Kenapa banyak sumber mengatakan yang teh uncang lebih pahit dari teh berdaun itu sendiri?
Tahu tak kebiasaannya teh yang kita biasa minum (teh uncang/serbuk) adalah hasil daun teh yang telah hancur atau sengaja dihancur-hancurkan. Bukan setakat itu, sesetengah teh uncang adalah dari saki baki daun teh yang hancur, so untuk tidak berlaku pembaziran pada sesetengah pihak, maka terhasil lah teh uncang atau serbuk. Nak ke kita minum teh hancur saki-baki ni? Tepuk dada tanya selera. 😂
Bila daun teh itu telah hancur, aroma teh yang semula jadi akan hilang (biarpun bukan sepenuhnya), bukan setakat aroma hilang, khasiat sesetengah teh itu pun hilang. 😱 Dan bila daun teh yang telah dihancurkan, kandungan tannin yang lebih tinggi akan terhasil, maka itu ia akan menyebabkan rasa teh itu lebih pahit berbanding teh berdaun asli. Sebab itu kebanyakkan teh dari jenis ini akan di campur susu atau gula bila hendak diminum. Yerlah, tak tahan minum pahit-pahit kan?
Tapi...kami tak halang pun kalau anda semua minat teh uncang, cuma nak bercerita sahaja kepahitan teh terhasil apabila daun teh itu dihancurkan. Pilihan tetap di tangan sendiri. Yang penting buatlah pilihan yang bijak dan sihat. In shaa Allah 😉😘
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca😊.
SHERIFFA
TEAZHENG AGENT AND PUERH TEA DISTRIBUTOR
018 3581121
#TeaZheng
#Puerhtea
0 comments:
Post a Comment