| Meja teh untuk tea session |
Thursday, 27 May 2021
PERBEZAAN KEDAI SENSEI DAN KEDAI TEH
Wednesday, 26 May 2021
CIRI-CIRI TEH YANG BERKUALITI
- Teh tersebut dalam bentuk berdaun asli. Bukan uncang atau serbuk atau sachet.
- Teh yang melalui proses fermentasi atau ageing yang panjang (anda perlu rujuk trusted seller untuk bertanyakan hal ini).
- Teh yang tidak perlu dicampur sebarang pemanis sokongan (walaupun stevia) untuk menjadikannya sedap. Teh yang berkualiti tinggi mampu “berdiri” sendiri, tetap sedap tanpa gula atau stevia.
- Teh yang tidak dicampur sebarang pengawet, perwarna dan pewangi tiruan.
- Teh yang tidak mempunyai jangka hayat. Makin lama disimpan, makin tinggi kualiti.
Monday, 22 February 2021
PUERH TEA WITH CINNAMON
Inginkan kelainan dari kebiasaan? Puerh tea yang dicampur lemon, madu, halia atau kurma sudah biasa buat kan? Apakata kali ini kita campur cinnamon atau kulit kayu manis pulak ke dalam puerh tea.
Boleh ke?
Semestinya boleh. Malah berganda-ganda khasiat bila digabungkan sekali puerh tea dengan kulit kayu manis ini. Khasiat puerh tea tak perlulah kami terangkan lagi (boleh check khasiat puerh tea di sini). Kali ini jom kita semak apa khasiat kulit kayu manis ke atas tubuh badan. Oh sebelum tu, bagi sesiapa yang ingin mencampurkan kulit kayu manis ke dalam puerh tea selepas ini, cari kulit kayu manis jenis Ceylon, bukan jenis Cassia kerana khasiat kayu manis Ceylon lebih tinggi serta jauh lebih berkualiti dari kayu manis Cassia. Malah rasanya juga lebih sedap. Nak bezakan kayu manis Ceylon dengan Cassia boleh google sendiri yer.
Di bawah ini khasiat kulit kayu manis Ceylon:
- Seperti puerh tea, kulit kayu manis mempunyai polyphenols, phenolic acid and flavanoids yang merupakan antioksida. Seperti yang sedia maklum, antioksida penting untuk badan melawan radikal bebas yang boleh mendatangkan penyakit merbahaya seperti kanser.
- Kulit kayu manis juga bertindak sebagai anti radang. Kulit kayu manis boleh membantu badan melawan jangkitan dan melawan tisu rosak. Ianya bagus dalam membantu mengurangkan bengkak, mengurangkan sakit otot, kejang ketika haid dan alergi.
- Membantu melawan penyakit neurodegenerative. Penyakit neurodegenerative ialah pengurangan fungsi dan struktur sel otak seperti alzheimer dan parkinson. Banyak kajian yang telah dilakukan terhadap haiwan menunjukkan pemulihan yang positif untuk dua penyakit ini.
- Kulit kayu manis dapat meningkatkan HDL yang akan mengurangkan kandungan kolesterol jahat iaitu LDL.
- Sepertimana puerh tea, kulit kayu manis juga bagus dalam melawan diabetis. Ianya membantu meningkatkan sensitiviti insulin, hormon penting dalam membantu memastikan aras gula seimbang dalam darah.
- Ceylon Cinnamon mempunyai kandungan essential cinnamon oil (cinnamaldehyde) yang jauh lebih tinggi iaitu melebihi 70%. Menurut kajian, cinnamaldehyde membantu mengawal tahap gula dalam darah, mempunyai ciri-ciri anti radang dan anti bakteria serta bagus dalam mengawal berat badan.
Dengan pelbagai manfaat kulit kayu manis yang telah diberikan di atas, cuba anda bayangkan kelebihan yang bakal kita perolehi apabila dinikmati bersama bancuhan teh puerh. Semestinya khasiat lebih berganda! Bukan itu sahaja, rasa dan aroma teh puerh juga lebih wangi memikat dengan kehadiran aroma kulit kayu manis yang kita sedia maklum sangat mendamaikan serta merupakan satu terapi untuk minda dan kesihatan tubuh badan.
Bagaimana cara bancuh puerh tea dengan kulit kayu manis?
Kita boleh pilih untuk menikmati kulit kayu manis dalam bentuk serbuk atau kepingan. Cara bancuh bersama teh puerh sama sahaja seperti kebiasaaan (boleh rujuk di sini), hanya perlu tambah kulit kayu manis ketika bancuhan. Jika menggunakan serbuk, setengah sudu teh sudah mencukupi, manakala jika menggunakan kepingan, satu keping kulit kayu manis dalam ukuran lebih kurang 1 ke 2 inci sudah memadai. Rendam bersama air teh puerh yang telah dituang air panas (air bertapis seeloknya), minum panas-panas suam. InsyaAllah, pasti anda akan rasa kelainan dan kepuasan dalam menikmati secawan puerh tea.
Untuk mendapatkan puerh tea boleh terus membuat pesanan di www.teazheng.com
Atau jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan puerh tea boleh whatsapp kami menggunakan link di bawah:
#TeaZheng
#Puerhtea
Monday, 8 February 2021
KELEBIHAN TEH PUERH MERAH
Seringkali kami ditanya, apa perbezaan teh puerh merah berbanding teh puerh hijau? Khasiat sama atau bagaimana? Siapa yang lebih sesuai minum teh puerh merah dan pelbagai lagi soalan lain.
Secara umumnya khasiat teh puerh merah dan teh puerh hijau adalah sama. Teh puerh merah juga berfungsi dalam membantu kawal gula, kolesterol, tekanan darah, migrain dan pelbagai lagi fungsi sebagaimana teh puerh hijau. Walau bagaimana pun, teh puerh hijau lebih efektif dalam mengawal berat badan dan meningkatkan metabolisme badan. Teh puerh merah sedikit rendah sifatnya dalam meningkatkan metabolisme dan pengawalan berat badan.
Selain itu, teh puerh merah lebih bersifat lembut dan "slow release" menjadikannya lebih sesuai diamalkan untuk wanita mengandung dan juga orang tua yang uzur terutamanya dalam membantu mengawal gula dalam darah serta tekanan darah.
Satu kelebihan utama teh puerh merah adalah, ianya lebih tertumpu pada bahagian perut. Amalan minum teh puerh merah menjadikan perut lebih selesa. Tiada lagi masalah angin, gastrik, bloating, penghadaman, sembelit, pedih ulu hati dan pelbagai lagi masalah perut yang lain. InsyaAllah dengan izinNya.
Jika perut sentiasa mengalami angin tersekat dan sukar dilepaskan dan menjadikan perut kembung, teh puerh merah adalah pilihan terbaik. InsyaAllah angin keluar dengan lancar, makanan mudah dihadam dan pembuangan kembali normal.
PUERH MERAH YANG MANA PALING SEDAP DAN PUAS HATI?
Dalam koleksi kami di TeaZheng, kami ada 3 jenis teh puerh merah iaitu Mahei, BingShang dan Ziya. Mahei dalam bentuk daun padat (compressed leaf), manakala BingShang dan Ziya dan bentuk daun lerai. Rasa ketiga-tiganya sangat berbeza dan kualiti pun semestinya berlainan. Menjawab soalan di atas, terus kami katakan teh puerh merah Ziya adalah pilihan terbaik. Rasa puerh merah Ziya lebih lembut dan segar saat dinikmati. Maklum balas mengenai khasiat puerh merah Ziya ke atas kesihatan juga cukup memuaskan hati pelanggan kami. Pendek kata Ziya sangat berbaloi dimiliki. Berikut merupakan beberapa maklum balas yang kami dapat dari Ziya red tea.
Atau boleh juga whatsapp kami jika ingin bertanya atau ada sebarang kemusykilan mengenai teh puerh merah. Tekan whatsapp link di bawah:
#TeaZheng
Friday, 4 December 2020
TEH PUERH MASIH MENGEKALKAN PEMPROSESAN SECARA TRADISIONAL
"Teh apa bentuk macam ni? Tak pernah tengok pun.." Mungkin ini kata anda.
Haaa, sekarang dah tengok kan. So hari ini dapat ilmu dan pengetahuan baru. Ini lah teh puerh. Teh cina asli asal dari Yunnan. Bukan produk baru pun (kita sahaja yang tak pernah terpandang). Dah berpuluh tahun teh puerh berada di pasaran. Malah kewujudan teh puerh dikenalpasti sejak zaman Dinasti Qing lagi. Walaupun telah lama wujud, sehingga sekarang, processing dan packaging puerh tea masih mengekalkan kaedah traditional. Masih lagi dikekalkan di dalam daun buluh sebegini. Tidak berubah sedari dulu. Ini antara salah satu keunikan chinese puerh tea.
Bergantung pada kategori, dalam satu bungkusan ada yang mengandungi 10 unit puerh tea, ada juga 7 unit puerh tea. Dan berat satu unit teh antara 100g hingga kurang lebih kurang lebih 400g. Bagi peminat tegar teh puerh, pasti akan terus memilih puerh tea bersaiz besar, 400g, manakala bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan puerh tea, kebanyakkannya akan memilih saiz supermini seperti pada gambar di atas, iaitu 100g. Selain berat teh 100g, teh puerh yang mempunyai berat 200g juga menjadi pilihan penggemar dan peminat teh.
Tengok juga pada citarasa dan bajet masing-masing. Peminat tegar teh memang tidak pernah lokek untuk berbelanja lebih untuk seketul teh puerh. Hanya jauhari mengenal manikam. 😊
Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai puerh tea, boleh tekan link whatsapp di bawah untuk sebarang pertanyaan:
Wednesday, 18 November 2020
"CUT SUGAR" DENGAN PUERH TEA
Ada teh yang boleh meningkatkan keinginan terhadap gula (increase sugar craving), dan juga ada teh yang mampu mengurangkan keinginan terhadap gula (cut sugar intake). Asalnya dari pokok yang sama, namun melalui pemprosesan yang berbeza dan akhirnya penyediaan bancuhan juga sangat berbeza. Kesan ke atas tubuh badan juga pasti berbeza.
![]() |
| Daun Teh Camellia Sinensis |
Teh cina atau teh puerh berupaya menyekat keinginan minum minuman manis. In certain case, langsung tak nak dah minum manis-manis dan juga makanan tinggi gula. Bila keadaan ini terjadi, pengambilan gula akan berkurangan dan antara faktor bacaan gula boleh menurun bagi pengidap diabetis. Dalam masa yang sama juga, apabila gula menurun, proses menurunkan berat badan menjadi lebih mudah. Oleh itu, tidak pelik dan tidak mustahil bagi pengamal puerh tea berjaya mendapatkan bacaan gula yang lebih stabil serta berjaya mendapatkan berat badan lebih ideal. Kuncinya berjaya cut sugar.
| Keinginan terhadap minuman manis menurun setelah seminggu amalkan puerh tea |
Jika anda mampu, silakan. Nak minum puerh tea boleh. Tanpa puerh tea pun boleh. Namun harus diingat, fungsi puerh tea bukan hanya pada “cut sugar” semata-mata. Puerh tea juga berupaya menghalang penghasilan acid lemak yang sering dikaitkan dengan obesiti. Puerh tea juga mengandungi tannin, suatu komponen yang mempunyai kesan teraputik ke atas badan dan membantu proses pencernaan. Proses pencernaan yang lancar sangat penting dalam menurunkan berat badan. Selain itu, puerh tea juga tinggi kandungan antioksida polifenol yang membantu mengurangkan keradangan pada usus dan dalam masa yang sama meningkatkan bakteria baik dalam usus. Selain itu juga, puerh tea tinggi vitamin, mineral dan pelbagai lagi antioksida yang mana sekaligus membantu badan meningkatkan sistem imun dan ketahanan badan dalam melawan radikal bebas. Terpulang pada diri masing-masing. Badan kita, kita yang bertanggungjawab ke atasnya.
Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai puerh tea, boleh whatsapp kami di sini.
Atau ingin terus membuat pesanan, boleh ke laman web kami di www.teazheng.com
#TeaZheng
#puerhtea
Thursday, 12 November 2020
PUERH TEA JUGA BERTINDAK SEBAGAI DETOX TEA
Puerh tea juga bertindak sebagai detox tea yang bermaksud berupaya membuang toksin yang tidak diperlukan oleh badan. Toksin dibuang samada melalui perpeluhan dan juga penyahtijaan (buang air kecil dan besar)
Apabila toxin telah dinyahkan dari badan, banyak efek positif yang badan boleh rasai. Antaranya ialah, badan terasa lebih ringan, lenguh bahu dan badan hilang, migrain dan sakit kepala berkurangan, sakit gout semakin reda, tiada lagi masalah sembelit, metabolisme meningkat, proses menurunkan berat badan menjadi lebih mudah dan banyak lagi perkara yang mengembirakan pengamal puerh tea.
Thursday, 29 October 2020
PENDAPATAN TAMBAHAN DENGAN PUERH TEA
Modal permulaan: RM480
Kuantiti: 15 peket tea
Cadangan: Boleh repacking menggunakan jenama sendiri atau terus dijual atas jenama TeaZheng. Jika direpack, harga jualan anda boleh tentukan sendiri. Pembelian borong juga boleh dicampur dengan puerh tea jasmine asalkan kuantiti pembelian 15 peket.
Modal permulaan: RM480
- Ayat jualan (copywriting) berserta testimoni disediakan.
- Gambar menarik berserta pamplet disediakan.
- Kami akan guide anda cara-cara untuk menjual secara online.
- Kami akan "run ads" untuk anda.
Untuk sebarang pertanyaan atau bagi anda yang serious berminat ingin menjana pendapatan tambahan/tetap dengan produk kami, boleh terus whatsapp kami dengan menekan icon whatsapp di bawah:
#kedaitehcinamuslim
#TeaZheng
Wednesday, 28 October 2020
PUERH TEA BERBALOI DIMILIKI
Thursday, 15 October 2020
BUNGA DARI POKOK TEH PUERH (CAMILLIA SINENSIS)
Mungkin ada yang belum tahu bahawa pokok teh (Camillia Sinensis) ada bunga tersendiri terutamanya pokok yang sudah besar dan berusia ratusan tahun. Bunganya berwarna kuning dan ada kelopak berwarna putih seperti gambar di bawah.
![]() |
| Biji bunga sebelum berkembang |
Monday, 20 July 2020
KENAPA PUERH TEA?
Ada Oolong tea, Teaguanying tea, Darjeeling tea dan semestinya Puerh tea.
Dari segi khasiat, rata-rata kesemua chinese tea mempunyai fungsi yang sama iaitu membantu menurunkan berat badan, mengawal gula dalam darah (diabetes), membantu menurunkan tekanan darah (blood pressure), mengurangkan migrain, menurunkan kolesterol serta baik untuk kesihatan kulit.
Namun dalam banyak-banyak chinese tea ini, puerh tea mendahului "carta" dalam membantu menurunkan berat badan. Anda boleh google atau selidik sendiri kelebihan puerh tea, pasti fungsi utama lebih tertumpu dalam pengawalan berat badan, selain daripada fungsi lain yang telah saya nyatakan di atas.
Inilah antara faktor kenapa saya memilih puerh tea.
Walau bagaimanapun, ini bukanlah satu-satunya faktor yang menyebabkan saya memilih puerh tea. Selain kesannya ke atas penurunan berat badan, saya tidak boleh nafikan dan memang saya akui rasa dan aroma puerh tea sangat sedap berbanding chinese tea yang lain.
Ini juga merupakan faktor utama saya memilih puerh tea sebagai minuman harian.
Bagi saya, selain kita inginkan khasiat tea, semestinya tea yang kita jadikan minuman harian boleh memberi kedamaian serta ketenangan saat tea di hirup.
Barulah seronok untuk dinikmati hari-hari
Dan saya memperolehinya hanya dengan TeaZheng Puerh Tea.
Alhamdulillah 😊
TeaZheng
Kedai Teh Cina Muslim
Bangi Avenue, Kajang.
Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai puerh tea, boleh terus whatsapp kami dengan menekan link di bawah:
#TeaZheng
#Puerhtea
























