We bring you the best puerh tea from Yunnan. Contact us: 018 358 1121.

Friday, 26 May 2017

PUASA AND KAMPUNG


Tak sangka sungguh bakal bersahur dan berbuka di kampung untuk first day puasa. InsyaAllah...
Planningnya 30 hb baru balik. Tiket flight semua dah booking.
Tapi siapa sangka, kita merancang, Allah juga maha merancang dengan aturanNya sendiri.
Dan kita tak mampu mengawal ketentuanNya.
Kita follow sahaja dengan redha. Doakan yang baik-baik sahaja.

Puasa tahun ini pastilah terasa kelainan yang ketara.
Bila kehilangan salah satu ahli keluarga, suasana sunyi dan pilu masih menebal.
Namun jauh di sudut hati, juga mengharapkan Ramadhan ini memberi sinar baru. Nafas baru.
Kembali ceria dengan kehadiran cahaya Ramadhan. InsyaAllah.

Tiada lain yang aku doa dan harapkan.
Semoga umi dan abah tabah dan kuat menghadapi dugaan yang telah ditentukan olehNya.
Samada yang telah berlaku mahupun yang mendatang.

SELAMAT BERPUASA DAN MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK DARI KAMI, MR AND MRS. ZHENG.

Semoga tahun ini membawa kemajuan ibadah berbanding tahun sudah untuk kita semua. InsyaAllah😌

SHERIFFA
#PUASA2017
#ALHAMDULILLAH


Share:

Wednesday, 24 May 2017

BLOOD PRESSURE TURUN DENGAN PUERH TEA


Petang tadi tengah duk tunggu flight berlepas, terima whatspp sembang-sembang dengan sorang customer ni. Sembang pasal blood pressure. Mulanya dia tanya aku, kalau minum kopi boleh ke minum teh puerh ni jugak?

Aku cakaplah takde masalah, asalkan jarakkan sedikit pengambilan. Bukan dengan kopi sahaja, dengan mana-mana supplement atau ubat sekali pun. Just jarakkan pengambilan.

Rupanya ada sebab dia bertanya. Katanya 2 bulan minum puerh tea, blood pressure dia cantik. Ada penurunan. Namun sejak dia stop puerh tea dan amalkan minum kopi cap xxxxxxx, terus blood pressure dia naik mendadak. 190/110 ko. Padahal baru seminggu minum kopi cap xxxxxx.

Aku tak nak nak komen banyak, tapi sendiri pikir logik lah kan. Asalnya blood pressure memang bermasalah. Bila dah minum puerh tea, alhamdulillah ada perubahan positive. Namun bila stop puerh tea and amal minum kopi tu terus naik tekanan darah yang mendadak. So boleh nilai sendiri yang mana wajar stop, yang mana wajar diteruskan😃.
Tapi alhamdulillahh, customer ni buat penilaian yang waras. Terus amalkan puerh tea dan tekanan darah beliau kembali ok dan maintain ok, walaupun kadang2 ada juga skip minum.

Bila ditanya, puerh tea ni kena minum tiap-tiap hari ke? Jawapan paling mudah, puerh tea minuman kesihatan harian. So, kalau nak sihat, sendiri mau ingat. Haha

Oh satu lagi. Pasal kopi tadi. Berhati-hatilah dengan sebarang minuman atau supplement yang mencanak-canak tumbuh kat pasaran sekarang ni. Ada yang memang betul-betul bagus, namun tidak kurang juga yang sekadar ingin mengaut untung. Kita sebagai pengguna, do some research dulu sebelum telan sebarangan produk. Tak pasal-pasal BP mencanak😁.

SHERIFFA
PUERH TEA DISTRIBUTOR
018 3581121

#TEAZHENG
#PUERHTEA

Share:

Tuesday, 23 May 2017

WAJAH BARU PUERH GREEN TEA IN CAN


Sebenarnya ada sedikit perubahan ke atas puerh green tea in can untuk stok yang baru sampai ni.
Tak banyak pun berubah. Secoet jer.
Seperti dalam gambar, bentuk atau shape of can tu ada sedikit lain.
Yang lama lebih round, manakala yang baru ni ada sedikit curve segi empat.

Jangan risau, luaran sahaja lain. Dalaman tetap sama.
Masih puerh tea yang sama. Berat pun masih sama.
Dan of course kualiti pun tetap maintain.
Peminat puerh tea in can jangan risau kalau2 tengok rupa luaran tin berubah wajah.
Bukan fake atau tiruan. Memang tetap asli dari kami, TeaZheng.
Cuma kilang di Yunnan ada jalankan sedikit perubahan. Itu sahaja.

So keep enjoying your puerh tea.
Especially lagi 2,3 hari nak masuk bulan puasa ni.
Berpuasa bukan alasan anda nak skip puerh tea.
Malah sepatutnya bulan puasa lah, bulan terbaik untuk meningkatkan taraf kesihatan dengan menikmati puerh tea.

Btw, puerh tea in can ni memang laju order masuk.
Stok yang baru sampai ni, setengah kotak pertama dah licin.
Aku rasa korang tak perasan pun yang bentuk tin ni ada perubahan.
Sebab takde yang tanya pun. Haha
Apa-apa pun terima kasih support kami😉

SHERIFFA
PUERH TEA DISTRIBUTOR
018 3581121

#TEAZHENG
#PUERHTEA
Share:

SALAH ANGGAP MENGENAI DURIAN SEJAK SEKIAN LAMA



Google pic


Sekarang musim durian. Sana sini orang duk post pasal durian. Aku pun tak terkecuali pi redah durian Mantin yang viral tu. Maklumlah, 20 minit jer drive dari rumah. Mau tak cuba. Hehe..Yer memang murah dan puas hati. Isi durian mekar, berlemak dan sungguh sedap. Makan kat situ terus. Tapi nak pergi siap sedia mental awal-awal. Beratur panjangggg ko..haha


Nah ini dia. Viral punya pasal. Waze sahaja "Durian Mantin Murah"


Bercakap pasal durian ni, terbaca penulisan seorang Dr (doktor klinik) di facebook yang menyatakan durian tinggi kolesterol. Antara baris-baris penulisan beliau berbunyi,

"Durian Menyebabkan kolesterol tinggi. Maka mkn 3 atau 4 ulas cukup dah..."

FAKTA:
====> DURIAN TIDAK MENGANDUNGI KOLESTEROL!

Tapi bukanlah bermakna tiada kolesterol kita boleh melantak durian 3,4 biji sekaligus. LEMAK tetap tinggi. CARBOHYDRATE tetap tinggi. Maka KALORI tetap tinggi. Bersederhana itu lebih baik.

Namun menyatakan durian tinggi kolesterol adalah menyimpang dari fakta pemakanan sama sekali. All plant foods are CHOLESTEROL-FREE. Ini juga termasuk santan kelapa yang selalu dimomokkan dengan tinggi kolesterol.

Sheriffa Fahima
"Doctor terbengkalai"

#Durian
#Cholesterol


Share:

Mengenai Kami



Teh puerh TeaZheng merupakan satu-satunya pengedar tunggal teh puerh muslim di Malaysia. Gabungan anak jati Melayu Terengganu dengan jejaka Cina berketurunan Hui (muslim) dari Yunnan, maka lahirlah perniagaan teh puerh TeaZheng yang masih mengekalkan keaslian serta kebaikan teh puerh yang diakui kehebatannya sejak sekian lama.

TeaZheng merupakan satu-satunya pengedar teh puerh di bawah kendalian campuran Melayu-Cina Muslim di Malaysia. Teh Puerh TeaZheng diimport khas dari daerah Yunnan, China yang merupakan wilayah asal teh puerh dihasilkan. Yunnan juga merupakan wilayah asal pengasas TeaZheng iaitu Mr. Zheng di lahirkan serta dibesarkan. Di Malaysia, pengurusan TeaZheng di kendalikan sepenuhnya oleh Mr. Zheng (pengasas) serta dibantu oleh Mrs. Zheng (pengarah) syarikat MRZHENG ENTERPRISE.

Etika perniagaan kami ialah kejujuran dan saling mempercayai. Kami memastikan pelanggan-pelanggan mendapat kepuasan setiap kali berurusan dengan kami. TeaZheng seringkali mengadakan lawatan ke Yunnan untuk memastikan tea yang terbaik dapat dibekalkan kepada pencinta-pencinta teh di Malaysia. Bagi menjamin kesegaran, khasiat dan kualiti teh yang kami bekalkan, TeaZheng hanya membeli teh puerh secara terus dari pengeluar-pengeluar yang mempunyai prestasi rekod yang terbaik serta terbukti dalam penghasilan teh puerh yang berkualiti tinggi serta menggunakan kaedah traditional organik.

TeaZheng menjamin kepuasan pelanggan melalui:

•   Asal usul teh. Kesemua teh keluaran TeaZheng adalah ditanam dan dihasilkan di daerah asal teh puerh iaitu Yunnan, China.
•   Penghasilan teh yang masih mengekalkan kaedah pembuatan tradisional Cina.
•  Kami melawat dan berurusan dengan pengeluar-pengeluar secara terus untuk memastikan teh puerh yang kami bekalkan mempunyai kualiti yang paling tinggi serta harga yang terbaik.
•  Kami berkerja dengan pakar-pakar teh yang diiktiraf serta terpilih untuk menentukan hanya teh terbaik yang dihasilkan di Yunnan, China

Mr. Zheng
TeaZheng Founder

Share:

Monday, 22 May 2017

PUERH TEA: MAHAL ATAU MURAH?


Awal-awal berniaga, bila prospek kata puerh tea ni mahal sangat, saya akan cuba bagi alternative dengan memperkenalkan puerh tea yang gred lebih rendah, maka harga pun lebih rendah.

Sekarang telah berubah, bila prospek kata puerh tea ni mahal, memang saya akui mahal dan perkenalkan lagi dengan puerh tea yang lebih mahal dengan sedikit explanation kenapa ianya mahal.

Saya ubah cara dengan memberi "value" kepada prospek. Tidak sia2, ramai sahaja yang kata mahal tadi tetiba upgrade ke puerh tea yang lebih mahal (higher grade). Hehe😄


Terima kasih cik adik manis sudi selfie dengan puerh tea kami.😍

SHERIFFA
018 3581121

Share:

Sunday, 21 May 2017

SAMBAL IKAN TERENGGANU



Ada yang panggil sambal ikan. Ada juga yang panggil sambal buah pauh.
Buah pauh refer kepada mangga muda.
Aku panggil sambal ikan jer.
Makanan zaman budak-budak dulu lagi.
Dulu nenek lah selalu buat.
Aku kira memang makanan traditional Terengganu.
Ada orang sekarang tak kenal or tak pernah makan pun sambal ikan ni.
Tapi kalau yang pior Terengganu macam aku, for sure mesti pernah.

Actually aku tak pasti sambal ni original from Terengganu or Kelantan.
Nak senang, pantai timur lah kiranya.
Tapi disebabkan aku orang Terengganu, so aku sebut je sambal ikan Terengganu. Haha

Sedap wehh makan dengan nasi panas2. Tak payah banyak2 lauk pun tak per dah.
Gaul je dengan sambal ni. Silap haribulan boleh bertambah nasi.

Ada yang tanya resepi semalam.
Aku pun baru first time buat😃 Tu pun tertengok orang post kat fb tempoh hari.
Maka marilah kita berkongsi resepi di sini. Senang dan healthy food actually. No fry, no oil.
Cuma masalahnya bila sedap sangat, ko makan nasik bertambah. Kahkah

Bahan2

  • Ikan selayang (orang KL panggil ikan sardin) - aku guna 5 ekor
  • Cili padi - ikut kepedasan masing-masing.
  • Mangga muda - cincang halus.
  • Garam - secukup rasa
  • Asam keping.


Cara-cara:


  • Rebus ikan bersama asam keping.
  • Dah masak tunggu sejuk dan asingkan isi ikan.
  • Tumbuk isi ikan bersama cili padi berserta garam (buatlah anggaran sendiri garam dan cili padi banyak mana). Nak gaul garam kedian pun boleh.
  • Dah siap tumbuk semua, gaul dengan mangga muda yang dah dicincang tadi.
  • Siap! boleh buat stock dalam peti.
  • Time malas masak tarik jer untuk penyedap makan nasi.


Sonang kan. Cuma penat menumbuk jer.. Haha

#Sambalikanterengganu
#MrsZhengcook


Share:

Thursday, 18 May 2017

SHIPPING PUERH TEA DARI YUNNAN


Setiap kali orang tanya aku details mengenai shipping puerh tea dari Yunnan ke ke sini, memang aku jawab tak tahu.
.
Macam2 soalan sebenarnya. Guna company pos apa? Berapa hari nak sampai sini? Cost total? Kastam sekat tak? Macam mana nak elak sekatan? (alhamdulillah setakat ni tak pernah tersekat kat mana2 dan tetiba kena bayar cukai itu ini, tak pernah). Smooth sahaja. Cuma kadang2 lewat sket sampai. Normallah tu.
.
Tapi semua soalan di atas jujur aku jawab tak tahu. Sebab sememangnya aku tak ambik tahu. Bab ni Pok Jeng yang uruskan. Aku tau jual jer😁😁. Acu suruh Pok Jeng jual. Huh!
Korang janganlah cakap aku kedekut tak nak kongsi ilmu bab shipping pula yer. Sememangnya aku tak cakna.
.
Btw, stok terbaru sudah sampai, alhamdulillahh. Entah kali ke berapa pun tak tahu. Permintaan terhadap puerh tea sentiasa ada. Boleh contact TeaZheng agent untuk pesanan.
.
SHERIFFA
.
#TEAZHENG
#PUERHTEA
#YUNNANPUERHTEA
Share:

Tuesday, 16 May 2017

WE ARE TEAZHENG


We are TeaZheng. Our specialty is providing Chinese Puerh Tea originated from Yunnan, China. Also known as Yunnan Puerh Tea/Yunnan Tea/Puerh Green Tea or just Puerh Tea. TeaZheng is the one and only Muslim Puerh Tea distributor in Malaysia. We only supply Halal Puerh Tea recognised by Malaysia JAKIM.
.
The benefit of puerh tea is well known to shrink fat cell in order to reduce body weight. Thus, this tea also is popular as diet tea/slimming tea. However, puerh tea not only capable to reduce weight. There are many other benefits of puerh tea which include lower blood pressure, lower sugar level, reduce stress and also combat migraine. Many research and study have been conducted to support puerh tea’s beneficial on human body.
.
Puerh tea consisted of many grades and categories. Each category will show different characteristics in terms of taste, color, leaf shape and so on. The quality of each categories also different. We at www.teazheng.com only bring you the best quality of puerh tea from Yunnan. Your satisfaction is our priority. .
.
MRZHENG
PUERH TEA CONSULTANT AND DISTRIBUTOR
TEAZHENG FOUNDER
018 3581121.
.
#TEAZHENG
#PUERHTEA
Share:

Saturday, 13 May 2017

TART NANGKA TERENGGANU

Sejak aku post pasal misi mencari tart nangka kat fb semalam, ramai aih duk tanya beli kat mana, kedai mana, and no fon semua.
Rupa-rupanya ramai jugak yang minat. Ingatkan tak ramai minat tart nangka ni.
Maklumlah, sekarang ni nak masuk bulan puasa dah.
Mostly misi mencari tart nenas gebu gebas.
Aku jer yang tetiba cari tart nangka.
Well, dah namanya pior Terengganu, kuih asli Terengganu jugak yang di cari bila balik kampung ni.
Tart nenas tu kat mana2 pun boleh dapat.

Orang luar Terengganu masih ramai lagi yang tak tahu pasal tart nangka ni.
Tapi normallah, sebut pun orang luar. Yang depa kenal kepok lekor jer. Hehe
Bila aku open order kat group taman, ramai pulak yang tumpang skali.
Sudahnya stok tak cukup.😀

Ada jugak yang tanya aku, "sedap ke tart nangka ni?"
Kalau tak sedap, takdenyer aku cari. Haha
Sedaplah pada tekak aku. Memang feveret aku sejak dulu.
Dan tengoklah jugak pada pembuatnya.
Ada je yang tak sedap. Semalam sebelum aku decide beli dengan pembekal tart yang aku beli ni, aku singgah dulu kat pasar kampung sebelah. Ada jer tart ni.
Tak tahu lah sedap ke tak. Tapi tengok pun dah tak selera. Kecut kering jer.
Taknak lah aku spend duit kat pasar tu. Haha

Sesuai digabungkan dengan puerh tea. Semestinya 😃

Then aku ke Simpang Tokku.
Aku dah deal awal2 via fon.
Tart nangka yang aku beli ni aku puas hati. Sangat puas hati.
Gebu gebas dan cukup rasa.
Yang penting masih menggunakan kaedah traditional "baking" dengan sabut kelapa.
Di sinilah nilai aslinya tart nangka Terengganu.

Dah korang yang duk tanya aku semalam mana nak cari tart ni boleh contact no di bawah.
Actually kat Simpang Tokku ni, ada dua pembekal. Satu tu kedai tepi jalan.
Satu lagi home base.
Yang aku beli ni yang home base

Nombor depa:

Syed : 019 590 6298
Syarifah: 019 967 8139

P/s: Simpang Tokku merujuk kepada tempat/persimpangan yang ada kena mengena dengan anak beranak atau keturunan ulama terkenal Terengganu iaitu Tokku Paloh (Betulkan aku jika silap).

PROMOSI FLOWER TEA CAKE

#TARTNANGKA
#TERENGGANU

Share:

Thursday, 11 May 2017

KERAP KENCING


Usahlah mengeluh jika terpaksa kerap ke toilet lepas amalan minum puerh tea ni.
Pendek kata asyik nak terkencing jerr..
.
Kencing itu kan proses perkumuhan.
Ada "benda" yang badan kita tidak perlukan, tapi kita telan juga. Maka ianya perlu dibuang.
Bukan dibiarkan "mendap" dalam badan..
Salah satunya melalui air kencing.
.
Nak ke benda tak perlu ni bersarang dalam badan?
Bersyukurlah boleh lagi kencing.
Kan Allah tarik nikmat kencing kan baru tau😁
.
SHERIFFA
PUERH TEA CONSULTANT AND DISTRIBUTOR
www.teazheng.com
018 3581121
.
#Tehpuerh
#TeaZheng
Share:

Ingin lebih jelas whatsapp ajer terus..

Contact Us!

Contact Us!

HALAL FROM YUNNAN

HALAL FROM YUNNAN

Featured Post

SIMTOM LEPAS RAYA - LEGAKAN DENGAN PUERH TEA TEAZHENG

Mesti ada yang mengalami seperti gambar di atas kan? Semuanya gara-gara pemakanan. Pemakanan yang tidak terjaga dan tidak teratur sepanjang ...

About Me

My photo
I am puerh tea addict! You may ask me about puerh tea via 018 3581121.
Powered by Blogger.

PROMOTION

Total Pageviews

Definition List

Definition List

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

Ordered List

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support