We bring you the best puerh tea from Yunnan. Contact us: 018 358 1121.

Wednesday, 26 April 2017

KESAN SELEPAS MINUM PUERH TEA



Ramai yang tanya aku, berapa lama boleh nampak kesan bila minum puerh tea?
Aku tanya balik, "kesan apa yer sis?"
Sebenarnya, bila tanya macam tu aku tau dah korang refer pada kesan turun berat badan. Kesan nampak kurus. Kesan lemak cair. Kan? Kan? Kan?
Alahh, macam aku tak tahu. Masing-masing kemaruk nak kurus. Haha

Tapi saja jer aku buat tanya. Hahaha

Beginilah korang, kalau korang expect minum puerh tea ni, dua hari terus seluar longgar, muka tirus runcing, silalah jangan berangan tinggi sangat dan dipersilakan cari produk lain.
Kami di TeaZheng tidak sesekali menjanjikan bulan bintang.
Tidak menjanjikan minum puerh tea, tanpa balance diet dan senaman konsisten tiba-tiba seminggu boleh hilang 10kg. Tidak!

Kami di TeaZheng masih berpegang teguh dengan genuine fitness concept untuk loseweight.
Good eating habit dan senaman yang konsisten.
Dan minum puerh green tea masuk dalam kategori good eating habit.
Of course good eating (drinking) habit.
Daripada minum teh tarik hari-hari dengan susu sejat hampir separuh gelas, jauh lebih baiklah minum puerh tea ni.
Ke minum teh tarik susu separuh gelas lebih baik?

"Tapi saya tengok testimoni sis ada jer yang turun berat 3kg seminggu?" ~ in case jika korang bermonolog.😃
Yer, memang ada testimoni kami minum puerh tea seminggu dan boleh nampak kesan hilang 3kg.
Tapi kena ingat yer, lifestyle masing masing tidak sama.
Mungkin beliau minum puerh tea dan tiap2 hari pergi hiking panjat bukit.
Mungkin juga beliau masih muda lagi baru 25 tahun.
Mau tak cepat turun berat.

Dah kalau kita yang umor 35 tahun ni minum puerh tea, melantak 2 pinggan nasi and tido jer memanjang, ada hati nak turun berat seminggu 3 kg?
Sila bermimpi di siang hari. Takde maknanya.
Be realistik okey.
Puerh tea membantu turunkan berat badan. Tapi tidak bermakna hanya dengan minum puerh tea dan abaikan yang lain anda boleh kurus.
Sila teruskan bermimpi.

Berbalik pada persoalan awal-awal tadi. Kesan awal selepas minum puerh tea.
Yer memang ada kesan awal. Tapi bukanlah terus turun berat.

Antara kesan awal yang pengguna boleh rasa (ada seawal sejurus selepas minum) like asyik buang angin jer, diikuti badan rasa lebih ringan. Bila buang air tak kira besar kecik lebih lawas. Pening kepala boleh rasa lega sejurus lepas minum.

Yang ni kesan yang realistik dan boleh diterima akal. Amalan yang berterusan insyaAllah anda boleh nampak kesan yang lain pula seperti sentiasa bertenaga, tidur lebih lena, kulit muka lebih glowing dan lembut dan banyak lagi.

Dan selepas tu, apa yang korang idam2 kan untuk lose weight tu tersangatlah tidak mustahil. Perlu sabar dan konsisten hokeyy.

SHERIFFA
TEAZHENG FOUNDER AND PUERH TEA DISTRIBUTOR
018 3581121

#TEAZHENG
#PUERHTEA

Share:

0 comments:

Post a Comment

Ingin lebih jelas whatsapp ajer terus..

Contact Us!

Contact Us!

HALAL FROM YUNNAN

HALAL FROM YUNNAN

Featured Post

SIMTOM LEPAS RAYA - LEGAKAN DENGAN PUERH TEA TEAZHENG

Mesti ada yang mengalami seperti gambar di atas kan? Semuanya gara-gara pemakanan. Pemakanan yang tidak terjaga dan tidak teratur sepanjang ...

About Me

My photo
I am puerh tea addict! You may ask me about puerh tea via 018 3581121.
Powered by Blogger.

PROMOTION

Total Pageviews

Definition List

Definition List

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

Ordered List

Popular Posts

Blog Archive

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support