We bring you the best puerh tea from Yunnan. Contact us: 018 358 1121.

Wednesday, 10 May 2017

CIRIT-BIRIT MINUM TEH?




Ramai aih yang tanya sejak dulu lagi, cirit birit ke bila minum puerh tea ni?

Jawapan:
Tidak wahai adik kakak abang2 semua😃
Minum puerh tea tidak mengakibatkan cirit birit.
Puerh tea bukan tea satu rak yang sama dengan produk2 teh kurus lain di pasaran. Yang sinonim bila minum jer kejar jamban. Minum jer memulas. Tidak!
Puerh tea hanya melawaskan pembuangan sahaja.

Habis tu kalau tak berak2, macam mana nak kurus?
(Soalan seterusnya)

Jawapan:
Dengan berak sahaja ke boleh kurus? Apa anda pasti dengan berak boleh keluarkan lemak2 yang dah lama bersarang dalam badan? Lemak yang baru telan, mungkin yer. Tapi bagaimana pula dengan lemak yang dah lama pejal tersimpan di perut, lengan, peha dan sebagainya?
Semestinya tidak. Nak kurus lemak2 perlu di bakar. Nak bakar lemak, metabolisme kena tinggi. Nak bantu metabolisme tinggi, toksin2 dalam badan perlu dikeluarkan.
Di sinilah peranan puerh tea. Buang toxin dan tingkatkan metabolisme.
Dan puerh tea bukan hanya buang toksin melalui pembuangan air kecil dan besar, tetapi juga melalui perpeluhan.
Yer, bila minum puerh tea, anda akan perasan badan cepat berpeluh walaupun hanya lakukan aktiviti ringkas. Juga kerap buang air kecil. Semua ini adalah prosesnya.
Proses yang membantu anda mendapat berat badan ideal, insyaAllah.

Walaubagaimanapun, wajib diingatkan juga.
Pemakanan yang seimbang dan senaman juga penting dalam proses menurunkan berat badan.
Tidak dapat tidak.
Dan minum puerh tea termasuk dalam kategori amalan pemakanan seimbang.

SHERIFFA
TEAZHENG FOUNDER AND PUERH TEA DISTRIBUTOR
018 3581121

#TEAZHENG
#PUERHTEA
Share:

JADIKAN TEH HIJAU PUERH SEBAGAI AMALAN


Bila sebut amalan, bermakna ianya adalah rutin.
Dilakukan setiap hari. Konsisten.

Masyarakat kita sinonim dengan teh tarik.
Lazimnya diminum setiap hari.
Malah kerap kali dalam sehari. Pagi dan petang kebiasaannya.
Maka ini disebut sebagai amalan. Teh tarik adalah amalan bagi masyarakat Malaysia.

Jika ingin melakukan perubahan cara hidup ke arah yang lebih sihat, perlu ada perubahan.
Dan perubahan itu wajib berterusan. Dalam erti kata lain, ianya dijadikan amalan.
Sebagaimana kita biasa minum teh tarik tarik tadi.

Begitulah juga dengan amalan minum puerh tea.
Memerlukan kesungguhan. Memerlukan kecekalan hati untuk dijadikan amalan.
Bukan sekadar hangat dipermulaan, makin lama makin dingin dan langsung terus dilupakan di celah gerobok.

Pelbagai cara boleh dipraktikkan untuk dijadikan amalan.
Antaranya, stok puerh tea sentiasa disimpan atau dibawa ke mana-mana.
Di rumah, dipejabat (pantry) mahupun ketika pulang ke kampung halaman.
Pendek kata sentiasa ada. Jika tiada atau terlupa, kita mudah "gelisah" (ini bermakna badan sudah sebati dengan puerh tea).
Untuk amalan seharian, ada yang bancuh awal2 dan dihidangkan terus atas meja. Senang nak minum just tuang dalam cawan.
Selain itu, boleh juga dibancuh dalam bekas besar (tumbler) dan dibawa ke mana2 sepanjang tugasan seharian. Inilah yang perlu dipraktikkan untuk dijadikan amalan.
Bila dijadikan amalan, barulah kesannya dapat dirasai dan dinikmati.
InsyaAllah.

SHERIFFA
TEAZHENG FOUNDER AND PUERH TEA DISTRIBUTOR
018 3581121

#TEAZHENG
#PUERHTEA
Share:

Tuesday, 9 May 2017

"TEH KURUS" LAKU KERAS

357g, penggunaan 6 bulan.

Customer dan prospek suka sangat sebut teh kurus.
Ikutkan kami tak gemar sebut "teh kurus" walaupun sememangnya puerh tea sangat sesuai untuk anda yang nak bakar lemak aka nak turunkan berat badan.
Kami tak gemar sebut teh kurus sebab puerh tea bukan semata-mata untuk kurus.
Kami tak nak puerh tea hanya dikenali sebagai teh untuk kurus.
Sebab manfaat puerh tea sangat luas. Merangkumi overall kesihatan.
Puerh tea bukan "cheap tea"!
Untuk darah tinggi, kencing manis, turunkan kolesterol, migraine, buang angin badan, lenguh2 badan, keracunan makanan, untuk kulit, kurangkan ketagihan merokok dan pelbagai manfaat lagi telah "direkod" oleh pengguna puerh tea.
Oleh yang demikian, adalah tidak adil, puerh tea hanya dikenali sebagai teh kurus.
Jujurnya kami lebih gemar menggelarkan puerh tea sebagai "health tea"!

Cuma kami faham, mungkin disebabkan produk teh sangat sinonim untuk kurus, ditambah lagi memang telah banyak testimoni dan ujian klinikal yang membuktikan puerh tea sangat effective untuk kuruskan badan, maka lancar sahaja puerh tea ni disebut sebagai teh kurus. Haha.. Takperlah, mula2 memang ramai fikir macam tu, but once dah amalkan puerh tea ni, lama2 customer mulai sedar dan faham kehebatan puerh tea ni. Bukan semata2 untuk kurus.

Hanya yang amalkan sahaja bisa memahami. Gitu😉

SHERIFFA
TEAZHENG FOUNDER AND PUERH TEA DISTRIBUTOR
018 3581121

#TEAZHENG
#PUERHTEA
Share:

PERSEDIAAN BERPUASA DENGAN PUERH TEA


Puasa dah dekat.
Tak sampai sebulan dah.
Peminat puerh tea dah start tanya..."Boleh ke berpuasa dengan puerh tea? Bagaimana cara minumnya?" Dan macam-macam soalan lagi.

Bagi regular customer TeaZheng yang dah consume puerh tea 2-3 tahun pasti tiada masalah.
Dah tahu caranya. Sudah terbiasa.
Tapi bagi yang baru sahaja berjinak-jinak dengan puerh tea by TeaZheng, semestinya tertanya-tanya.
So entry ini khas buat pelanggan TeaZheng yang baru sahaja consume puerh tea kami.

Ramadhan (berpuasa) dan sekaligus dengan amalan minum puerh tea adalah saat paling bagus untuk menurunkan berat badan.
Yer memang benar, kita berpuasa bukan niat nak kurus tetapi ianya adalah tuntutan agama.
Namun puasa itu sendiri adalah satu proses yang menyihatkan badan dan waktu yang sesuai untuk merehatkan badan serta detox dari segala toksin yang telah kita "telan" sepanjang tahun.
Puasa itu "membaik pulih" tubuh badan.

Maka, tidak salah kita menggunakan kesempatan ini untuk mengoptimumkan amalan puasa kita dengan makanan bersahur atau berbuka yang lebih berkhasiat.

Ok, berbalik pada cara minum puerh tea di bulan puasa, waktu yang sesuai adalah bergantung pada individu. Antara faktor yang mempengaruhi ialah, telah berapa lamakah anda consume puerh tea?
Jika anda baru sahaja belajar minum puerh tea, adalah digalakkan untuk minum ketika waktu berbuka.
Namun jangan minum sejurus azan berkumandang, sebaliknya dalam 15 minit ke setengah jam selepas makan yakni setelah perut kenyang. Ideally sebelum ke terawih.
Ini adalah waktu yang paling sesuai untuk consume puerh tea di bulan puasa.
Minum ketika panas (suam) adalah lebih digalakkan.
Kemungkinan anda berpeluh ketika berterawih adalah tinggi.
Bawak bersabar...kata nak kurus 😆😀

Feedback sepanjang berpuasa :')

Namun jika anda dah lama amalkan puerh tea (more than 6 month), boleh sahaja amalkan puerh tea waktu bersahur (juga dalam 15 min selepas makan atau perut kenyang). Perlu diigatkan, jika anda jenis yang bersahur very light meal (contoh makan roti je sepotong) adalah tidak digalakkan minum puerh tea ketika bersahur. Dikhuatiri anda cepat lapar kerana puerh tea sangat pantas membakar lemak.


Walaubagaimanapun terdapat juga individu yang "special" dengan puerh tea ni walaupun baru je amal minum. Contoh seperti testimoni di bawah. Walaupun baru je consume, tapi minum ketika bersahur memberi beliau tenaga "extra" yang luar biasa. Setiap individu tindak balas badan mungkin berlainan. Ada yang serasi ketika bersahur, ada juga tidak. Apa yang boleh saya cadangkan ialah "try and adjust". Tapi percubaan dengan bersahur kemungkinan berisiko "lapar" buat yang baru berjinak-jinak dengan puerh tea. Boleh cuba tapi jika lapar saya tak tanggung 😆.






Share:

Monday, 8 May 2017

ALHAMDULILLAH KE ATAS REZEKI YANG SENTIASA MENGALIR

😔
Gambar asli tanpa filter. Bila filter jadi tak cantik😃

Masih lagi di kampung halaman tercinta. 
Menemani umi dan abah yang semestinya masih dalam kedukaan.
Kampung aku dilahirkan dan dibesarkan. Sehinggalah habis SPM aku merantau.
Habis sahaja sekolah memang hidup aku most of the time di luar Terengganu.
Bermula dari matrik yang tak complete, kemudian diploma, degree, balik kerja di Terengganu kejap, then sambung master, kemudian Phd yang juga tak complete.
Ditakdirkan jodoh datang ketika pertengahan pengajian Phd, kawen, dan terus menetap di pantai barat bersama suami.
Jujurnya memang dah lama aku tak menetap untuk satu jangka waktu yang lama di kampung halaman melainkan hari raya (biasanya stay 2 minggu).
Balik sekejap2 tu adalah untuk 3,4 hari.
Nama pun dah bergelar isteri orang. Pastinya tempat seorang isteri di sisi suami.
Nasiblah suami setuju tinggal di KL. Maunya dia nak menetap di Yunnan? Tak ke lagi haru. Hehe
Kena pandailah bertoleransi bila dah berumahtangga ni. 

Namun balik kali ni memang terasa "lain".
Mungkin stay lebih lama kali ni. Ditambah lagi dengan suasana pilu selepas pemergian abang :( 
Jujur aku kata, aku dah tak rasa rumah kampung aku ni macam rumah aku yang dulu.
Dulu yang ceria tambah2 waktu remaja dan masih single.
Aku rindu suasana dulu. 
Sekarang ni hanya tinggal aku, adik, umi, abah dan nenek. Bertambah-tambah lah sunyi.
Sepupu sepapat pun now dah kawen and ada life masing2.
Nasib lah adik aku belum kawen and boleh teman umi abah.
Aku akan cuba untuk selalu balik dan buat parents tak rasa sunyi atau tersisih.
InsyaAllah.



Sekarang, disebabkan rasa lain macam dan feeling tak best ni, maka macam biasa aku akan sibukkan diri dengan bisnes. Dan alhamdulillah walaupun berada di kampung, bisnes teh aku tetap berjalan macam biasa.
Suprisingly, tak sangka teh yang kurang mendapat sambutan sebelum ni (pic above), tiba2 ramai pulak yang request. Tiapa2 hari ada jer yang nak. Serious buyer. Tanya 2,3 patah terus bank in.
Aku tak expect!
Allah, sungguh tak sangka aturan rezekinya begini.
Mungkin berkat berada di kampung teman mak ayah.
Maka pintu rezeki untuk puerh tea ni terbuka.
Allah itu maha pemurah. Tak terhitung rezekiMu YaAllah.
Alhamdulillahh.

SHERIFFA
9/5/2017
3.21 am


Share:

CEKAL DAN TABAH DALAM BISNES



Nak mula bisnes tapi takde modal ribu riban takde apehal.
Berlambak bisnes kat FB ni yang menyediakan modal yang sangat minima.
Malah ada yang zero modal.

Yang penting kesungguhan dan kecekalan.
Kata pada hati jangan mudah sentap jika leader atau mentor tegur.
Takde leader yang mahu tengok kita gagal.
Apatah lagi kalau kita tolong jual produk depa.
Itu namanya tunjuk ajar.

Tapi kalau sikit2 tisu, sikit2 koyak.
Payah lah.
Kena sedar diri lah..kita ni dah lah takde modal.
Leader bagi tunjuk ajar free, syukur lah kak oiii...

Atau mungkin boleh join seminar ribu riban (kalau mampu)
Itu pun bukan jaminan leader tak tegur, tak pesan, tak peringat.
Semua leader nak bantu lah.

SHERIFFA

#TeaZheng
#Puerhtea
Share:

JODOH DI AMBANG 30an


Bersyukurlah jika ditakdirkan jodoh kita lewat.
Jodoh yang lewat akan sejajar dengan kematangan akal fikiran dalam pemilihan calon pasangan.

Kita bukan lagi memilih berdasarkan paras rupa, tinggi rendah, hitam putih, kpop look, kuku cekam ke tidak dan sebagainya.

Sebaliknya scope pemilihan kita telah berubah.
Kita menjadi lebih matang.
Baik hati dan budi itu yang paling utama.
Yang boleh berada di samping kita di saat susah dan senang.
Putih hitam, dahi jendul semua tu dah dibuang jauh ke laut dalam.

Kita dah matang.
Sepatutnya lah!

Namun jika di ambang 30an kita masih berangan kpop look datang jemput kita depan office dengan kereta mewah lalu kekonon semua mata memandang ke arah kita.....masih ada something wrong somewhere.
Berpijaklah pada bumi yang nyata.

Aku menulis berdasarkan proses kematangan diri sendiri.
Usia 27 tahun ke atas baru boleh buang segala korean drama scene dalam otak ni.
Kesiannn...
So, aku bersyukur jodoh aku lewat tiba.
Sejajar dengan pemilihan yang lebih matang.
Namun tetap berpegang teguh jodoh, maut, kawen, cerai berai ni semua tetap aturan Dia yang satu.

SHERIFFA

#Matang
#Ketentuan
Share:

Saturday, 6 May 2017

TAKDIR DAN SURATAN




Minggu lepas di kala waktu begini, aku sedang bersiap2 hendak ke hospital untuk menghantar umi ambik alih menjaga abang.
Di hospital abah ada di sisi abang dengan emak saudara dan beberapa saudara yang lain.
.
Aku sudah lama siap, namun terlihat umi yang tiba2 tertidur kepenatan (sudah ready semuanya, duduk atas sofa tiba2 terlelap) maka aku biarkan sahaja. Biarkan umi rehat buat seketika.
Bukan mudah umi terlelap begini. Sudah lama umi sememangnya tidur2 ayam sahaja sepanjang menjaga abang. Dan umi actually sentiasa bersama abang. Tak pernah tinggalkan walaupun sekejap. Dan abang hanya mahukan umi. Yer, arwah "anak mak".
.
Namun pada hari itu sudah tertulis, abah pujuk umi balik seketika untuk mandi dan makan.
Sebelum2 ini umi tidak pernah tinggalkan, tapi hari itu, umi terbuka hati untuk balik seketika. (Saya juga yang menjemput umi dari hospital).
.
Bangkit dari terlelap, umi sedikit "marah" pada aku sebab tak kejutkan dia dari tidur.
Sebenarnya umi baru sahaja terlelap dalam 10 min. Bukan lama.
So kami decide nak gerak ke hospital segera. Tiba2 kunci kereta aku pula hilang entah ke mana. (Juga aku kira telah tertulis untuk dijadikan asbab).
.
Cari kunci dalam seminit dua. Jumpa. Dan terus kami drive ke hospital.
Mengampiri hospital (hampir bulatan Ladang) dapat call dari abah suruh cepat, abang dah nazak. Allah.
Aku pecut kereta sehabis daya. Drop umi betul2 main entrance hospital manakala aku perlu cari parking.
.
Umi bergegas naik ke wad 7C.
Selepas dapat parking, then aku pula yang bergegas naik. Pecut sehabis laju.
.
Namun semuanya sudah tersurat dan tertulis.
Kami tidak sempat. Umi juga tidak sempat. Kata mak sedara bila umi sampai baru dalam 3 minit. Allah...3 minit itu mungkin waktu menunggu lift sahaja.
Tapi kami redha. Sudah ditakdirkan kami tiada di sisi arwah saat arwah menghembuskan nafas terakhir.
Dan alhamdulillahh, abah dan mak saudara ada di sisi menemani dan mengajar mengucap sehingga ke hembusan terakhir.
Malah kata abah, arwah abang sempat menyebut "abah" sebelum betul2 nazak.
Dan kata abah lagi, abang pergi sangat senang.
.
Bila difikirkan balik, memang Allah aturkan begitu.
Umi terlelap, kunci kereta aku hilang adalah sebahagian dari perancanganNya.
Mungkin Allah "tidak benarkan" umi melihat abang di saat2 akhir untuk menjaga emosi umi.
Kerana umi dan abang memang sangat sangat sangat rapat.
Padahal sepanjang abang sakit, umi tidak pernah tinggalkan abang. Tidak pernah.
Namun takdir menentukan segalanya.
Dan umi juga awal2 lagi redha dengan ketentuanNya.
.
Damailah Abang Yu di sana
Al Fatihah.
26/6/1980 - 29/4/2017
.
*Maafkan gambar kenangan yang sedikit bergegar😔

#MyBro
#AbangYu

Share:

Friday, 5 May 2017

KAKI HAMPIR KENA POTONG AKIBAT KENCING MANIS


Lagi kisah mengenai kencing manis dan kaitannya dengan amalan minum puerh tea.
Actually gambar ni antara testimoni terawal yang kami perolehi berkaitan kencing manis.
Salah seorang customer kami yang kakinya hampir dipotong akibat kencing manis.
Pada mulanya adik beliau (direct customer) merupakan penggemar puerh tea.
Memang selalu restock.
Dan tak sangka pula, dalam masa yang sama beliau berkongsi puerh tea ni dengan kakak beliau yang mengalami kencing manis kronik.

Jelas terlihat pada gambar kaki kakak beliau yang sudah agak kronik.
Namun siapa sangka, masih boleh kembali sembuh dengan amalan minum puerh tea.
Beliau memilih untuk minum premium grade puerh green tea mampat.
Lebih kurang dua bulan kaki kakak alhamdulillahh kembali pulih.

Menurut customer ini juga, selain puerh tea, kakak beliau juga mengamalkan air rebusan bawang dayak.
Yang ini bukan kemahiran saya untuk jelaskan lebih lanjut.
Uolss boleh google yer 😀

Perubahan positive selepas amalan.


Gambar bawah ni pun lagi testimoni mengenai diabetes.
Diperolehi oleh salah seorang agent TeaZheng kami.
Bukanlah bermakna setelah kita amalkan puerh tea, kita boleh makan sesuka hati.
Bersederhana itu wajib ada.
Tapi dengan adanya puerh tea, insyaAllah lebih terkawal.
Semua dengan IzinNya.


Lagi testimoni diabetes


SHERIFFA
TEAZHENG FOUNDER AND PUERH TEA DISTRIBUTOR
018 3581121

#TEAZHENG
#PUERHTEA
#DIABETES


Share:

PINTU REZEKI DARI IBU BAPA




Jujurnya, sejak dari awal puerh green tea yang no. 4 tu kurang mendapat sambutan.
Entah di mana silap.
Mungkin approach pada customer tak kena.. 
Atau mungkin juga kurang promosi.
Tapi rasanya pelbagai usaha dah buat (rasanya lah😁)
Sample dah banyak diagih. Fb ads dah cuba.
Tapi feedback masih sama. Tiada graf meningkat pendek kata.
.
Tak seperti puerh tea yang lain.
Senang jer jalann.
Walaupun ada tea yang harga lebih mahal, tapi tetap mendapat perhatian.
Padahal bagi aku, yang no. 4 ni rasa dan aroma tea sangat best.
.
Lama2 sebab payah sangat aku pun kurang tumpu. (Lebih kurang fade up😁)
Baiklah aku tumpu teh yang lebih laku.
Tak pening kepala.
.
Tapi sejak balik kampung and stay lebih lama dengan mak bapak aku ni, eh tetiba ramai pulak yang request tea no. 4 ni. 
Sangat tiba-tiba. Tak promot, tak iklan, tak diskaun.
Dan request yang sangat2 senang. Tanya je terus bank in.
Ramai pulak tu.
Aku duk kampung ni active fb pun tak, apatah lagi nak iklan bagai.
So, agak wondering.

Pikir dalam2... Allah nak bukakan pintu rezeki the fourth tea ni dengan cara ni.
Bukan dengan cara agih sample, bukan juga dengan fb ads.
Tapi dengan cara stay dengan parents, menggembirakan hati umi abah dikala mereka sedang dilanda kedukaan.
Allahurabbi😔
.
P/s: Harga tea pada gambar masih kekal sehingga diumumkan perubahan dalam waktu terdekat. InsyaAllah.
.
#TeaZheng
#Puerhtea
#Alhamdulillahh

Share:

Friday, 28 April 2017

STOCK HABISSS



Kami pun tak sangka sebenarnya cepat nau stock puerh mini green ni habis.
Rasanya baru je restock dalam 3 bulan lepas. 
Mungkin dalam banyak-banyak, yang ni paling affordable.
Penggunaan pun sampai 3 bulan. Mahu tak huntongg? 
Sebab tu cepat habis. 

Aku bab stock ni honestly memang tak hirau.😆
Tau menjual dan promot jer. Memanjang promot. Stock ada tak ada sumpah tak tau. Haha
Bab stock serah kat Pok Jeng. Dia yang handle.
Sedar-sedar semalam dia kata tinggal 13 pcs sehaja lagi.
Kalau dia tak cakap, memang sumpah ingat masih banyak berkotak-kotak.
Terus aku up kat FB kata stok dah surut dah tinggal 13 pcs sahaja lagi.
Dan-dan tu jugak agent BSP sapu semua.
Errmmm, apa nak di kata, rezeki Allah bagi.

So sekarang dalam process tunggu stock sampai.
Entah bila. Maybe pertengahan May.
Dan seperti sedia maklum, stok baru akan ada kenaikan harga. 
Kenaikan yang tidak dapat di elak. Bukan saja suka-suka.
Maafkan kami yer...😡



Walau bagaimanapun, untuk puerh green tea cake size besar ni masih ada stock yer. 
Beli by pieces pun boleh, beli borong pun boleh. Tapi kalau nak satu atau dua je, better lah pergi beli dengan agent TeaZheng.  
Yang ni sama sahaja dengan mini yang dah habis stock tadi.
Cuma size sahaja lebih besar.
Actually kalau dikira atau dibuat perbandingan, beli yang besar ni jauh lebih jimat dan berbaloi.
Jimat dari segi duit dan juga jimat dari segi berat kilo.
Harga buat masa sekarang masih stay RM115 untuk penggunaan 6 bulan.

SHERIFFA
TEAZHENG AGENT AND PUERH TEA DISTRIBUTOR
018 3581121

#TEAZHENG
#PUERHTEA

Share:

Ingin lebih jelas whatsapp ajer terus..

Contact Us!

Contact Us!

HALAL FROM YUNNAN

HALAL FROM YUNNAN

Featured Post

SIMTOM LEPAS RAYA - LEGAKAN DENGAN PUERH TEA TEAZHENG

Mesti ada yang mengalami seperti gambar di atas kan? Semuanya gara-gara pemakanan. Pemakanan yang tidak terjaga dan tidak teratur sepanjang ...

About Me

My photo
I am puerh tea addict! You may ask me about puerh tea via 018 3581121.
Powered by Blogger.

PROMOTION

Total Pageviews

Definition List

Definition List

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

Ordered List

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support