We bring you the best puerh tea from Yunnan. Contact us: 018 358 1121.

Thursday, 5 October 2017

KEUNIKAN PUERH TEA




Jika anda biasa menonton dokumentari mengenai puerh tea di kaca TV atau pun di Youtube, pasti sedia maklum bagaimana daun puerh tea dipetik.

Tidak seperti teh yang lain, salah satu keistimewaan puerh tea ni ialah pokok teh puerh 
boleh berusia ratusan tahun dan cukup tinggi untuk di ambil daunnya. Seperti dalam gambar ini.

Memanjat pokok teh sebegini adalah perkara biasa di Yunnan ketika musim menuai daun teh puerh. Size daun teh puerh pula lebar-lebar dan besar (bukan hanya pucuk seperti daun teh yang lain).

Mengikut kajian, semakin berusia pokok teh puerh, semakin tinggi kandungan mineral dan antioksidan yang terkandung di dalam daun teh, maka lebih berkhasiat teh yang dihasilkan. Ini juga antara faktor kenapa puerh tea boleh mencapai harga ratusan ringgit malah ada yang ribuan ringgit.

Sheriffa@MrsZheng

#TeaZheng
#Puerhtea
Share:

Tuesday, 3 October 2017

Tuna with Tofu Grill Recipe


Dah lama tak update anything here. So here my latest recipe. Tuna patty with tofu grill. Tu pun sebab ramai yang mintak tempoh hari.

Bahan-bahan: 
  • Tuna in olive oil (aku guna jenama Rex)
  • Tofu lembut  (aku guna jenama Lo Sam)
  • Telur 2 biji
  • Coriander leaf (tapi aku guna daun bawang 😆)
  • Cili padi potong halus
  • Bawang merah cincang halus
  • Lada hitam
  • Garam sikit jer

Lenyek-lenyek tofu dan tuna. Campur dan gaul semua bahan di atas sampai separa halus. 
Bentukkan macam patty and grill. Done!

*Jangan tanya sukatan yer. Orang tak menyabor macam aku ni mana tau sukat. Sesedap mata memandang sahaja.



Untuk sauce:

Campur lemon juice, chili flakes, gula melaka, mustard, air and garam sikit dalam satu bekas and kacau-kacau. Panaskan atas kuali sampai pekat sikit. Tuang atas tuna tadi.
Atau pun boleh juga time panaskan tu masukkan juga tuna tadi and grill sekali lagi.


Buat tuna ball pun boleh. Goreng semestinya sodap *___^

Selamat mencuba
#MrsZhengCook

PROMOSI FLOWER TEA CAKE

Share:

Wednesday, 23 August 2017

RESEPI DONUT GEBU GOYANG KAKI


Kenapa goyang kaki?
Melampau betul dengornya. Hehe
Perumpamaan sahaja. Goyang kaki sebab aku guna breadmaker.
So proses menguli semua breadmaker yang ambik alih selama 1 jam setengah.
Aku pi buat kerja lain. Kalau aku yang uli tak tahu lah jadi apa. Takde rupa donut agaknya.
Entah2 kerah kejung tak leh telan.
Aku tak nak ambik risiko guna air tangan aku ni. Sebab aku kenal sapa diri aku.
Buat apa2 payah nak jadi.
Maka, lepas breadmaker uli, aku just jalankan proses menekap sahaja. Dan goreng.
Itu pun tak secomel dan selicin orang lain buat (pada mata aku).
Kawan aku cakap.."Baru first time buat terus nak comel2..tak sabor!!" Hahahaha
Whateverpun, rasa donut boleh puji (chewahh..masuk dalam bakul bergolek sendiri😆😆)

Ada yang mintak resepi. So ini yer. Resepi pun aku google juga.


Resepi Donut Gebu Goyang Kaki


  • 400g tepung gandum
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil yis/mauripan
  • 1 setengah sudu kecil garam
  • 2 sudu besar susu tepung (atau jika tiada boleh gantikan dengan 2 sudu besar susu pekat
  • 60g butter (cairkan)
  • Sebiji telur saiz M
  • 190 ml air suam (suhu sekitar 35 deg C) - aku agak2 jer.

Cara-caranya:

  • Mudah yakmat. Humban sahaja semua bahan dalam BM pan (liquid bawah, solid atas, atau bergantung pada BM masing-masing).
  • Tekan setting dough. (Aku punya no. 8 untuk dough setting).
  • Biarkan BM menjalankan kerjanya selama 1 jam setengah. 
  • Bila BM dah berbunyi tanda dah siap, keluar dough.
  • Tepuk2 sikit untuk keluarkan angin. Leperkan dough untuk proses menekap.
  • Tekap guna acuan beli atau boleh manual tekap sendiri.
  • Satu dough ni boleh buat dalam 15-20 biji donut standard saiz.
  • Settle menekap, tunggu kejap dalam setengah jam untuk bagi donut naik (tapi jangan over naik)
  • Then boleh goreng atau bakar oven untuk lebih sihat.
  • Keluarkan and tabur gula or coklat or cheese or whatever. Siap!
  • Sonang kan?


*Kalau nak frozenkan pun boleh. Goreng/ovenkan sekejap sahaja untuk stopkan fermentation. Then boleh masuk freezer. Nak makan goreng balik.

Sekian perkongsian tak seberapa dari aku yang baru first time cuba buat donut. Lepas makan donut, jangan lupa minum puerh tea. Kang tak pasal2 gula meninggi. Jangan amalkan selalu.😊

#MrsZhengCook
#DonutGebu

Share:

Monday, 31 July 2017

BAHAYA LEMAK DI PERUT


Pic google

Adakah mempunyai lemak di bahagian perut lebih teruk atau merbahaya daripada mempunyai lemak di bahagian lain badan?


Jawapan:

Benar! Pengumpulan lebihan lemak di kawasan perut lebih merbahaya berbanding lemak di bahagian punggung atau paha. Lemak di bahagian perut seringkali dikaitkan dengan masalah kesihatan yang serius seperti penyakit jantung, strok dan kencing manis jenis 2. Pilihan gaya hidup yang tidak sihat sering kali menyumbang kepada masalah ini.

Amalan minum puerh tea adalah salah satu dari gaya hidup yang sihat. Minuman harian yang tiada gula juga zero calories serta berupaya mengecilkan saiz lemak yang terkumpul, sekaligus mencegah penyakit jantung, kencing manis dan strok.

Puerh tea order: 0183581121

Share:

Thursday, 27 July 2017

OUTDOOR ATAU INDOOR WORKOUT??


Atas treadmill aku boleh berlari 1 jam non stop.
Tapi kalau kat luar either at the park, jogging track or kat padang ke apa paling lama 15 minit jer aku bertahan.

Ada beza ke?

Adalah!
Treadmill aku pandang dinding jer. So aku tak stress nampak laluan yang nak di habiskan. Berlari tanpa pegangan gitu😂.
Plus kat luar aku sukar berpeluh sebab angin mari keringkan. Aku tak suka.
Dan lagi aku tak suka bersenam pakai tudung or cover up actually. Unless hiking and play badminton sebab takde choice.

Kalau gunung tu aku yang punya, pasti aku hiking gaya minah salleh.

So, due to all these reasons, aku prefer indoor exercise kat rumah sendiri. Kat gym pun tak boleh kalau jenis pasang aircond. Aku sejuk. Tak suka! Yang tak pasang aircond takper. Memang banyak songeh.


#Me

#TeaZheng
#Indoorexercise


Share:

KURUS DAN SIHAT


Pic google

Ada kajian yang menunjukkan obesiti boleh mengakibatkan kerosakan buah pinggang.

Gemuk ==> Buah pinggang rosak???

Gerun juga kita mendengarnya. Terus nekad berkobar-kobar nak kurus. Google produk kurus itu ini.
2 bulan telan produk terus kurus cun melecun. Tapi sayang bulan ke 3 diagnosed dengan masalah buah pinggang.
Eh dah kurus pun masih kena kidney problem juga? Tadi kata gemuk yang berisiko?
Tadi berisiko sahaja. Belum kena lagi. Tapi dah pi telan produk kurus tanpa selidik bahaya ke tak, itu lagi lah "mendesak" buah pinggang kita berkerja dengan lebih keras. Akhirnya collapse tak mampu nak tampung.
Nak kurus, kuruslah secara semulajadi. Kurus dengan ILMU. Bukan dengan jalan yang memudaratkan. Kita nak kurus dan sihat. Bukan kurus tapi penyakit lain menanti.
[Kisah di atas tiada kene mengena dengan sesiapa, tapi realitinya wujud]

SHERIFFA.

#TeaZheng
#Puerhtea

Share:

Thursday, 13 July 2017

WALAU KE MANA SAYA PERGI, SAYA BAWA GREEN TEA.



Walau ke mana saya pergi, saya akan pastikan saya bawa green tea sebagai bekalan minuman harian.
Puerh Green Tea by TeaZheng to be exact!
Green tea lain dah tak boleh terima tekak. Tak shedapp 😜
Panas atau sejuk bergantung pada mood harian.
Yang penting, ada!

Berbalik topik mengenai bekalan minuman harian, yer saya bawa walau ke mana saya pergi.
Dan bila dah bawa pastikan habis diminum. Barulah dikatakan sebagai amalan.
Barulah betul betul tekad nak amalkan gaya hidup sihat.
Nak kurus dan dan sihat perlu seiring sejalan.
Bila kita amalkan gaya hidup yang sihat, insyaAllah kurus itu datang dengan sendirinya.
Tak perlu terkejar-kejar atau berlawan-lawan dengan orang lain. 
Lain badan, lain perjalanan dan liku-likunya.
Tabah dan sabar itu yang lebih penting.

Bila kita istiqomah, insyaAllah pasti ada hasilnya.
Mula mula minum puerh tea ni dah boleh rasa badan lebih segar, buat kerja lebih cergas. 
Cepat berpeluh berbanding dulu. Dah kurang lemaunya.
Lama-lama boleh perasaan badan makin ringan, pinggang seluar dah mula longgar.
Baju lama dah boleh pakai balik.
Malah bukan itu sahaja, bila buat blood test, alhamdulillah semua lulus.
Kencing manis, darah tinggi, kolesterol level semua normal.
Pernah ada kenalan yang minum puerh tea ni, kencing manis dari level berbelas2 turun ke angka 7.
Doktor pun terkejut.

Tapi sebenarnya tak payah tunggu sakitlah nak minum puerh tea ni.
Tak sakit, tak gemok pun boleh minum,
Cegah awal-awal.
Hanya daun teh yang melalui proses fermentasi yang panjang sahaja.
Takde chemical, takde pewarna. Takde bahan tambah apa pun. 
Semestinya Halal. Kalau tak halal takkanlah saya minum😀

Harga? Hanya RM90 sahaja untuk penggunaan 3 bulan.
Nak yang lebih sedap ambik yang higher grade puerh tea.
RM150 juga untuk penggunaan 3 bulan. Konfirm sedap puas hati!

Nak order, whatspp: 018 3581121
Atau tekan link whatspp di bawah:
www.wasap.my/60183581121

SHERIFFA
PUERH TEA DISTRIBUTOR

#TeaZheng
#Puerhtea





Share:

Monday, 10 July 2017

KENCING MANIS KETIKA MENGANDUNG?



Maafkan model yang terlebih aksi 😜
Puerh red tea ni walaupun jarang-jarang up, tetapi sentiasa ada permintaan.
Jika mengandung dan tiba-tiba ada kencing manis, eloklah amalkan puerh red tea ni untuk elakkan kencing manis dari makin melarat. Puerh green tea tak sesuai untuk anda yang hamil.

Begitu juga untuk ibu bapa yang dah berusia, juga sangat sesuai amalkan puerh red tea ini.
Terutamanya yang sakit-sakit lutut, lemah badan, darah tinggi, kencing manis dan juga kolesterol tinggi. Sesuai diamalkan setiap hari. Gantikan sahaja teh O bergula dengan puerh tea merah.
Walaupun tanpa gula tetap sedap dan segar je minum.


Testimoni puerh red tea dengan izin-Nya


Hanya dua golongan ini sahaja ke yang sesuai untuk amalkan puerh red tea?

Tidak sebenarnya. Jika anda sudah slim (berat badan sudah ideal), tapi ada masalah kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi dan so on, juga amat amat sesuai amalkan puerh red tea.
Ada kan..walaupun kurus solid tapi sebenarnya kolesterol tinggi, kencing manis pun ada.
Maka elok lah jadikan amalan puerh red tea ni. 
Pendek kata, jika tak nak turunkan berat badan, tapi nak cegah atau elakkan penyakit2 yang dinyatakan tadi berlarutan, minum puerh red tea ni. Simple sahaja 😃

Puerh red tea ni pun ada 2 gred atau level dalam stok kami.
Yang puerh tea cake dan juga puerh tea in box seperti dalam gambar.
Ada yang harga RM60, RM90, RM110 dan yang paling highest RM130.
Fungsi sama sahaja hanya berbeza rasa dan aroma teh sahaja.
Jika tanya kami, yang mana lebih sedap?
Payah kami nak bagi jawapan sebab citarasa setiap individu itu berbeza.


Yang ini puerh red tea cake size paling kecil. Harga RM60 sahaja untuk penggunaan 2 bulan. Yang ini pun ramaiiiii sangat yang suka. Repeat order pun ramai.


Apabila anda membaca testimoni ini, anda boleh agak sendiri kenapa ramai yang repeat order puerh red tea ini. Tersangat bagus jika anda ada kencing manis. Amalkanlah setiap hari dan rasai perubahan tubuh badan ke arah yang lebih sihat. InsyaAllah dengan izin-Nya

Untuk mendapatkan harga istimewa puerh red tea, whatsapp kami menggunakan link ini: http://bit.ly/2Pa47qJ

SHERIFFA
PUERH TEA DISTRIBUTOR
018 3581121

#TEAZHENG
#PUERHTEA

Share:

Tuesday, 4 July 2017

HOME MADE ICE CREAM GREEN TEA


Buat sendiri aiskrim puerh tea?

Kenapa tidak! Pelbagaikan puerh tea anda. Tak kisah lah nak guna puerh green tea ke, puerh red tea ke. Mana-mana pun boleh. Asalkan puerh tea by TeaZheng. hehe

So boleh rujuk pada gambar bagaimana menghasilkan ais krim puerh tea yang lazat. Hanya perlu letak air panas. Tunggu daun teh kembang dan campurkan lemon serta madu. Letak dalam popsicles dan leave it overnight. Opss sebelum tu jangan lupa tapis dulu. 

Sangat sesuai untuk anak-anak yang ketagih aiskrim. Berikan mereka aiskrim yang lebih sihat. Healthy popsicles with puerh tea.😉

More puerh info: www.wasap.my/60183581121.

#Puerhtea
#TeaZheng
#Popsicles

Share:

Sunday, 2 July 2017

HONEY BALSAMIC SALMON VEGGIE





Memang dah muak makan segala menu raya.
Beralih arah ke good eating habit pulak yer. 
Moga istiqomah😁
Menu semalam. Senang dan sangat sedapp walaupun rupa tak berapa nak ada.
Marinated sauce tu yang sedap. Hari ni nak cuba dengan ayam pula. 😋
Dalam setengah jam lepas makan ni, saya minum puerh tea yang diletak hirisan lemon.
Kenyang dan segarr (nak ganti lemon dengan madu pun boleh).
.
Here the recipe bagi yang mahu mencuba. Sukatan sendiri agak lah yer. Saya main curah sahaja😁.
.
Sauce:
  • Balsamic vinegar
  • Honey
  • Salt
  • Black pepper
  • Minced ginger
  • Olive oil
  • Herbs (rosemarry, mixed herbs atau apa sahaja yang berkenan)
  • Chili flakes
==> Gaul and perap dengan salmon setengah jam. Then grill. Dah hampir masak curah lebihan sauce biar sedikit pekat.
.
Mashed potato:
Boil potato 2,3 biji. Buang kulit dan lenyek dengan sedikit low fat milk, sedikit garam dan pepper.

Broccoli and carrot atau any vege boilkan sahaja.
.
Hidang and curahkan lebihan sauce and siap!! Sedap😋😋

PROMOSI FLOWER TEA CAKE

#MrsZhengcook 
#heathyfood 
#Loseweight
#Misilagi

Share:

Semangat Raya??



Belum terlambat kotnya nak ucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin dari kami kat blog ni?
Entah raya ke berapa dah hari ni? Aku pun lupa. Hehe.

Bagaimana raya korang? Kami biasa-biasa sahaja.
Takde yang special pun. Bagi aku raya tak raya pun sama jer. Just happy sebab pakai baju baru dan boleh posing. Kahkah.
Dan honestly raya kami tahun ni suram sebab baru lagi kehilangan abang kandung.
Buat umi dan abah lagi lah terasa. 
Takde lagi dah orang yang nak pasang api lip lap kat pokok jambu.
Dan suka cucuh mercun malam raya.
Semua tinggal kenangan.

Tapi yang masih hidup perlu teruskan kehidupan.
Bila dah balik ke sarang ni terus bersemangat.
Duk kampung energy kurang. Rasa "semacam". Hahah

Ok lah tak nak menulis panjang-panjang.
Just Salam Lebaran dari kami. Maaf zahir batin.
Terima kasih kerana sentiasa support kami.

Mr & Mrs. Zheng

#Raya2017

Share:

Ingin lebih jelas whatsapp ajer terus..

Contact Us!

Contact Us!

HALAL FROM YUNNAN

HALAL FROM YUNNAN

Featured Post

SIMTOM LEPAS RAYA - LEGAKAN DENGAN PUERH TEA TEAZHENG

Mesti ada yang mengalami seperti gambar di atas kan? Semuanya gara-gara pemakanan. Pemakanan yang tidak terjaga dan tidak teratur sepanjang ...

About Me

My photo
I am puerh tea addict! You may ask me about puerh tea via 018 3581121.
Powered by Blogger.

PROMOTION

Total Pageviews

Definition List

Definition List

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

Ordered List

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support