We bring you the best puerh tea from Yunnan. Contact us: 018 358 1121.

Tuesday, 27 March 2018

BAWAL EMAS STIM KICAP


Dah lama sangat tak pegang senduk dengan kuali. Semalam kembali ke pangkal jalan. Maka terjadilah menu bawal emas stim kicap yang mudah dan simple ini. Iyer, memang senang sahaja. Here the recipe:



Bahan-bahan untuk stim:
  • Ikan bawal emas seekor
  • Bawang putih 3 ulas
  • Halia secukupnya
  • Cili api
  • garam
  • lada sulah.
  • Daun ketumbar (saya guna daun bawang)

Bahan-bahan untuk kuah:
  • 3 sudu atau lebih kicap manis
  • Bawang putih dan bawang merah
  • Sekeping asam keping
  • Cili api

Cara-caranya: 

Lumur ikan dengan garam dan lada sulah. 
Stim ikan bersama dengan bawang putih, halia dan cili api.

Untuk kuah: 
  • Tumis bawang putih bersama bawang merah (minyak sikit jer) sampai garing dan wangi.
  • Masukkan kicap, asam keping and cili api. 
  • Tambah sedikit air (dalam setengah cawan), perasakan masin, masam dan manisnya.
  • Biarkan mereneh dalam 5 minit.
  • Bila dah siap, tuang kuah ke atas ikan.
Then siap, ready untuk dimakan bersama nasik panas-panas 😋

PROMOSI FLOWER TEA CAKE

#healthyfood
Share:

Sunday, 4 March 2018

PECAL SEGERA


Dipanggil pecal segera kerana kuahnya tak perlu susah payah sediakan di dapur. Beli siap online sahaja. Mudah dan senang. Hanya perlu masukkan air panas. Mahu likat atau cair terpulang pada selera masing-masing. Mudah kan?

Bahan-bahan yang lain pula as usual hanya perlu celurkan sahaja. Kecuali tempeh dan tauhu saya masukkan dalam air fryer. Tak perlu minyak. Senang, pantas dan lebih sihat, insyaAllah.


Sesiapa yang ingin mendapatkan kuah pecal segera ini boleh hubungi Puan Sofea di talian 017 6178303. Saya tak jual. Saya hanya pengguna sahaja kerana peminat pecal 🙂

Share:

Sunday, 18 February 2018

HONEY CHICKEN GRILL


Honey chicken grill atau bahasa Melayu nya ayam panggang bermadu. Saya guna resepi tersangat simple tapi hasil tetap memuaskan. Yang penting menu sihat. 


Here the recipes:
  • Dada ayam
  • Bawang putih 2 ulas
  • Halia dalam seinchi setengah
  • Lada hitam, garam dan madu secukup rasa.

Tumbuk bawang putih dan halia. Campur dengan lada hitam, garam serta madu mengikut citarasa masing-masing. Lumur ke dada ayam. Perap dalam sejam (actually saya tak perap pun 😀), and akhirnya grill.

Dah masak hiris cantik-cantik. Boleh di makan dengan salad atau dengan roti pita. Yummeh 😉

PROMOSI FLOWER TEA CAKE

#MrsZhengcook
#Ayammadu
#Ayamgrill


Share:

PROMOSI CHINESE NEW YEAR


Rugi jika tak rebut peluang. Di bawah merupakan list puerh tea yang sedang dalam promosi sekarang, Diingatkan promosi sehingga 28 Februari sahaja. Whatspp kami di talian 018 3581121 untuk pembelian.


Harga asal Puerh Tea Cake 357g ini RM133. Now sempena CNY RM108 sahaja. And FREE postage.


Buy One FREE One untuk puerh tea in packet ini. Hanya RM60. Jimat sangat! Berbaloi!


Begitu juga dengan Puerh Tea with Jasmine petals ini. Beli sepeket, dapat FREE sepeket lagi puerh tea jasmine. Sangat berbaloi bagi anda yang gemarkan aroma tea jasmine.


Whataspp kami di talian: 018 358 1121.

#TeaZheng
#Puerhtea
Share:

Wednesday, 14 February 2018

CHINESE NEW YEAR PROMOTION!!!


We having a promotion now. Grab this opportunity to get such a super cheaper price than usual.


Original price of puerh green tea cake above (357g) is RM133. Now, for CNY you need to pay only RM 108 and it's FREE postage including Sabah and Sarawak. Super saving for a better health! Hurry up and contact us at www.wasap.my/60183581121/TeaZheng. (018 3581121).

Besides puerh green tea cake, we also have promotion for this Flower Tea Cake. It's puerh green tea mixed with Rose bud. 

Flowertea cake

Original price is RM120 excluding postage. Now with CNY promotion the price only RM88 and FREE postage. Again, super duper jimat kan?? Comes with cute box too. Sangat sesuai untuk dijadikan hadiah. 


Promotion ends by 25th February 2015.

#TeaZheng
#Puerhtea
#Flowerteacake

Share:

Monday, 29 January 2018

PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN KENCING MANIS (DIABETES)


Bila dah terkena kencing manis, pemakanan harian kita wajib kena jaga. Kalau tak jaga, bacaan gula boleh terus meningkat. Silap haribulan kena potong kaki. Nauzubillah.. mintak jauh.

Nak turunkan bacaan gula juga bukan mudah. Ada tu dah ikut nasihat doktor dan kurang atau elakkan makanan manis-manis, tapi bacaan gula tetap jugak tak turun-turun. Makin hari makin risau.
.
.
.
Kerisauan anda insyaAllah akan terjawab setelah mencuba Yunnan Pueh Tea by TeaZheng.


Mungkin teh cina ini (gambar) adalah jawapan kepada kerisauan anda. Pernah cuba Yunnan puerh tea tak? 


Puan Zalinah dari Terengganu kata “terkejut saya bacaan gula turun sehingga 5”. Beliau yang sebelum ini tidak yakin dengan puerh tea amat terkejut bacaan gula dari bacaan 12 turun ke angka 5 hanya dengan 3 kali minum sahaja.


Manakala Tuan Shukri dari Kelantan pula berkata sebelum ini beliau selalu letih. Setelah amalkan minum puerh tea, keletihan makin kurang. Dan paling terkejut bacaan gula turun dari 8 ke 4.9. Beliau yang merupakan pengidap diabetes keturunan sangat bersyukur dengan perubahan positif ini.

Apa itu Yunnan Puerh Tea?

Yunnan puerh tea adalah sejenis chinese tea. Ditanam dan dibawa khas dari Yunnan, China. Teh cina asli yang tiada bahan pengawet, tiada tambahan kimia, tiada tambahan perisa atau pewarna. Hanya asli daun teh yang telah dimatangkan. Proses pematangan inilah yang menjadikan puerh tea teh yang “mahal”, kaya dengan khasiat dan tinggi antioksidan. 

Halal kah?


Jangan bimbang. Semestinya halal. Pastikan anda dapatkan puerh tea dari brand TeaZheng. Hanya puerh tea by TeaZheng diyakini halal dan bersih. TeaZheng memastikan puerh tea dihasilkan oleh pengusaha chinese muslim di Yunnan dan halal yang diiktiraf oleh JAKIM. Puerh tea hanya daun teh. Tiada bahan tambah yang lain.


Apa fungsi sebenar puerh tea?

Puerh tea bukan ubat. Ianya adalah minuman harian. Minuman amalan orang cina untuk penjagaan kesihatan menyeluruh. Tak perlu rebus, tak perlu tambah gula. Hanya bancuh dengan air panas dan sedia diminum. Puerh tea diyakini melalui ujian klinikal (banyak jurnal berkaitan puerh tea telah diterbitkan) dan juga beribu testimoni dari pengamal puerh tea dari seluruh dunia. Antara fungsi puerh tea adalah dalam membantu:

   ✔️ Turunkan berat badan
   ✔️ Kawal gula dalam darah (diabetes)
   ✔️ Turunkan tekanan darah tinggi
   ✔️ Turunkan kolesterol
   ✔️ Legakan migrain
   ✔️ Legakan gastrik
   ✔️ Legakan period pain dan stabilkan hormon wanita (period kembali teratur)
   ✔️ Buang angin dan legakan lenguh-lenguh badan
   ✔️ Menyihatkan kulit
   ✔️ Juga bertindak sebagai anti kanser dan anti tumor (bagus bagi yang ada cyst dan fibroid).


Harga?

Hanya RM125 untuk penggunaan 6-7 bulan. Nak dapatkan harga jauh lebih rendah? Teruskan membaca.
.
.
.
Bagaimana mendapatkannya?

Anda boleh dapatkan puerh tea dengan harga yang lebih rendah dengan pengedar sah kami. Untuk membuat pembelian, tekan link ini untuk terus ke whatspp kami: http://bit.ly/2pNGInV 
(anda akan dihubungkan terus ke talian whatsapp kami di 018 3581121)

Bukan itu sahaja, jika anda terus whatspp kami anda berpeluang mendapatkan free gift yang sangat berbaloi! Whatsapp kami sekarang!

Klik: http:http://bit.ly/2pNGInV 

atau jika tak dapat, ini nombor kami:

Whatsapp: 018 358 1121
Whatsapp: 018 358 1121
Whatsapp: 018 358 1121

Ingat! Pastikan puerh tea yang anda beli by TeaZheng. Berhati-hati dengan fake puerh tea di pasaran.


Sheriffa
TeaZheng Founder
Puerh Tea Distributor

#TeaZheng
#Puerhtea

Share:

Saturday, 27 January 2018

BEZA ANTARA PUERH GREEN TEA DENGAN NORMAL GREEN TEA

Picture taken from google

Beza antara puerh green tea (raw puerh) dengan normal green tea.

Hanya satu proses yang membezakan antara green tea dengan puerh green tea iaitu proses pengeringan (drying process). Proses pengeringan green tea melibatkan secara hot air (indoor) manakala puerh tea secara direct tenaga suria (matahari).

Kedengaran simple dan seakan tiada beza, tapi hakikatnya besar impak pancaran asli matahari ke atas penghasilan puerh tea. Di sini lah proses semi fermentation terjadi dan akan memberi kesan ke atas rasa dan aroma puerh tea. Di sini juga “unique taste” dan “sweet aftertaste” of puerh tea terhasil.

Proses pengeringan puerh tea adalah proses yang kritikal. Bukan setakat bentangkan daun teh mengadap matahari, tetapi pemantauan secara berterusan terutamanya dari segi relative humidity (RH), amat dititik beratkan.

RH yang optimum untuk pengeringan daun teh puerh adalah sekitar 30 - 40%. Sedikit peningkatan ke atas RH (yang biasanya akibat hujan dan perubahan musim), boleh mengakibatkan RH meningkat ke 60%. Walaupun hanya sedikit peningkatan RH, tetapi tetap memberi kesan ke atas rasa dan kualiti puerh tea. Sebab itulah, pengusaha puerh tea yang yang sudah terkenal di Yunnan, sangat menitik beratkan proses penghasilan puerh tea terutamanya proses pengeringan.

Disokong dengan bentuk muka bumi, altitute dan RH menjadikan Yunnan tempat paling sesuai untuk penghasilan puerh tea. Karangan panjang ini diharap dapat menjawab persoalan sebelum ini yang bertanyakan kepada saya, “Jika puerh tea sangat bagus, kenapa Malaysia tak hasilkan puerh tea?”

RH Malaysia andai tak hujan pun sudah mencecah 80 - 95%. Kita ni memang panas, tapi jangan lupa, kita lembab. Lebih tepat lagi kita ni khatulistiwa.


**Pengeringan hanya sebahagian. Selepas pengeringan masih ada beberapa lagi step yang melibatkan aging proses untuk menghasilkan “vintage puerh tea”. Satu karangan tak cukup.**

TeaZheng
Kedai Teh Cina Muslim
Bangi Avenue, Kajang.

Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai teh puerh by TeaZheng, klik whatsapp di bawah:



Share:

Sunday, 22 October 2017

SUKAR BERPELUH??


Adakah anda sukar berpeluh walaupun ketika bersenam?


Tak syok kan bila bersenam tapi tak berpeluh. Ibarat makan nasi 2 pinggang tapi tak kenyang-kenyang.

Cuba try test minum puerh tea suam-suam right before bersenam. Tengok apa jadi. Tak tahu lah orang lain, kalau aku memang menjejes-jejes peluh menitik (dan juga beberapa testimoni lain dari penggemar puerh tea.

Macam gambar ni tak sempat masuk high impact pun, baru je warming up yang tak berapa warming up pun, dah lenjun. Ini barulah puas hati. 

Actually, tak perlu tunggu bersenam pun kalau minum puerh tea ni, buat kerja rumah pun peluh boleh menitik-nitik.

Sheriffa

Share:

Thursday, 5 October 2017

KEUNIKAN PUERH TEA




Jika anda biasa menonton dokumentari mengenai puerh tea di kaca TV atau pun di Youtube, pasti sedia maklum bagaimana daun puerh tea dipetik.

Tidak seperti teh yang lain, salah satu keistimewaan puerh tea ni ialah pokok teh puerh 
boleh berusia ratusan tahun dan cukup tinggi untuk di ambil daunnya. Seperti dalam gambar ini.

Memanjat pokok teh sebegini adalah perkara biasa di Yunnan ketika musim menuai daun teh puerh. Size daun teh puerh pula lebar-lebar dan besar (bukan hanya pucuk seperti daun teh yang lain).

Mengikut kajian, semakin berusia pokok teh puerh, semakin tinggi kandungan mineral dan antioksidan yang terkandung di dalam daun teh, maka lebih berkhasiat teh yang dihasilkan. Ini juga antara faktor kenapa puerh tea boleh mencapai harga ratusan ringgit malah ada yang ribuan ringgit.

Sheriffa@MrsZheng

#TeaZheng
#Puerhtea
Share:

Tuesday, 3 October 2017

Tuna with Tofu Grill Recipe


Dah lama tak update anything here. So here my latest recipe. Tuna patty with tofu grill. Tu pun sebab ramai yang mintak tempoh hari.

Bahan-bahan: 
  • Tuna in olive oil (aku guna jenama Rex)
  • Tofu lembut  (aku guna jenama Lo Sam)
  • Telur 2 biji
  • Coriander leaf (tapi aku guna daun bawang 😆)
  • Cili padi potong halus
  • Bawang merah cincang halus
  • Lada hitam
  • Garam sikit jer

Lenyek-lenyek tofu dan tuna. Campur dan gaul semua bahan di atas sampai separa halus. 
Bentukkan macam patty and grill. Done!

*Jangan tanya sukatan yer. Orang tak menyabor macam aku ni mana tau sukat. Sesedap mata memandang sahaja.



Untuk sauce:

Campur lemon juice, chili flakes, gula melaka, mustard, air and garam sikit dalam satu bekas and kacau-kacau. Panaskan atas kuali sampai pekat sikit. Tuang atas tuna tadi.
Atau pun boleh juga time panaskan tu masukkan juga tuna tadi and grill sekali lagi.


Buat tuna ball pun boleh. Goreng semestinya sodap *___^

Selamat mencuba
#MrsZhengCook

PROMOSI FLOWER TEA CAKE

Share:

Wednesday, 23 August 2017

RESEPI DONUT GEBU GOYANG KAKI


Kenapa goyang kaki?
Melampau betul dengornya. Hehe
Perumpamaan sahaja. Goyang kaki sebab aku guna breadmaker.
So proses menguli semua breadmaker yang ambik alih selama 1 jam setengah.
Aku pi buat kerja lain. Kalau aku yang uli tak tahu lah jadi apa. Takde rupa donut agaknya.
Entah2 kerah kejung tak leh telan.
Aku tak nak ambik risiko guna air tangan aku ni. Sebab aku kenal sapa diri aku.
Buat apa2 payah nak jadi.
Maka, lepas breadmaker uli, aku just jalankan proses menekap sahaja. Dan goreng.
Itu pun tak secomel dan selicin orang lain buat (pada mata aku).
Kawan aku cakap.."Baru first time buat terus nak comel2..tak sabor!!" Hahahaha
Whateverpun, rasa donut boleh puji (chewahh..masuk dalam bakul bergolek sendiri😆😆)

Ada yang mintak resepi. So ini yer. Resepi pun aku google juga.


Resepi Donut Gebu Goyang Kaki


  • 400g tepung gandum
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil yis/mauripan
  • 1 setengah sudu kecil garam
  • 2 sudu besar susu tepung (atau jika tiada boleh gantikan dengan 2 sudu besar susu pekat
  • 60g butter (cairkan)
  • Sebiji telur saiz M
  • 190 ml air suam (suhu sekitar 35 deg C) - aku agak2 jer.

Cara-caranya:

  • Mudah yakmat. Humban sahaja semua bahan dalam BM pan (liquid bawah, solid atas, atau bergantung pada BM masing-masing).
  • Tekan setting dough. (Aku punya no. 8 untuk dough setting).
  • Biarkan BM menjalankan kerjanya selama 1 jam setengah. 
  • Bila BM dah berbunyi tanda dah siap, keluar dough.
  • Tepuk2 sikit untuk keluarkan angin. Leperkan dough untuk proses menekap.
  • Tekap guna acuan beli atau boleh manual tekap sendiri.
  • Satu dough ni boleh buat dalam 15-20 biji donut standard saiz.
  • Settle menekap, tunggu kejap dalam setengah jam untuk bagi donut naik (tapi jangan over naik)
  • Then boleh goreng atau bakar oven untuk lebih sihat.
  • Keluarkan and tabur gula or coklat or cheese or whatever. Siap!
  • Sonang kan?


*Kalau nak frozenkan pun boleh. Goreng/ovenkan sekejap sahaja untuk stopkan fermentation. Then boleh masuk freezer. Nak makan goreng balik.

Sekian perkongsian tak seberapa dari aku yang baru first time cuba buat donut. Lepas makan donut, jangan lupa minum puerh tea. Kang tak pasal2 gula meninggi. Jangan amalkan selalu.😊

#MrsZhengCook
#DonutGebu

Share:

Ingin lebih jelas whatsapp ajer terus..

Contact Us!

Contact Us!

HALAL FROM YUNNAN

HALAL FROM YUNNAN

Featured Post

SIMTOM LEPAS RAYA - LEGAKAN DENGAN PUERH TEA TEAZHENG

Mesti ada yang mengalami seperti gambar di atas kan? Semuanya gara-gara pemakanan. Pemakanan yang tidak terjaga dan tidak teratur sepanjang ...

About Me

My photo
I am puerh tea addict! You may ask me about puerh tea via 018 3581121.
Powered by Blogger.

PROMOTION

Total Pageviews

Definition List

Definition List

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

Ordered List

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support