We bring you the best puerh tea from Yunnan. Contact us: 018 358 1121.

Tuesday, 7 May 2019

PELBAGAI PRODUK SEMULAJADI DI KEDAI TEH CINA MUSLIM, TEAZHENG.


Memang benar our main product di TeaZheng adalah puerh tea. Tapi puerh tea bukan satu-satunya produk kami. TeaZheng juga membekalkan pelbagai produk semulajadi dan asli dari Yunnan yang lain. Antara produk kami adalah seperti di bawah:


ROSEBUD TEA


Bunga rose kami asli serta organik dari Yunnan. Sebotol hanya RM20 (50g). Info lanjut mengenai rosebud by TeaZheng tea termasuk cara pembelian boleh klik di sini.


CHRYSANTHEMUM TEA



Selain rosebud, bunga chrysanthemum atau bunga kekwa ini juga menjadi antara produk hot selling di kedai kami. Sangat sesuai diminum ketika cuaca panas untuk menyejukkan badan. Sebotol hanya RM20 (40g). Info lanjut termasuk cara bancuhan dan pembelian boleh klik di sini.


GOJI BERRY



Goji berry sememangnya diketahui umum sebagai buah yang tinggi khasiat ke atas tubuh badan. Di TeaZheng, kami bawakan goji berry yang segar serta premium gred. Size goji berry yang kami bekalkan lebih besar dari yang biasa kelihatan di pasaran, kualiti memuaskan serta organik. Info lanjut mengenai goji berry by TeaZheng boleh klik di sini.


FRESH YUNNAN WALNUT




Walnut segar dari Yunnan juga kami bekalkan. Terdapat dua kategori. Walnut yang masih tidak dikopek (seperti gambar di atas) berharga RM70 untuk sekilo. Bagi walnut yang telah dikopek (gambar bawah), berharga RM30 sepeket (250g).

Walnut: 250g, RM30
Kami jamin walnut kami segar dan sangat sedap. Apatah lagi apabila dicicah dengan madu Yunnan. Untuk tempahan walnut, boleh klik di sini.


RED DATES (GRED PREMIUM)


Kami juga ada membekalkan chinese red dates atau kurma merah gred premium untuk para pelanggan TeaZheng. Size red dates kami jauh lebih besar dan padat. Enak dimakan begitu saja tanpa perlu direbus sebagaimana kurma merah yang lain. Sepeket red dates hanya berharga RM20 untuk 200g. Selain enak dimakan terus, red dates juga boleh dinikmati bersama dengan oat (dihiris kecil) atau boleh juga direndam di dalam puerh tea. Berminat dengan chinese red dates keluaran TeaZheng boleh klik di sini.


MADU YUNNAN


Rasa madu Yunnan sangat berbeza dari madu-madu lain (contoh: kelulut, Tualang dan sebagainya). Madu Yunnan kurang manis tapi rasa lebih berlemak. Ini diakui oleh ramai pengunjung yang telah datang ke kedai kami dan merasai sendiri keenakan madu Yunnan. Majority memberi feedback madu Yunnan sangat sedap dan enak. Terdapat dua size botol madu yunnan. Saiz besar berharga RM150 (750g), manakala saiz kecil berharga RM35 (155g). Untuk info lanjut mengenai madu Yunnan, klik di sini.


FRUITS TEA



Fruits tea adalah gabungan buah-buahan yang telah dikeringkan. Semestinya tinggi khasiat vitamin dan serat. Fruits tea sesuai dijadikan minuman sejuk atau dicampur ke dalam puerh tea. Info lanjut mengenai Yunnan Fruits Tea klik link ini. 

YUNNAN CHILI OIL (SAMBAL YUNNAN)


Yunnan Chili Oil merupakan antara produk terlaris kami. Yunnan Chili Oil juga dikenali sebagai Sambal Yunnan merupakan makanan pelengkap sajian dalam menu harian anda. Yunnan Chili Oil juga merupakan produk homemade. Boleh dimakan dalam pelbagai masakan atau juadah. Semestinya sedap, mudah dan halal! Info lanjut mengenai Yunnan Chili Oil termasuk cara pembelian, tekan di sini.

CHINESE HERBS (UNTUK MASAKAN)




Di TeaZheng juga ada membekalkan chinese herbs khas untuk masakan. Ada dua jenis herba iaitu Sichuan peppercorn yang sememangnya ramuan terkenal dalam pelbagai jenis masakan cina tanah besar dan juga Caoguo yang sangat enak diletak dalam aneka jenis sup (sup ayam, ikan, daging). Bagi anda yang gemar memasak makanan chinese food, dua jenis herba masakan ini adalah ramuan wajib perlu anda ada. Harga bagi sepeket Sichuan peppercorn hanya RM15 sahaja (100g), manakala herba Caoguo berharga RM10 sepeket (100g). Untuk membuat pesanan tekan di sini. 


MEE SEJUK YUNNAN (SPECIAL MENU BY PRE ORDER).


Mee Sejuk Yunnan merupakan menu special kami dan sememangnya digemari ramai. Tak kira muda atau tua. Menu ini memang lain dari yang lain. Menggunakan resepi asli dari Yunnan. Bagi penggemar chinese food wajib rasa menu istimewa kami ini. Info lanjut mengenai mee sejuk Yunnan, klik di sini.

Jika anda berminat dengan produk kami, jangan segan-segan untuk berkunjung ke kedai teh cina muslim, TeaZheng. Kami berikan yang terbaik untuk anda. Untuk anda yang berada jauh dari kami, jangan risau, kami juga ada menyediakan perkhidmatan pos menggunakan pos laju. Whatsapp kami di 018 358 1121 untuk sebarang pertanyaan.

TeaZheng
Pembekal barangan asli dari Yunnan.
Whatsapp: https://bit.ly/2OMo0JK

#kedaitehcinamuslim

Share:

Saturday, 27 April 2019

MEE SEJUK YUNNNAN (CHINESE MUSLIM FOOD)


Selain dari puerh tea dan pelbagai produk semulajadi Yunnan yang lain, kami di TeaZheng juga ada menyediakan menu atau masakan Yunnan yang dipanggil Mee Sejuk Yunnan. Mee sejuk Yunnan adalah sejenis makanan cina muslim yang berasal dari daerah Yunnan, China. Semestinya halal! Di sini (Bangi Avenue, Kajang), mee sejuk yunnan dihasilkan secara homemade dan dijual melalui pre order. Sebagaimana namanya, mee sejuk Yunnan sememangnya dimakan sejuk-sejuk (suhu chiller, bukan freezer). Tidak perlu dipanaskan. Di bawah ini adalah gambar mee sejuk Yunnan. 

Mee Sejuk Yunnan Ayam dan Daging
Mee Sejuk Yunnan terbahagi kepada dua iaitu mee sejuk ayam dan mee sejuk daging. Mee sejuk ayam berharga RM11/pax, manakala mee sejuk daging berharga RM16/pax. Kedua-duanya dimakan bersama dengan dua jenis sos iaitu sos kicap masin dan sos masam manis yang dihasilkan dari resepi tersendiri. Selain dua jenis sos ini, mee sejuk Yunnan juga dimakan sekali dengan Yunnan Chili Oil.

Untuk menghasilkan mee sejuk yunnan, terdapat ramuan khas yang menggunakan herba-herba dari Yunnan. Herba-herba ini lah yang menjadikan menu ini mempunyai rasa yang unik (yang mungkin belum pernah anda rasai pada masakan lain) selain dari mee itu sendiri dimakan sejuk.

Mee Sejuk yang dimakan bersama dua jenis sos dan Yunnan Chili Oil.

SAMBUTAN MEE SEJUK YUNNAN

 

Mee Sejuk Yunnan telah lama kami hasilkan dan alhamdulillah mendapat sambutan yang amat menggalakkan terutamanya peminat chinese food. Ramai yang jatuh cinta dengan keenakan serta keunikan rasa mee sejuk Yunnan walaupun baru pertama kali mencuba. Rata-rata yang telah mencuba mee sejuk Yunnan pasti akan repeat order. Malah berkali-kali repeat order. Bukan setakat di Bangi Avenue, Kajang, mee sejuk Yunnan juga mendapat sambutan dari negeri lain seperti Terengganu, Kelantan dan Pahang. 


Untuk penghantaran jarak jauh, cooler box diperlukan untuk mengekalkan suhu mee sejuk dalam keadaan tetap sejuk. InsyaAllah, perjalanan selama 8 jam masih berjaya mengekalkan rasa asli mee sejuk Yunnan. 

Runner datang pickup mee sejuk Yunnan untuk penghantaran ke Kelantan.

APA KATA MEREKA?

Lain orang lain citarasa. Mee sejuk Yunnan sangat berbeza dengan mee tarik, mee sup, soto atau sebarang mee yang pernah anda rasa. Anda perlu menilai dengan merasai sendiri keenakan mee sejuk Yunnan. Video di bawah adalah feedback dari peminat mee sejuk bagi yang pernah merasainya. Anda bolehlah menilai sendiri.






BAGAIMANA HENDAK MENDAPATKAN MEE SEJUK YUNNAN?


Whatsapp kami dengan menekan icon di bawah:


Tempahan anda akan kami siapkan mengikut masa dan hari yang anda boleh self pickup di kedai kami iaitu Kedai Teh Cina Muslim, TeaZheng yang berlokasi di Bangi Avenue, Kajang (sederet Hong Leong Bank). Tiada mininum order dari kami. 😊


Kedai Teh Cina Muslim, TeaZheng
Whatsapp: 018 358 1121
Whatsapp: 018 358 1121
Whatsapp: 018 358 1121

Untuk tempahan!


#meesejukyunnan
#chinesemuslimfood
#cookingwithmrzheng

Share:

Tuesday, 16 April 2019

PERNIAGAAN DAN PENGHASILAN TEH


Hari ini pelajar UPM seramai 4 orang dari course Degree in Agribusiness Accounting berkunjung ke kedai teh kami. Datang dengan niat untuk mengetahui selok belok teh memandangkan ada tugasan atau projek berkaitan teh yang perlu disiapkan. 

Rancak juga kami bersembang. Kami tidak keberatan berkongsi maklumat dan ilmu pengetahuan mengenai teh atau spesifik lagi mengenai teh puerh berdasarkan apa yang kami tahu. Ini termasuk penanaman, tuaian, processing, packing dan sebagainya. 

Selesai berbincang mengenai teh

Kami sampaikan apa yang kami mampu. Memang itu niat kami dalam bisnes puerh tea ini. Kami bukan bersaing dengan pelbagai jenama teh di pasaran. Tapi kami ingin melihat orang kita (Melayu khususnya) lebih faham dengan lebih mendalam mengenai chinese tea yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian dan terbukti secara saintifik bagus untuk kesihatan. 


Kami ingin memberi penekanan bahawa teh lebih nyaman dan sedap diminum tanpa gula mahupun susu, asalkan anda memilih teh yang tepat.

Dengan puerh tea masing-masing
Terima kasih buat Ezzati and friends kerana sudi jadikan TeaZheng sebagai salah satu tempat rujukan dalam penghasilan projek teh berkumpulan yang akan datang.

Buat anda yang di luar sana ingin dapatkan info mengenai teh puerh, dijemput berkunjung ke kedai teh cina muslim, TeaZheng di Bangi Avenue, Kajang. Whatsapp kami untuk temujanji. Kita boleh berbincang sambil minum teh.

Whatsapp untuk temujanji di www.wasap.my/60183581121/temujanji

#TeaZheng
#puerhtea
Share:

Thursday, 4 April 2019

KEDAI TEH CINA MUSLIM PUERH TEA


Tetamu hari ini. Beliau memang berhasrat nak cari green tea. Kemudian hasratnya itu diketahui oleh chinese bos tempat beliau kerja. His bos rekeman puerh tea instead of normal green tea. 

"Puerh tea lebih bagus dari green tea" (kata bos beliau, bukan saya yanga kata 😁).

Kemudian beliau pun buat sedikit carian di internet mengenai puerh tea. Lebih specifik lagi muslim puerh tea. Maka ketemu lah kami...Puerh Tea by TeaZheng. Yer, kami satu-satunya kedai teh  cina traditional muslim. Dan bertemulah kita hari ini. Sama-sama berkongsi rezeki. Alhamdulillahh.

Banyak jenis teh yang beliau cuba hari ni. Puerh tea in can, puerh red tea, puerh tea gred A3, puerh tea gred A1.

Akhirnya puerh tea gred A1 yang beliau pilih untuk dibawa balik. Sekali dengan bunga chrysanthemum serta Yunnan Chili Oil.

Terima kasih banyak-banyak Tuan Shahir dan isteri dari Dengkil sudi berkunjung ke kedai teh kami dan berkongsi cerita bagaimana boleh terdetik nak cari puerh tea ni. TQ sekali lagi.

Sheriffa
Pembekal teh puerh asli dari Yunnan
018 3581121

#puerhtea
#TeaZheng
#kedaitehcinamuslim
#PelangganTeaZheng

Share:

Tuesday, 15 January 2019

KEDAI TEH CINA MUSLIM


Konsep kedai teh cina traditional yang kami bawakan ini mungkin asing atau sedikit “weird” bagi pelanggan Melayu. Wajah-wajah weird itu tak boleh disembunyikan. Kami boleh nampak. Apatah lagi apabila soalan diajukan. Hahahhaa…
.
.

Takper, tak marah pun. Normal lah tu sebab kita tak biasa. Ini dinamakan perbezaan budaya. Macam saya, sebelum kawen lagi pun dah pernah cuba-cuba masuk kedai Chinese tea yang ada sekitar KL ni (traditional yer..bukan yang moden). Dah nampak dari dulu dah konsep kedai teh cina traditional ni. So, tak rasa pelik lah bila dah biasa. Mungkin ini yang dipanggil “Law of Attraction”. Suka sangat masuk kedai teh cina dulu sambil menggelamun, alih-alih Allah bagi rezeki bukak kedai sendiri sebiji. Alhamdulillahhh.
.
.
Rata-rata ramai ingat kami bukak cafe. Ada yang ingat kami bukak kedai makan. Ramai juga yang pelik dan bertanya kenapa kami sediakan teh free. Ada jugak yang cadangkan kami charge harga untuk minum-minum di sini. Ada yang siap nak bayar.
.
.
Actually, TeaZheng bukan kedai teh cina pertama yang sediakan teh free. Seperti yang dikatakan tadi, konsep kedai teh cina traditional memang begini. Korang jer yang tak pernah masuk sebelum ni. So, tak payah pelik sangat lah. Terima sahaja berbezaan konsep dan budaya. Kalau ada satu budaya sahaja atas muka bumi ini, tak ke boring.
.
.
Dah tu macam mana nak jana income kalau bagi free??? (Tanya si polan)
.
.
Adalah tu kami cedok kut lain. Tak payah lah susah-susah pikir. Ater banyok benor masa korang duk pikir hal bisnes kami. Aku tak berhutang dengan korang pun mujur dah tu.
.
.
Korang niiii.. Bagi free pun salah. Karang aku cas 50 hengget secawan baru padan muker…😝
Share:

Monday, 10 December 2018

MINUM TEH HIJAU PUERH DENGAN KAMI



Terima kasih adik-adik KUIS singgah minum puerh tea di TeaZheng, Bangi Avenue
Baik-baik dan sopan santun orangnya.
Minum secara percuma sahaja. Kami tak charge. Erti kata lain It's FREE.

Buat anda yang teringin nak rasa puerh tea kami secara percuma, boleh datang ke kedai kami di Bangi Avenue, Kajang (sederet Hong Leong Bank). 
Kita boleh sembang santai sambil minum teh. Jika ada sebarang bisnes yang nak diperkenalkan kepada kami pun, dialu-alukan. Kita sama-sama bernetworking jika tertulis rezeki. 

Kedai beroperasi dari 10 pagi hingga 6 petang.
Setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Inginkan lokasi kami boleh whatsapp  di https://buff.ly/2RIhK2p
Pelbagai jenis puerh tea boleh dinikmati di TeaZheng.



Share:

Friday, 30 November 2018

SUSU BADAN MAKIN BERTAMBAH!


Susu badan akan berkurang ke jika minum puerh tea ketika menyusu? Bahaya ke minum tika menyusu or dalam dalam pantang? Effect baby ke?

Jangan buat andaian sendiri wahai ibu-ibu sekalian. Andaian-andaian yang anda reka itu tiada mengena langsung dengan amalan minum puerh tea ketika berpantang mahupun menyusu. Kenapa perlu diada-adakan benda yang tiada? Jangan susahkan benda yang senang.

Puerh tea tidak mengganggu susu badan. Susu badan tidak berkurang serta tiada side effect ke atas bayi anda. Malah dari feedback yang kami terima sebelum ini, ramai yang menyatakan susu badan makin bertambah, badan makin segar ketika berpantang serta bayi tidak mengalami sembelit jika amalkan minum puerh tea.

Jika anda kurang yakin, mungkin feedback dari Puan Dzureena dari Kelantan ini boleh dijadikan panduan. Kata beliau, susu badan sentiasa banyak. Malah usia anak sudah 2 tahun lebih pun susu masih banyak. Beliau amalkan puerh tea sudah 3 tahun.

Ini bukan feedback pertama kali yer. Sudah ramai customer TeaZheng puerh tea yang bagi feedback berkaitan susu badan.

Sekali lagi..jangan bimbang ibu-ibu sekalian, puerh tea tidak mengganggu susu badan dan juga baby anda. InsyaAllah dengan izinNya. 😊

Sheriffa.
Pembekal puerh tea by TeaZheng
018 3581121

Share:

Tuesday, 27 November 2018

Tempat Mengeteh.


Memang target kami menjadikan outlet TeaZheng kami ini sebagai tempat "mengeteh" serta bernetworking bagi pengamal bisnes. Tak kira bisnes apa pun, asalkan patuh syariah dan tidak melanggar undang-undang, kami sedia menerima kunjungan anda untuk bernetworking. 

Sambil bernetworking sambil minum puerh tea. Usah risau, tak perlu bayar pun. Dalam erti kata lain ianya FREE. Free untuk setakat minum-minum. Jika nak tapau, kenalah ada akad jual beli. Hehe

Bukan orang bisnes boleh datang tak? Semestinya boleh juga. Kami tak pilih kasih. Dipersilakan berkunjung juga. 

Ustaz Othman dan Isteri tekun mendengar penerangan dari Dealer Onexox, Tuan Shahrizan. Kami di TeaZheng sentiasa bersedia menyediakan puerh tea.


Ustaz Othman sememangnya penggemar Chinese Puerh Tea. Regular customer kami. Sebelum pulang sempat tapau sekotak rose flowertea cake dan sepeket tuocha. Special punya siap dapat yang dalam cute chinese can. Itulah kelebihan jika datang ke kedai. Beli online mungkin tak dapat. 😃

Namun sebenarnya, outlet kami masih belum siap sepenuhnya. Masih dalam proses "pembikinan". Ada banyak lagi yang cuba kami ketengahkan. Step by step insyaAllah. Jika nak datang buat masa ini, pastikan anda whatspp kami dulu. By appoinment lah kiranya. InsyaAllah masa boleh diaturkan. Whatsapp kami di talian www.wasap.my/60183581121/appointment

Terima kasih 

Sheriffa
Pembekal Teh Puerh
TeaZheng Co-Founder

#TeaZheng
#Originalfromyunnan
#puerhtea

Share:

Friday, 23 November 2018

Our first customer




Alhamdulillah….. Pada Maulidurrasul yang lepas bersamaan 20 November 2018, our first customer came to our shop. Kami sungguh berbesar hati walaupun kedai kami belum siap sepenuhnya dan belum officially launch.

Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.
Tambahan pulak sebelum ni dah biasa membeli puerh tea via online.
Regular customer lah kiranya. Bila tahu kami bukak kedai, sanggup datang dari Seremban satu family.
Datang semata-mata nak tengok kedai kami and beli puerh tea.
Ambik peluang hari cuti.
Terima kasih banyak-banyak kami ucapkan.

Kami tanya kenapa repeat order puerh tea ni?
Jawab si suami sebab dah boleh elak air manis. Sekarang dalam sebulan, sekali dua je minum air manis.
Kencing manis dari bacaan 15 dah turun ke 9 and kadang-kadang 8.
Badan pun rasa lain..lebih segar.

Syukur Alhamdulillah…

Terima kasih sekali lagi buat Puan Karimah and famili. Kami doakan kesihatan puan sekeluarga bertambah baik hendakNya. Aamiin

Sheriffa
Pembekal puerh tea,
Original dari Yunnan.

018 358 1121

#alhamdulilllah #firstguest
#TeaZheng #BangiAvenue #puerhtea
#tehcina #kamijualtehyunnan
Share:

Monday, 5 November 2018

BERJAYA KURUS DENGAN AMALAN PUERH GREEN TEA

Puerh green tea sememangnya terbukti sebagai teh yang membantu dalam penurunan berat badan.  Fakta ini disokong oleh pelbagai kajian yang telah dan sedang dijalankan ke atas puerh tea dari pelbagai Universiti di Yunnan mahupun negara-negara barat (klik di sini untuk mengetahu kajian yang telah dijalankan ke atas puerh tea). 

Apabila anda minum puerh tea setengah jam selepas makan, puerh tea akan membantu badan memetabolismekan lemak yang telah dimakan. Selain itu, puerh tea juga membantu meningkatkan proses pencernaan makanan. Ini sekaligus membantu dalam menangani masalah sembelit. Amalan minum puerh tea bersama dengan pemakanan yang sihat serta senaman yang konsisten pasti akan membuahkan hasil yang diinginkan.

Berikut merupakan antara testimoni pelanggan kami yang telah berjaya menurunkan berat badan dengan amalan minum puerh tea.




BAGAIMANAKAH PUERH TEA MEMBANTU MENGURANGKAN BERAT BADAN?

Kajian yang telah dijalankan ke atas puerh tea menunjukkan puerh tea secara signifikan menghalang sistesis asid lemak (FAS). Secara umumnya puerh tea menyekat tubuh anda daripada menghasilkan lebih banyak lemak. Proses lipogenesis (pembentukan lemak oleh hati) menjadi lemah dengan amalan minum puerh tea. 



Selain itu juga, kafein yang terdapat dalam puerh tea memicu tubuh untuk mengeluarkan hormon epinefrin dan norepinephrine yang meningkatkan pergerakan asid lemak yang tersimpan dalam sel-sel lemak. Ini menyebabkan badan anda berupaya menggunakan asid lemak yang tersimpan sebagai tenaga (lemak tidak tersimpan di perut dan sebagainya). Akhir sekali, puerh tea telah terbukti secara klinikal untuk meningkatkan lipase sensitif hormon sel (HSL) uang berkesan menghalang pengumpulan lemak viseral.










Nota: Kesemua testimoni kami adalah benar dan diterhasil dari pengguna puerh tea by TeaZheng sahaja.

Whatsapp kami dengan menekan link ini: http://bit.ly/2OlJnw1 

#TeaZheng
#Puerhtea
Share:

Thursday, 1 November 2018

CAULI RICE WITH BALSAMIC SALMON


Resepi ringkas tapi tetap menyelerakan. Resepi sihat khas untuk ada yang mementingkan kesihatan. Macam biasa... Kuantiti agak-agak sendiri lah yer. 😃


Bahan-bahan untuk caulirice.

Cauliflower - Basuh and keringkan. Kemudian grind guna food processor.
Bawang holland, carrot, cendawan butang (tak letak sebab takde stok), capsicum - potong dadu atau cincang.

  • Cara-cara:
  • Panaskan sedikit minyak.
  • Tumiskan bawang holland sampai naik bau.
  • Kemudian masukkan bahan cincang sehingga sedikit layu.
  • Kemudian masukkan cauliflower yang telah digrind tadi.
  • Goreng sekejap like nasi goreng and angkat.
Bahan-bahan untuk Balsamic Salmon.
  • Salmon
  • Balsamic Vinegar*
  • Honey*
  • Olive oil*
  • Salt & black pepper*
  • Chili flakes*
  • Halia cincang*
  • Mixed herbs*
Campur semua bahan yang bertanda * dalam plastik ziplock. Kacau-kacau.
Marinade bahan tadi dengan salmon (letak jer salmon dalam plastik tu).
Marinade dalam setengah jam dan grill. Siap!

Ready dimakan bersama caulirice tadi. Hias dengan tomato atau salad. Senang kan! Dan semestinya sedap! 😃

#MrsZhengcook

Share:

Ingin lebih jelas whatsapp ajer terus..

Contact Us!

Contact Us!

HALAL FROM YUNNAN

HALAL FROM YUNNAN

Featured Post

SIMTOM LEPAS RAYA - LEGAKAN DENGAN PUERH TEA TEAZHENG

Mesti ada yang mengalami seperti gambar di atas kan? Semuanya gara-gara pemakanan. Pemakanan yang tidak terjaga dan tidak teratur sepanjang ...

About Me

My photo
I am puerh tea addict! You may ask me about puerh tea via 018 3581121.
Powered by Blogger.

PROMOTION

Total Pageviews

Definition List

Definition List

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

Ordered List

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support