We bring you the best puerh tea from Yunnan. Contact us: 018 358 1121.

Friday, 23 November 2018

Our first customer




Alhamdulillah….. Pada Maulidurrasul yang lepas bersamaan 20 November 2018, our first customer came to our shop. Kami sungguh berbesar hati walaupun kedai kami belum siap sepenuhnya dan belum officially launch.

Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.
Tambahan pulak sebelum ni dah biasa membeli puerh tea via online.
Regular customer lah kiranya. Bila tahu kami bukak kedai, sanggup datang dari Seremban satu family.
Datang semata-mata nak tengok kedai kami and beli puerh tea.
Ambik peluang hari cuti.
Terima kasih banyak-banyak kami ucapkan.

Kami tanya kenapa repeat order puerh tea ni?
Jawab si suami sebab dah boleh elak air manis. Sekarang dalam sebulan, sekali dua je minum air manis.
Kencing manis dari bacaan 15 dah turun ke 9 and kadang-kadang 8.
Badan pun rasa lain..lebih segar.

Syukur Alhamdulillah…

Terima kasih sekali lagi buat Puan Karimah and famili. Kami doakan kesihatan puan sekeluarga bertambah baik hendakNya. Aamiin

Sheriffa
Pembekal puerh tea,
Original dari Yunnan.

018 358 1121

#alhamdulilllah #firstguest
#TeaZheng #BangiAvenue #puerhtea
#tehcina #kamijualtehyunnan
Share:

Monday, 5 November 2018

BERJAYA KURUS DENGAN AMALAN PUERH GREEN TEA

Puerh green tea sememangnya terbukti sebagai teh yang membantu dalam penurunan berat badan.  Fakta ini disokong oleh pelbagai kajian yang telah dan sedang dijalankan ke atas puerh tea dari pelbagai Universiti di Yunnan mahupun negara-negara barat (klik di sini untuk mengetahu kajian yang telah dijalankan ke atas puerh tea). 

Apabila anda minum puerh tea setengah jam selepas makan, puerh tea akan membantu badan memetabolismekan lemak yang telah dimakan. Selain itu, puerh tea juga membantu meningkatkan proses pencernaan makanan. Ini sekaligus membantu dalam menangani masalah sembelit. Amalan minum puerh tea bersama dengan pemakanan yang sihat serta senaman yang konsisten pasti akan membuahkan hasil yang diinginkan.

Berikut merupakan antara testimoni pelanggan kami yang telah berjaya menurunkan berat badan dengan amalan minum puerh tea.




BAGAIMANAKAH PUERH TEA MEMBANTU MENGURANGKAN BERAT BADAN?

Kajian yang telah dijalankan ke atas puerh tea menunjukkan puerh tea secara signifikan menghalang sistesis asid lemak (FAS). Secara umumnya puerh tea menyekat tubuh anda daripada menghasilkan lebih banyak lemak. Proses lipogenesis (pembentukan lemak oleh hati) menjadi lemah dengan amalan minum puerh tea. 



Selain itu juga, kafein yang terdapat dalam puerh tea memicu tubuh untuk mengeluarkan hormon epinefrin dan norepinephrine yang meningkatkan pergerakan asid lemak yang tersimpan dalam sel-sel lemak. Ini menyebabkan badan anda berupaya menggunakan asid lemak yang tersimpan sebagai tenaga (lemak tidak tersimpan di perut dan sebagainya). Akhir sekali, puerh tea telah terbukti secara klinikal untuk meningkatkan lipase sensitif hormon sel (HSL) uang berkesan menghalang pengumpulan lemak viseral.










Nota: Kesemua testimoni kami adalah benar dan diterhasil dari pengguna puerh tea by TeaZheng sahaja.

Whatsapp kami dengan menekan link ini: http://bit.ly/2OlJnw1 

#TeaZheng
#Puerhtea
Share:

Thursday, 1 November 2018

CAULI RICE WITH BALSAMIC SALMON


Resepi ringkas tapi tetap menyelerakan. Resepi sihat khas untuk ada yang mementingkan kesihatan. Macam biasa... Kuantiti agak-agak sendiri lah yer. 😃


Bahan-bahan untuk caulirice.

Cauliflower - Basuh and keringkan. Kemudian grind guna food processor.
Bawang holland, carrot, cendawan butang (tak letak sebab takde stok), capsicum - potong dadu atau cincang.

  • Cara-cara:
  • Panaskan sedikit minyak.
  • Tumiskan bawang holland sampai naik bau.
  • Kemudian masukkan bahan cincang sehingga sedikit layu.
  • Kemudian masukkan cauliflower yang telah digrind tadi.
  • Goreng sekejap like nasi goreng and angkat.
Bahan-bahan untuk Balsamic Salmon.
  • Salmon
  • Balsamic Vinegar*
  • Honey*
  • Olive oil*
  • Salt & black pepper*
  • Chili flakes*
  • Halia cincang*
  • Mixed herbs*
Campur semua bahan yang bertanda * dalam plastik ziplock. Kacau-kacau.
Marinade bahan tadi dengan salmon (letak jer salmon dalam plastik tu).
Marinade dalam setengah jam dan grill. Siap!

Ready dimakan bersama caulirice tadi. Hias dengan tomato atau salad. Senang kan! Dan semestinya sedap! 😃

#MrsZhengcook

Share:

Monday, 16 April 2018

YUNNAN FRUITS TEA


Inginkan kelainan dalam secawan teh? Yunnan Fruits tea is the perfect choice.

Yunnan Fruit Tea
Apa itu Yunnan fruit tea? Yunnan fruit tea adalah teh buah-buahan yang dikeringkan. Yunnan Fruit Tea terdiri dari buah apa? Ok, here the list:

✔ Apple
✔ Cherry
✔ Pineapple
✔ Orange
✔ Kiwi
✔ Persimmon fruit (pisang kaki)
✔ Hawthorn fruit
✔ Roselle

Rasa pula macam mana? 
Masam-masam manis. Saya lebih suka minum bersama dengan puerh tea merah atau dicampur sedikit bunga rose/chrysanthemum untuk rasa yang lebih memikat. Dan saya buang sugar cube untuk lebih healthy.

Kalau nak minum macam tu jer boleh ke?
Boleh juga. Atas selera masing-masing. Pandai-pandai lah adjust masam manis tu. Tapi bagi saya dengan puerh tea lebih sedap. Lebih ngam. But again, selera masing-masing. Ada orang suka minum tanpa tambahan apa-apa. 😃


Sepeket Yunnan Fruit Tea (100g) hanya berharga RM28 sahaja termasuk postage ke Semenanjung Malaysia. Manakala Sabah dan Sarawak RM35 sahaja. Sangat berbaloi kan? Namun yang paling penting adalah khasiatnya. Antaranya adalah tinggi kandungan Vitamin C, antioxidant, bagus untuk penghadaman, kulit dan juga untuk sistem imun dan banyak lagi kelebihan buah-buahan yang kita semua sedia maklum.

Feedback bagi yang pernah merasainya.

Bagaimana mendapatkannya? Kunjungi premis kami di Bangi Avenue, Kajang atau boleh terus whatsapp kami dengan menekan link di bawah. Kami boleh poskan untuk anda ke seluruh Malaysia.



#YunnanFruitTea
#ByTeaZheng
Share:

Tuesday, 10 April 2018

KHASIAT BUNGA KING CHRYSANTHEMUM

Mahukah anda dengan bunga kembang segelas ini? Bunga apakah ni? Bunga ini dikenali sebagai Golden Imperial Chrysanthemum atau King Chrysanthemum! Juga dari Yunnan. Dan yes, kami ingin berikan secara percuma khas buat anda pelanggan TeaZheng.


Sebelum kami terangkan lebih lanjut bagaimanakah untuk mendapatkannya, jom kita baca dulu apakah khasiat bunga King Chrysanthemum ini ke atas kesihatan. Antara khasiatnya ialah:
  • Buang toksin dari badan
  • Membantu proses penghadaman (tangani sembelit)
  • Memberi ketenangan (elak tekanan darah tinggi)
  • Sangat bagus untuk kulit dan kesihatan dalaman.

King chrysanthemum sesuai dijadikan sajian selepas makan malam. Boleh diminum dengan atau tanpa puerh tea.



Bagaimanakah cara mendapatkannya?

Dengan setiap pembelian mana-mana puerh tea by TeaZheng yang bernilai RM90 dan ke atas, anda layak mendapat FREE GIFT king Chrysanthemum ini. Mudah kan?

Info lanjut anda boleh terus ke whatsapp kami dengan menekan link ini: 


Sah sementara stok masih ada. 

Sheriffa
Whatsapp: 018 358 1121

Share:

Sunday, 1 April 2018

BUKAN SEMUA MINUMAN PERLU LETAK GULA!



Jangan sentap dengan penulisan ini, tapi inilah hakikat pemikiran kita terhadap gula yang perlu dikupas. Ramai yang teringin nak kurangkan berat badan (nak kurus cantik katanya), tapi masih ramai yang sukar tinggalkan gula. Begitu juga dengan penyakit kencing manis. Ramai yang berjuang melawan kencing manis tapi masih tak boleh tinggalkan minuman manis, kuih muih dan sebagainya. Maka bagaimana? Tahukah kita, gula merupakan punca pelbagai penyakit yang menghantui masyarakat kita sekarang ini? 

Perlu diingat. Gula adalah punca GEMUK! Gula yang berlebihan akan ditukar kepada lemak. Gula merupakan karbohidrat ringkas yang mempunyai nilai glisemik indeks yang tinggi. Indeks glisemik yang tinggi akan menyebabkan obesiti dan badan akan sukar mengawal penyakit. Jika anda pernah mengalami strok atau sakit jantung, pengambilan gula yang tidak terkawal boleh menyebabkan penyakit tersebut berulang kembali.

Dan juga perlu diingat, gula putih bukanlah satu-satunya gula. Tepung, susu pekat manis, roti canai, beras putih, biskut dan teh tarik juga merupakan gula. Pengambilan makanan dan minuman ini perlulah dikawal.

Berbalik kepada puerh tea. Puerh tea adalah minuman asli tanpa gula. Zero kalori. Itu bentuk asalnya dan sememangnya dinikmati sejak berzaman berpuluh-puluh tahun dahulu lagi oleh masyarakat cina tanpa gula. Walau bagaimanapun, pihak kami di TeaZheng seringkali dihujani dengan pertanyaan dari pelanggan dengan soalan; "boleh campur gula tak?", atau "memang tak perlu campur gula ke? Sikit pun tak boleh?" atau "Saya nak letak gula sikit boleh?"

Soalan ini boleh dikategorikan "mengganggu" dan juga lucu juga dalam masa yang sama. Kami tahu pelanggan berhak bertanya dan kami pun tidak lokek menjawab. Dan sebab itulah artikel ini ditulis untuk memberi lebih pendedehan mengenai bahaya gula. Sesuatu yang "common" minuman kesihatan termasuk chinese tea, puerh tea atau green tea diminum tanpa gula. It's well known! Namun apabila masih ada lagi soalan-soalan seumpama itu diajukan kepada kami, kami menganggap masyarakat Malaysia ini sangat sukar untuk lari dari gula. Semestinya bukan semua, tapi sebahagian sahaja. Dalam masa yang sama, sudah menjadi tugas kami untuk mendidik masyarakat untuk lebih peka dengan pengambilan gula seharian. 

Akhir kata, cukup-cukup lah dengan gula yang kita ambil dari minuman manis yang lain. Di tambah lagi dengan deretan kuih muih, nasi yang berlebihan dan pelbagai lagi makanan yang kaya dengan gula. Takkan lah dengan puerh tea pun masih mahu letak gula? Ini adalah sesuatu kegilaan! Bawalah diri untuk insaf! Bukankah anda beli puerh tea untuk langsing dan sihat serta jauh dari penyakit?

Percayalah...puerh tea sangat tak sedap bila letak gula! Asli jauh lebih sedap!

Sheriffa

Puerh Tea distributor
018 3581121
Share:

Tuesday, 27 March 2018

BAWAL EMAS STIM KICAP


Dah lama sangat tak pegang senduk dengan kuali. Semalam kembali ke pangkal jalan. Maka terjadilah menu bawal emas stim kicap yang mudah dan simple ini. Iyer, memang senang sahaja. Here the recipe:



Bahan-bahan untuk stim:
  • Ikan bawal emas seekor
  • Bawang putih 3 ulas
  • Halia secukupnya
  • Cili api
  • garam
  • lada sulah.
  • Daun ketumbar (saya guna daun bawang)

Bahan-bahan untuk kuah:
  • 3 sudu atau lebih kicap manis
  • Bawang putih dan bawang merah
  • Sekeping asam keping
  • Cili api

Cara-caranya: 

Lumur ikan dengan garam dan lada sulah. 
Stim ikan bersama dengan bawang putih, halia dan cili api.

Untuk kuah: 
  • Tumis bawang putih bersama bawang merah (minyak sikit jer) sampai garing dan wangi.
  • Masukkan kicap, asam keping and cili api. 
  • Tambah sedikit air (dalam setengah cawan), perasakan masin, masam dan manisnya.
  • Biarkan mereneh dalam 5 minit.
  • Bila dah siap, tuang kuah ke atas ikan.
Then siap, ready untuk dimakan bersama nasik panas-panas 😋

PROMOSI FLOWER TEA CAKE

#healthyfood
Share:

Sunday, 4 March 2018

PECAL SEGERA


Dipanggil pecal segera kerana kuahnya tak perlu susah payah sediakan di dapur. Beli siap online sahaja. Mudah dan senang. Hanya perlu masukkan air panas. Mahu likat atau cair terpulang pada selera masing-masing. Mudah kan?

Bahan-bahan yang lain pula as usual hanya perlu celurkan sahaja. Kecuali tempeh dan tauhu saya masukkan dalam air fryer. Tak perlu minyak. Senang, pantas dan lebih sihat, insyaAllah.


Sesiapa yang ingin mendapatkan kuah pecal segera ini boleh hubungi Puan Sofea di talian 017 6178303. Saya tak jual. Saya hanya pengguna sahaja kerana peminat pecal 🙂

Share:

Sunday, 18 February 2018

HONEY CHICKEN GRILL


Honey chicken grill atau bahasa Melayu nya ayam panggang bermadu. Saya guna resepi tersangat simple tapi hasil tetap memuaskan. Yang penting menu sihat. 


Here the recipes:
  • Dada ayam
  • Bawang putih 2 ulas
  • Halia dalam seinchi setengah
  • Lada hitam, garam dan madu secukup rasa.

Tumbuk bawang putih dan halia. Campur dengan lada hitam, garam serta madu mengikut citarasa masing-masing. Lumur ke dada ayam. Perap dalam sejam (actually saya tak perap pun 😀), and akhirnya grill.

Dah masak hiris cantik-cantik. Boleh di makan dengan salad atau dengan roti pita. Yummeh 😉

PROMOSI FLOWER TEA CAKE

#MrsZhengcook
#Ayammadu
#Ayamgrill


Share:

PROMOSI CHINESE NEW YEAR


Rugi jika tak rebut peluang. Di bawah merupakan list puerh tea yang sedang dalam promosi sekarang, Diingatkan promosi sehingga 28 Februari sahaja. Whatspp kami di talian 018 3581121 untuk pembelian.


Harga asal Puerh Tea Cake 357g ini RM133. Now sempena CNY RM108 sahaja. And FREE postage.


Buy One FREE One untuk puerh tea in packet ini. Hanya RM60. Jimat sangat! Berbaloi!


Begitu juga dengan Puerh Tea with Jasmine petals ini. Beli sepeket, dapat FREE sepeket lagi puerh tea jasmine. Sangat berbaloi bagi anda yang gemarkan aroma tea jasmine.


Whataspp kami di talian: 018 358 1121.

#TeaZheng
#Puerhtea
Share:

Wednesday, 14 February 2018

CHINESE NEW YEAR PROMOTION!!!


We having a promotion now. Grab this opportunity to get such a super cheaper price than usual.


Original price of puerh green tea cake above (357g) is RM133. Now, for CNY you need to pay only RM 108 and it's FREE postage including Sabah and Sarawak. Super saving for a better health! Hurry up and contact us at www.wasap.my/60183581121/TeaZheng. (018 3581121).

Besides puerh green tea cake, we also have promotion for this Flower Tea Cake. It's puerh green tea mixed with Rose bud. 

Flowertea cake

Original price is RM120 excluding postage. Now with CNY promotion the price only RM88 and FREE postage. Again, super duper jimat kan?? Comes with cute box too. Sangat sesuai untuk dijadikan hadiah. 


Promotion ends by 25th February 2015.

#TeaZheng
#Puerhtea
#Flowerteacake

Share:

Ingin lebih jelas whatsapp ajer terus..

Contact Us!

Contact Us!

HALAL FROM YUNNAN

HALAL FROM YUNNAN

Featured Post

SIMTOM LEPAS RAYA - LEGAKAN DENGAN PUERH TEA TEAZHENG

Mesti ada yang mengalami seperti gambar di atas kan? Semuanya gara-gara pemakanan. Pemakanan yang tidak terjaga dan tidak teratur sepanjang ...

About Me

My photo
I am puerh tea addict! You may ask me about puerh tea via 018 3581121.
Powered by Blogger.

PROMOTION

Total Pageviews

Definition List

Definition List

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

Ordered List

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support