juga boleh kawal stress dengan bersenam. Bersenam terbukti akan merembeskan hormon "gembira". Orang yang sentiasa bersenam juga mampu berfikir secara waras, tajam dan positif. Jika masih beralasan untuk bersenam, sekurang-kurangnya banyakkan bergerak dalam rutin seharian.
Ada banyak lagi yang kita boleh kawal dalam kehidupan kita untuk mengelak tekanan makin bertambah berat. Namun, yang paling utama sudah semestinya kena sentiasa kembali padaNya. Jalan keluar setiap kesukaran hanya ada pada Dia yang satu. Jangan malu menadah tangan dan meminta padaNya. Sesungguhnya dia maha pengasih lagi maha penyayang.
Thursday, 24 June 2021
ADA KE FAKE PUERH TEA DI PASARAN?
Soalan yang sering juga ditanya pada kami bagi yang baru mengenali chinese puerh tea.
Terus kepada jawapan ==> ADA!
Dan banyak! Dekat Shop** pun berlambak fake puerh tea. Jika individu yang kurang pembacaan mengenai puerh tea atau baru berjinak-jinak dengan puerh tea, perlu lebih berhati-hati ketika membeli puerh tea, anda mungkin menjadi mangsa sindiket puerh tea palsu. Keratan artikel di bawah antara bukti terdapat fake puerh tea di pasaran yang memerlukan anda berhati-hati ketika membuat pesanan apatah lagi jika anda merupakan seorang pengumpul teh puerh (tea collector).
Memang agak sukar mengenal fake puerh tea dengan mata kasar apatah lagi jika tidak biasa minum puerh tea. Tea collector yang mahir mengenai selok belok teh puerh kebiasaannya dapat mengenalpasti fake puerh tea melalui maklumat yang diberikan pada portal jualan teh seperti tempat asal ditanam, di mana simpanan (ageing/storage) dilakukan, nombor siri teh serta nama kilang atau pengeluar bersesuaian atau tidak dengan packaging puerh tea.
Sebagai contoh kita ambil Xigui puerh tea. Jika terdapat penjual yang menyatakan puerh tea Xigui yang dijual di tanam dan di simpan di Kunming, Yunnan, "tea collector" yang mahir akan terus dalam mengenalpasti percanggahan serta keraguan maklumat mengenai Xigui puerh tea kerana sudah sedia maklum Xigui tidak di tanam di daerah Kunming Yunnan, sebaliknya hanya di Lincang, Yunnan. Tempat penanaman puerh tea memainkan peranan penting dalam pengkelasan puerh tea.
Saturday, 19 June 2021
ADA KE PUERH TEA YANG TAK HALAL?
Puerh tea hanya terdiri dari daun teh sahaja. Tiada campuran bahan lain sepanjang pemprosesan. Hanya daun teh semata-mata yang akan melalui proses "pan frying" (dilayukan di atas kuali panas tanpa kehadiran minyak), rolling, pengeringan dan pemeraman (penapaian atau fermentation). Semasa proses fermentasi inilah, akan muncul bakteria-bakteria baik yang memberi kelebihan ke atas kesihatan tubuh badan buat pengamal puerh tea. Maka secara asasnya, semua puerh tea insyAllah halal diminum kerana tiada tambahan langsung bahan lain apatah lagi bahan yang dilarang dalam Islam.
Walau bagaimanapun, mencari puerh tea keluaran muslim itu lebih afdal. Biar kami berikan penjelasan lebih mendalam.
Kita ambik satu contoh dalam proses penghasilan puerh tea iaitu proses pengeringan. Sepanjang permerhatian kami, kilang muslim di Yunnan sangat menitik-beratkan soal kebersihan apabila melibatkan proses pengeringan daun teh. Daun teh hanya dikeringkan di tempat khas yang tertutup dan berbumbung (tetapi tetap bercahaya) tanpa kehadiran binatang liar yang boleh keluar masuk ke kawasan pengeringan daun teh seperti anjing, kucing babi dan sebagainya. Kebersihan menjadi keutamaan. Jangan terkejut jika anda ke Yunnan ada pengeluar keringkan daun teh di tepi-tepi jalan sahaja tanpa hiraukan kehadiran binatang liar, anjing terutamanya. Tapi bukanlah bermakna semua pengeluar bukan muslim itu tidak mementingkan kebersihan. Atas pengeluar itu sendiri.
Kami di TeaZheng sebagai pembekal muslim puerh tea di Malaysia sangat menitikberatkan soal kebersihan, maka kami hanya memilih puerh tea keluaran muslim dan mementingkan kebersihan.
Oleh yang demikian, apa yang boleh kami rumuskan, semua puerh tea itu halal kerana tiada langsung bahan lain ditambah sepanjang puerh tea dihasilkan. Walau bagaimanapun, jika anda pentingkan produk yang halal dan bersih, puerh tea yang mana akan anda pilih? Tepuk dada tanya selera.
Berminat untuk dapat dapatkan puerh tea dari kami, boleh ke www.teazheng.com atau tekan whatsapp link di bawah:
Thursday, 27 May 2021
PERBEZAAN KEDAI SENSEI DAN KEDAI TEH
| Meja teh untuk tea session |
Wednesday, 26 May 2021
CIRI-CIRI TEH YANG BERKUALITI
- Teh tersebut dalam bentuk berdaun asli. Bukan uncang atau serbuk atau sachet.
- Teh yang melalui proses fermentasi atau ageing yang panjang (anda perlu rujuk trusted seller untuk bertanyakan hal ini).
- Teh yang tidak perlu dicampur sebarang pemanis sokongan (walaupun stevia) untuk menjadikannya sedap. Teh yang berkualiti tinggi mampu “berdiri” sendiri, tetap sedap tanpa gula atau stevia.
- Teh yang tidak dicampur sebarang pengawet, perwarna dan pewangi tiruan.
- Teh yang tidak mempunyai jangka hayat. Makin lama disimpan, makin tinggi kualiti.
Monday, 22 February 2021
PUERH TEA WITH CINNAMON
Inginkan kelainan dari kebiasaan? Puerh tea yang dicampur lemon, madu, halia atau kurma sudah biasa buat kan? Apakata kali ini kita campur cinnamon atau kulit kayu manis pulak ke dalam puerh tea.
Boleh ke?
Semestinya boleh. Malah berganda-ganda khasiat bila digabungkan sekali puerh tea dengan kulit kayu manis ini. Khasiat puerh tea tak perlulah kami terangkan lagi (boleh check khasiat puerh tea di sini). Kali ini jom kita semak apa khasiat kulit kayu manis ke atas tubuh badan. Oh sebelum tu, bagi sesiapa yang ingin mencampurkan kulit kayu manis ke dalam puerh tea selepas ini, cari kulit kayu manis jenis Ceylon, bukan jenis Cassia kerana khasiat kayu manis Ceylon lebih tinggi serta jauh lebih berkualiti dari kayu manis Cassia. Malah rasanya juga lebih sedap. Nak bezakan kayu manis Ceylon dengan Cassia boleh google sendiri yer.
Di bawah ini khasiat kulit kayu manis Ceylon:
- Seperti puerh tea, kulit kayu manis mempunyai polyphenols, phenolic acid and flavanoids yang merupakan antioksida. Seperti yang sedia maklum, antioksida penting untuk badan melawan radikal bebas yang boleh mendatangkan penyakit merbahaya seperti kanser.
- Kulit kayu manis juga bertindak sebagai anti radang. Kulit kayu manis boleh membantu badan melawan jangkitan dan melawan tisu rosak. Ianya bagus dalam membantu mengurangkan bengkak, mengurangkan sakit otot, kejang ketika haid dan alergi.
- Membantu melawan penyakit neurodegenerative. Penyakit neurodegenerative ialah pengurangan fungsi dan struktur sel otak seperti alzheimer dan parkinson. Banyak kajian yang telah dilakukan terhadap haiwan menunjukkan pemulihan yang positif untuk dua penyakit ini.
- Kulit kayu manis dapat meningkatkan HDL yang akan mengurangkan kandungan kolesterol jahat iaitu LDL.
- Sepertimana puerh tea, kulit kayu manis juga bagus dalam melawan diabetis. Ianya membantu meningkatkan sensitiviti insulin, hormon penting dalam membantu memastikan aras gula seimbang dalam darah.
- Ceylon Cinnamon mempunyai kandungan essential cinnamon oil (cinnamaldehyde) yang jauh lebih tinggi iaitu melebihi 70%. Menurut kajian, cinnamaldehyde membantu mengawal tahap gula dalam darah, mempunyai ciri-ciri anti radang dan anti bakteria serta bagus dalam mengawal berat badan.
Dengan pelbagai manfaat kulit kayu manis yang telah diberikan di atas, cuba anda bayangkan kelebihan yang bakal kita perolehi apabila dinikmati bersama bancuhan teh puerh. Semestinya khasiat lebih berganda! Bukan itu sahaja, rasa dan aroma teh puerh juga lebih wangi memikat dengan kehadiran aroma kulit kayu manis yang kita sedia maklum sangat mendamaikan serta merupakan satu terapi untuk minda dan kesihatan tubuh badan.
Bagaimana cara bancuh puerh tea dengan kulit kayu manis?
Kita boleh pilih untuk menikmati kulit kayu manis dalam bentuk serbuk atau kepingan. Cara bancuh bersama teh puerh sama sahaja seperti kebiasaaan (boleh rujuk di sini), hanya perlu tambah kulit kayu manis ketika bancuhan. Jika menggunakan serbuk, setengah sudu teh sudah mencukupi, manakala jika menggunakan kepingan, satu keping kulit kayu manis dalam ukuran lebih kurang 1 ke 2 inci sudah memadai. Rendam bersama air teh puerh yang telah dituang air panas (air bertapis seeloknya), minum panas-panas suam. InsyaAllah, pasti anda akan rasa kelainan dan kepuasan dalam menikmati secawan puerh tea.
Untuk mendapatkan puerh tea boleh terus membuat pesanan di www.teazheng.com
Atau jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan puerh tea boleh whatsapp kami menggunakan link di bawah:
#TeaZheng
#Puerhtea
Monday, 8 February 2021
KELEBIHAN TEH PUERH MERAH
Seringkali kami ditanya, apa perbezaan teh puerh merah berbanding teh puerh hijau? Khasiat sama atau bagaimana? Siapa yang lebih sesuai minum teh puerh merah dan pelbagai lagi soalan lain.
Secara umumnya khasiat teh puerh merah dan teh puerh hijau adalah sama. Teh puerh merah juga berfungsi dalam membantu kawal gula, kolesterol, tekanan darah, migrain dan pelbagai lagi fungsi sebagaimana teh puerh hijau. Walau bagaimana pun, teh puerh hijau lebih efektif dalam mengawal berat badan dan meningkatkan metabolisme badan. Teh puerh merah sedikit rendah sifatnya dalam meningkatkan metabolisme dan pengawalan berat badan.
Selain itu, teh puerh merah lebih bersifat lembut dan "slow release" menjadikannya lebih sesuai diamalkan untuk wanita mengandung dan juga orang tua yang uzur terutamanya dalam membantu mengawal gula dalam darah serta tekanan darah.
Satu kelebihan utama teh puerh merah adalah, ianya lebih tertumpu pada bahagian perut. Amalan minum teh puerh merah menjadikan perut lebih selesa. Tiada lagi masalah angin, gastrik, bloating, penghadaman, sembelit, pedih ulu hati dan pelbagai lagi masalah perut yang lain. InsyaAllah dengan izinNya.
Jika perut sentiasa mengalami angin tersekat dan sukar dilepaskan dan menjadikan perut kembung, teh puerh merah adalah pilihan terbaik. InsyaAllah angin keluar dengan lancar, makanan mudah dihadam dan pembuangan kembali normal.
PUERH MERAH YANG MANA PALING SEDAP DAN PUAS HATI?
Dalam koleksi kami di TeaZheng, kami ada 3 jenis teh puerh merah iaitu Mahei, BingShang dan Ziya. Mahei dalam bentuk daun padat (compressed leaf), manakala BingShang dan Ziya dan bentuk daun lerai. Rasa ketiga-tiganya sangat berbeza dan kualiti pun semestinya berlainan. Menjawab soalan di atas, terus kami katakan teh puerh merah Ziya adalah pilihan terbaik. Rasa puerh merah Ziya lebih lembut dan segar saat dinikmati. Maklum balas mengenai khasiat puerh merah Ziya ke atas kesihatan juga cukup memuaskan hati pelanggan kami. Pendek kata Ziya sangat berbaloi dimiliki. Berikut merupakan beberapa maklum balas yang kami dapat dari Ziya red tea.
Atau boleh juga whatsapp kami jika ingin bertanya atau ada sebarang kemusykilan mengenai teh puerh merah. Tekan whatsapp link di bawah:
#TeaZheng
















