We bring you the best puerh tea from Yunnan. Contact us: 018 358 1121.

Wednesday, 28 October 2020

PUERH TEA BERBALOI DIMILIKI


Apakah anda rasa puerh tea di atas mahal? Fikirkan kembali.
Dengan hanya RM185 untuk penggunaan 7 bulan, anda hanya berbelanja kurang lebih 80 sen sahaja sehari untuk amalkan puerh tea. Yer, tak sampai seringgit pun sehari.
Mahal ke 80 sen tu untuk segelas tea yang berkhasiat?
Ada tak boba tea yang harga seringgit?? Paling kurang 5 ringgit. Kalau yang ada brand cecah 7,8 ringgit segelas. Okey, tak payah boba tea lah, teh ais yang duk order hari-hari tu ada yang harga seringgit sekarang? Takde punya.
80 sen puerh tea sehari tu bukan untuk segelas tau. Untuk banyak gelas. Katakan anda minum 3 kali sehari, makanya segelas hanya 0.27 sen sahaja.
Siapa yang kata puerh tea ni mahal, baik pikir balik dalam-dalam. Ambik calculator, buat kira-kira sendiri. Sebenarnya orang yang boleh minum boba tea 3,4 kali seminggu ni adalah orang berduit. Orang kaya. Hanya stop bila dah terkena kencing manis. Time tu baru cari puerh tea.

Daun teh puerh asli tanpa sebarang aditif


Anda nak rasa atau nak tahu lebih lanjut mengenai puerh tea by TeaZheng? Tekan whatsapp link di bawah:


Atau jika ingin terus membuat pembelian secara atas talian, klik DI SINI.

TeaZheng
Kedai Teh Cina Muslim
Bangi Avenue.


Share:

Thursday, 15 October 2020

BUNGA DARI POKOK TEH PUERH (CAMILLIA SINENSIS)

Mungkin ada yang belum tahu bahawa pokok teh (Camillia Sinensis) ada bunga tersendiri terutamanya pokok yang sudah besar dan berusia ratusan tahun. Bunganya berwarna kuning dan ada kelopak berwarna putih seperti gambar di bawah.


Biji bunga sebelum berkembang
                                                     
Walau bagaimanapun, bunga pokok teh puerh tidak berbau wangi seperti bunga jasmine atau rose. Efek baunya tidak terlalu ketara dan hampir tiada bau. Malah, bau daun teh itu sendiri lebih mendominasi berbanding bau bunga pokok teh.

Dalam stok kami di TeaZheng, puerh tea Yitangchunqiu adalah satu-satunya puerh tea yang dicampur dengan bunga pokok teh Camillia Sinensis ini. Yitangchunqiu memang ramai peminat kerana calming effect nya setara dengan Xigui puerh tea menurut pendapat ramai peminat puerh tea.


Puerh tea Yitangchunqui berbaloi dimiliki kerana selain rasanya yang sedap, mudah lerai dan tahan lama, Yitangchunqui juga bermanfaat untuk kesihatan dalam mencegah penyakit kardiovaskular seperti darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi.

Jika anda ingin membuat pesanan Puerh tea Yitangchunqiu, boleh terus klik di sini.

Namun jika anda ada sebarang kemusykilan dan pertanyaan, jangan segan-segan whatsapp kami dahulu dengan menekan link whatsapp ini: https://bit.ly/3kbgFib

Share:

Monday, 20 July 2020

KENAPA PUERH TEA?




Ada pelbagai jenis chinese tea di pasaran.
Ada Oolong tea, Teaguanying tea, Darjeeling tea dan semestinya Puerh tea.
Dari segi khasiat, rata-rata kesemua chinese tea mempunyai fungsi yang sama iaitu membantu menurunkan berat badan, mengawal gula dalam darah (diabetes), membantu menurunkan tekanan darah (blood pressure), mengurangkan migrain, menurunkan kolesterol serta baik untuk kesihatan kulit.

Namun dalam banyak-banyak chinese tea ini, puerh tea mendahului "carta" dalam membantu menurunkan berat badan. Anda boleh google atau selidik sendiri kelebihan puerh tea, pasti fungsi utama lebih tertumpu dalam pengawalan berat badan, selain daripada fungsi lain yang telah saya nyatakan di atas.

Inilah antara faktor kenapa saya memilih puerh tea.
Walau bagaimanapun, ini bukanlah satu-satunya faktor yang menyebabkan saya memilih puerh tea. Selain kesannya ke atas penurunan berat badan, saya tidak boleh nafikan dan memang saya akui rasa dan aroma puerh tea sangat sedap berbanding chinese tea yang lain.
Ini juga merupakan faktor utama saya memilih puerh tea sebagai minuman harian.

Bagi saya, selain kita inginkan khasiat tea, semestinya tea yang kita jadikan minuman harian boleh memberi kedamaian serta ketenangan saat tea di hirup.
Barulah seronok untuk dinikmati hari-hari
Dan saya memperolehinya hanya dengan TeaZheng Puerh Tea.
Alhamdulillah 😊

TeaZheng
Kedai Teh Cina Muslim
Bangi Avenue, Kajang.

Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai puerh tea, boleh terus whatsapp kami dengan menekan link di bawah:


#TeaZheng
#Puerhtea
Share:

Saturday, 20 June 2020

MINUM PUERH TEA DAN RASAI KETENANGAN


Kenapa minum tea especially puerh tea sering dikaitkan dengan ketenangan? Terasa lapang dan relax selepas menikmati secawan puerh tea?

Jawapannya ialah puerh tea tinggi kandungan Theanine, substance yang bertanggungjawab terhadap relaxation mood.Theanine akan meningkatkan rangsangan otak terhadap gamma amino butyric acid, suatu neurotransmitter yang memberikan ketenangan.

Bukan itu sahaja, Theanine juga memberi kesan ke atas serotonin, neurotransmitter penting untuk meningkatkan mood.

Inilah sebabnya minum puerh tea memberi ketenangan. Oleh itu, jika anda dalam keadaan serabut dan jiwa kacau, cuba tarik nafas dalam-dalam sambil menikmati secawan puerh tea. InsyaAllah, akan lebih tenang.

Apa yang anda perlukan adalah memilih tea terbaik yang tinggi kandungan Theanine.


Ingin mendapatkan info lanjut mengenai teh puerh by TeaZheng, tekan whatsapp link di bawah:



TeaZheng
Pembekal Teh Puerh Asli dari Yunnan
018 358 1121



Share:

Thursday, 14 May 2020

PROMOSI RAYA PUERH GREEN TEA CAKE

Ramai yang tanya TeaZheng ada promosi tak sempena Aidilfitri ini? Semestinya ada, namun lebih kepada harga pengenalan sebab puerh tea ini merupakan stok terbaru dalam koleksi kami. Walaupun stok baru, dah ramai yang beli dan cuba terutamanya pelanggan setia TeaZheng. Cuma kami tidak war-warkan secara terbuka. Sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, kami ambil kesempatan ini untuk "launch"our new tea collection berserta dengan harga pengenalan yang jauh lebih jimat.


Gambar di atas merupakan puerh tea tersebut. Puerh tea ini di beri nama Bu Lan Chi Mi. Antara ciri-ciri Bu Lan Chi Mi adalah:

  • Kategori puerh green tea cake (berat: 357g)
  • Penggunaan dalam 6 - 7 bulan.
  • Mudah dileraikan.
  • Rasa teh quite strong dengan smokey taste tapi relaxing.
  • Khasiat teh sama dengan puerh yang lain. Boleh baca di sini.
  • Sesuai dijadikan minuman harian.

Harga asal: RM140
Harga pengenalan/promosi: RM100 sahaja.


Promosi berakhir pada 1 Syawal ini.

Video di bawah boleh dijadikan panduan cara bancuh puerh tea dan juga close up puerh tea Bu Lan Chi Mi.


Jika anda berminat mendapatkan harga pengenalan puerh tea cake ini, terus klik whatsapp link di bawah:


#kedaitehcinamuslim
#TeaZheng

Share:

Friday, 6 March 2020

KELEBIHAN LAVENDER TEA


Kebanyakan pelanggan TeaZheng menggemari bunga lavender kerana ingin mengatasi masalah sukar tidur dan stress. Ini antara dua sebab utama. Namun bunga lavender mempunyai banyak lagi kelebihan lain. Berikut merupakan ringkasan manfaat atau khasiat lavender tea ke atas tubuh badan:
  • Meningkatkan kekebalan Tubuh.
  • Dapat menjaga kesihatan jantung.
  • Bermanfaat untuk kesihatan pencernaan
  • Meredakan kekejangan otot.
  • Mengubati insonmia yang membuatkan kita lebih relaks
  • Juga berfungsi sebagai detox tubuh.
  • Sebagai anti keradangan
  • Meningkat kesihatan saluran pernafasan.
  • Meredakan sakit kepala.
  • Memperbaiki sel-sel kulit yang rosak/mati.
Bunga lavender yang TeaZheng bekalkan adalah organik dan bebas pengawet serta pewarna tambahan. Sesuai di jadikan minuman harian. Boleh diminum bersama puerh tea atau tanpa puerh tea. 

Sebotol hanya RM20 sahaja (55g)

Untuk membuat pesanan atau mendapatkan info lanjut mengenai bunga lavender, boleh klik link whatsapp di bawah:



#kedaitehcinamuslim
#lavender
#TeaZheng

Share:

Friday, 28 February 2020

KELEBIHAN HALIA DIMINUM BERSAMA TEH PUERH



Halia well known mujarab untuk buang lebihan angin tersekat dalam badan. Puerh tea pun ada fungsi yang sama. Gabungan dua elemen ini memang extra booster untuk badan terutamanya untuk buang angin badan. Sangat bagus untuk anda yang selalu lemau atau kurang tenaga kerana masalah angin.
Antara ringkasan kelebihan halia selain untuk buang angin adalah:
  • Mengurangkan keradangan - bagus dalam mengurangkan sakit dan bengkak bagi pengidap osteoarthritis dan rheumatoid arthritis.
  • Meleggakan loya - Sebatian aktif dalam halia bertindak sebagai ubat yang berkesan untuk melegakan loya yang berkait dengan mabuk. Dengan mengambil 1 gram halia setiap hari ia dapat membantu mengurangkan loya bagi wanita mengandung yang sering mengalami alahan "morning sickness".
  • Mengurangkan kesakitan senggugut - Mengambil halia pada sebelum tempoh haid boleh mengurangkan gejala senggugut atau dysmenorrhea dalam kalangan wanita.
  • Membantu merendahkan kolesterol - Halia membantu dalam merendahkan parasa "Low Density Lipoproteins" atau kolesterol buruk yang dikenali sebagai peningkat risiko bagi kadar sakit jantung.
  • Meningkatkan imuniti - Dapat membantu dalam mengurangkan risiko penyakit strok dengan menghapuskan lemak yang terkumpul dalam saluran arteri.
  • Membantu penghadaman - Halia menggalakkan pundi hempedu merembeskan cecair yang dikenali sebagai "bile" yang merangsang proses penghadaman. Halia juga mampu melegakan kejang perut, diarrhea dan kembung yang disebabkan oleh gastritis. 
  • Mengurangkan berat badan - Halia mampu bertindak sebagai agen pembakar lemak bagi menghapuskan lemak tepu di dalam badan. Halia juga membantu dalam proses penghadaman dan meningkatkan kadar metabolisme badan.
  • Mencegah pertumbuhan sel kanser - Kompaun di dalam halia yang dikenali sebagi 6-gingerol menjadi agen pencegah sel kanser terutamanya dalam rawatan kanser payudara dan juga kanser ovari.


Jika anda inginkan kelainan dalam sajian halia selain dari masakan, boleh tambah halia dalam puerh tea (especially puerh red tea lebih sedap tambah halia). Caranya hanya perlu letakkan sehiris atau dua hiris halia ke dalam bancuhan puerh tea. Memang segar sangat badan lepas habis segelas minum panas-panas suam. Badan terasa lebih ringan. Perut pun rasa lebih selesa. Cara begini lebih pantas dan mudah bagi anda yang inginkan kesegaran segera melalui penyediaan minuman.

Puerh tea juga mempunyai pelbagai khasiat. Antara khasiat puerh tea adalah: 
  • Bagus untuk kesihatan perut - elak kembung perut, pedih ulu hati, elak angin tersekat, senak perut, elak sembelit dan cirit-birit. Perut akan terasa lebih selesa.
  • Meningkatkan sistem ketahanan badan - payah kena demam, selsema, batuk dan serangan virus. 
  • Puerh tea membantu memecahkan sel-sel lemak dalam badan, meningkatkan metabolisme dan sekaligus membanu dalam menurunkan berat badan serta mencapai berat badan ideal.
  • Teh puerh membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah.
  • membantu menurunkan tekanan darah dan stress - memberi ketenangan (juga bagus untuk anxiety).
  • Puerh tea membantu meningkatkan aliran darah dan membantu meningkatkan peredaran darah.
  • Tinggi antioksida - bertindak membantu melambatkan proses penuaan. Teh puerh juga memberi perlindungan sinaran ultraungu yang merosakkan kulit.
  • Puerh tea membantu menghalang pembentukan dan pertumbuhan sel-sel kanser.
  • Puerh tea membantu melancarkan proses penghadaman makanan sekaligus mengatasi masalah sembelit.
  • Mengurangkan risiko stroke.
  • Bertindak sebagai "detox tea". Membantu menyingkirkan toksi dari badan.
  • Membantu melegakan sakit-sakit badan seperti sakit kepala dan lenguh-lenguh badan akibat keletihan (membantu memberi kesegaran dan tenaga kepada badan).
  • Teh puerh membantu dalam meningkatkan fungsi otak seperti kecerdasan mental dan pemikiran yang tajam.

Hanya perlu barang yang ada di dapur untuk meningkatkan kesihatan secara alami. Nak tambah halia dalam puerh green tea pun boleh juga, tapi kami lebih gemar tambah halia dalam puerh red tea. Terpulang kepada citarasa masing-masing. Untuk mendapatkan info lanjut mengenai puerh tea, mohon tekan link whatsapp di bawah:


Share:

Thursday, 6 February 2020

CORONAVIRUS DAN KETAHANAN BADAN



Coronavirus virus setakat ni memang tiada vaksin atau antidote. Walau bagaimanapun yang sudah terkena tidak semestinya "wajib" mati.


Based on komen warga maya, ada yang sangsi dan tidak percaya bila statistik menunjukkan ada mangsa yang telah sembuh. Siap kata kerajaan menipu. Kalau tiada vaksin bagaimana boleh sembuh? Mungkin inilah persoalan yang bermain di minda mereka.



Kuncinya, di sinilah sistem ketahanan badan atau immunity memainkan peranan yang sangat penting. Dalam badan kita Allah dah jadikan "askar-askar" yang sentiasa bersedia untuk melawan musuh yakni virus yang bertandang tanpa diundang. Jika ramai dan kuat serta gagah perkasa askarnya, lebih mudahlah musuh yang datang tersungkur menyerah kalah.

Sebab itulah kita selalu dinasihatkan makan makanan yang berkhasiat, lebihkah buah-buahan dan sayur-sayuran, stop junk food, bersenam, makan makanan atau minuman yang tinggi antioxida, minum teh hijau yang berkualiti tinggi dan minum air putih secukupnya dalam kehidupan harian.

Tapi bila cakap semua di atas ramai yang anggap makanan untuk orang nak kurus atau nak cantik. Kurus dan cantik itu bonus, yang lebih utama, kita sedang membina sistem ketahanan badan yang kuat so that bila musuh datang menyerang (virus) kita tak mudah rebah. Apa gunanya kurus kalau badan sentiasa dihinggapi penyakit. Apa gunanya cantik kalau hospital dan klinik dah jadi rumah nombor 2. Ada kes macam ni kann..

Bila tengok balik dan baca dari sumber chinese goverment, kebanyakkan yang mati pun adalah golongan yang sebelum ni sudah ada history dihinggapi pelbagai penyakit. Badan memang dah sedia lemah. Datang coronavirus sekali jentik ajer lah boleh tumbang. Satu lagi rakyat diorang ramai sangat. Facility tak mencukupi. Doktor dan ubat-ubatan pun terhad. Juga triggered kematian. Walau bagaimanapun, semua atas izin-Nya.

Info lanjut mengenai Kedai Teh Cina Muslim, mohon tekan whatsapp link di bawah: 


TeaZheng
Kedai Teh Cina Muslim

Share:

Friday, 10 January 2020

KESAN SEMBELIT DAN BAGAIMANA CARA MENGATASINYA


Sembelit...

Sembelit bukan sekadar memeritkan. Kesan sembelit jauh dari itu. Sembelit yang berlarutan boleh menyebabkan obesiti. Sembelit boleh melemahkan badan (kesan dari bahan buangan) yang tidak dapat dikeluarkan dari badan. Toxin yang berkumpul boleh mengakibatkan kembung perut, mencetuskan stress dan akhirnya sakit kepala. Paling ditakuti, sembelit boleh mengakibatkan buasir. 

Bukan itu sahaja, sembelit juga memberi kesan ke atas kulit wajah. Sembelit boleh menyebabkan kulit wajah menjadi kering, kusam dan tidak bermaya. Sebab itu ada yang telah mencuba pelbagai skin care dan perawatan wajah, tidak membuahkan hasil. Kusam pada kulit wajah sukar dihapuskan.

Puncanya mungkin pada sistem penghadaman yang tidak lancar aka sembelit!

Hilang sembelit, insyaAllah masalah di atas turut selesai. 

Bagaimana mengatasi sembelit? 

+ Lebihkan serat dalam makanan iaitu sayuran hijau dan buah-buahan. 
+ Bersenam
+ Tidur yang teratur. 
+ Makan lemak yang berkhasiat seperti minyak zaitun, minyak macadamia, avocado, ikan sardin, ikan kembung, ikan kurau, butter dan kekacang. 
+ Amalan minum teh berkualiti tinggi seperti chinese tea atau teh hijau puerh (pastikan asli berdaun, bukan uncang). 
+ Minum air putih secukupnya. 
+ Masukkan herba dan rempah-ratus dalam hidangan seperti halia, kunyit, cili merah, ketumbar dan jintan manis. 
+ Jangan malas buang air besar (jangan menangguh atau menahan).

Sembelit bukanlah kategori penyakit, namun jika berpanjangan pasti akan memberi kesan ke atas kehidupan seharian sekaligus kesihatan tubuh badan. 

TeaZheng 
Kedai Teh Cina Muslim 
Bangi Avenue 

Pertanyaan mengenai chinese tea, mohon tekan whatsapp link di bawah:


#kedaitehcinamuslim 
#TeaZheng 
#puerhtea 

Share:

Monday, 23 December 2019

PENDAPATAN TAMBAHAN DENGAN TEH HIJAU PUERH


Boleh ke nak dapatkan puerh tea dari TeaZheng, tapi nak jual balik dengan menggunakan jenama sendiri?

Kenapa tidak? Dah ramai dah pun yang buat. Dah ramai dah pun yang berjaya menjana pendapatan dengan menggunakan jenama sendiri hasil dari jualan puerh tea dari TeaZheng.

Kami tak wajibkan pun guna jenama TeaZheng.

Lebih mudah kerana anda tidak terikat dengan sebarang syarat! Jenama anda, sudah tentu peraturan anda yang tentukan sendiri. Contohnya seperti berat, harga jualan, margin, semua anda boleh tentukan sendiri. Namun jika anda perlukan khidmat nasihat dari kami, kami berbesar hati membantu apa yang perlu tanpa sebarang cas tambahan.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah mendapatkan harga jualan borong dari kami. Dengan harga borong, sudah tentulah anda akan untung berganda-ganda. Bagaimana nak dapatkan harga borong?

Yerr, whatsapp kami supaya kami dapat bagi penerangan yang lebih jelas. Jika anda tinggal berdekatan dengan kami, boleh terus ke premis kami untuk perbincangan dari hati ke hati. Lagi best, boleh terus rasa dan menikmati puerh tea yang anda inginkan. Di bawah merupakan 3 contoh teh puerh yang menggunakan jenama sendiri tapi mendapatkan stok teh puerh dari kami.


Usah risau dan bimbang, kami akan berikan bimbingan bagaiman cara untuk mendapatkan jualan dan mampu menjana pendapatan yang lumayan dengan puerh tea. Hubungi kami dengan menekan whatsapp icon di bawah.




TeaZheng
Kedai Teh Cina Muslim
Bangi Avenue, Kajang.


Share:

Sunday, 22 December 2019

DARAH TINGGI TURUN DENGAN MINUM TEH HIJAU PUERH

Sejak seminggu dua ini, pelanggan yang menghubungi kami dan memaklumkan mengenai tekanan darah tinggi menurun setelah minum puerh tea makin kerap. Dua di antaranya adalah seperti di bawah. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi berkongsi feedback puerh tea yang telah anda dapatkan dari kami di Kedai Teh Cina Muslim, TeaZheng. Sesungguhnya, dengan feedback dari anda, membuatkan kami semakin bersemangat untuk menyebarkan kebaikan dan manfaat teh puerh by TeaZheng ini. 

Namun di sini juga kami ingin tekankan bahawa puerh tea BUKAN ubat untuk merawat darah tinggi. Tidak sesekali kami "overclaim" dengan menyatakan puerh tea mampu merawat darah tinggi. Tidak! Puerh tea hanya salah satu dari beribu alternative atau ikhtiar dalam membantu mengawal atau menstabilkan tekanan darah tinggi. Kajian dan publish journal mengenai puerh tea dan darah tinggi telah banyak. Dengan amalan yang konsisten, insyaAllah dengan izin-Nya.

Testimoni 1:


Pelanggan kami yang bernama Puan Mimi di atas begitu teruja berkongsi bacaan tekanan darah terbaru beliau setelah hanya kurang sebulan mengamalkan puerh tea. Sebelum mendapatkan puerh tea dari kami, beliau telah maklumlah pada kami bahawa pelbagai ikhtiar telah beliau cuba sebelum ini untuk menurunkan tekanan darah, namun semuanya tidak membuahkan hasil. Walaubagaiman pun, alhamdulillahh, berkat tidak berputus asa, beliau menemui jawapan dengan amalan puerh tea yang di bawa dari TeaZheng. Tekanan darah Puan Mimi akhirnya menurun. Kami di TeaZheng mendoakan semoga tekanan darah Puan Mimi sentiasa stabil dan diberi kesihatan yang lebih baik. InsyaAllah.

Testimoni 2:


Testimoni di atas pula dikongsi oleh pelanggan regular kami yang kami panggil Kak Yati. Walaupun dah lama beliau dapatkan puerh tea dari kami, jujur beliau kongsikan kerana kesibukan dengan tugasan harian, kadang-kadang beliau terlupa untuk istiqomah amalkan puerh tea. Satu keadaan yang kami tidak mampu kawal untuk mana-mana pelanggan kami. Namun alhamdulillah, apabila beliau sedar tekanan darah makin meninggi, secawan puerh tea panas suam terus jadi penyelamat untuk segera turunkan tekanan darah. Hanya beberapa jam selepas itu, tekanan darah terus menurun. Syukur alhamdulillah. Namun kami harapakan semoga semua pelanggan kami boleh jadikan puerh tea ini sebagai betul-betul amalan harian untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. InsyaAllah dengan izin-Nya.


Puerh tea ada banyak gred. Salah satunya adalah seperti gambar di atas yang diberi nama Ma-Hei puerh tea. Ma-Hei puerh tea ini hanya berharga RM90 sahaja untuk penggunaan 3 ke 4 bulan. Jika anda ingin merasa dahulu puerh tea kami, anda boleh berkunjung ke premis kami di Bangi Avenue, Kajang untuk menikmati sendiri puerh tea secara percuma. Boleh booking slot temujanji untuk sesi bancuhan tea di sini. Namun jika anda ingin mendapatkan penjelasan lanjut atau ingin terus membuat tempahan, jangan segan silu untuk terus whatsapp kami dengan menekan icon whatsapp di bawah.


TeaZheng
Kedai Teh Cina Muslim



Share:

Ingin lebih jelas whatsapp ajer terus..

Contact Us!

Contact Us!

HALAL FROM YUNNAN

HALAL FROM YUNNAN

Featured Post

SIMTOM LEPAS RAYA - LEGAKAN DENGAN PUERH TEA TEAZHENG

Mesti ada yang mengalami seperti gambar di atas kan? Semuanya gara-gara pemakanan. Pemakanan yang tidak terjaga dan tidak teratur sepanjang ...

About Me

My photo
I am puerh tea addict! You may ask me about puerh tea via 018 3581121.
Powered by Blogger.

PROMOTION

Total Pageviews

Definition List

Definition List

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

Ordered List

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support