Soalan yang sering juga ditanya pada kami bagi yang baru mengenali chinese puerh tea.
Terus kepada jawapan ==> ADA!
Dan banyak! Dekat Shop** pun berlambak fake puerh tea. Jika individu yang kurang pembacaan mengenai puerh tea atau baru berjinak-jinak dengan puerh tea, perlu lebih berhati-hati ketika membeli puerh tea, anda mungkin menjadi mangsa sindiket puerh tea palsu. Keratan artikel di bawah antara bukti terdapat fake puerh tea di pasaran yang memerlukan anda berhati-hati ketika membuat pesanan apatah lagi jika anda merupakan seorang pengumpul teh puerh (tea collector).
Memang agak sukar mengenal fake puerh tea dengan mata kasar apatah lagi jika tidak biasa minum puerh tea. Tea collector yang mahir mengenai selok belok teh puerh kebiasaannya dapat mengenalpasti fake puerh tea melalui maklumat yang diberikan pada portal jualan teh seperti tempat asal ditanam, di mana simpanan (ageing/storage) dilakukan, nombor siri teh serta nama kilang atau pengeluar bersesuaian atau tidak dengan packaging puerh tea.
Sebagai contoh kita ambil Xigui puerh tea. Jika terdapat penjual yang menyatakan puerh tea Xigui yang dijual di tanam dan di simpan di Kunming, Yunnan, "tea collector" yang mahir akan terus dalam mengenalpasti percanggahan serta keraguan maklumat mengenai Xigui puerh tea kerana sudah sedia maklum Xigui tidak di tanam di daerah Kunming Yunnan, sebaliknya hanya di Lincang, Yunnan. Tempat penanaman puerh tea memainkan peranan penting dalam pengkelasan puerh tea.





















