We bring you the best puerh tea from Yunnan. Contact us: 018 358 1121.

Friday, 28 April 2017

STOCK HABISSS



Kami pun tak sangka sebenarnya cepat nau stock puerh mini green ni habis.
Rasanya baru je restock dalam 3 bulan lepas. 
Mungkin dalam banyak-banyak, yang ni paling affordable.
Penggunaan pun sampai 3 bulan. Mahu tak huntongg? 
Sebab tu cepat habis. 

Aku bab stock ni honestly memang tak hirau.😆
Tau menjual dan promot jer. Memanjang promot. Stock ada tak ada sumpah tak tau. Haha
Bab stock serah kat Pok Jeng. Dia yang handle.
Sedar-sedar semalam dia kata tinggal 13 pcs sehaja lagi.
Kalau dia tak cakap, memang sumpah ingat masih banyak berkotak-kotak.
Terus aku up kat FB kata stok dah surut dah tinggal 13 pcs sahaja lagi.
Dan-dan tu jugak agent BSP sapu semua.
Errmmm, apa nak di kata, rezeki Allah bagi.

So sekarang dalam process tunggu stock sampai.
Entah bila. Maybe pertengahan May.
Dan seperti sedia maklum, stok baru akan ada kenaikan harga. 
Kenaikan yang tidak dapat di elak. Bukan saja suka-suka.
Maafkan kami yer...😡



Walau bagaimanapun, untuk puerh green tea cake size besar ni masih ada stock yer. 
Beli by pieces pun boleh, beli borong pun boleh. Tapi kalau nak satu atau dua je, better lah pergi beli dengan agent TeaZheng.  
Yang ni sama sahaja dengan mini yang dah habis stock tadi.
Cuma size sahaja lebih besar.
Actually kalau dikira atau dibuat perbandingan, beli yang besar ni jauh lebih jimat dan berbaloi.
Jimat dari segi duit dan juga jimat dari segi berat kilo.
Harga buat masa sekarang masih stay RM115 untuk penggunaan 6 bulan.

SHERIFFA
TEAZHENG AGENT AND PUERH TEA DISTRIBUTOR
018 3581121

#TEAZHENG
#PUERHTEA

Share:

Thursday, 27 April 2017

KURUS DAN BERSERI DENGAN AMALAN MINUM PUERH TEA



Kita kalau dah kurus ni, bentuk muka pun turut berubah.
Barubah tu maksudnya bukan takat makin tirus dan kurang "gelumbung", tapi juga lebih berseri.
Dalam erti kata lain lebih glowing.
Kenapa macam tu?

Bila kurus ni secara tak langsung juga effect kulit wajah.
Kulit wajah akan lebih sihat dan sekata hasil dari amalan minum puerh tea setiap hari.
Puerh tea kan tinggi antioksidant, vitamin dan juga mineral, semestinya akan memberi effect ke atas kesihatan kulit secara tidak langsung.
Selain tu juga amalan minum puerh tea menggalakkan pengaliran darah yang lebih lancar.
Ini juga memberi kesan "glowing" pada wajah.

Gambar ni salah seorang dari pengamal puerh tea dari Sabah.
Beliau actually minum puerh tea gred biasa sahaja.
Serasi dengan badan beliau.
Amalan dalam 3-4 bulan mendapat hasil seperti dalam gambar.
Tahniah and keep it up 😃

Puerh tea order: 018 3581121

#TeaZheng
#Puerhtea

Share:

KUANTITI BANCUHAN PUERH TEA





Kami seringkali ditanya..

"Apakah kuantiti yang sesuai untuk membancuh teh dalam segelas atau secawan tea?" .

Atau bahasa mudahnya "nak letak banyak mana??"

Jawapan:

==> Jujur kami katakan, tiada kuantiti yang specifik untuk segelas, secawan mahupun satu bekas besar membancuh tea. TIADA. Semuanya bergantung pada selera tekak masing2.

+ Secubit atau 3-5g yang kami cadangkan hanyalah anggaran cadangan. Namun kuantiti yang sebetulnya hanya anda sendiri yang tahu. Kerana anda yang meminumnya.

+ Jika anda suka light tea, letaklah sedikit. Jika anda suka rasa yang lebih strong, maka bancuhlah lebih sedikit yang bersesuaian dengan selera tekak anda.

+ Buktinya anda boleh lihat gambar2 di bawah yang majoritinya dihantar oleh pelanggan TeaZheng sendiri. Ada suka ceroi, ada suka yang lebih pekat. Tiada salahnya. Selera masing2. .

+ Namun berpada-pada lah. Ikut logik akal. Takkanlah satu cawan kecil mahu letak sehingga 100g tea?. Nanti kami jugak yang untung..Tea anda cepat habis.. *___^



Ini adalah kuantiti bancuhan Mrs. Zheng. Tak banyak sangat dan tak juga sikit sangat. Cuma akan pastikan dasar cawan atau gelas tidak akan kelihatan 😃



SHERIFFA
TEAZHENG FOUNDER AND PUERH TEA DISTRIBUTOR
KESIHATAN ADALAH KEKAYAAN.

Whatspp: 0183581121.
.
‪#‎TeaZheng‬‬‬‬‬‬‬‬‬‬‬
‪#‎Yunnanpuerhtea‬‬‬‬‬‬‬‬‬‬‬
‪#‎Puerhtea‬‬‬‬‬‬‬‬‬‬‬

Share:

Wednesday, 26 April 2017

KESAN SELEPAS MINUM PUERH TEA



Ramai yang tanya aku, berapa lama boleh nampak kesan bila minum puerh tea?
Aku tanya balik, "kesan apa yer sis?"
Sebenarnya, bila tanya macam tu aku tau dah korang refer pada kesan turun berat badan. Kesan nampak kurus. Kesan lemak cair. Kan? Kan? Kan?
Alahh, macam aku tak tahu. Masing-masing kemaruk nak kurus. Haha

Tapi saja jer aku buat tanya. Hahaha

Beginilah korang, kalau korang expect minum puerh tea ni, dua hari terus seluar longgar, muka tirus runcing, silalah jangan berangan tinggi sangat dan dipersilakan cari produk lain.
Kami di TeaZheng tidak sesekali menjanjikan bulan bintang.
Tidak menjanjikan minum puerh tea, tanpa balance diet dan senaman konsisten tiba-tiba seminggu boleh hilang 10kg. Tidak!

Kami di TeaZheng masih berpegang teguh dengan genuine fitness concept untuk loseweight.
Good eating habit dan senaman yang konsisten.
Dan minum puerh green tea masuk dalam kategori good eating habit.
Of course good eating (drinking) habit.
Daripada minum teh tarik hari-hari dengan susu sejat hampir separuh gelas, jauh lebih baiklah minum puerh tea ni.
Ke minum teh tarik susu separuh gelas lebih baik?

"Tapi saya tengok testimoni sis ada jer yang turun berat 3kg seminggu?" ~ in case jika korang bermonolog.😃
Yer, memang ada testimoni kami minum puerh tea seminggu dan boleh nampak kesan hilang 3kg.
Tapi kena ingat yer, lifestyle masing masing tidak sama.
Mungkin beliau minum puerh tea dan tiap2 hari pergi hiking panjat bukit.
Mungkin juga beliau masih muda lagi baru 25 tahun.
Mau tak cepat turun berat.

Dah kalau kita yang umor 35 tahun ni minum puerh tea, melantak 2 pinggan nasi and tido jer memanjang, ada hati nak turun berat seminggu 3 kg?
Sila bermimpi di siang hari. Takde maknanya.
Be realistik okey.
Puerh tea membantu turunkan berat badan. Tapi tidak bermakna hanya dengan minum puerh tea dan abaikan yang lain anda boleh kurus.
Sila teruskan bermimpi.

Berbalik pada persoalan awal-awal tadi. Kesan awal selepas minum puerh tea.
Yer memang ada kesan awal. Tapi bukanlah terus turun berat.

Antara kesan awal yang pengguna boleh rasa (ada seawal sejurus selepas minum) like asyik buang angin jer, diikuti badan rasa lebih ringan. Bila buang air tak kira besar kecik lebih lawas. Pening kepala boleh rasa lega sejurus lepas minum.

Yang ni kesan yang realistik dan boleh diterima akal. Amalan yang berterusan insyaAllah anda boleh nampak kesan yang lain pula seperti sentiasa bertenaga, tidur lebih lena, kulit muka lebih glowing dan lembut dan banyak lagi.

Dan selepas tu, apa yang korang idam2 kan untuk lose weight tu tersangatlah tidak mustahil. Perlu sabar dan konsisten hokeyy.

SHERIFFA
TEAZHENG FOUNDER AND PUERH TEA DISTRIBUTOR
018 3581121

#TEAZHENG
#PUERHTEA

Share:

TEAZHENG BAKAL NAIK HARGA?




Ramai dah mula tanya, betul ke TeaZheng akan naik harga?

Jujurnya perit kami nak jawab, tapi begitulah nampaknya. Bukan kami saja suka-suka nak naikkan harga demi keuntungan semata-mata, tapi memang disebabkan harga puerh tea sedang meningkat sekarang ini di Yunnan.

Seperti yang kami terangkan sebelum ini, di China, harga puerh tea ibarat emas. Ada turun dan ada naik. Dan kebetulan stock puerh tea kami hampir habis (malah ada yang dah out of stock), maka kami perlu restock dalam masa terdekat. Restock di saat harga meningkat naik memang "nazak". Tambah2 exchange rate Ringgit ke Renminbi yang demam tak kebah-kebah. Bila ntah nak baiknya. Beza nau-nau berbanding 2 tahun lepas.

Kami masih dalam perbincangan dengan kilang di Yunnan dan masih belum ada kata putus berapa % peningkatannya. Kami akan cuba berikan yang terbaik. Setakat ini harga masih stay. Untuk stock terbaru sahaja akan ada peningkatan. Dan bila sampai stock baru pun kami sendiri belum dapat pastikan.

Yang plan nak dapatkan puerh tea tu...nak jimat, mohon jangan lengah yo!😄

SHERIFFA
TEAZHENG FOUNDER AND PUERH TEA DISTRIBUTOR
018 358 1121

#TEAZHENG
#PUERHTEA

Share:

SABAR DALAM BERUNDING


Berurusniaga ni memang kena banyak sabarr..
Jangan cepat "mengglegak" jika prospek asyik ubah2 pendirian,
Kejap nak yang tu, kejap nak yang ni.

Guna instinc kita, wajar di proceed atau tidak.
Kita ada kelebihan untuk menilai.
Bagi aku asalkan pendirian dia tu langsung tak merugikan aku, aku still proceed.
Cumanya kesabaran memang kena tinggi.

Pengalaman mengajar. kesabaran memang membuahkan hasil yang tidak disangka-sangka.

Pernah sorang prospek ni nak beli puerh green tea.
Mula nak beli satu jer, then ubah pendirian nak borong RM500.
Then tak jadi, nak borong RM300 jer pulak.
Then senyap!
Aku punya style tak kisah nak senyap asalkan jangan paksa aku benda yang tak boleh aku bagi.

Sebulan kemudian datang lagi, tanya benda yang sama.
Explain lagi…
Senyap lagi..
Setengah tahun kotnya aku entertain dia..
Tapi disebabkan dia bukan jenis memaksa, so aku no prob.
Lantak engko lah labuuu…

Last sekali dia whatsapp dengan pay slip berjumlah RM2000.
Itu rupanya keputusan dia.
It’s worth it. Haha


#TEAZENG

Share:

Tuesday, 25 April 2017

TEAZHENG NI APA?





Ada yang confuse, TeaZheng tu apa? Puerh tea tu pulak apa?
Okey, jangan confuse2 adik kakak.

TeaZheng itu adalah nama brand. Yer, TeaZheng itu brand kami.
Puerh tea itu pula adalah sejenis Chinese Tea yang di bawa direct dari Yunnan, China.
Dan perkaitan antara TeaZheng dengan Puerh tea ialah, kami iaitu TeaZheng adalah pengedar puerh tea.

Yerr, TeaZheng adalah pengedar serta menjual puerh tea!

Kami juga tahu, ada berlambak puerh tea di pasaran. Tapi kami di TeaZheng memberi jaminan bahawa kami hanya membawa puerh tea yang HALAL, ASLI serta BERKUALITI tinggi.

Kami adalah pembekal puerh tea yang anda boleh percayai. Jika anda adalah peminat puerh tea, pastikan TeaZheng yang anda cari!


SHERIFFA @MRS.ZHENG
TEAZHENG FOUNDER AND PUERH TEA DISTRIBUTOR
018 3581121


#TEAZHENG
#PUERHTEA
Share:

TEH UNCANG VS TEH BERDAUN ASLI



KENAPA TEH UNCANG LEBIH PAHIT?

Kenapa banyak sumber mengatakan yang teh uncang lebih pahit dari teh berdaun itu sendiri?

Tahu tak kebiasaannya teh yang kita biasa minum (teh uncang/serbuk) adalah hasil daun teh yang telah hancur atau sengaja dihancur-hancurkan. Bukan setakat itu, sesetengah teh uncang adalah dari saki baki daun teh yang hancur, so untuk tidak berlaku pembaziran pada sesetengah pihak, maka terhasil lah teh uncang atau serbuk. Nak ke kita minum teh hancur saki-baki ni? Tepuk dada tanya selera. 😂

Bila daun teh itu telah hancur, aroma teh yang semula jadi akan hilang (biarpun bukan sepenuhnya), bukan setakat aroma hilang, khasiat sesetengah teh itu pun hilang. 😱 Dan bila daun teh yang telah dihancurkan, kandungan tannin yang lebih tinggi akan terhasil, maka itu ia akan menyebabkan rasa teh itu lebih pahit berbanding teh berdaun asli. Sebab itu kebanyakkan teh dari jenis ini akan di campur susu atau gula bila hendak diminum. Yerlah, tak tahan minum pahit-pahit kan?

Tapi...kami tak halang pun kalau anda semua minat teh uncang, cuma nak bercerita sahaja kepahitan teh terhasil apabila daun teh itu dihancurkan. Pilihan tetap di tangan sendiri. Yang penting buatlah pilihan yang bijak dan sihat. In shaa Allah 😉😘

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca😊.


SHERIFFA
TEAZHENG AGENT AND PUERH TEA DISTRIBUTOR
018 3581121


#TeaZheng
#Puerhtea

Share:

NAK KURUS DENGAN SAPU SAMPAH?




Menurut kajian satu jam menyapu sampah kalori yang terbakar lebih kurang 153kcal. Disusuli dengan mengemop rumah selama satu jam, kalori yang terbakar ialah 195kcal. 
Kalau di campur dua ni sudah menghampiri 350 kalori burning. Banyak dah tu.

Persoalannya.. Kita menyapu sampah satu jam kah? Mengemop juga satu jam kah? Mamp*ss lah kalau macam ni..hahaha. Sah-sah la kalori yang terbakar juga kurang dari yang dikaji.
Bagaimana mahu mempercepatkan kalori burning? 
Yes, metabolisme anda kena tinggi. Lebih tinggi metabolisme, lebih cepat kalori terbakar.. 

Bagaimana mahu meningkatkan metabolisme? 
Antaranya pengambilan makanan yang dapat meningkatkan metabolisme seperti puerh green tea. 
Yer, ini memang fakta!

Sebab itulah anda2 yang minum puerh tea cepat berpeluh. Minum dan buat kerja sikit terus berpelut tat tat 😅
Tapi anda boleh sahaja nak tak nak ambik puerh tea dan teruskan menyapu sampah dan mengemop selama 2 jam. Pilihan masing2.

Kalau rasa tak puas menyapu dan mengemop rumah sendiri, boleh pergi tolong mengemop rumah jiran.. Pasti tersenyum puas jiran anda. Kalori terbakar, pahala pun sapu sekali.
Haha.. Jangan maree 😆

SHERIFFA
TEAZHENG FOUNDER AND PUERH TEA DISTRIBUTOR
018 3581121

#TeaZheng #puerhtea #originalfromyunnan #kemarukpuerhtea

Share:

Sunday, 23 April 2017

BERNIAGA ONLINE PAYAH KE?



3 years back in Ipoh


Lama sungguh TeaZheng tak join mana2 acara. 
Awal2 kemunculan dulu kerap jugak join situ sini. Ada je orang ajak.
Gambar ni masa join event berbasikal untuk warga Ipoh dan Taiping dalam 3 tahun lepas.
Join bukak gerailah. Bukan join lumba basikal. Hehe.

Sekarang lebih fokus pada online. Kiranya memang 100% online
Facebook yang utama, then instagram, facebook ads, website, blog etc.
Tapi masih teringin sebenarnya nak join mana2 event walaupun penat ya ampunnn.
Ingat lagi waktu tu kitorang rushing pergi Taiping setup booth kat sana, then bergegas balik Shah Alam sebab sepupu bertunang yang mana aku wajib hadir.
Then esoknya kembali ke Ipoh untuk event seterusnya.
Ingat balik memang semputtt. Mana mai tenaga ntah. Haha

Kalau ada yang kata berniaga online tu payah dan letih, so aku tak taulah offline bukak booth usung meja ni kategori apa?
Sebab bagi aku online tetap the easiest way to earn.
Balas whatspp atas katil tengah tergolek pun boleh. Sambil tengah masak pun boleh.
Cumanya kita perlu fokus dan disiplin.
Buat rumah macam office jugak.
Alah, kita buat kerja apa pun memang perlu fokus dan disiplin.
Takde dua benda ni, memang tak kemana lah jawabnya.
Berlari pada tempat yang sama.

Kembali pada gambar di atas, sebenarnya aku amat terhutang budi pada kawan Mr. Zheng yang ajak kitoang join event ni dengan depa.
Bukan takat ajak, banyak yang depa tolong.
Tolong buat bunting dan banner, setup meja, tempah t-shirt etc. Dengan harga yang amat2 berpatutan.
Aku dapat rasa diorang tak earn sangat pun, tapi lebih kepada menolong.
Many many thanks to them.
Bukan senang kan nak dapat kawan yang ikhlas menolong waktu kita masih tersangat hingusan dengan bisnes. 
Sekarang pun masih hingusan juga.
Banyak lagi kena belajar.
Bak kata omputeh, business is a process. Never stop learning.
Betul ke omputeh ada kata gini? haha


Minum ayaq teh takdak gula lepas berbasikal


SHERIFFA
TEAZHENG FOUNDER AND PUERH TEA DISTRIBUTOR
018 3581121

#TEAZHENG
#PUERHTEA






Share:

Saturday, 22 April 2017

KENCING MANIS KETURUNAN



Bila sebut bab kencing manis atau omputeh panggil diabetes ni, ada orang yang jenis sengaja cari penyakit. Melantak segala mak nenek keturunan gula sampai tak ingat dunia. 
Kalau buat ayaq teh tu, sampai likat ayaq tu ha dengan gula.
Mau tak kena kencing manis kan.
Dan la minum teh likat, disusuli pula dengan brownies 5 bar yang memang dah sah-sah bersudu-sudu jugak gulanya.
Eh aku ni membebel kat diri sendiri juga actually. As peringatan.
Tapi sekarang aku memang dah lama tinggalkan air teh gula likat.
Sejak bila ntah. Tak lalu manis-manis ni.
Brownies tu kadang-kadang ada juga teringin.
Tu pun bila terpandang kat wall fb. Haha

Berbalik pasal kencing manis, ada juga yang jenis keturunan.
Yang ni sadis. Kurang makan manis pun tiba2 boleh terkena juga.
Apatah lagi kalau tak kawal pemakanan langsung kan? Bertambah lah worst. Kesian kalau yang ada keturunan kencing manis ni.
Kiranya aku bersyukur, keturunan aku setakat ni bebas kencing manis.
So bila dah bebas ni pandai2 lah jaga amanah badan yang Allah beri ni.
Janganlah pulak kita yang pi cari penyakit.

Bila sebut kencing manis keturunan ni, minggu lepas aku dapat satu feedback terbaru dari sorang customer dari Pantai Timur.
Dia ada kencing manis keturunan. Bukan dia sorang lah. 
Semua adik beradik ada kencing manis.
Syukur sangat katanya lepas amal minum puerh tea kencing manis dah turun bacaan
Dari 8 jatuh ke 4.9.

Aku ni sebenarnya tak tahu pun cara bacaan kencing manis ni. Just say Alhamdulillahh😄
Then badan pun takde cepat letih macam dulu lagi.
Aku tumpang happy buat customer ni.
Mau tak happy, produk kita boleh bagi manfaat kat orang lain.
Yang sebetulnya manfaat tu Allah punya kuasa.
Puerh tea ni asbab jer.


Bacaan gula decline.


Setiap kali prospek tanya aku, konfirm ke puerh tea ni boleh rawat kencing manis?
Apalah kuasa aku nak konfirm-konfirm?
Bukan tak yakin dengan produk sendiri. Tapi lebih yakin itu semua kerja Allah.
Aku cuma boleh kata, ujian klinikal membuktikan, testimoni kami pun dah banyak, selebihnya InsyaAllahhhh 😊


     
close up puerh green tea


Yang pasti ikhtiar tu kena ada. Tak gitu?


SHERIFFA
TEAZHENG FOUNDER AND PUERH TEA DISTRIBUTOR
018 3581121


#TEAZHENG
#PUERHTEA
#DIABETES


Share:

Ingin lebih jelas whatsapp ajer terus..

Contact Us!

Contact Us!

HALAL FROM YUNNAN

HALAL FROM YUNNAN

Featured Post

SIMTOM LEPAS RAYA - LEGAKAN DENGAN PUERH TEA TEAZHENG

Mesti ada yang mengalami seperti gambar di atas kan? Semuanya gara-gara pemakanan. Pemakanan yang tidak terjaga dan tidak teratur sepanjang ...

About Me

My photo
I am puerh tea addict! You may ask me about puerh tea via 018 3581121.
Powered by Blogger.

PROMOTION

Total Pageviews

Definition List

Definition List

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

Ordered List

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support