Walnut di Yunnan sudah mula merekah,
petanda waktu menuai telah tiba. Seperti yang diketahui, fresh Yunnan walnut
antara signature produk kami di TeaZheng. Kami bawakan walnut yang asli, wild
(kebanyakkannya tumbuh meliar), organik serta segar kerana baru di tuai. Bentuk
muka bumi serta cuaca di Yunnan memang bersesuaian dengan penanaman walnut.
Rasa walnut yang segar sangat sedap serta berlainan dengan walnut yang sudah
lama tersimpan. Bila dikunyah boleh terasa seakan walnut yang dicampur susu.
Kami sarankan untuk makan walnut sambil dicicah madu yunnan asli. Definitely
sangat sedap!
APAKAH KEBAIKAN KACANG WALNUT?
Pakar dari University of Scranton Chemistry, Pennsylvania,
telah menganalisa kadar antioksidan dari sembilan jenis kacang. Mereka
mendapati bahawa segenggam walnut memiliki dua kali ganda antioksidan
berbanding kacang -kacang yang lain. Antara manfaat kacang walnut adalah:
1. Menjaga jantung
Selain kaya dengan antioksidan, walnut juga mengandungi
asid lemak omega-3 yang dapat meningkatkan jumlah kolesterol baik dalam tubuh
dan menyingkirkan kolesterol jahat. Mengambil segenggam walnut boleh membuat
anda terhindar daripada penyakit jantung, stroke, atau penyakit jantung
koronari.
2. Mengurangi
keradangan
Walnut juga diketahui mampu mengatasi penyakit keradangan seperti asma, psioriasis, eczema, atau arthtritis.
Walnut juga diketahui mampu mengatasi penyakit keradangan seperti asma, psioriasis, eczema, atau arthtritis.
3. Meningkatkan kekebalan tubuh
Antioksidan yang ada dalam walnut membantu
meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan melindungi tubuh dari proses penuaan,
kanser, dan penyakit saraf.
4. Bagus untuk kulit
Kandungan omega-3 pada
walnut juga menguatkan membran sel kulit, mengekalkan kelembaban, dan nutrisi
di dalamnya yang pada akhirnya membantu kulit bercahaya (glowing), dan
mengeluarkan sel-sel kulit mati. Walnut juga boleh melindungi kulit dari
kekeringan. Biasanya walnut dalam bentuk minyak walnut juga digunakan untuk
terapi urut, aroma terapi, dan produk kosmetik.
5. Kehamilan
Wanita hamil sangat disarankan mengambil walnut. Kandungan vitamin
B kompleks yang tinggi serta vitamin lain seperti folat, riboflavin, thiamin,
dan lainnya sangat diperlukan oleh ibu hamil.
6. Kaya mineral
Walnut mengandung banyak
mineral seperti mangan, potassium, kalsium, besi, magnesium, dan copper.
Mineral ini memiliki banyak kegunaan untuk perkembangan sperma lelaki.
7. Melawan sembelit
Walnut juga boleh digunakan untuk mengatasi
masalah sembelit. Mengambil walnut secara teratur dan makanan kaya lemak lain
akan menjauhkan anda dari sembelit.
8. Mencantikkan rambut.
Ingin rambut yang
cantik? Walnut jawapannya. Walnut disebut sebagai 'makanan rambut' yang kaya
akan Biotin. Biotin adalah nutrisi penting yang diperlukan untuk menguatkan
rambut, meningkatkan pertumbuhan rambut dan mencegah keguguran. Kurangnya
biotin selalu dikaitkan dengan rambut gugur atau patah.
BAGAIMANA MENDAPATKAN
FRESH WALNUT DARI TEAZHENG?
Berita
baik,InsyaAllah, stok walnut fresh akan mendarat tidak lama lagi. Bila exactly
tarikh mendarat kami tidak dapat tentukan lagi. Jika ingin follow kami
rapat-rapat mengenai fresh Yunnan Walnut, boleh ke channel Telegram kami dengan
menekan link di bawah:
Telegram link: https://bit.ly/2lZRo0X
Di channel telegram
ini, kami akan sentiasa update perkembangan terkini mengenai stok walnut segar
dan juga produk TeaZheng yang lain. Dengan mengikuti channel kami, info terbaru
cepat sampai ke pengetahuan anda dan tidak gusar mengenai kehabisan stok produk
kami.
Jom lekas follow
kami 😊
Salam. Ada jual pokok walnut ke .
ReplyDelete